Isnin, 25 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Mar 2013 03:38 PM PDT

[HD] KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

"Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

"Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

"Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja," katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll'.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog "parpukari.blogspot.com". Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.

Berkaitan:

Papagomo Tidak Hadir ke Mahkamah

[HD] KOTA BHARU: Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.

"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.

Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

Biaqpila

Posted: 25 Mar 2013 03:30 PM PDT


Pemfitnah Itu Pendek Umur, Kini Papagomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya

Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta,pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini.

Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo.

Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini,papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google.

Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan beliau juga sudah menjangka bahawa beliau sudah tidak dapat lari lagi dari saman ini, wajahnya sudah di ketahui, bukti bukti kukuh juga sudah di lampirkan, dan peguam peguam juga sudah meneliti setiap fakta yang di berikan.

Untuk mengelak saman RM 100 juta dari anwar ibrahim dan RM 100 juta dari Husam Musa, papagomo terpaksa berlakon kononnya blog lucahnya telah di godam, seterusnya beliau akan menutup sendiri blog itu supaya masalah saman selesai dan akan di angkat sebagai hero oleh bloger pencacai Barisan Nasional yang lain kononnya haker PR berjaya mengodam blog lucah itu.

Jika ini berlaku, dia bukan saja dapat membodohkan penyokong dan bloger bloger umno yang lain, malahan dengan perdana menteri najib razak sekali menjadi bodoh di bodohkan oleh Wan Azri yang terdesak mahu lari menyelamat diri dari saman maut ini.

Apabila blog sudah di tutup, maka bolehlah Wan Azri ini lari dari masalah ini, psikologi
dari bloger Pakatan Rakyat telah menyebabkan beliau tidak boleh melelapkan mata
dan tidak mampu berbuat apa apa, serta menerima tekanan yang kuat akibat dari fitnah
yang di ciptanya sendiri.

Menerusi ajensi berita fakap EP, Dr @tiewnama telah mendapat maklumat bahawa, peguam Husam Musa dan Anwar Ibrahim telah mendapatkan maklumat dan bukti terperinci mengenai papagomo dan segala bukti yang berfakta telah di ambil, dan bersedia untuk membawa Wan Azri a.k.a papagomo ke mahkamah untuk di adili.

Berdasarkan writ peguam, Wan Azri, jika di dapati bersalah, beliau akan di penjarakan selama 10 tahun bagi 1 kesalahan dan 5 sebatan bagi kesemua kesalahan, beliau juga akan di arahkan membayar saman RM 100 juta itu dalam bentuk apa pun.

Dan yang sangat membimbangkan beliau yang hampir separuh mati kerana terlalu takut adalah, saman ini berdiri bukan hanya 1 saman tetapi 2 saman fitnah dari ANWAR IBRAHIM dan HUSAM MUSA.

Mungkin juga selepas ini di jangka beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan yang sama.

Nantikan langkah seterusnya..


Tiada ulasan:

Pengikut