Rabu, 20 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ceramah Di Kg Pak Puchuk Belukar/Ulu Sat

Posted: 19 Mar 2013 07:44 PM PDT

















Tuan Ibrahim ketuai konvoi anak muda bermotosikal

Posted: 19 Mar 2013 07:44 PM PDT

(Tuan Ibrahim mengetuai konvoi bermotosikal bersama anak muda di Jengka)

JENGKA: Tanggal 17 Mac yang lalu, Karnival Anak Muda Bersama Artis anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Krau dengan kerjasama Alternatif Riding Club (ARC) Pahang, telah berlangsung dengan jayanya.

Konvoi disertai oleh kira-kira 250 buah motosikal dan 30 buah kereta turut disertai oleh Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Al Haffiz, Ketua Pemuda PAS Pahang dan Tuan Haji Nazri Bin Hussin, Timbalan  Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau serta kepimpinannya.

Karnival bermula dengan Konvoi Anak Muda untuk Perubahan dari Pekan Kerdau melalui Pekan Jenderak.
Kemudian, konvoi berhenti  solat Zohor di Masjid Lama Bandar Jengka sebelum memulakan aktiviti sukan bermotor di Dataran Nadi Kota, Bandar Jengka.

Sambutan dan penyertaan daripada masyarakat setempat serta penduduk di sekitar Kawasan Kuala Krau untuk karnival dan konvoi ini adalah di luar jangkaan.

Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Sembang Santai Anak Muda bersama Artis yang menampilkan Farah Asyikin Zulkifli (One in the Million) dan Nurul Suhadah Shuib (Ameerah Malaysia).

Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada beliawanis dan kaum wanita adalah melebihi 300 orang. Keadaan hujan panas sedikitpun tidak mengganggu perjalanan program tersebut.

Kemudiannya, Munajat Anak Muda diadakan di Masjid Lama Jengka sebelum Pogram Bicara Selebriti berlansung pada malam harinya.

Program yang membawa penampilan Iwan yang bergandingan Farah Asyikin di samping Tuan Ibrahim bersama panelis lain telah menyebabkan orang ramai membanjiri Dataran Nadi Kota Jengka.

Iwan bersama Farah turut mempersembahkan beberapa buah lagu secara live kepada para hadirin.

Dalam ucapannya Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa perubahan bermula dari diri sendiri.

"Jangan harap perkara akan berubah sekiranya sendiri tidak berubah dulu. Nak berubah ke arah yang lebih baik, sendiri harus berubahlah dulu," katanya.

Kehadiran anak muda menggalakkan ini menandakan satu arus perubahan bakal berlalu di pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Miliki IC merah pun teroka tanah kerajaan

Posted: 19 Mar 2013 07:44 PM PDT


KUALA KRAI: Beberapa peneroka yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah mereka didapati bukan penduduk tempatan, malah ada juga hanya memiliki kad pengenalan merah.

Sebahagian besar lagi tidak pernah memiliki tanah di Kampung Senduk dan Serasa dekat Dabong.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim (gambar) berkata, penduduk yang benar-benar pernah mengusahakan tanah di kawasan itu hanya 36 orang dan bukan 200 seperti didedah akhbar harian baru-baru ini.

Katanya, penduduk yang telah membayar deposit tanah tersebut dikeluarkan daripada kawasan pembangunan ladang yang dibangunkan sebuah agensi kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta.

"Kita pun hairan bagaimana ada penduduk mendakwa tanah mereka dirampas kerajaan negeri. Apa yang berlaku selepas syarikat masuk ada pula pihak datang menanam pokok buah-buahan.

"Sebelum ini memang tidak ada tanaman milik peneroka di kawasan yang sedang dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit.

"Hanya setelah syarikat masuk membuat kerja-kerja tanah ada peneroka mulai menanam pokok untuk membolehkan mereka menuntut pampasan," katanya di sini.

Sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa 200 penduduk berhimpun bagi membantah tanah yang didakwa diusahakan mereka sejak 30 tahun lalu, dirampas kerajaan negeri.

Sebahagian yang hadir pada perhimpunan itu memakai baju NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi (Tukar).

Arifabillah berkata, perundingan dengan 36 penduduk yang benar-benar terbabit sudah diadakan sejak 2010 dan terbaru pada awal tahun ini.

Menurutnya perjumpaan itu diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai beberapa kali bagi memastikan hak peneroka yang benar-benar mengusahakan tanah terbela.

Oleh itu beliau menegaskan dakwaan kerajaan negeri merampas tanah rakyat di Kampung Senduk dan Serasa adalah tidak berasas kerana kesemua tanah yang sudah ada deposit dikeluarkan daripada kawasan pembangunan ladang.

"Saya juga berharap agensi penguatkuasa kerajaan pusat termasuk Imigresen menyiasat ada warga asing yang meneroka tanah kerajaan di kawasan hulu," katanya.

Nik Aziz syukur Kelantan catat STPM terbaik

Posted: 19 Mar 2013 07:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan syukur yang tidak terhingga ekoran kejayaan negeri itu melakar sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumum semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang semalam, 12 calon dari negeri itu mendapat A dengan Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan tiga kali ganda.

"Tahniah saya rakamkan, semoga kejayaan hari ini akan menjadi motivasi untuk terus maju di masa hadapan.

"Tidak lupa kepada semua calon-calon STPM yang menerima keputusan semalam, panjatkanlah syukur dengan kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha jika keputusan sebaliknya," katanya melalui Facebook.

Tuan Guru yang juga Musryidul Am PAS berkata, apa yang penting ialah, kecemerlangan dalam hidup perlu diteruskan.

"Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita berjaya memanfaatkan diri kita untuk kebaikan orang lain, dan yang paling bermaka jika kejayaan itu diiringi pula dengan kejayaan di akhirat, Insya-allah," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut