Ahad, 28 April 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Siang, malam menu cekodok

Posted: 28 Apr 2013 05:13 AM PDT


28 April 2013

LUBOK CHINA - Dari luar sebuah rumah batu di Solok Serban Hijau, Kampung Sungai Siput, di sini, siapa sangka lima beranak yang mendiaminya hidup dalam kedaifan tanpa bekalan air.

Dari dalam, rumah pusaka itu bukan sahaja tidak mempunyai perabot tetapi sebiji cawan pun tidak kelihatan.

Lebih menyedihkan apabila penghuninya Mohd Ismail Merang, 31, dan isterinya Anisah Rahim, 29, hanya mampu menyediakan menu cekodok siang dan malam untuk tiga anak lelaki mereka sekiranya putus bekalan beras.

Malah jika bekalan susu anaknya habis, dia dan isteri terpaksa menggantikan dengan air sirap cair jika pati sirap masih ada.

Menurut Ismail, hasil upah membersihkan laman rumah penduduk kampung dua kali seminggu sebanyak RM5 hingga RM7 sehari itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Sementara Anisah membuat penyapu lidi sebelum menjual dengan harga RM2 sebatang untuk menambah pendapatan suaminya membesarkan anak mereka Mohd Ikmal, 5, Mohd Rizal, 4 dan Mohd Fitri, 1.

"Dahulu saya pernah kerja di sebuah kilang pembuatan kereta namun kontrak tidak disambung berikutan pihak kilang bimbang keadaan kaki saya menjadi lebih teruk sejak cedera terkena mesin pemotong rumput dua tahun lalu.

"Jadi sejak itu saya hanya buat kerja kampung, mengambil upah menyapu laman rumah orang, mengecat rumah dan apa-apa kerja yang boleh dilakukan," katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ismail berkata, dia sekeluarga juga pernah tinggal bergelap selama hampir setahun disebabkan bekalan elektrik tiada sebelum dimasukkan semula enam bulan lalu.

"Cuma bekalan air sahaja masih tidak ada hingga memerlukan saya berulang-alik ke rumah mertua sejauh kira-kira hampir 300 meter mengangkut tong air yang diambil dari luar rumahnya.

"Duit BR1M RM500 kami terima tapi habis selepas membeli barang keperluan dapur dan membayar setengah bil elektrik yang tertunggak," katanya.

Menurutnya, dia pernah minta bantuan E-Kasih namun gagal selain tiada respons daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai borang permohonan yang dihantarnya.

Sementara itu, calon PKR bagi Dun Ayer Limau, Halim Bachik yang menziarahi mereka melahirkan rasa kecewa dengan bekas Adun kawasan berkenaan yang jelas menunjukkan tidak ambil tahu ada rakyat yang susah dan masih perlukan bantuan dalam tempoh lima tahun berkhidmat.

Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke N.Sembilan 30 Apr 2013

Posted: 27 Apr 2013 11:08 PM PDT


Tarikh : 30 April 2013 (Selasa)
JADUAL JELAJAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT

3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi : Pekan Tanjong Ipoh, Seri Menanti
4.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Simpang Pertang
6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Dataran Niaga, Palong 8, Gemas
7.15 mlm – Masjid Nurul Huda Jelai 3

8.00 mlm – Jamuan Bersama Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Felda Jelai 3, Gemas
9.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Rembau, Chembong
11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Betaria Business Centre, Jln Dato' Siamang Gagap, Seremban

Kenduri Rakyat bersama Azmil Mustapha 2 Mei 2013 di Rembau

Posted: 27 Apr 2013 04:17 PM PDT


MAJLIS KENDURI RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 2 Mei 2013, Khamis
Masa : 8 mlm
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Sawah Raja, Kota, Rembau
Tetamu Istimewa dan Penceramah : Tn Hj Azmil Mustapha
Turut bersama :
Hj Radzali A. Ghani, calon PKR Parlimen Rembau
Hj Ghazali Mohd Shom, calon PAS DUN Kota
Pimpinan Pakatan Rakyat setempat

Semua dijemput hadir

Layari laman sesawang PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengikut