Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Wacana Perdana 15hb Mac 2013
- Pakatan jadikan media lebih adil untuk rakyat
- Ceramah Umum 19hb Mac 2013
- China Town pengiktirafan buat Cina Kelantan
- Kuliah Maghrib 11hb Mac 2013
- Suasana sekarang memihak kepada Pakatan - Idris
- PRU13: Sasaran 40% calon muda tercapai
- Konsert Hiburan Alternatif
- Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din
- Jalan Kebun Sultan kini Jalan Haji Cheng Ho
- TG Nik Aziz syukur kebenaran semakin terserlah
- Bekas Pengarah P’raya BN Bachok sertai PAS
- Kenyataan Najib jejas operasi keselamatan - PKR
- Wanita ada kuasa tersendiri - Dr Mariah
- Rai Najib: Jangan tenggelam jasa tentera dan polis
Posted: 09 Mar 2013 08:20 PM PST |
Pakatan jadikan media lebih adil untuk rakyat Posted: 09 Mar 2013 08:20 PM PST GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah. "Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam. Katanya, jika Pakatan Rakyat mengekalkan sistem yang sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), pasti rakyat akan menghukum pula Pakatan Rakyat malah lebih hina daripada yang dihadapi oleh pemerintah yang zalim hari ini. Maka, menurutnya menjadi tugasan berat PAS, PKR dan DAP, sebab selama 50 tahun rakyat dimomokkan dengan cerita 'bohong' kononnya pembangkang suka bercakap kosong serta mahu menjadikan Malaysia ke arah negara yang liberal. Semua itu katanya, kena disekat kerana kebanyakan pemikiran orang Melayu terutamanya senang dihasut malahan seolah diikat supaya tetap memberikan undi kepada Umno BN setiap kali pilihanraya umum. "Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan, " jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Turut membentangkan manifesto mewakili PKR ialah Rafizi Ramli dan Zairil Khir Johari mewakili DAP. |
Posted: 09 Mar 2013 08:19 PM PST |
China Town pengiktirafan buat Cina Kelantan Posted: 09 Mar 2013 08:18 PM PST Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jalan Kebun Sultan yang bermula semalam akan dikenali sebagai 'Jalan Haji Cheng Ho China Town', sejak sekian lama menyaksikan aktiviti masyarakat Tionghua berkembang di situ. Pengisytiharan jalan itu sebagai China Town katanya sekaligus menaik taraf kawasan itu bukan sahaja sebagai kawasan perniagaan orang Cina malah bakal menjadi pusat pencongan baru bagi negeri itu. "Program ini dibuat khas sbgai menghargai masyarat Tionghua yang hidup harmoni d negeri ini. "Sebagaimana di negeri lain yang telah lama wujud China Town, Kelantan juga mahu berbuat demikian. Lagipun Jalan Kebun Sultan ini telah lama hidup aktiviti dari masyarakat Tiongua khususnya dalam perniagaan," katanya. Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat peingisytiharan rasmi penukaran nama Jalan Kebun Sultan kepada Jalan Haji Cheng Ho China Town. Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali 'Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu. Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya. Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, perisytiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam. "Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,"ujarnya. |
Posted: 09 Mar 2013 08:16 PM PST |
Suasana sekarang memihak kepada Pakatan - Idris Posted: 09 Mar 2013 03:43 PM PST KUALA LUMPUR: Suasana politik yang berlaku sekarang disifatkan sebagi memihak kepada PAS, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) "Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya menunggu masa untuk menyumbat gol sahaja," kata beliau dalam kenyataannya hari ini. Bagi beliau, Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen. Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR, kata Idris lagi. Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikul oleh Najib dan BN, sedangkan bagi beliau, PR mara dengan bergaya dan meyakinkan. "Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa. "Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib," katanya. Semalam negara pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul Bukhari yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat. "Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri. "Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu," kata beliau dalam tulisannya. |
PRU13: Sasaran 40% calon muda tercapai Posted: 09 Mar 2013 03:43 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpuas hati apabila sasaran 40 peratus kerusi untuk calon-calon muda yang dimintanya sebelum ini tercapai. Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, PAS pusat telah berjaya memenuhi target mereka agar kerusi-kerusi sama ada di peringkat parlimen atau Dun diberikan kepada calon-calon muda. Bagaimanapun, Nasruddin tidak dapat memberi angka yang spesifik berhubung bilangan kerusi yang diberikan kepada calon muda itu. "Kami berpuas hati, kerana target yang kami mahukan tercapai, cuma jumlah calon muda yang bertanding kami tidak ada angkanya kerana ianya ditentukann oleh PAS Pusat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Sebelum ini pada tahun 2011, DPPM pernah menyatakan hasrat mereka agar PAS Pusat mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon diberikan kepada orang muda. Nasruddin juga memberitahu kesemua jentera DPPM sama ada di peringkat national dan negeri sudah membuat persiapan akhir kerana mereka yakin PRU13 semakin hampir. Sehubungan itu, DPPM akan menganjurkan Xpresi Ulama Muda Pelapis Haraki di Ehya As Sharif Gunung Semanggol Mac ini, yang mana ianya akan mengumpulkan kira-kira 1,000 ulama muda di sana nanti. "Kita akan kumpulkan ulama muda daripada pelbagai bidang sama ada aktivis dan profesional sebagai persiapan sekaligus memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti. "Gunung Semanggol dipilih sebagai memperingati semula kelahiran ulama-ulama, dan di sinilah kita akan mula menggerakkan ulama muda kita yang bukan sahaja lepasa Timur Tengah bahkan juga lepasan tempatlan," katanya. Di dalam program itu DPPM akan mengisytiharkan beberapa ulama muda yang menyokong perjuangan PAS serta bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. |
Posted: 09 Mar 2013 03:43 PM PST |
Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din Posted: 09 Mar 2013 03:38 PM PST SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau. Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini. "Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. "Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi. Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II. Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah. "Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu. "Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron. Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya. |
Jalan Kebun Sultan kini Jalan Haji Cheng Ho Posted: 09 Mar 2013 03:37 PM PST (TG Nik Aziz ketika melaksanakan majlis tradisi kepada singa hijau) KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu kini dikenali sebagai Jalan Haji Cheng Ho China Town. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis peristiharan itu malam tadi di Jalan Kebun Sultan, di sini tepat jam 11.14 malam tadi. Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali 'Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu. Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya. Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu peristiharan jalan berkenaan berkata, peristiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam. "Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,"ujarnya. Terdahulu Tuan Guru disambut oleh 23 ekor singa bagi melambangkan 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah pentadbirannya. Pelbagai persembahan menarik diadakan pada malam itu antaranya tarian pelbagai budaya yang dipersembahkan oleh kanak-kanak dari masyarakat Cina, India dan Siam. Turut menjayakan pertunjukan persembahan muzik klasik Cina oleh pelajar dari Sekolah Menengah Chong Hawa Kok Lanas, chingey, silap mata dan lain-lain. |
TG Nik Aziz syukur kebenaran semakin terserlah Posted: 09 Mar 2013 03:36 PM PST (TG Nik Aziz ketika bercakap dengan veteran di Kota Bharu) KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya. Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu semalam. Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini. Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti. Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin. "Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya. Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini. "Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya. Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu. |
Bekas Pengarah P’raya BN Bachok sertai PAS Posted: 09 Mar 2013 03:36 PM PST (Bekas Pengarah pilihan raya BN Bachok serah borang PAS kepada Husam) BACHOK: Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS. Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN. Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama. "Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan. "Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS. "Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya. "Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik," katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi. Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail. Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46. Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong. Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS. Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali. "Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan. "Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja," ujarnya ketika ditemui selepas itu. |
Kenyataan Najib jejas operasi keselamatan - PKR Posted: 09 Mar 2013 03:35 PM PST PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah menjejaskan operasi dan kedaulatan negara, kata Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau merujuk kepada kenyataan berasingan yang dilaporkan di negara ini dan Filipina semalam bahawa Najib mengakui beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan anggota polis terbunuh. Jelas Rafizi, kenyataan Najib itu mengesahkan keraguan banyak pihak sebelum ini bahawa Najib mengambil masa yang terlalu lama untuk berunding dengan pencerobohan Sulu. PKR berpendapat, adalah wajar seluruh operasi keselamatan di Sabah diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM tanpa campur tangan politik. "Ini untuk mengelakkan berulangnya salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban setelah rundingan yang panjang tidak membuahkan hasil,"katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. Tambahnya, demi menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada ATM dan PDRM tanpa terlalu terikat dengan keputusan politik. Rafizi turut melahirkan kebimbangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Kabinet Filipina Rene Almendrass bahawa Najib bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah. "Lebih membimbangkan laporan itu turut menyebut persetujuan pentadbiran Najib untuk membuka kembali soal tuntutan terhadap Sabah yang di bawa oleh penceroboh Sulu. "Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara," katanya. Tegas Rafizi, tawaran untuk penceroboh meninggalkan atau menyembunyikan senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan penceroboh sedemikian rupa. "Ini akan menjemput lebih banyak penceroboh di masa hadapan apabila mereka boleh menyusup masuk dan mengambil semula senjata yang disembunyikan," katanya. Katanya, perkembangan ini memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusn yang dibuat oleh Najib Tun Razak dalam menangani peristiwa pencerobohan ini. "Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab persoalan ini di dalam sidang parlimen mengenai pencerobohan di Sabah. "Jika beliau terus mengelak maka keraguan di pihak rakyat tertanya-tanya kenapa krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas dan cepat akan terus berlegar," katanya. |
Wanita ada kuasa tersendiri - Dr Mariah Posted: 09 Mar 2013 03:34 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia. Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas) Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'. Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir. Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat. "Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. "Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh. "Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya. Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian. "Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai. "Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah. Difahamkan, DMPP seluruh Malaysia mengadakan acara sama di negeri dan daerah masing-masing. |
Rai Najib: Jangan tenggelam jasa tentera dan polis Posted: 09 Mar 2013 03:34 PM PST KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah. "Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara. "Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali," kata beliau. Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. "Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion)," tambahnya lagi. Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api. "Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan. "Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran. "Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu," tegas beliau. Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis. Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini. "Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat? "Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?" soal beliau. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan