Selasa, 26 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Feb 2013 03:31 PM PST

[SH] SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.

Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Rakyat Bersaudara

Dalam teras Rakyat Bersaudara, PR memfokuskan kepada beberapa bahagian, antaranya setiap isteri layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial menjamin kebajikan mereka.

Di bawah caruman ini, suami wajib di sisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan antara RM10 hingga RM100 sebulan dengan syarat caruman ini boleh dikeluarkan isteri dalam keadaan tertentu seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun.

Kerajaan juga menyumbang RM50 sebulan kepada setiap isteri dan caruman ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Selain itu, PR akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara, dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Dalam teras ini juga, PR akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan institusi pendidikan tinggi dan kelayakan bagi tujuan permohonan kerja.

Ekonomi Rakyat

Dalam teras Ekonomi Rakyat, PR mengulangi janji-janji yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya setiap keluarga di negara ini akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan PR di Putrajaya.

PR turut mengulangi janji gaji minimum dengan setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

Selain itu, PR mengumumkan cukai rakyat diselaraskan demi kesaksamaan antara pendapatan tinggi dan sederhana.

Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26 peratus hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas berbanding RM250,000 sekarang.

Kesejahteraan Rakyat

Teras ketiga, PR bertekad menurunkan harga minyak sejurus selepas PR berjaya menawan Putrajaya. Selain itu, caj elektrik diturunkan dengan PR menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat.
Penghapusan tol secara berperingkat juga dimasukkan dalam manifesto ini, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, dengan pembiayaan operasi lebuhraya ditampung dana RM5 bilion.

Selain itu, PR juga akan menghapuskan cukai eksais kereta berjumlah 70 peratus sekarang dalam tempoh lima tahun.

Apa yang menarik dalam manifesto ini, PR berjanji akan menghapuskan Sistem Perlaksanaan Automatik (AES) dan membatalkan saman yang telah dikeluarkan.

Kerajaan Rakyat

Dalam teras terakhir, antara intipati menarik adalah PR akan menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media terutamanya Akta Percetakan dan Penerbitan dan prosedur perlesenan media.

Berikut empat teras utama manifesto Pakatan Rakyat :-

1) Rakyat Bersaudara

- Menghapus diskriminasi
- Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas
- Merangkum semua aliran pendidikan
- Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963
- Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara
- Kehormatan amalan agama

2) Ekonomi Rakyat

- 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat
- Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum
- 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah
- Reformasi pendidikan merangsang ekonomi
- Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
- IKS dan inovasi teras ekonomi negara
- Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan
- Ekonomi lestari
- Membela ekonomi dan kebajikan prajurit
- Memberdayakan usahawan teksi
- Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK
- Pengangkutan awam nadi ekonomi negara
- Memecah monopoli merancakkan persaingan

3) Kesejahteraan rakyat
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli
- Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat
- Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES, batal saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Keselamatan rakyat
- Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin
- Membina jaringan keselamatan sosial rakyat


4) Kerajaan rakyat
- Reformasi institusi Islam dan keagamaan
- Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
- Pilihan raya yang bersih, adil dan telus
- Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM
- Reformasi Parlimen
- Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
- Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik
- Memansuhkan semua undang-undang antirakyat
- Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)

ALHUSSEYN

Posted: 26 Feb 2013 03:18 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:18 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Hantu Altantuya dalam Parlimen Malaysia?

Posted: 26 Feb 2013 05:24 AM PST

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar , hari ini memberitahu, "Tiada notis diberikan kepada ahli parlimen. Kerajaan tidak mempunyai agenda untuk dibincangkan jadi adalah sangat tidak mungkin bahawa akan ada parlimen pada sesi Mac." 

Sebelum ini, Wan Junaidi pernah memberitahu bahawa akan ada sesi parlimen pada bulan Mac ketika  mengulas mengenai langkah Mahfuz Omar yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk sesi parlimen khas. 

Langkah Mahfuz itu adalah ekoran selepas peniaga permaidani Deepak membuat dakwaan yang mengaitkan Najib dalam kematian model merangkap penterjemah Mongolia Altantuya Shaaribu.

 

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang pernah membuat akuan berkanun yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kini telah pun kembali semula dan mengulangi pegakuannya mengenai penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang juga turut menggesa persidangan parlimen khas diadakan untuk membincangkan insiden Pencerobohan Lahad Datu dimana 100 lelaki bersenjata mendakwa sebagai askar sultan Sulu, telah merampas sebuah kampong, tetapi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kata mereka itu bukan teroris…(Nak panggil apa?)

Jelas, ada banyak agenda yang perlu dibincangkan tapi apasal Najib  hingga ke hari ini masih tidak memohon untuk mengadakan persidangan parlimen? Apakah ada hantu Altantuya dalam Parlimen  Malaysia? SUMBER

BR1M itu duit rakyat, buat duit pak mak hang !

Posted: 25 Feb 2013 09:19 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kesian dengan si Sembab ini. Suruh TGHA keluarkan fatwa.Ada akaikah! Lantiklah dia jadi mufti dulu barulah boleh suruh dia buat fatwa!


"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya

di sini

Ko bagi sebab dah terdesak sangat dekat-dekat musim pilihanraya.Ingat kitaorang rakyat ni  bodoh sangatkah? 

Kat orang Korea tu, ko boleh kasi RM2 juta hanya untuk buat persembahan tak sampai 5 minit pun! Bagi kitaorang RM500 ko cakap itu dah membantu supaya sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga kami…..piiirah!

TGHA bukan larang rakyat dari mengambil BR1M; malah menyeru rakyat agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut. 

"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat.  Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi.

Bahkan TGNA sendiri mengingatkan rakyat seperti mana pesanannya terdahulu, "Beri gula kita kacau, beri kain kita pakai, beri duit kita ambil, undi tetap PAS!"

Ajarkan aku memancing, bukan pancing aku!

Posted: 25 Feb 2013 04:33 PM PST

Kalau aku diberikan seekor ikan, aku akan seronok kerana dapat makan untuk sehari.Terima kasih kerana itu.

Tetapi bagaimana untuk hari esok? Bolehkah aku dapat seekor ikan lagi? Tolonglah …Dan lagi dan lagi….

Esok lusa aku berkahwin dan punyai anak. Seekor ikan mana boleh cukup? Tolonglah…aku perlu mengemis untuk meneruskan kehidupan ku ini.

Aku pun mahu makan ikan macam yang kamu makan.Takkanlah asyik makan anak ikan kembung sahaja…sedangkan kamu makan ikan tenggiri, ikan merah, ikan kerapu malahan ikan yu!

Kenapalah aku tidak diberikan kail dan ajarkan aku memancing? Kalau aku ada kail dan ada kemahiran mengail tak perlulah aku mengemis setiap hari untuk hidup ku.

Tidak perlu aku dan zuriatku mengharap belas ehsan semata-mata kerana dengan pemberian kail itu kami boleh berusaha untuk membaiki kehidupan kami sendiri.

Kalau tangkapan banyak, aku boleh jual untuk menambah rezekiku.Mungkin aku boleh beli perahu dengan hasil tersebut. Mungkin aku boleh jadi nelayan yang berjaya…

Rupa-rupanya ikan yang kau beri itu hanyalah umpan untuk aku ….kau Cuma nak pancing aku rupanya! Ajarkanlah aku memancing, bukan memancing aku!

Tiada ulasan:

Pengikut