Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Kerajaan Persekutuan BN berakhir Sabtu ini
- Hiburan Alternatif,,Terapi Jiwa
- Mengapa Sulu ceroboh di ambang PRU13?
- Gambar mayat penceroboh didedah
- Dalang ‘projek IC’ buka pintu negara diceroboh
- Treler Negara Berkebajikan gempur Pagoh
Kerajaan Persekutuan BN berakhir Sabtu ini Posted: 06 Mar 2013 03:48 PM PST KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan. "BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan. "Pengundi boleh secara sah berkata mereka mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara)," kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini. Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir. Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya Dun dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei. Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri pada 26 Mac. Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud Perda Mneteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin mengadakan pilihanraya lebih awal. Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana Menteri termasuk Tun Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen lebih awal. "Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan untuk itu, BN takut ditewaskan," kata Tommy. Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka menjelang pilihan raya. |
Hiburan Alternatif,,Terapi Jiwa Posted: 06 Mar 2013 03:48 PM PST |
Mengapa Sulu ceroboh di ambang PRU13? Posted: 06 Mar 2013 03:45 PM PST KETEREH: Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia? Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain. Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada. "Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam. "Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13," katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi. Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. (Gambar atas) Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan. Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota keselamatan menjadi korban. Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah. Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan pasukan Sulu. Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC. Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan kerajaan PBS di Sabah pada 1995. Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS. Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan Thailand. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan menimbulkan krisis serupa pada masa datang. "Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa hadapan rakyat Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC mengambil tindakan serupa. "Inilah persoalannya sekarang. Di sebalik isu di Lahad Datu seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan. Oleh itu kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan keadaan sebenar," katanya. |
Gambar mayat penceroboh didedah Posted: 06 Mar 2013 03:36 PM PST (Zahid dan Hishamudin menunjukkan mayat penceroboh yang terbunuh- foto Malaysiakini) LAHAD DATU: Gambar sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu didedahkan oleh kerajaan hari ini. Ia didedahkan bersama oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Mereka berbuat demikian bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi ini serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. Hishammuddin pula bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut. Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu. Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam. |
Dalang ‘projek IC’ buka pintu negara diceroboh Posted: 06 Mar 2013 03:35 PM PST KUALA LUMPUR: Memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang. "Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh beliau seperti di bawah. Krisis pencerobohan di Lahad Datu memberi pengajaran berharga bahawa aspek keselamatan negara terutama di sempadan dan perairan negara perlu dipertingkatkan. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh bersikap sambil lewa dengan membiarkan pengganas sewenang-wenanganya menjajah negara ini tanpa sekatan. Persoalan utama yang sedang berlegar di kalangan rakyat negara ini adalah sejauh manakah tahap keselamatan negara khususnya di sempadan atau perairan negara? Bagaimana pengganas tersebut dengan mudah meloloskan diri dari kawalan keselamatan negara sehingga mampu mendarat dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah? Dalam keadaan nyawa dan keselamatan rakyat terutama warga Sabah sedang terancam dengan beberapa deretan peristiwa pembunuhan, perkara yang lebih menggemparkan adalah dengan pendedahan mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing di negeri Sabah. Ia didedahkan oleh beberapa indiviu yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa agensi kerajaan lain kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai projek tersebut. Skandal ini melibatkan berpuluh ribu kad pengenalan yang dihasilkan sekitar tahun 1980-an dahulu dan lebih menggemparkan adalah penglibatan beberapa pemimpin tertinggi negara. Projek ini telah berlalu beberapa tahun yang lampau dan mereka yang mendapat kad pengenalan tersebut telah bertebaran di merata tempat di negara ini. Kegusaran rakyat semakin bertambah apabila memikirkan andainya ada di antara pengganas tersebut memiliki kad pengenalan yang sah dan bila-bila masa mereka boleh keluar masuk negara ini tanpa ditahan oleh penguasa. Justeru, memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang. Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan. Kerajaan melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) perlu meneruskan siasatan terhadap projek tersebut sehingga selesai. Kemuncaknya, kerajaan perlu bersikap tegas dengan hukuman setimpal terhadap mereka yang terlibat termasuk terhadap bekas pemimpin-pemimpin negara. Dalam soal keselamatan negara, tidak ada kompromi terhadap mereka yang sanggup menjual kedaulatan negara ini. |
Treler Negara Berkebajikan gempur Pagoh Posted: 06 Mar 2013 03:35 PM PST (Datuk Mahfodz di depan pentas treler Negara Berkebajikan) PAGOH: Treler Jelajah Negara Berkebajikan hari meneruskan misi jelajah di Negeri Johor yang menjadikan Bukit Pasir yang berada dalam kawasan Parlimen Pagoh sebagai lokasi pertama siri jelajah di negeri itu. Pagoh yang merupakan parlimen milik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin namun ia tidak menjadi halangan kepada traler jelajah yang dijadikan sebagai medium untuk penyampaian maklumat. Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed jelajah treler Negara Berkebajikan ini merupakan satu medium pemyampaian maklumat yang sangat berkesan dan boleh menarik minat orang ramai. "Bagi saya jelajah ini sangat berkesan kerana boleh menarik minat org ramai untuk mengetahui satu kelainan yang disampaikan oleh PAS pada kali ini. "Di samping orang ramai ingin melihat satu kelainan, kita akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat secara terus sama ada melalui ucapan ataupun pengedaran risalah," kata beliau kepada Harakahdaily. Konvoi jelajah ini akan berada di Johor selama empat hari mulai hari ini. Sebelum ini, pelancaran jelajah peringkat negeri Johor telah dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Johor di Bukit Gambir pagi tadi sebelum bertolak ke Bukit Pasir. Dr. Mahfodz yang juga turut berharap agar konvoi jelajah ini berlangsung dengan selamat tanpa ada sebarang provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Di Peringkat Negeri Johor, konvoi ini akan menjadikan kawasan-kawasan tumpuan sebagai destinasi utama. Treler Negara Berkebajikan akan menjadikan Parlimen Pulai sebagai destinasi terakhir di peringkat Negeri Johor sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan