Pakatan Rakyat |
Posted: 09 Feb 2013 03:18 PM PST | Tanding PRU13: Tengku Adnan akur keputusan PM Posted: 08 Feb 2013 11:18 PM PST Beliau bagaimanapun menegaskan keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN. "Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperkenalkan saya sebagai calon Parlimen Putrajaya. Ia terserah kepada Perdana Menteri. Ini semua kerja Allah Subhanahuwataala," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, di sini hari ini. Ketika berucap, beliau meminta penduduk Putrajaya agar terus memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di situ terus terjamin. Najib yang juga Presiden UMNO membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,500 penduduk Putrajaya ketika menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini Khamis lepas. Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh presiden parti sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Pengumuman itu juga telah menutup spekulasi dan kegiatan melobi beberapa individu untuk menjadi calon di pusat pentadbiran negara. Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor sebanyak 1,304 undi. - Bernama | Penahanan Yazid Sufaat bukti kerajaan cabul hak asasi rakyat Posted: 08 Feb 2013 11:12 PM PST Yazid Sufaat seorang bekas tahanan ISA telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari ini. Beliau ditahan bersama pekerja beliau Mohd Hilmi Hasim. Tangkapan dibuat sekumpulan polis dari Bukit Aman yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mani. Menurut Pegawai Penyiasat, Yazid bersama pekerjanya ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan atas tuduhan mempromosikan kegiatan keganasan. Yazid Sufaat merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan pada Disember 2001 dan dibebaskan pada Disember 2008. Kini beliau menjadi pengusaha kafeteria di kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Sebaik ditahan, pihak polis membawa Yazid dan pekerjanya ke kediaman Yazid di Taman Bukit Ampang untuk digeledah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang sedang berada di kediaman Yazid, sehingga jam 4 petang Polis masih menggeledah. Peguam juga dimaklumkan bahawa Yazid dan Hilmi akan ditahan selama 48 jam atau dua hari menggunakan peruntukan Seksyen 5 (2) Akta yang sama. Seksyen 5 (2) juga memboleh pihak Polis menangguhkan hak orang yang ditahan untuk mendapat khidmat konsultasi guaman sehingga 48 jam dari tempoh ditahan. bagaimanapun pihak Polis masih belum memaklumkan balai Polis tempat Yazid dan pekerjanya akan ditahan. Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang diluluskan parlimen pada Julai 2012 merupakan akta ganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ini memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk menahan orang yang dituduh sehingga 28 hari untuk tujuan siasatan tanpa melalui proses mahkamah. Orang yang dituduh juga boleh untuk tidak dibenarkan bertemu peguam dalam tempoh 48 jam atau dua hari selepas ditahan. Selain menafikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah, Akta ini juga memberi ruang untuk pihak Polis membuat tangkapan secara wewenangan berdasarkan Klausa 4 (1). Klausa ini turut memberi kuasa kepada pihak Polis untuk membuat penangkapan tanpa waran. Suaram mengutuk tindakan pihak polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia. Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan pihak Polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan. Tangkapan ke atas Yazid dan Hilmi ini sekali lagi memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli. Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, hari ini kerajaan telah membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan terus menzalimi rakyat. Hal ini menunjukkan selepas pemansuhan ISA, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian yang persis seperti ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas). Suaram mendesak pihak polis agar menghentikan sebarang tangkapan atau penyiasatan di bawah Akta Zalim ini. Suaram juga menggesa pihak Kerajaan Malaysia agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dimansuhkan segera. Syukri Razab | Malaysia bakal jadi lebih baik di bawah Pakatan – Rafizi Posted: 08 Feb 2013 11:07 PM PST KUALA LUMPUR: Malaysia bakal jadi lebih baik daripada sekarang selepas 50 tahun negara ditadbir Barisan Nasional, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Malaysia ada pencapaian, ada yang bangga dengan Malaysia tetapi kita boleh jadi jauh lebih baik daripada sekarang. Selepas 50 tahun dalam sistem pentadbiran dan kerajaan yang sama, kita mula ada banyak masalah yang kini menyusahkan rakyat. "Masalah ekonomi sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaian. Kerajaan sebut macam-macam. Tiap-tiap tahun keluar angka-angka baru (ekonomi), tetapi ia tidak merubah keadaan rakyat kebanyakan," ujarnya dalam klip video Demi Rakyat yang dimuat naik ke dalam YouTube, baru-baru Menurut Rafizi, berbeza dengan dasar Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai rekod dan keazaman untuk membanteras rasuah dan penyelewengan. "Kalau kita berjaya jimatkan penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN, jumlahnya itu cukup besar untuk laksanakan pelbagai program. "Contohnya untuk kita kurangkan harga barang, turunkan harga minyak, untuk kita batalkan tol, batalkan hutang pelajar, untuk turun harga kereta dan beri pendidikan percuma," katanya. Rafizi yang segak dengan kemeja putih dalam video berkenaan turut menyeru sumbangan orang ramai dalam pelbagai cara untuk menjayakan kempen Pakatan Rakyat. "Sudah tentu kita perlukan sumbangan kewangan yang selari dengan cara dalam Pakatan Rakyat yang berbeza dengan BN yang ambil rasuah. "Setiap sumbangan melalui Demi Rakyat.My mempunyai makna yang jauh yang jauh lebih besar. Kalau kita mahu masa depan yang lebih baik, tanggungjawab itu di tangan kita untuk bawa perubahan," ujarnya dalam rakaman kira-kira 2 minit itu. Untuk ikuti rakaman, KLIK INI. Demi Rakyat adalah tema kempen KEADILAN untuk mengetengahkan suara rakyat mengenai tanggungjawab kerajaan dan harapan mereka, di mana orang ramai digalakkan menyebarkan klip video kempen yang dihasilkan sebanyak mungkin. Sehingga kini, terdapat puluhan klip video yang dimuat naik ke Youtube. Laman Demi Rakyat boleh diakses menerusi Demirakyat.my | 'Hantar Pulang Pelarian Uyghur, Bertentangan Prinsip Islam' Posted: 08 Feb 2013 11:02 PM PST SHAH ALAM : Tindakan Kerajaan Malaysia menghantar pulang pelarian Uyghur kembali ke negara China baru-baru ini dilihat sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip mempertahankan Islam yang rancak diuar-uarkan kerajaan ketika ini. Timbalan Pesuruhajaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini mendakwa, tindakan tersebut juga seolah-olah menghantar pelarian yang mengharapkan suaka politik dan pengiktirafan antarabangsa itu untuk dibunuh. "Hampir pasti mereka ini akan dibunuh kerana mereka didakwa menentang kerajaan komunis di China. "Penghantaran ini juga bukan pertama kali dilakukan kerajaan Malaysia, dan ini sememangnya mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan media antarabangsa," tegas Khalid. Lebih dikesali, Khalid berkata tindakan itu dilakukan sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza yang galak dicanangkan sebagai pembela Islam sejagat. "Ini bercanggah dengan dakwaan kononnya Umno ini pejuang Islam yang bersedia untuk membela umat Islam," jelas Khalid. Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia didakwa menghantar pulang sekurang-kurangnya tiga orang pelarian Uyghur yang mengharapkan suaka politik di Malaysia. Sebelum ini, pada Ogos 2011, Kerajaan juga melakukan tindakan sama dengan menghantar 11 pelarian Uyghur pulang ke China. Sejak rusuhan di Urumqi, China pada tahun 2009, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, penindasan terhadap Uyghur oleh Kerajaan China dikatakan menjadi bertambah buruk. Atas sebab itu, bilangan Uyghurs yang melarikan diri ke negara-negara asing, terutamanya di kalangan negara-negara Asia dilihat semakin meningkat. Kebanyakan daripada pelarian Uyghur bertindak untuk memohon suaka politik di negara-negara Asia sehingga mereka diterima Amerika atau negara-negara Eropah lain selepas mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). | 1,000 pekerja Proton protes tentang gaji Posted: 08 Feb 2013 07:01 PM PST Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus. Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari. Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi "Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini. Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka. Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai. Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900. Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan. Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum. | AG arah beku harta Amalilio, suspek kes tipu RM895j di Filipina Posted: 08 Feb 2013 06:54 PM PST Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan pihak berkuasa Malaysia untuk memeriksa dan membekukan semua rekod kewangan serta aset seorang suspek dalam kes penipuan membabitkan RM895 juta di Filipina. Beliau berkata Jabatan Peguam Negara komited membantu semua pendakwaan dalam sebarang kes jenayah tanpa mengira kerakyatan. "Semalam, Pejabat Peguam Negara menerima permintaan rasmi daripada Jabatan Keadilan Filipina bagi Bantuan Perundangan Bersama hal berkaitan jenayah. "Permintaan ini sedang diurus oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan semalam. Abdul Gani berkata pada Rabu, satu mesyuarat berlangsung di pejabatnya antara beliau dan Timbalan Menteri Jabatan Keadilan Filipina Jose Vicente B. Salazar, Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya, Setiausaha Pertama Kedutaan Filipina di Malaysia Maria Antonina Oblena dan Atase Politik Kedutaan Filipina di Malaysia Joy Calip. "Pada mesyuarat itu, Salazar meminta suspek diekstradisi ke Filipina untuk berdepan pertuduhan jenayah dan satu perintah pembekuan ke atas aset, simpanan dan pelaburan milik suspek serta mereka yang berkaitan dengannya," katanya. | Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan Posted: 08 Feb 2013 06:47 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dianggap mengakui ada penipuan dalam daftar pemilih. Ini kerana beliau tidak dapat menjamin 100 peratus daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya. Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan tersebut bukti penipuan pilihan raya berlaku. "Bermakna SPR akui akan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau tidak mahu bersihkan daftar pemilih, bagaimana pula dengan pemberian kad pengenalan kepada imigran untuk mengundi," soalnya ketika dihubungi. Abdul Aziz hujung bulan lalu dilaporkan mengakui SPR tidak boleh memberi jaminan daftar pemilih 100 peratus bersih kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah. Menurutnya, SPR membuat 'semakan ketat' dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup. Beliau bagaimanapun didakwa tidak mengendahkan bagaimana mereka yang berkenaan mendapat kad pengenalan kerana mendakwa ia di bawah bidang kuasa JPN. "Kita bukan bercerita soal orang mati. Kalau sekalipun tidak dapat bersihkan sepenuhnya nama-nama daftar pemilih, berilah jaminan untuk bersihkan sekurang-kurangnya 90 peratus seperti standard antarabangsa," kata Maria. "Kalau inilah sikap Pengerusi SPR, bermakna mereka tiada usaha membersihkan daftar pemilih. Adakah SPR buat lawak dengan kenyataan seperti ini," sinis beliau. Mengulas tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian IC pendatang asing di Sabah, Maria yang menyifatkan tindakan itu pengkhiatan kepada negara mahu semua pihak terlibat bertanggungjawab. "SPR tak boleh lari dari isu RCI kerana pihak bertanggungjawab membiarkan golongan ini mengundi adalah SPR sendiri," katanya. | Ketua Cawangan Umno keluar parti, masuk KEADILAN Posted: 08 Feb 2013 06:45 PM PST Oleh Aisha Geoffrey BERA : 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka. Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH. "Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi. Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka. "Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi. Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti. "Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya. "Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi. "Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya. | Serangan Terhadap Mazlan, PAS Selangor Kesal Polis Gagal Bertindak Posted: 08 Feb 2013 04:09 PM PST SHAH ALAM : Serangan dan provokasi ala samseng dilakukan ahli Perkasa terhadap Mazlan Aliman yang menganjurkan ceramah di Felda Sungai Tengi pada Isnin lalu membuktikan institusi kerajaan terus diperkuda untuk kepentingan politik parti pemerintah. Ini kerana, menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad, sehingga kini polis tidak bertindak ekoran isu serangan yang dilakukan terhadap Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu. "Sewaktu kejadian berlaku dan selepas ia berlaku, sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada pihak polis. "Walaupun laporan polis sudah dibuat, polis masih tidak berbuat apa-apa dan ini bukan pertama kali berlaku sedemikian. "Budaya ini dengan jelas sememangnya direstui pimpinan Umno, maka pihak polis seperti takut untuk mengambil tindakan," ujar Khalid kesal. Katanya lagi, polis yang seolah-olah bertindak mengikut telunjuk Umno-BN seharusnya bebas daripada kongkongan untuk melindungi rakyat tanpa mengira latar belakang dan pegangan politik. "Selagi Umno/BN memegang tampuk pemerintahan, selagi itulah budaya samseng semacam ini akan terus berkembang. "Maka penting untuk kita mengubah situasi ini menjadi lebih baik dengan melakukan perubahan kepada kerajaan baru di peringkat pusat," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya petang semalam. Mazlan yang juga merupakan AJK PAS Pusat mendakwa dibaling dengan botol, kerusi dan objek lain ketika ingin memulakan ceramah berkenaan isu pembohongan Felda pada malam kejadian. | Ronnie Liu: 'Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan' Posted: 08 Feb 2013 04:04 PM PST
SHAH ALAM - Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa tindakan bekas Pegawai Khasnya, Jefrei Nordin mengumumkan peletakan jawatan sebagai satu penipuan. Katanya, Ronnie, Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas beliau kerana tidak hadir di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). "Dia (Jefrei) sudah lama dilucutkan jawatan bukannya letak jawatan, lagipun dia bukan ahli DAP," katanya, semalam. Dalam pada itu, katanya, tindakan Jefrei mengumumkan peletakan jawatannya di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng adalah sekadar meraih publisiti murahan. "Sebenarnya Jefrei telah disahkan muflis. Sudahlah dua tiga tahun tidak masuk pejabat, tiba-tiba sahaja umumkan letak jawatan dengan alasan kononnya kecewa dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pimpinan kerajaan negeri, ini satu penipuan dan mungkin dia telah 'dibeli'. "Selain itu, sebelum ini Jefrei sering mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang memfitnah saya dan adu domba dengan pimpinan lain dalam pakatan seperti Pas, sedangkan hubungan saya dengan mereka baik-baik sahaja," katanya. Dalam perkembangan yang sama, kata beliau, sekiranya ingin bukti kukuhbahawa Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas, boleh merujuk kepada penyata gaji dan elaun, jelas telah beberapa tahun Jefrei tidak dibayar oleh pihaknya. | ND Lala: 'Tarikh risik, kahwin tak pernah timbul' Posted: 08 Feb 2013 04:03 PM PST TAK pernah berlaku perbincangan. Demikian reaksi bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah, ND Lala berhubung dakwaan yang mengatakan dia menegah pelakon Sharnaaz Ahmad merisik anak gadisnya itu. Khamis lalu, ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik Shila Mac ini, tanpa pengetahuannya. ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadab kerana memberlakanginya sebagai orang tua dan wali Shila. "Tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)... tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?," katanya kepada Galaksi. Beliau juga menafikan berang terhadap perkara ini seperti yang dilaporkan media. "Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua media. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada e-mel nampak apa?," katanya. Ketika ditanya tentang penerimaannya yang masih mampu tersenyum terhadap kontroversi ini, ND Lala menjelaskan: "Adakah kita hanya bersyukur dan berterima kasih apabila ALLAH memberi kita nikmat sahaja? Dan kita marah, kecewa apabila kita didatangi dengan dugaan dan cubaan. "Jangan takut menempuh cabaran dan dugaan. Kita tempuh saja. Kita usaha, hak ALLAH menentukan," jelas beliau. Beliau juga percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu. "Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi... apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji... yang penting kita redha atau tidak. "Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat," katanya. Mengulas tentang surat yang ditulis Shila Selasa lalu, ND Lala berkata, "memang Shila yang tulis." "Saya melihat dia menulis dari lubuk hati yang dalam. Dia berusaha untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapanya... perasaan orang lain," katanya. Keluarga besar ND Lala bakal ke Tanah Suci bulan depan bagi mengerjakan umrah. "Jika panjang umur, dimurahkan rezeki kami merancang, Insya-ALLAH dengan izin ALLAH... saya akan membawa semua anggota keluarga saya untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac ini," kata ND Lala lagi. | Khalid Samad : Tiada Kelab Malam Di Shah Alam Posted: 08 Feb 2013 04:00 PM PST SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat membenarkan pembukaan kelab malam di negeri ini. Sebaliknya, beliau berkata, pusat hiburan yang didakwa menawarkan perkhidmatan kelab malam itu hanyalah merupakan sebuah restoran yang dibuka daripada jam 8 malam sehingga 12 malam. "Ianya sama seperti 'The Ship' atau 'Hard Rock Cafe' dan boleh dikunjungi oleh sekeluarga. "Kami sudah mengadakan lawatan dan mendapati tempat tersebut bukanlah kelab malam seperti didakwa sebelum ini," jelas Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya petang tadi. Bagaimanapun, Khalid mengakui restoran tersebut menawarkan minuman keras dan berkeadaan gelap. "Namun mereka sudah mendapatkan lesen daripada pihak kastam untuk menjual 'hard liquor' di premis mereka," ujarnya lagi. Khalid juga menegaskan bahawa premis tersebut terletak di Setia Alam, dan bukannya Shah Alam seperti didakwa sesetengah pihak. Setia Alam merupakan kawasan perbandaran baru yang berbeza dengan Shah Alam, di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam. | Peperiksaan Sijil Menengah Agama, Selangor Catat Keputusan Cemerlang Posted: 08 Feb 2013 03:58 PM PST SHAH ALAM: Keputusan keseluruhan peperiksaaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2012 Negeri Selangor menyaksikan peningkatan positif sebanyak 5.3 peratus bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Peningkatan ini menyaksikan pencapaian keputusan 92.1 peratus untuk tahun 2012 berbanding perolehan 86.8 peratus bagi tahun 2011. Perkhabaran gembira keputusan peperiksaan dicatatkan menerusi perolehan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ). Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Marzuki Hussin pada Majlis Pengisytiharan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-QUran (SMATQ) Tahun 2012 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Untuk peperiksaaan SMA tahun 2012, seramai 3,130 orang calon daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah (SABK) dan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) termasuk 248 calon dari 12 Sekolah Menengah Islam Persendirian dan Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP). Bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) pula menyaksikan seramai 222 orang calon menduduki peperiksaan dari dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor. Sementara itu, MIST Istana Banda Kuala Langat mengungguli kategori Sekolah Agama Menengah (SMA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan perolehan 1.46. SAM Bestari Usj Subang Jaya, Petaling menduduki tempat kedua dengan GPS 1.50 manakala MIST Klang mencatatkan GPS 1.81. Untuk kategori SMA dan SMI Persendirian cemerlang, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SMA MAIWP) mencatatkan GPS 1.32 manakala SMI Ibnu Khaldun, Klang dengan GPS 2.98. Marzuki yang ditemui selepas majlis nyata berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang dicatatkan bagi tahun 2012 dan berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan. "Keseluruhan kita kita lihat peningkatan meskipun terdapat beberapa subjek mencatatkan penurunan (keputusan). "Walaupun usaha cikgu itu sudah bersungguh-sungguh, penurunan pencapaian pelajar kita tidak dapat nafikan kerana bergantung kepada persediaan pelajar (sendiri)," katanya. Sementara itu, Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus. Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus. Bagi Kategori Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) 2012, Mohamad Faiq Mohamad Sharin dari Maahad Integrasi Sains dan Teknologi Klang dipilih selaku pelajar lelaki terbaik dengan pencapaian 78.9 peratus. Manakala pelajar perempuan dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat, Zainab Ismail memperoleh 79.4 peratus. Kesemua hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali. | Semua Tadika, Pra Sekolah Di Selangor Layak mohon Skim Tunas Posted: 08 Feb 2013 03:55 PM PST SHAH ALAM,: Semua tadika Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor dialu-alukan memohon Skim bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali menjelaskan, skim ini terbuka buat semua sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu ibu bapa dan pihak tadika dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Tegasnya, dengan peruntukkan berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan RM3 juta bagi tahun 2013, pihak tadika hanya perlu mendaftar di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) bagi mendapatkan bantuan berkapita sebanyak RM50 sebulan. "Skim ini untuk anak berumur lima dan enam tahun yang ibu bapanya dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM1,500 dan dihantar ke tadika yang berdaftar dengan MPTS. "Skim Tunas ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa membayar kos yuran. Anak-anak mereka dihantar ke tadika dan pra sekolah yang dibayar secara bulanan dan terus ke akaun tadika yang berdaftar dengan MPTS," katanya ringkas. Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada anak-anak kecil yang memasuki alam pra persekolahan dan tadika. Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan tadika dan pra sekolah telah diterima sehingga akhir tahun 2012 manakala 339 permohonan untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari 2013. Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Skim Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013. Menurut Halimah, untuk tahun 2013 MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember. Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013. Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini. Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja. Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus. Beliau menambah, Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Sambutan ini bakal menghimpunkan ibu bapa serta guru dan pengusaha tadikan disamping seramai 2,013 pelajar tadika yang akan menjayakan program berkenaan. | Posted: 08 Feb 2013 03:51 PM PST Seramai 65 ahli PKR cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). KUCHING: Seramai 65 ahli PKR cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) kerana mendakwa diabaikan. Bekas Ketua PKR cawangan c, 68, yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dipilih oleh rakyat di kawasan itu pada pilihan raya negeri lalu untuk menjadi pemimpin mereka. "Namun pelantikan saya tidak diluluskan oleh pihak pengurusan PKR. Saya rasa tertipu. Apabila menzahirkan hasrat untuk menyertai SPDP kami dialu-alukan dan hari ini bertekad untuk menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini," katanya. Ismail juga menggesa supaya generasi Y (muda) memberi fokus sepenuhnya kepada kerajaan BN kerana mereka masih ketinggalan dari segi pembangunan sosial. Presiden SPDP Tan Sri William Mawan ak Ikom berkata, ini adalah sikap sebenar parti pembangkang yang hanya pandai memberikan janji kosong untuk meraih sokongan daripada rakyat dan apabila mereka mencapai matlamat, rakyat akan ditinggalkan. "Kami dalam SPDP bersimpati dengan nasib mereka ini lantas tidak keberatan untuk menerima mereka," katanya sambil memberi jaminan kepentingan kumpulan yang sudah sedar akan kesilapan mereka menyertai PKR tidak akan diabaikan. | BN berpakat dengan Felda halang program pembangkang Posted: 08 Feb 2013 03:49 PM PST Mazlan Aliman berkata, beliau mempunyai bukti, Felda luluskan bajet untuk program politik Umno di Felda. PETALING JAYA: BN berpakat dengan Felda untuk menghalang aktiviti pembangkang di kawasan tanah rancangan peneroka, kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Berbeza dengan akviti BN mendapat kerjasama sepenuhnya dari pengurusan Felda, dakwa Mazlan lagi. "Bahkan, saya punya bukti, Felda luluskan bajet untuk program politik Umno di Felda," katanya dalam satu kenyataan. Mazlan juga mendakwa, bendera BN dinaikkan sebanyak-banyaknya di seluruh pelusuk Felda. "Petugas Umno tidak minta izin pun nak naikkan bendera BN di halaman rumah peneroka," tambah Mazlan lagi. Buka bonet Menurutnya, suasana berbeza kepada Pakatan Rakyat. Pengurus Felda mengarah menurunkan bendera PAS dan PR. Jawatankuasa Felda gugusan Lokheng umpamanya, tidak membenarkan buat sebarang aktiviti pembangkang sehingga lepas pilihan raya. "Ceramah disekat. Bayangkan, pengurusan Felda, JKKK, Relda, Felsco bergabung dengan samseng Umno seawal petang buat sekatan jalan di jalan utama masuk ke Felda untuk halang penceramah dan orang awam. Di Felda Sungai Tengi, di Hulu Selangor samseng Umno memaksa pemandu kenderaan buka bonet. Bila disoal, untuk apa buka bonet? Kata mereka, mungkin Mazlan Aliman menyorok dalam bonet kereta. Manakala di Felda Teloi Timur, Sik di Kedah, polis menasihatkan supaya jangan menghalang Pakatan Rakyat dan Anak hendak masuk Felda. "OCPD minta buka laluan. Samseng Umno tidak peduli. Mereka angkuh, " kata Mazlan. Menurutnya, gelagat tidak bertamadun ini akan memusnahkan kepercayaan masyarakat Felda kepada BN. Katanya, tindak tanduk dan akhlak samseng Umno akan memakan diri mereka sendiri. "Yakinlah, semakin ganas samseng Umno, kian dekat BN dikuburkan," kata Mazlan. | Azmin: SAPP telah dikeluarkan dari rundingan kerusi Sabah Posted: 08 Feb 2013 03:45 PM PST Oleh Clara Chooi, KUALA LUMPUR, — Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan. Timbalan Presiden PKR itu memberitahu The Malaysian Insider di peringkat negeri, PR dengan sekutu baru di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) — hampir bersetuju dengan formula perkongsian kerusi mereka. "Hanya terdapat beberapa sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap parti," kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu. Akan tetapi ahli parlimen Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah itu kerana sebab-sebab strategik. APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dari BN manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang dahulunya anggota majlis tertinggi Umno. "Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah," Azmin mengesahkan. SAPP, parti yang hampir berusia dua dekad diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, pada awalnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PR dalam Pilihan Raya 2013 untuk menjatuhkan BN di kubu mereka di Malaysia Timur, tetapi menegaskan parti tempatan perlu bertanding dengan jumlah besar daripada 60 kerusi dewan undangan negeri. Yong mengatakan parti PR berasaskan Semenanjung boleh bertanding di majoriti kerusi Parlimen untuk membantu mereka menawan Putrajaya tetapi mengekalkan pentadbiran negeri kepada parti yang berakar umbi di Sabah. Beliau mengatakan ini selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin autonomi negeri tersebut. Akan tetapi Azmin memberitahu The Malaysian Insider permintaan Yong untuk 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri adalah tidak munasabah. Beliau menegaskan apabila SAPP bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum 2008, parti itu hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri. SAPP secara rasmi menarik diri dari BN pada September 2008 dan menjadi sebuah parti bebas. "Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS?" kata Azmin. "Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas," tambah beliau. Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu. Beliau menambah ia adalah "kerusi bagus" dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu. "Mereka datang kembali kepada kami dan mengatakan mereka mahu 40 kerusi," kata Azmin. "Jadi kami telah membuat keputusan — kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa," katanya. APS dan PPPS telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang. The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam. Kedua-dua pemimpin ini baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya. Pemimpin lantang yang dikenali dikalangan Cina Hakka di Sabah, menuduh kedua-dua Bumburing dan Lajim "tidak mempunyai pilihan" selain kowtow kepada rakan baru PR mereka dari Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang. |
Posted: 09 Feb 2013 03:06 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:06 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan