Selasa, 26 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Impian Malaysia dilancar

Posted: 26 Feb 2013 03:02 AM PST


MELAKA: Impian Malaysia peringkat negeri Melaka telah dilancarkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf di Semabok Inn, di sini, baru-baru ini.

Impian Malaysia katanya adalah merupakan impian setiap ahli PAS yang inginkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia bukannya untuk kelompok tertentu sahaja.

"Impian Malaysia adalah impian setiap orang khususnya ahli PAS yang bermimpi untuk kesejahteraaan seluruh rakyat Malaysia dan berusaha menjadikannya kenyataan. Kita beri kebaikan kepada orang ramai dan sanggup berkorban untuk orang ramai, ianya bukan bagi kelompok tertentu tapi untuk mendengar suara seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau berkata, PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih adil bukannya sebagai Malaysia yang dikenali kerana satu kaum menindas kaum yang lain seperti yang berlaku sekarang.

"Siap Dengar dan Siap Bersama ialah slogan kesediaan kita mendengar segala luahan rakyat dan akan kita laksanakan apabila ke Putrajaya kelak sebab segala kritikan selama ini hanya sampai kepada pemimpin yang pekak.

"Segala pandangan selama ini hanya sampai kepada pemimpin yang buta dan kita akan akhiri dengan pemimpin yang sedia mendengar dan bersama dengan suara rakyat," katanya.

Jelasnya, Najib perlu serahkan kuasa dengan budiman kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih berkemampuan mentadbir dengan baik agar transisi tersebut berjalan dengan aman bukannya mengugut melalui teori huru-hara.

"Saya kesal Perdana Menteri berkata sekiranya tukar kerajaan negara akan huru-hara, sepatutnya sebagai politik budiman atau 'gentleman' dia perlu meraikan demokrasi suara rakyat. Dasar Islam yang PAS bawa ada ciri ahli politik sufi, berasa tanggungjawab di depan manusia sebelum dipertanggungjawab di hadapan Allah dan kita sebagai pemegang amanah," tambahnya.

Sumber : Harakah 11 - 13 RABIULAKHIR 1434 / 22 - 24 FEBRUARI 2013

Tiada ulasan:

Pengikut