Khamis, 7 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Mar 2013 04:20 PM PST

Harga minyak RON97 : Mana-mana yang pernah memiliki kereta yang menggunakan minyak jenis RON97 selama ini dapat merasakan perbezaan yang ketara antara penggunaan minyak RON 95 atau RON 97. Semestinya enjin berjalan lebih lancar dan tidak perlu memaksa bahagian pedal untuk menggerakan kereta. Tetapi, persoalannya berapa ramai yang mampu menggunakannya?
Terkini, harga minyak RON97 naik sekali lagi bermula hari ini menjelang Pilihanraya Umum ke 13 daripada :
  • RM2.70 kepada RM2.90
  • Kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen
Dengan pengenalan dasar penentuan harga minyak RON97 yang diapungkan pada harga pasaran, harga minyak RON97 akan sentiasa berubah-ubah. Kali terakhir harga minyak RON97 disemak pada 10 Januari 2013 apabila dikurangkan sebanyak 5 sen daripada RM2.75 sen harga sebelumnya.
Manakala Brunei yang merupakan sebuah lagi negara yang memiliki simpanan petroleum selain Malaysia menawarkan kepada rakyatnya harga minyak RON97 pada kadar RON97 – B$0.547 = RM1.33 (SUMBER KLIK SINI)
Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri, mengapa agaknya kerajaan Malaysia mengambil tindakan menaikkan harga minyak RON97 kali ini. Cuma diharapkan berita kenaikan ini tidak terkena tempiasnya kepada harga minyak RON95 pula baik sebelum ataupun selepas Pilihanraya Umum ke 13…Insyaallah!

Kerabu Bersuara ®

Posted: 07 Mar 2013 03:21 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:21 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Keadaan bas jelajah merdeka yang dibaling dengan batu dan cat. Celaka!

Posted: 07 Mar 2013 07:04 AM PST

Ini gambar yang baru kami terima. Keadaan bas yang teruk akibat dibaling dengan cat dan batu.

Dengan sifat biadap dan celaka puak umno memang mencabar kesabaran penyokong pakatan rakyat.

Dikhabarkan pihak polis lambat menhambil tindakan.

Tindakan biadap ini wajar dikutuk dengan perkataan yang sesuai.

Jangan cabar kesabaran penyokong pakatan.

Subhaanallah, matahari yang bersinar di tengah malam

Posted: 07 Mar 2013 06:21 AM PST

 

http://farm4.staticflickr.com/3016/2847963374_7dd09e1311.jpg

Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.

Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Selain dapat menikmati sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan.

Gambar-Gambar Najib Ke Lahad Datu

Posted: 06 Mar 2013 11:53 PM PST

Gambar Najib Sudah Sampai Di Lahad Datu

Posted: 06 Mar 2013 11:17 PM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di FELDA Sahabat, Lahad Datu, hari ini bagi meninjau secara dekat operasi memerangi pengganas Sulu. - Foto Effendy Rashid

Arahan Larangan Memasang Pelekat Logo Parti Pembangkang

Posted: 06 Mar 2013 10:59 PM PST

Kenyataan Media Terkini TG Presiden PAS

Posted: 06 Mar 2013 08:33 PM PST

SOLAT HAJAT DI SELURUH NEGARA PADA JUMAAT 8 MAC 2013

Perkembangan terkini isu pencerobohan kedaulatan negara di Sabah hingga kini belum menampakkan tanda-tanda ianya akan reda dalam waktu terdekat. Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasakan bahawa tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dalam negara kita ini adalah tanggungjawab semua pihak – tanpa mengira samada dari pihak kerajaan, semua parti politik dan rakyat seluruhnya.

Oleh itu, saya dengan ini mengarahkan seluruh ahli PAS, dan mencadangkan kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 8 Mac 2013 memohon kepada Allah SWT agar isu keselamatan yang melanda negara kita ini dapat diselesaikan dengan segera.

PAS juga mempunyai pendirian yang sama dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa anggota keselamatan yang terkorban dalam misi mempertahankan kedaulatan negara dari unsur hirabah ini adalah tergolong sekurang-kurangnya syahid akhirat bahkan kita mendoakan agar mereka dikurniakan pahala yang lebih besar lagi.

PRESIDEN PAS

Tiada ulasan:

Pengikut