Isnin, 25 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'

Posted: 24 Mar 2013 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.

"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.

"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.

"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Pandangan serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan Pakatan Rakyat menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.

Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.

"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.

"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?

"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Tertutup UPU Kg. Raja

Posted: 24 Mar 2013 04:41 PM PDT





31 ahli, aktivis Umno Besut keluar parti

Posted: 24 Mar 2013 04:40 PM PDT


(Husam menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari Mat Bidi)


BESUT: Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi), 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam semalam.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat dekat sini.

Sekitar Ceramah Di Taman Kemahkotaan Machang, Dun Kemuning

Posted: 24 Mar 2013 04:40 PM PDT










Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca

Posted: 24 Mar 2013 04:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

"Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

"Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.

PAS alu-alukan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.

"Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.

Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil  tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.

"Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,"  kata Ahli Parlimen Machang itu

Bacaan Ikrar Oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang : Kekalkan Kelantan Ubah Putrajaya

Posted: 24 Mar 2013 04:37 PM PDT







Tiada ulasan:

Pengikut