Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Kontraktor Melaka bermasalah akibat Menteri monopoli kontrak transport Petronas? Posted: 16 Feb 2013 04:12 PM PST KUALA LUMPUR: Pemonopolian urusan pengangkutan dan penghantaran bahan petroleum yang dilakukan oleh Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) ke seluruh Semenanjung Malaysia di bawah Petronas Dagangan Berhad (PDB) menyebabkan banyak syarikat pengangkutan Bumiputera lain 'gulung tikar'. Menurut pengusaha-pengusaha pengangkutan Bumiputera yang ditemui Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB. Justeru, Badrul Hisyam atau lebih dikenali dengan gelaran Che'gu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB bertarikh 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat memperincikan dan menjelaskan isu ini sebaik mungkin. "Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori telah menjadi tiga lori sahaja kerana bakinya ada yang dijual dan ada yang ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB, tegasnya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 4 Februari lalu. Selain itu, ketika mengulas isu sama, beliau berkata kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada menerangkan bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB. Menurut beliau lagi, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran. "Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh," katanya lagi. Mengulas lanjut, beliau turut mendakwa, STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan sebagainya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan