Selasa, 19 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 18 Feb 2013 09:12 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PEMUDA PRIHATIN..PENGHANTARAN BEKALAN BANJIR...

Posted: 18 Feb 2013 04:44 AM PST

Kesusahan dan kesulitan kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal nun di pedalaman kadangkala dipandang ringan oleh segelintir masyarakat.Kesulitan ini bertambah rumit apabila mereka terputus hubungan akibat hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti beberapa hari.Satu ekspedisi diatur dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah bagi menghantar bantuan kepada mereka.Memunggah bekalan makanan di pangkalan hadapan sebelum konvoi bergerak menuju ke perkampungan tersebut iaitu Jubau dan Langkap.Kehadiran konvoi disambut dengan perasaan gembira oleh masyarakat OA tersebut.Program sebegini telah menjadi sebahagian agenda tahunan PPU Rompin.Telah banyak perubahan hidup hasil pembangunan yang dibawa kerajaan dengan usaha pemimpin yang bertanggungjawab seperti bekalan elektrik,air dan perumahan...Teruskan...

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 18 Feb 2013 01:36 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


1,000 ahli kelab penyokong Pas Pasir Panjang batal keahlian?

Posted: 18 Feb 2013 07:39 AM PST




Nizar Lambai menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.

"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam.

Warna-warni Politik
Torashah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 18 Feb 2013 11:40 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


ANTARA DUA PERISTIWA

Posted: 18 Feb 2013 03:12 AM PST



Assalamualaikum.

PRU sudah semakin hampir, sangat-sangat hampir. Di kebanyakan tempat, perang bendera sudah pun bermula. Ia bagaikan Parlimen sudah dibubarkan.

Pembangkang pula semakin galak dengan program mereka – fitnah sana, fitnah sini – mengata sana, mengata sini. Barisan Nasional (BN) pula terus bekerja untuk negara dan rakyat.

Dalam kita ghairah menantikan detik sebenar PRU, anda mungkin kurang perasan mengenai dua peristiwa yang sedang berada di hadapan anda.

Peristiwa pertama, anda melihat pemimpin pembangkang siang dan malam mengadakan program ceramah dengan menabur pelbagai fitnah dan mengkritik secara tidak berasas terhadap BN. Jika anda mendengar pemimpin pembangkang berceramah, semua yang kerajaan BN buat adalah salah dan tidak betul, walaupun pada masa yang sama, mereka sendiri menikmati hasil perjuangan BN.

Tidak cukup dengan kata-kata fitnah biasa, muncul juga kata-kata yang melampau – semuanya berkisar kononnya kerajaan BN tidak betul.Itu peristiwa pertama.

Pada masa yang sama, berlaku peristiwa kedua iaitu pemimpin BN dan kerajaan BN sejak dahulu tidak pernah jemu bekerja untuk rakyat. Mereka kurang bercakap, tetapi saban hari pemimpin BN masuk kampong, mendegngar rintihan rakyat dan membantu apa yang patut untuk rakyat.

Sebagai sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat, pemimpin BN tidak mahu melihat rakyat hidup susah dan bantuan akan segera diberikan.

Bagi pemimpin BN, rakyat adalah segala-galanya. Ini bukan retorik, tetapi anda boleh melihatnya sendiri bagaimana rakyat dibantu dan diberikan perhatian. Inilah hal yang mungkin kita tidak perasan sebenarnya.

Hakikatnya, perjuangan pemimpin BN adalah jauh berbeza dengan pembangkang. Pembangkang berjuang dengan air liur, bukan sahaja tidak membantu rakyat tetapi "mengambil" wang rakyat dengan berselindung di sebalik jenama kutipan derma.

Pemimpin BN sebaliknya bekerja untuk rakyat, demi rakyat dan memelihara rakyat. Rakyat harus menilai dua peristiwa ini, yang bagi saya ia sangat jelas untuk membantu rakyat membuat penilaian mengenai parti yang bakal mereka pilih.

Jika rakyat peka, prihatin dan sensetif dengan persekitaran politik semasa, tidak syak lagi, rakyat akan sekali lagi memberikan mandat yang besar kepada BN.
Undilah BN.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 18 Feb 2013 11:07 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor?

Posted: 18 Feb 2013 01:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Projek ‘Super Mega’ Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara 'terhormat'. Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 18 Feb 2013 07:23 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS: MB SELANGOR HINA ORANG MELAYU..HINA ORANG MISKIN

Posted: 17 Feb 2013 10:17 PM PST

TEBALNYA KULIT KAKI MB NI

SATU PENGHINAAN KEPADA ORANG-ORANG MELAYU DAN YANG TAK BERAPA SENANG MACAM MENTERI BESO SELANGOR NI..KENAPA AKU KATA SEDEMIKIAN RUPA?CUBA KORANG TENGOK GAMBO NI..SUNGGUP BIADAPKAN..MASIH BERKASUT MASUK KE RUMAH ORANG..NI MANAKAH NILAI-NILAI SERTA ADAB KO WAHAI KHALID?INIKAH CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK?NAMPAK SANGAT KO JIJIK..
CUBA LIHAT MAMAT SEBELAH KHALID TU..PAKAI AJE BAJU BERSIH DAN BERSONGKOK..NAMUN AKAL PUN TURUT SAMA LETAK KAT LUTUT MACAM KHALID..

LAGI GEMPAR: DATIN SERI ROSMAH DATANG KUALA LANGAT MENGAKIBATKAN 2500 ORANG MERUSUH!!

Posted: 17 Feb 2013 07:03 PM PST


2500 ORANG MEMBUAT "RUSUHAN"TERHADAP ISTERI PERDANA MENTERI PADA MALAM TADI DI BANTING,SELANGOR..YE,MEMANG TIDAK DINAFIKAN!RAMAI YANG MENJADI SAKSI..MALAH TURUT MENDAPAT LIPUTAN MEDIA YANG BEGITU MELUAS SEKALI..
AKAN TETAPI TIADA KECEDERAAN ATAU KEHILANGAN NYAWA DILAPORKAN.SEMUANYA ELOK BELAKA..DUDUK SAMA,MAKAN SAMA,KETAWA BERSAMA..SEMUA YANG DILAKUKAN ADALAH SECARA BERSAMA..BAGAIKAN 1 KELUARGA..MASYARAKAT BERBILANG KAUM DUDUK BERSAMA..HINGGAKAN PUAK-PUAK DAPig YANG DIKHABARKAN INGIN MEMBUAT "ONAR" PADA MAJLIS PESTA ANG POW TAHUN BARU 2013 .
Add caption

NAMUN SEBAIK GOLONGAN-GOLONGAN DAPig LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI BAHAWA JUMLAH RAKYAT KUALA LANGAT YANG HADIR MELEBIHI APA YANG MEREKA ANGGARKAN,APA LAGI TERUS MEREKA MEMBATALKAN HASRAT..DAN YANG PALING CEPAT CABUT ADALAH Yb PHILIP TAN,ADUN TELUK DATUK..TERNYATA BELIAU HAMPA..KERANA "GAME"NYA TAK MENJADI..MANAKAN TIDAK,ORANG SURUHAN YB TAK MKUNCUL-MUNCUL DILOKASI..SEBALIKNYA,MEREKA SEMUA SEDANG SIBUK MENGURUSKAN HAL PERIBADI MEREKA,SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI..
YAAMMM-SENGGG...
KINI BARULAH YB PHILIP TAU..BAHAWA...YB DAH TAKDE RAKAN-RAKAN LAGI DALAM DAPig KUALA LANGAT..BEGITU JUGA DENGAN RAKAN SEKUTU DALAM PKR..TINGGALLAH YB PHILIP TERKONTANG-KANTING BERSENDIRIAN MENERUSKAN SISA BAKI PERJUANGANNYA SELAKU ADUN..
PESTA ANG-POW TAHUN BARU 2013 INI JUGA TURUT DIHADIRI OLEH PARA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI UMNO dan BARISAN NASIONAL KUALA LANGAT.SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.


GEMPAR : 4000 orang"serang" Penyelaras DUN Teluk Datuk????

Posted: 17 Feb 2013 05:25 PM PST

Keadaan di luar sebelum pagar di buka

Lebih 4000 orang penerima yang terdiri dari pelbagai kaum,agama serta bangsa telah berhimpun secara aman dihadapan SRJK(C) Jenjarom seawal jam 7.00 pagi.Walaupun pintu pagar hanya akan dibuka seawal jam 9.00 pagi.Itulah suasana yang dapat aku gambarkan di lokasi semalam sempena Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia,kelompok kedua dan BR1M Orang Bujang.
Orang-orang muda menunggu giliran

Rata-rata mereka yang sempat aku temui melahirkan perasaan gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh PM Najib dan akan memastikan bahawa kerajaan BARISAN NASIONAL merampas kembali Negeri Selangor serta mempertahankan Putrajaya.
Demikianlah yang aku dapat sampaikan,betapa terujanya rakyat Kuala Langat untuk menukar Kerajaan Negeri Selangor.Paling menarik dan paling bersejarah,pabila sebaik sahaja kaunter hendak ditutup,iaitu sekitar jam 4.00 petang,muncul pasangan pengantin yang ingin mengambil BR1M orang bujang dan baucer BR1M telah diserahkan sendiri oleh Puan Ng Siok Hwa(Penyelaras Pembangunan Dun Teluk Datuk)manakala penyerahan disampaikan oleh Koordinator Pemuda Teluk Datuk,Ini merupakan hari paling bersejarah bukan sahaja buat pengantin malah kepada PDM Teluk Datuk.
Penyelaras DUN Teluk Datuk menyerahkan baucer
Koordinator Pemuda DUN Teluk Datuk menyerahkan BR1m Orang Muda

Tiada ulasan:

Pengikut