Pakatan Rakyat |
Posted: 28 Apr 2013 03:10 PM PDT | Posted: 28 Apr 2013 06:53 AM PDT Keadaan sebenar di persint 9 malam tadi yang mana ceramah BN yang terpaksa menjemput mahathir untuk keputrajaya bagi memberikan ceramahnya, kerana umum tahu kakitangan kerajaan memang telah menolak kerajaan LANUN Barisan Nasional ini. Menurut laporan ajensi berita fakap EP atau AFEP, Profesor @erapasca mengatakan bahawa terdapat 2 ribu biji motor di ceramah Pakatan Rakyat di persint 19 semasa ceramah BN di persint 9 ini berlangsung. Mengikut mengamatan dan kajian dari Dr @tiewnama, jumlah kehadiran ceramah Barisan Nasional di persint 9 ini, walaupun di kuatkan lagi dengan kehadiran bekas ketua LANUN Barisan Nasional, jumlah kehadiran hanya dalam sekitar.. anda nilailah sendiri. kerana kami sudah tidak dapat lagi menghitung jumlah kehadiran yang terlampau ini.. Jumlah kehadiran adalah sekitar 800 orang saja, dan akhbar kosmo juga terpaksa menarik semula artikal mereka yang mengatakan jumlah kehadiran di ceramah BN persint 9 semalam adalah 7500 orang, berbanding 20 ribu di persint 19 dalam ceramah Pakatan Rakyat kah3 INI PULA GAMBAR DARI BELAKANG, ANDA LIHATLAH SENDIRI. kah3 by @tiewnama - KAMI YAKIN RAKYAT AKAN SOKONG KAMI - Najib! kah3 | Terbukti Nyata UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali Posted: 28 Apr 2013 06:47 AM PDT Banner yang terpapar di atas menjelaskan bahawa UMNO terlibat secara lansung menyebar video lucah palsu Mustafa Ali. KELAB GREENBOC Mustafa: Saya akan lawan saman Umno. KUALA LUMPUR - "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini. Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat. "Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini. Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas. "Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya. Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu. Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu. Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf. Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini. "Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. -SH | Presiden PAS, Mat Taib gempur Perlis 29 April Posted: 28 Apr 2013 06:27 AM PDT KANGAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan berada di Perlis pada 29 April dalam rangka lawatan sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Abdul Hadi dijangka tiba di Perlis pada jam 12.00 tengahari di Simpang Tiga Guar Sanji dekat Arau dalam program kenduri rakyat. Ini diikuti program minum petang bertempat di Pusat Tarbiah Islamiyah Kayang (Putik) di Dun Kayang pada jam 5.00 petang. Beliau kemudiannya akan bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program ramah mesra bersama pengundi kaum Cina di bandar Kangar (berhampiran panggung lama Sri Mahkota). Seterusnya, Tuan Guru akan menunaikan solat maghrib di Masjid Guar Syed Alwi sebelum menyampiakan ceramah di Kampung Jawi Seratus di Dun Sanglang pada jam 9.00 malam dan diikuti ceramah di Markas PAS Paya di Dun Santan pada jam 11.00 malam. Manakala Muhammad pula akan tiba di Perlis untuk program minum petang di Dataran Purnama, Beseri pada jam 5.00 petang. Kemudiannya beliau akan berceramah di Markas PAS Paya pada jam 9.00 malam sebelum berceramah di Kampung Jawi Seratus. Pada 30 April, Presiden PAS akan menyampaikan kuliah subuh di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (Matin) di Abi Padang Machang sebelum mengakhiri progam di Perlis dengan sarapan pagi bersama rakyat di Seberang Ramai, Kuala Perlis. Sementara itu, Muhammad pula akan berada bersama rakyat di pasar sehari di Pekan Simpang Empat. | Umno peralat guru ugut ibu bapa pelajar Posted: 28 Apr 2013 06:25 AM PDT TANAH MERAH: Seorang ibu, Zaiton Yazid, 40 dari Kampung Cermin, Dun Gual Ipoh mendakwa seramai empat guru datang ke rumahnya baru-baru ini bagi merayu supaya mengundi calon BN. Katanya, guru-guru terbabit tanpa segan silu memintanya supaya memangkah BN. "Mereka meminta saya pangkah BN, sekiranya tidak pangkah, buku teks anak saya akan ditarik balik. Selain itu bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga tidak akan diberi. "Saya terkejut kerana guru-guru datang berkempen bagi pihak calon BN di Gual Ipoh yang juga bekas guru," katanya ketika ditemui semalam. Umno Kelantan sekarang ternyata semakin gelabah apabila terpaksa mengerahkan kakitangan kerajaan pusat bagi membantu kempen mereka. Hampir setiap malam kita boleh melihat kenderaan milik Jabatan Penerangan keluar masuk kampung. Manakala pada sebelah siang beberapa lagi agensi pusat datang menemui penduduk. Antara yang sering dilihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kesedar, Kemas, Jasa dan pelbagai lagi. Seorang lagi penduduk, Jamilah Kassim, 47 dari Kampung Hulu Kusial juga mendakwa didatangi seorang guru meminta supaya memangkah BN. Katanya, dia juga mengugut akan mengeluarkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah di Gual Ipoh sekiranya enggan menyokong calon BN. Pada Febuari lalu sekumpulan penduduk Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa seorang guru yang juga pemimpin Umno tidak datang mengajar selama dua tahun. Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 dari Kampung Bechah Laut, mendakwa Bakri Mustapha sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011. Bakri merupakan Naib Ketua Bahagian Tanah Merah kini bertanding di Dun Gual Ipoh. | Kartun Zunar: Dari buku ke papan iklan besar Posted: 28 Apr 2013 06:22 AM PDT Kartun yang dihasilkan Zunar kini menghiasi papan-papan iklan di tepi jalan KUALA LUMPUR: Dari berjuang melalui lukisan di dalam akhbar, laman web dan pameran lukisan, kini lukisan kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar terpampang di papan-papan besar. Pelbagai jenis lukisan yang dibuat Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq, kini di pasang di tepi-tepi jalan dan pusat perhimpunan orang ramai. Zunar membuat perkara ini bersama dengan rakan -rakannya yang bertungkus lumus mahu memenangkan perjuangan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini. "Saya buat ini untuk rakyat," kata Zunar dalam satu majlis. Nama Zunar mula popular melalui majalah kartun Gila-gila. Kemudiannya beliau menjadi kartunis utama akhbar Berita Harian. Apabila reformasi meletus 1998, Zunar menyertai Harakah menjadi kartunis dengan akhbar milik PAS itu. "Sumbangan utama Zunar adalah semasa pilihan raya umum 1999. Ketika itu Zunar bersama redaksi Harakah membuat keluaran khas untuk pilihan raya tersebut," kata Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Harakah ketika itu. Ketika itulah Harakah berada di kemuncaknya apabila diedarkan 350,000 naskah setiap keluaran dan kemuncaknya 380,000 naskah menjelang hari mengundi pilihan raya umum 1999. Hasilnya, dalam pilihan raya itu PAS mendapat dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di samping dapat menghantar 27 pemimpinnya ke Parlimen. Kini Zunar bergerak bersama rakan-rakan kartunis mengasilkan pelbagai jenis kartun untuk pelbagai jenis media. Beliau pernah membuat kartun pameran solo di London. Tahun lepas, beliau juga membuat pameran solo kartun di Shah Alam. | Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah Posted: 28 Apr 2013 06:17 AM PDT PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin. Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei. "Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga. "Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini. Semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup. Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu. Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah. Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara. "Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya. Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut. "Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi. | Sebanyak 544 pusat mengundi dibuka untuk pengundian awal Selasa ini Posted: 28 Apr 2013 06:14 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Sebanyak 544 pusat mengundi yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi akan dibuka mulai jam 8 pagi Selasa ini bagi tujuan pengundian awal untuk anggota tentera dan pasangan, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata pusat mengundi tersebut, yang diletakkan di tempat-tempat seperti Ibu Pejabat kontinjen (IPK) atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) bagi angota polis dan kem-kem bagi anggota tentera dibuka sehingga 2 petang bagi pengundi berjumlah kurang dari 50 orang dan sehingga 7 malam bagi yang lebih daripada itu. "Untuk pengundian awal ini, pengundi-pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri. Dakwat kekal ini berbeza warnanya berbanding dengan pengundian biasa dan akan melekat pada jari selama tujuh hari. "Bagi maksud menjalankan pengundian awal, SPR telah menyediakan 10,000 botol dakwat kekal," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini. Kamaruddin berkata daripada 272,387 jumlah pengundi awal, seramai 161,251 merupakan anggota tentera dan pasangan, dan baki 111,136 adalah anggota polis, PGA dan pasangan PGA. Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu ada antara mereka yang mengundi melalui pos. Antara pusat mengundi yang akan dibuka termasuk di Kem Pulau Tawar, Pahang yang mempunyai seorang pengundi dan Kem Batu 10 Kuantan, Pahang yang mempunyai 6,808 pengundi, katanya. Kamaruddin berkata proses pengundian awal dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR, dan akan disaksikan ejen-ejen calon yang bertanding di kawasan berkenaan. Beliau berkata pemerhati tempatan daripada 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik SPR juga boleh memerhati proses itu dengan kebenaran masuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Ini menunjukkan kami telus dari segi mengadakan undi awal ini," katanya. Kamaruddin berkata kertas undi yang telah dipangkah akan disimpan sama ada di lokap polis atau pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan hanya akan dibuka pada pukul 4 petang hari pengundian biasa iaitu 5 Mei nanti untuk dikira. Beliau berkata ia bagi membolehkan keputusannya diketahui sekitar jam 6 petang hari yang sama. Kamaruddin turut menafikan laporan bahawa undi awal telah dijalankan pada 23 April lalu, kerana berdasarkan Subperaturan 3 (1A) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tarikh hari pengundian awal hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan dan tidak kurang daripada tiga hari dari tarikh pengundian biasa. Penamaan calon berlangsung pada 20 April. Beliau berkata ini bermakna jika pengundian awal dijalankan pada tarikh tersebut, ia tidak sah dari segi undang-undang dan SPR akan terdedah kepada petisyen pilihan raya. Pengundian awal dilaksanakan buat pertama kalinya pada pilihan raya kali ini, dengan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - Bernama | Saya sedia bela Che Johan - Dr Mahathir Posted: 28 Apr 2013 06:13 AM PDT SINAR HARIAN PASIR MAS - Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak menyerahkan borangnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas. Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan Pas, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang. "Saya lawyer yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak argue boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini hari ini. Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan kira-kira 500 penduduk, Dr Mahathir berkata ramai yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon dan terus melupakan jasa parti serta membuat tindakan tidak bertanggungjawab. Sebaliknya, Che Johan masih meneruskan usaha untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas tidak terlepas ke tangan Pas, katanya. "Apa yang kita tengok sekarang ini, banyak yang berkorban demi kepentingan diri sendiri. Tidak dapat satu, mereka korbankan semuanya," katanya. Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ibrahim serta calon-calon BN bagi Dun Tendong Datuk Hanapi Mamat, Dun Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat dan Dun Chetok Aimi Jusoh. - Bernama | Husam cabar Najib debat isu hudud Posted: 28 Apr 2013 06:08 AM PDT PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa sedia berdebat secara terbuka dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pelaksanaan hudud. Husam berkata, dirinya sentiasa terbuka untuk menerima pelawaan Najib sekiranya beliau bersedia untuk berdebat mengenai pendirian PAS tentang isu ini. "Nak berdebat tentang hudud bila-bila masa saja kalau tak minta diam," katanya di hadapan kira-kira 10,000 penyokong yang membanjiri kawasan belakang Istana Kehakiman Putrajaya di Presint 3 di sini malam tadi. Husam dalam ucapannya memberi amaran kepada Najib supaya jangan menakutkan rakyat berbilang kaum dengan sentimen agama. Katanya, debat itu penting bagi membuktikan sejauh mana pandangan PAS dan BN terhadap isu hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini. "Kalau tak sanggup (debat) bermakna dia (Najib) hanya berpura-pura dengan isu ini," katanya. Najib ketika ditemui pemberita di Pekan semalam berkata pergeseran antara DAP dan PAS mengenai isu hudud jelas membuktikan Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah negara jika rakyat memberikan mandat kepada mereka menguasai Putrajaya. Katanya, PAS dan DAP tiada persefahaman dalam Pakatan Rakyat, berbeza dengan parti komponen lain yang bekerjasama dalam BN. Unsur rasuah Sementara itu, beliau turut mendakwa kejadian tembakan melibatkan kematian Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Shaharuddin Ibrahim pagi semalam ada kaitan dengan unsur rasuah. Menurut Husam, sikap kerajaan yang membiarkan korupsi berleluasa akan membawa kesan kehancuran kepada negara. "Dosa yang paling besar adalah membiarkan korupsi sehingga menyebabkan negara hancur," katanya. Beliau petang semalam sempat turut serta dalam solat dan mengiringi jenazah Shaharuddin ke Tanah Perkuburan Presint 20. Sementara itu, beliau turut menekankan janjinya terhadap kakitangan kerajaan yang berstatus Gred 41 ke bawah bakal menikmati penghapusan cukai 4 peratus yang dikenakan dalam setiap pembelian rumah dan kereta bagi mengurangkan beban ekonomi mereka. Katanya, perkara itu tidak mustahil kerana kakitangan awam negeri Kelantan sudah menikmatinya sejak tahun 1990 lagi. "Kalau menang kepada penjawat awam boleh pegang janji saya, mereka takkan dianiayai atau dipinggirkan. "Anda semua adalah sahabat saya dan saya sahabat anda semua," katanya. Turut hadir memberikan ceramah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, calon PAS. Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi serta Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad. | Fokus Calon PRU-13 : Tengku Maraziyah Mahu Wakili Suara Wanita Posted: 28 Apr 2013 06:02 AM PDT KUNDANG, : Calon Pakatan Rakyat DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman tekad mahu mewakili suara wanita jika beliau berjaya menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurutnya, sebahagian besar pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan wanita, justeru adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperjuangkan kaum itu. "Setakat hari keenam saya berkempen di sekitar DUN Kuang, nampaknya penerimaan masyarakat setempat sangat positif kerana bagi saya calon wanita itu lebih dekat di hati pengundi. "Saya juga banyak melawat ke kampung-kampung untuk bertemu pengundi dan amat mengejutkan mereka menyambut baik saya sebagai calon wanita di sini," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar malam Kundang bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang tadi. Tambahnya, isu anak tempatan dan calon muka baru yang sering dibangkitkan sesetengah pihak tidak akan mematahkan semangat beliau untuk memenangi hati rakyat di DUN itu. Malah katanya, beliau yakin mampu memberi saingan sengit kepada penyandang DUN BN, Abdul Shukur Idrus. "Saya tiada masalah dan orang yang kata saya muka baru. Itu adalah orang yang kecewa dengan pencalonan saya di sini. "Saya telah bergiat di Parlimen Selayang sejak tahun 2000 lagi dan Kuang adalah tempat 'lepak' saya bersama ahli parti wanita. Orang kampung terima saya dengan baik," katanya lagi. DUN Kuang menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Tengku Maraziyah (PKR) menentang calon BN yang merupakan penyandang kerusi itu, Abdul Shukur Idrus dan calon Bebas, Zahariman Abd Latip. | Rashdi : 95 Peratus Pengundi Cina Tanjong Karang Sokong Pas Posted: 28 Apr 2013 05:58 AM PDT TANJONG KARANG : Dikala Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir, sokongan daripada masyarakat Cina di Tanjong Karang semakin meningkat dan positif terhadap calon Pas bagi kerusi Parlimen kawasan itu. Pengundi di perkampungan Cina seperti di Kampung Bagan Pasir, Kampung Bagan Baru Sungai Yu, dan Kampung Bagan Tengkorak di sini memberikan sokongan secara terang-terangan terhadap calon Pas, Muhammad Rashdi Deraman. Menurut Rashdi, hampir 95 peratus pengundi Cina yang ditemui menyatakan sokongan kepadanya ketika sesi berkempen dan ziarah yang dilakukannya sejak seminggu lalu. "Selama hampir seminggu, sokongan kaum Cina antara yang terbaik, hampir 95 peratus bersama dengan kita," katanya yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Tanjong Karang. Beliau berkata, rata-rata pengundi Cina tidak berasa takut lagi untuk menyatakan sokongan terhadap Pas. Dalam perkembangan sama, bekas Naib Presiden Umno yang kini bersama Pas, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turut memuji pengundi Cina di Tanjong Karang kerana berani melakukan perubahan. Muhammad berkata, kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di pekan Tanjong Karang merupakan simbol jelas sokongan masyarakat Cina kepada Pas. "Bukan sekejap nak buat ini. Mentarbiahkan orang bukan Islam sehingga percaya nak pakai baju warna hijau lambang bulan dan bersama-sama di bawah pergerakan Islam, bukan mudah. "Jadi saya ucapkan tahniah kepada tuan-tuan di sini," ujarnya dalam siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan baru-baru ini. "Kejayaan Pas dan perjuangan Pas dan perjuangan Islam sudah sampai ke ambang kejayaannya," katanya yang merupakan mantan Menteri Besar Selangor. | Mat Taib: Hidup Melayu Tiada Dalam Al Quran Posted: 28 Apr 2013 05:55 AM PDT TANJONG KARANG: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru. Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara. "Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar," ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk. Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian. Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini. "Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh 'steady' je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh. "Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas," ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini. Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik. Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu. Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus. | Umno-BN Telok Gong Buat Kacau Di Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 28 Apr 2013 05:51 AM PDT PELABUHAN KLANG, : Gusar akibat hilang sokongan, Umno-BN menggunakan taktik mengacau program anjuran Pakatan Rakyat(PR). Terbaru, malam tadi di Kampung Hamid Tuah di Telok Gong di sini, petugas di bilik gerakan BN kampung tersebut dengan sengaja menyiarkan lagu-lagu dan ucapan Presiden Umno dengan kuat melalui pembesar suara. Tindakan itu jelas sengaja dilakukan bagi mengganggu program ceramah PR yang diadakan di kawasan lapang berhampiran. Bagaimanapun calon PKR DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ceramahnya berharap orang ramai dapat bersabar dengan gelagat penyokong-penyokong Umno-BN itu. "Kita tahu apa yang mereka lakukan ini bertujuan menghalang rakyat mendapat pelbagai maklumat berhubung perkara sebenar dalam pelbagai isu. "Saya harap tuan-tuan bersabar, ini adalah sebahagian dari rintangan perjuangan kita," kata Abdul Khalid. Menurut penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Wasrin, tindakan seperti itu tidak pernah dilakukan pada malam-malam sebelum ini ketika tiada program PR dijalankan di situ. Beberapa remaja belasan tahun yang berada di bilik gerakan Umno-BN itu juga beberapa kali menjerit sesuatu yang tidak berapa jelas kedengaran kepada kira-kira lebih 300 hadirin di ceramah PR itu. Bagaimanapun tindakan ahli Umno-BN itu hanya diketawakan orang ramai berada di tapak ceramah tersebut kerana melihat telatah penyokong Umno-BN yang dianggap seperti kebudak-budakan dan tidak matang berpolitik. | Penduduk Ukay Perdana Puas Hati Prestasi PR Posted: 28 Apr 2013 05:49 AM PDT HUKU KLANGL: Penduduk Ukay Perdana yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Mereka juga mengharapkan wakil rakyat yang akan dipilih nanti dapat mengekalkan prestasi sekarang dan berharap ia dapat dipertingkatkan dalam beberapa perkara berbangkit. Bagi Khaizir Irwan Nordin, beliau berpuas hati dengan tahap keselamatan di kawasan ini selain mengharapkan masalah jalan dapat dipertingkatkan. "Setakat ini semua okey, kes-kes (jenayah) pun tidak banyak. "Di sini masalah yang kita nampak adalah jalan walaupun ada perlu dinaik taraf. "Dari segi sampah pula tiada masalah memandangkan saya tinggal di Apartment Sri Putri semua mengikut jadual," jelasnya. Manakala Abdul Malik Mohamed Ibrahim berkata, secara keseluruhan beliau puas hati dan mengharapkan keadaan ini dapat dikekalkan. Beliau menyarankan agar peniaga-peniaga diberi ruang perniagaan yang lebih bersistematik berbanding sekarang yang agak berselerak. "Ruang perniagaan yang berselerak ini menyebabkan sistem pengurusan sampah agak bermasalah,"katanya. Sementara itu, penyandang DUN Hulu Kelang, Saari Sungib dalam reaksi awal menjelaskan, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan hampir 400 unit tong sampah terutama di kawasan komersil. Apa yang penting katanya, sistem pemantauan kutipan secara terus perlu dibuat oleh MPAJ agar ia lebih berkesan. Beliau turut mengharapkan agar pihak MPAJ dapat mempertingkatkan harga kontrak projek kebersihan dan membaik pulih infra memandangkan ada segelintir kontraktor berhadapan masalah kekurangan peralatan serta pekerja untuk melaksanakan tugas. | UMNO patut melakukan introspeksi diri sendiri Posted: 27 Apr 2013 11:21 PM PDT Dr Mahathir telah pergi ke Putrajaya untuk membantu calon BN Tengku Adnan dengan membidas Husam Musa dan PAS. Bekas Perdana Menteri ini tidak duduk senang dan beliau hari ini kabarnya akan ke Kelantan untuk membantu Ibrahim Ali, calon bebas di Pasir Mas di sana. Dr Mahathir telah pergi ke Putrajaya membantu calon BN sehari selepas Putrajaya di datangi oleh puluhan ribu manusia untuk bersama Tok Guru Nik Aziz dalam lawatan Mursyidul Am PAS itu ke Putrajaya dua hari lepas. Berbeza dengan kehadiran Dr Mahathir, TGNA tidak bercakap banyak dengan liputan media massa perdana. Tetapi kehadiran beliau sahaja sudah cukup untuk menjadikan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir 'makan tak kenyang , mandi pun tak basah'. Mahathir membidas Husam Musa, calon PAS di Putrajaya dan menganggap Husam bukan lawannya untuk berdebat kerana beliau lebih tua dari Husam yang beliau anggap seperti kanak-kanak sahaja. Tetapi jika benar Husam itu masih budak jika dibandingkan dengan beliau, tidak ada sebab Dr Mahathir merasa takut dengan kehadiran Husam sebagai calon di Putrajaya itu. Mahathir tidak perlu membidas beliau (Husam) dan seterusnya datang ke Putrajaya untuk berkempen melawan Husam itu. Mahathir perlu bertanya kenapa TGNA mendapat sambutan sebegitu rupa sedangkan pemimpin UMNO yang telah memerintah yang sepatutnya lebih mampu mempengaruhi orang ramai tidak mendapat sambutan seperti TGNA itu? Adakah UMNO menganggap orang ramai itu bodoh dan tidak siuman dengan menyambut TGNA dengan begitu meriah sekali? Keadaan sebegini mesti bersebab dan sebabnya itulah yang pimpinan BN tidak dapat kefahaman kenapa TGNA telah menjadi ikutan ramai. Sikap orang ramai membelakangkan pihak yang memerintah itu bukannya berlaku tanpa sebab. Ingat, kedatangan pimpinan PAS itu disambut oleh orang ramai tanpa diangkut oleh bas-bas yang diuruskan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti yang dilakukan oleh UMNO dan BN itu. PAS tidak perlu membawa palajar-palajar UiTM dengan membayar seratus ringgit seorang seperti yang dilakukan oleh UMNO untuk menampakkan kemeriahan lawatan pimpinan BN dalam lawatan-lawatannya ke mana-mana. Kehadiran TGNA di Putrajaya jumaat lepas tidak disediakan dengan nasi bungkus atau karipap-karipap tebal. Mereka datang dengan sukarela dan berbelanja sendiri. Kalau begitulah keadaannya, UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka sepatutnya menumpukan tenaga mereka untuk bertanya kepada diri sendiri, kenapa BN dan UMNO tidak mendapat sambutan secara sukarela seperti yang di alami oleh PAS? Sebabnya mesti ada kepada UMNO dan pimpinan mereka sendiri. Jawapannya sememangnya ada kepada UMNO sendiri, tetapi hanya UMNO tidak mahu atau tidak tahu yang kelemahan mereka dimata rakyat ramai itu terlalu jelas tanpa disedari oleh pimpinan UMNO itu sendiri. Mereka (UMNO) hanya menumpukan masa untuk membidas pimpinan seperti TGNA terus menerus tetapi bidasan mereka itu tidak juga mampu juga melemahkan sokongan terhadap kepimpinan seperti TGNA ini. UMNO khususnya Dr Mahathir, tidak usah bersusah payah membidas orang itu dan orang ini untuk mendapatkan sambutan ramai. UMNO sudah terlalu kesempitan masa untuk membetulkan keadaan serta kelemahan mereka. Lagi pun sampai ke saat ini pun UMNO belum lagi mendapatkan sebab kenapa pimpinan PAS seperti TGNA kian hari kian kuat. Dr Mahathir yang telah mengaku berjasa kepada negara masih terkial-kial untuk mendapat perhatian rakyat. Sesungguhnya Dr Mahathir dan pimpinan UMNO yang lain melakukan introspeksi terhadap mereka sendiri. Kaji lah kenapa lawatan Mahathir tidak mendapat sambutan sedang kedatangan TGNA ke Putrajaya disambut oleh puluhan ribu manusia berbilang kaum itu tanpa di punggah dengan ratusan bas-bas atau nasi bungkus dan karipap-karipap tebal itu. | [BERGAMBAR] Abang Kepada Calon BN Sertai PAS Di Perak Posted: 27 Apr 2013 10:39 PM PDT KELAB GREENBOC Markas PAS Sungai Bayor Selama telah melakar satu sejarah politik dimusim PRU13 apabila Saudara Noor Ghani bin Mohd Yusof 57, abang kandung kepada calon BN bagi N05 DUN Selama Datuk Daud bin Yusof dengan rasmi menyertai PAS disini. Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar Sungai Bayor yang mencecah 1000 orang penyokong Pakatan Rakatan dihadiri oleh Datuk Fauzi Shaari calon Parlimen Larut,Ust Akmal Kamaruddin calon DUN Selama dan beberapa pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat. Sebagai simbolik penyertaan Sdr Noor Ghani ke-dalam PAS, bendera UMNO dan BN digulung oleh beliau dihadapan hadirin yang hadir kemudian disambut dengan laungan Takbir..!!! "Semalam Najib ke sini dan mantan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor Zanian kembali kepangkuan UMNO... dan hari ini PAS Sungai Bayor di DUN Selama mendapat berita amat gembira sekali, yang mana abang kepada calon BN disini menyertai PAS" - Ujar Datuk Fauzi Calon PAS Parlimen Larut. -orangni Pemuda India turut hadir memberi sokongan
| 2,000 mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno Posted: 27 Apr 2013 10:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra. Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'. Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu. Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut. Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu. Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN. Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih. | Fitnah: Samransak timbang saman fecebooker Umno Posted: 27 Apr 2013 10:16 PM PDT Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan penyokong ketika membuat laporan polis semalam KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram semalam telah membuat laporan polis terhadap seorang facebooker Umno, yang didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah beliau. Laporan itu dibuat terhadap pemilik akuan 'Aktivis Umno Pekan Naka II' yang mendakwa Samransak dibayar Parti Keadilan Rakyat sebanyak RM50 ribu untuk menarik diri sebagai calon KITA dari bertanding pada hari penamaan calon lalu. Samransak yang juga Duta Dewan Himpunan Penyokong Pas Padang Terap berkata, tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang berniat jaht serta cuba menjatuhkan nama baiknya. "Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan jahat "Aktivis Umno Pekan Naka II" terhadap diri saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap dan menyatakan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah dan hasutan menjatuhkan maruah dan nama baik saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap. "Saya dengan ini memberi masa 48 jam kepada 'Aktivis Umno Pekan Naka II' memohon maaf dan menarik balik semua tuduhan tersebut, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, kenyataan tersebut disiarkan facebooker Umno itu pada 24 April lalu di laman facebook miliknya. Katanya, tuduhan itu juga sengaja untuk merosakkan reputasinya sebagai bekas pemain bolasepak negeri dan kebangsaan yang mempunyai reputasi baik. Facebooker itu katanya telah membuat tohmahan tanpa asas, bukti kukuh dan menghasut pembaca kepada akaun tersebut dan pengundi di kawasan parlimen ini mempunyai persepsi buruk, negatif dan prasangka jahat terhadap dirinya. "Aktivis Umno Pekan Naka II berniat jahat membuat tuduhan Pakatan Rakyat parti rasuah dan menghasut pembaca akaun tersebut, pengundi di kawasan ini bersangka buruk terhadap Pakatan Rakyat," tegasnya. | Soi Lek: Jamil khir tak berani, Shabudin senyap Posted: 27 Apr 2013 10:14 PM PDT TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar (gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud. Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa. "Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya. Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA. Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam. Kekalahannya di Parlimen Tasek Gelugor akan mengajarnya supaya jangan bercakap pandai sedangkan penghinaan tidak diambil tindakan. Lagi pun beliau bukannya seorang pemimpin Umno yang mampu melahirkan pelapis tetapi banyak memecah belahkan antara kumpulan Umno sendiri. "Kalahkan BN, itu yang penting kerana selagi Umno berkuasa rakyat akan menderita," terangnya. | Hishammuddin cuba tutup malu kerajaan, kata Husam Posted: 27 Apr 2013 10:10 PM PDT PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang mendakwa beliau tidak sensitif dan biadab dalam isu pembunuhan pegawai tinggi kastam dua hari lepas. Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) ditembak mati dua penjenayah dalam perjalanannya ke pejabat, Jumaat lepas. Selain menyantuni anggota keluarga allahyarham di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi, Husam menunggu ketibaan jenazah Shaharuddin sejak sebelum solat asar dan turut sama menghantar jenazah ke kubur sehingga hampir maghrib. Sepanjang waktu itu Husam mendakwa tiada seorangpun wakil kerajaan yang hadir ke masjid atau ke tanah perkuburan. Husam yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya menegaskan, kenyataan Hishamudin tersebut hanyalah untuk menutup malu apabila kerajaan interim gagal menunjukkan kebersamaan mereka dengan tidak mewakilkan walau hanya seorang menteri dari 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri sewaktu solat dan pengebumian. "Saya menyentuh perkara ini untuk menyatakan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa arwah, iaitu pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan. "Kedua, saya mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang tidak berperikemanusiaan. Saya bertegas mahu Kerajaan khususnya Menterinya bertindak cepat mengesan penjenayah yg melakukan heinous crime ini. Adakah ini menjadikan saya insensitive dan biadab?" Soal beliau dengan tegas. Menurut Husam rakyat dan warga kastam dan anggota agensi penguatkuasaan juga tertunggu tindakan segera kerajaan bagi menangani jenayah yang mengejutkan apabila ia berlaku di Putrajaya. Harakahdaily difahamkan calon BN, Tengku Adnan Mansor turut hadir di masjid, namun beliau hanya berada di saf belakang. Manakala berbeza dengan Husam, selepas selesai majlis, anggota keluarga mangsa, datang menemui calon PAS mengucapkan terima kasih dan penghargaan anggota keluarga terhadap keprihatinan calon PAS tersebut. | Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun Posted: 27 Apr 2013 10:08 PM PDT TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu. Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). "Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily. Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu. "Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau. Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan. Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu. Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu. | Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya Posted: 27 Apr 2013 10:06 PM PDT Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat. Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching. Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda. Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka. Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.
| Guan Eng terima panggilan ugutan tentang anaknya Posted: 27 Apr 2013 08:50 PM PDT PULAU PINANG Ketua Menteri sementara, Lim Guan Eng telah dilaporkan menerima ugutan yang melibatkan anak lelakinya dari pemanggil yang tidak dikenali. Setiausaha politiknya, Ng Wei Aik berkata, kira-kira jam 1 tengahari semalam, ibu pejabat DAP menerima satu panggilan "Nampaknya mereka sudah mahu main taktik kotor. Jadi, kita telah membuat laporan polis terhadap orang itu," kata Ng, yang juga calon DAP bagi kerusi Tanjung. Ng berkata, DAP juga menerima maklumat bahawa server Internet laman web parti itu, termasuk Facebook, semakin perlahan dan menjejaskan trafik ke lamanweb tersebut. "Kami periksa dan ini tidak berlaku di Singapura. Ia nampak seperti mereka cuba untuk menyekat kita daripada mengakses Internet," katanya. Beliau menggesa Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya memainkan "peranan profesional" mereka dan mengambil tindakan terhadap percubaan untuk menyekat lamanweb Internet parti pembangkang. "Pada masa yang sama, jangan hanya bergantung kepada Internet, datanglah ke ceramah kami, terutama yang akan diadakan di padang Kolej Han Chiang yang akan dihadiri oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang," katanya. | Lautan 10,000 rakyat berhujan di Miri ikuti ceramah Anwar Posted: 27 Apr 2013 08:40 PM PDT Ruqayya Rahman MIRI : Lebih 10,000 penduduk Miri, Sarawak yang dahagakan perubahan sanggup berhujan bagi mengikuti ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Mujur, penganjur sudah menjangka keadaan cuaca dan mengedar baju hujan biru muda kepada penyokong sebaik sahaja hujan sehingga kelihatan seperti tasik biru di tengah-tengah Bandar Miri. Ketua KEADILAN Cabang Baram, Arison Ngau sendiri kagum dengan sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan sepanjang penglibatannya dalam organisasi parti. "Sokongan rakyat sangat baik. Mereka teruja mahu jumpa dan dengar ucapan Anwar. Sebab itu, mereka sanggup berhujan," katanya kepada Keadilan Daily. Ketua Kelab Penyokng PAS Miri, Dr Teo Kian Leong pula menyifatkan sokongan penduduk setempat kepada Pakatan merentasi sempadan kaum, agama dan budaya. "Keadaan Miri sangat unik kerana toleransi di kalangan penyokong berbilang suku dan puak tapi menolak politik perkauman yang dibawa Umno BN," katanya. Malah, beliau sendiri satu-satunya Setiausaha PAS Sarawak yang bukan beragama Islam. Miri didiami populasi kaum rencam merangkumi Melayu, Cina, dan masyarakat peribumi yang mana pribumi terbahagi kepada beberapa puluh pecahan lain termasuk Iban, Kelabit, Kedayan dan sebagainya. Namun, demi semangat kebangkitan, orang Iban dengan tatu dan subang di hidung, tidak kekok memakai baju hijau menyokong calon Islam atau lelaki Melayu berkopiah berbaju gambar calon Cina dari Pakatan. | Kempen BN ganas, bendera KEADILAN Parlimen Batu dirobek Posted: 27 Apr 2013 08:37 PM PDT Oleh Redzuan Shamsudin KUALA LUMPUR : Calon KEADILAN Parlimen Batu, Tian Chua mencabar BN mengamalkan corak kempen lebih harmoni dan menghindari politik ganas serta perkauman. Tian mencabar pesaingnya dari BN, Dr Dominic Lau agar membuat perisytiharan terbuka untuk berkempen secara beretika. Katanya, Domenic mesti mengarahkan jentera kempen BN agar tidak mengganggu gugat atau mensabotaj bahan kempen Pakatan Rakyat di Batu, sebelum perkara lebih buruk terjadi. Naib Presiden KEADILAN itu berkata demikian selepas petugas Pakatan di kawasan kejiranan Batu Muda mengadu bendera parti dirobek oleh pihak yang dipercayai mempunyai kaitan dengan BN. Selain itu, satu pergaduhan kecil juga berlaku pada 25 April lalu melibatkan petugas Pakatan dan BN. "Saya mencabar calon BN, Dr Domenic memberi nasihat kepada petugas BN berkempen secara beretika. "Domenic mesti arahkan orang-orangnya untuk menurunkan banner seperti itu. Jika tidak petugas kita akan melakukannya," kata Tian pada sidang media di pejabat khidmat masyakarat Parlimen Batu, Sentul, semalam. Mengulas isu sama, Ketua Penerangan KEADILAN Batu, Badiuzzaman Ali berkata, kempen politik tidak beretika BN amat mengganggu keharmonian penduduk pelbagai kaum di Batu. Katanya, cara berkempen seperti itu tidak wajar dilakukan oleh sebuah parti yang kononnya mengaku telah bertransformasi menjadi lebih baik. Dalam sidang media yang sama, Tian melancarkan manifesto Parlimen Batu yang mengandungi 12 perkara. Antaranya, meningkatkan mutu pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas Interakota; memperbaiki sistem saliran yang kerap mengundang banjir; menambah pembinaan rumah mampu milik; menyelesaikan masalah kekurangan lot parkir yang kronik; mengisytihar beberapa kampung Melayu di pinggir kota sebagai kampung warisan dan memperbanyak kemudahan rumah ibadat serta tempat perkuburan. |
Posted: 28 Apr 2013 01:37 PM PDT Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ketahap membubarkan cawangan-cawangannya. Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang 'winnable'. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang 'winnable' sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO tidak 'winnable' lagi kerana pimpinannya tidak 'winnable'. Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah di tolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah samasekali dengan meminta Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekali gus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu. Penyertaan Zulkifli Nordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum di tambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO malalui pencalonan bebas di sana. Semakin hampir kepada plihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu. Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakkan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Taib dalam PAS yang sekali gus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak di indahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan di bubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi. Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon 'winnable' dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang 'winnable'. Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu. Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang 'winnable' telah dihapuskan oleh sistem berparti yang di mulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat Bahagian telah di ketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon 'winnable' dari kumpulan pemimpin yang tidak 'winnable' dalam sebuah parti yang sudah lama tidak 'winnable' lagi. Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekelian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini. Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai kesaat ini membuktikan segala janji-janjinya di tepati. Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat di pecahkan dalam 'mind-set' mereka. Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang di mahukan oleh rakyat sekarang ini. ~aspan alias |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan