Sabtu, 9 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Program Wacana Buku PAS Bukit Katil

Posted: 08 Feb 2013 04:18 PM PST

MELAKA: Pakatan Rakyat mesti menafikan penguasaan Umno ke atas Putrajaya pada PRU13 ini bagi menghentikan segala kebobrokan dan kerosakkan yang terjadi di dalam seluruh sistem pemerintahan negara ini.

Menurut Ketua Pengarang
Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Umno akan hancur dengan sendirinya selepas kehilangan kuasa di Putrajaya yang telah membentengi mereka sejak lebih 50 tahun lalu.

"Umno tanpa kuasa akan bertabrakan dengan sendirinya setelah kehilangan sumber yang selama ini dirompak daripada kerajaan.

Di saat genting ini, tiada gagasan besar yang dibawa Umno untuk kemajuan rakyat, kecuali bermain dengan emosi perkauman," ujar beliau ketika program santai membicarakan buku terbarunya
Detik Utopia, di sini baru-baru ini.




Ahmad Lutfi menjelaskan, aset besar dalam Pakatan Rakyat bukan hanya terletak kepada kewibawaan kepimpinannya tetapi kualiti para pengikut yang berani memberikan teguran kepada pemimpin.

"Oleh itu, pemimpin Pakatan harus bersedia untuk menerima teguran dan kritikan termasuk melalui demonstrasi atau bantahan jalanan," katanya.

Ahmad Lutfi, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penulisan menjelas wartawan bukan sekadar pelapor tapi sebenarnya adalah aktivis dalam masyarakat yang perlu mendaulatkan idealisma perjuangan.

Baginya, ahli politik seharusnya ringan tangan untuk turun ke bawah untuk merasai denyut nadi penderitaan rakyat.

"Kerja-kerja kebajikan ini mesti bersistematik dan bagi saya, membantu orang susah merupakan terapi walaupun kita tak mampu membantu sepenuhnya tapi kalau kita dapat dorong orang untuk membantu seperti di
Harakah itu begitu bermakna sekali.



"Dalam PAS, kalau kita dapat membantu dengan tulus dan ikhlas kepada masyarakat yang memerlukan ianya amat bermakna sekali dan itulah yang sedang dinantikan oleh masyarakat di luar sana," tambahnya.

Sumber : Harakah
23 - 26 RABIULAWAL 1434 / 4 - 7 FEBRUARI 2013

Tiada ulasan:

Pengikut