Pakatan Rakyat |
Posted: 10 Jun 2013 03:30 PM PDT Kebelakangan ini isu bola sepak negara terutamanya yang membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan dan perbualan hangat para peminat sukan tanahair. Dari yang muda sehinggalah yang dewasa maupun tua semuanya membincangkan isu yang sama. Sehingga saya sering disapa oleh seorang Ayah Haji yang usianya menghampiri 80 tahun tetapi begitu peka dengan permasalahan sukan Negara terutamanya bola sepak. Antara persoalan yang kerap ditanya Ayah Haji ini ialah "bilakah pemimpin – pemimpin di FAM nak lepaskan jawatan?". Saya sekadar tersenyum dan rasa bersalah kerana sehingga kini kerana saya tidak mempunyai jawapan paling tepat atau paling jujur kepada soalan itu. FAM dibawah kepimpinan Kebawah DYMM Sultan Pahang sejak 1980an kini berdepan ujian paling getir selepas kes rasuah bola sepak yang melanda Negara pada 1994 – 95 dulu. Ketika itu kita kehilangan hampir 150 orang pemain berkaliber akibat penggantungan kerana terbabit dengan rasuah sehingga menyebabkan bola sepak kita dan pasukan kebangsaan lumpuh. Yang mutakkhir menjadi perbincangan adalah mengenai kepimpinan DYMM Sultan Pahang sekalu Presiden badan induk bola sepak Negara. DYMM Tuanku sehingga kini masih berahsia mengenai pengganti Datuk Azuddin Ahmad yang bakal mengendalikan sekretariat AFF. Belumpun kesulitan itu diatasi, timbul pula permasalahan yang disuarakan oleh beberapa tokoh yang hakikatnya mahu melihat satu transformasi dilakukan dalam tempoh terdekat ini. Sebelum ini terdapat 2 tokoh yang begitu lantang bersuara meminta pembaharuan, namun mereka dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin FAM. Siapa yang tidak mengenali Datuk Seri Shahidan Kassim Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan Tan Sri Annuar Musa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan. Ironinya kedua – dua mereka baru – baru ini telah berjaya memenangi kerusi Parlimen masing – masing pada PRU ke 13 lalu. Tahniah kedua - duanya dengan YB Datuk Seri Shahidan terpilih ke dalam barisan kabinet baru manakala Tan Sri Annuar yang pernah berada di dalam kabinet Negara diharap tidak kecewa dan bolehlah memberi lebih banyak perhatian kepada kawasannya dan juga kepada KAFA selaku 'Penasihat'. Nyata kelantangan Tok Dan dan Tan Sri Annuar belum mampu menggegarkan Wisma FAM sehinggalah sedikit jentikkan dari Menteri Belia dan Sukan yang baru YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar disusuli ngauman Harimau Selatan, dari DYAM Tunku Mahkota Johor. Kemuncaknya adalah ketika perlawanan separuh akhir ke 2 Piala FA diantara Pahang dan Johor DT yang tertangguh dan seterusnya dibatalkan akibat kebanjiran penonton diikuti pula dengan keputusan J/Kuasa Pertandingan mendenda PBNP dan PBNJ serta mengarahkan perlawanan ulangan dilangsungkan di gelanggang berkecuali, Std. Nasional Bkt. Jalil. Perlawanan dah berakhir, keputusan sudah diketahui, JDT akan berentap dengan Kelantan The Red Warriors pada final 29 Jun nanti. 'All the best' kepada kedua – duanya. Namun muncul pelbagai isu – isu berbangkit umpama kanser yang menyebabkan FAM terus dikritik. Nyata ngauman 2 tokoh muda ini yang mahukan perubahan radikal telah mengoncangkan Wisma FAM kebelakangan ini. Memang ada kebenarannya pelbagai kenyataan atau kritikan yang memerlukan perhatian sewajarnya oleh pemimpin – pemimpin di Persatuan Bola Sepak Negeri dan badan induk bola sepak negara. Antara persoalan yang ditimbulkan DYAM TMJ adalah mengenai program pembangunan. Siapa yang benar – benar memantau program pembangunan bola sepak di Malaysia ketika ini? Memang banyak inisiatif oleh kelab – kelab kecil yang membabitkan pemain – pemain cilik, tetapi ke manakah haluan seterusnya untuk pemain – pemain tersebut selepas itu? Siapa pula yang memantau progres Harimau Muda di Eropah yang ketika ini sedang menghidangkan lebih banyak cerita duka dengan episod – episod malang yang dilalui? Jelas kali ini perjalanan mereka tidak selancar kunjungan lalu. Bagaimana dengan perkembangan 2 pemain yang sedang berjuang di Div. 3 Liga J, Wan Zack Haikal dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim di FC Ryukuyu? Berkembangkah watak dan permainan mereka atau masih dihantui 'rindu' kampung halaman? Sedarkah kita bahawa Skuad Harimau Muda 'B' sedang bertanding di Liga S? Apakah mereka segarang Lions 12 yang beraksi di Liga Super dan mampukah skuad Razip Ismail ini menggapai target 5 teratas? Tidak cukup dengan itu saya berpendapat Pasukan Kebangsaan pula memilih masa yang kurang sesuai untuk dijangkiti 'wabak' apabila memutuskan untuk ke Australia sebagai venue menguji kekuatan. Ketika entri ini ditulis pasukan Negara tumpas aksi sulung di tangan 'part timer footballer' Canberra FC 2 – 3. Sekali lagi nada 'berpuas hati walaupun tewas' terus berkumandang. Sudah kerap persoalan ditimbulkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan, namun kerap jugalah ia ditepis oleh Sang Pengendali yang dilaporkan mengetahui keupayaan sebenar pasukan dan anak – anak buahnya. Begitulah juga bagi saya untuk mencadangkan agar Sang Pengendali berdua harus berundur secara hormat kiranya pasukan Negara gagal mengatasi Bahrain dan Yemen pada pusiangan kelayakan Piala Asia yang bakal bersambung Oktober ini nanti. Rasanya saya sudah dapat menjangka alasan dari mereka kiranya pulang tanpa sebarang kejayaan ketika menentang pasukan bertaraf kelab 'amatur' di Negara Kangaru itu pula nanti. Akui hakikat kita memerlukan keajaiban untuk mengatasi Bahrain dan Qatar di Kuala Lumpur. Untuk rekod kita tewas 0–2 di Doha Mac lalu tetapi berhempas pulas untuk menewaskan Yemen 2–1. Cukuplah dengan segala kontravesi yang berlaku kerana kita, peminat – peminat bola sepak tempatan semakin muak dengan cerita duka yang begitu sensai begini. Saya cuma khuatir permasalahan seperti ini akan mematikan minat generasi muda menceburi sukan bola sepak atau seperti titah DYAM TMJ, sehingga 20 tahun akan datang, bola sepak Malaysia akan kekal begini. FAM pula harus bersikap terbuka dengan kritikan dan pendapat luar yang nyata sekali mahu melihat bola sepak kita menuju dimensi baru dan tidak terus ditakuk lama. Kajilah secara mendalam keberkesanan Artikel 88 itu. Kepada penyandang jawatan – jawatan di PB Negeri maupun di FAM juga perlu kembali pro-aktif untuk menyampaikan pandangan dan bukan sekadar 'yes-man' sahaja. Jika gentar, afdallah untuk mereka 'bermufarakah' (mengundur diri) dari memikul amanah memajukan bola sepak Malaysia. Dalam pada itu terima kasih kepada semua yang memberi komen di face book Astro Arena namun 'too-bad' untuk anda semua kerana saya tidak memiliki akuan fb di mana-mana. Arrevedeci dan Wasslam |
Posted: 10 Jun 2013 03:14 PM PDT [Berita Semasa/ASD] Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah 'FreeHold'. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku? Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia? Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu? JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan. Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini? Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat. Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura. Sambung baca lagi laporan Bernama di sini… "Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini. Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor : - Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya - Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia - Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata. Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil….. Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing. Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura. Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang "only bumi unit left" dengan harga RM1 juta lebih Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas? Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak…. Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun "sold out" walaupun belum "launch" lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak….. Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan"lecturers expatriate" yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu. Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000. Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya? Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor? Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri. Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal. Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa? 1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold 2.Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja 3.Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja 4.Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia. Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia? Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing? |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan