Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Parlimen Dan DUN Sabah Perlu Sidang Tergempar Posted: 17 Feb 2013 06:04 PM PST KUALA LUMPUR: Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah perlu mengadakan persidangan tergempar sekirannya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak mampu memelihara kedaulatan Sabah dan Malaysia serta hak dan keselamatan rakyat Sabah. Demikian pandangan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam. Ketua Parlimen DAP itu merujuk Malaysiakini telah memetik laporan Ahad Philippine Daily Inquirer bahawa meskipun penguasa Malaysia mengisytiharkan berakhirnya rundingan dengan lebih daripada 100 orang rakyat Filipina bersenjata yang mendarat di Sabah awal minggu ini dan berkata mereka akan dihantar pulang, ketua kumpulan itu bertegas mereka tidak akan berganjak. Katanya, ia telah memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri memandangkan kesabaran dan keyakinan rakyat Sabah dan Malaysia terhadap kemampuan Hishammuddin untuk menyelesaikan kebuntuan di Lahad Datu dengan segera dan aman semakin tipis, terutamanya Menteri Dalam Negeri lebih berminat dan sibuk bermain politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding fokus terhadap isu keselamatan melibatkan rakyat dan negara, seperti:
"Sekiranya Hishammuddin tidak mampu memberikan tumpuan menyelesaikan kebuntuan dengan pasukan bersenjata berbangsa Filipina di Lahad Datu dengan kadar segera dan aman, beliau sepatutnya biar orang lain yang lebih mampu memberikan keutamaan sewajarnya kepada isu keselamatan negara bukannya mencipta kontroversi politik untuk melakukan tugas itu," ujarnya lagi. Bagi Kit Siang, adalah amat malang jika Hishammuddin di dalam fikiran rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah dikaitkan dengan ungkapan 'Nero sedang main-main sementara Rome terbakar'. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan