SUSPEK PENCEROBOH DITANGKAP PAKAI BAJU BERLOGO BN Posted: 06 Mar 2013 02:00 PM PST Polis: 4 disyaki militan ditahan di SempornaPolis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan kumpulan militan dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat pekan Semporna. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Tentera Diraja Sulu. Menurut seorang pegawai polis, operasi berkenaan dijalankan oleh satu pasukan ibu pejabat polis kontinjen Sabah selepas menerima maklumat awam. Seorang pegawai yang enggan dinamakan memberitahu wartawan bahawa lelaki berkenaan disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin dari Filipina manakala seorang lagi memiliki dadah. Keempat-empatnya tidak bersenjata ketika polis bertindak. Salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai baju-T dengan logo BN dan juga gambar MP Semporna Datuk Seri Shafie Apdal - menteri pembangunan luar bandar dan wilayah. Pegawai itu berkata, walaupun dokumen keempat-empat individu berkenaan menunjukkan mereka berhak berada di Sabah, kesahihan dokumen berkenaan masih perlu dibuktikan. Katanya, polis juga menerima pelbagai laporan mengenai kelibat 'penceroboh bersenjata' semenjak kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul di Semporna pada Ahad lalu. -mk
Saksikan video ini sebagai bukti lelaki itu pakai baju BN & bergambar menteri greenboc |
KEKALAHAN MAN U DIDALANGI KETUA PEMBANGKANG ? Posted: 06 Mar 2013 06:54 AM PST Berita Terkini Tv3suku melaporkan kekalahan 1-2 Man U kepada Real Madrid awal pagi tadi didalangi Ketua Pembangkang. Menurut laporan yang dipetik dari sumber berita antarabangsa Ketua Pembangkang di dakwa pernah menonton perlawanan yang melibatkan Real Madrid beberapa bulan yang lalu. KAH! KAH! KAH! |
Polis: Seorang musuh dipercayai terbunuh pagi ini Posted: 05 Mar 2013 09:16 PM PST Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata satu pertempuran meletus di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini, sehari selepas operasi pengeboman dilakukan ke kawasan tersebut. Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu. "Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh," katanya. Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan. Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini. Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu. Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang. Malaysiakini |
Jurucakap kesultanan Sulu nafi Azzimudie terbunuh Posted: 05 Mar 2013 05:00 PM PST Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini. Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini. "Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata. Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia. Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini. MK |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan