Selasa, 19 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 18 Feb 2013 11:13 PM PST

Suara Sri Andalas


Taman Sentosa Terima Rumah Mampu Milik

Posted: 18 Feb 2013 06:40 PM PST

KLANG 19 FEB : Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya di sini bagi memenuhi kehendak rakyat apabila situasi banjir di situ dapat dikawal pada masa akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan tersebut dibuat antara Kerajaan Negeri bersama pemaju selepas mengambil kira nilai dan potensi kawasan itu.

Abdul Khalid berkata permintaan untuk perumahan dan bangunan komersil di Taman Sentosa akan meningkat setelah situasi banjir dapat dikawal dengan pembinaan kolam tadahan yang akan siap akhir tahun ini.

"Sebelum ini dilihat perancangan dijalankan tidak mengikut peraturan yang betul.

"Kita telah membuat cadangan kepada pemaju mengenainya kerana di samping mengatasi banjir ia mampu meningkatkan nilai pasaran di sini," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Takungan Air seluas 19.562 ekar di Taman Sentosa di sini semalam.

Setelah siap, kolam takungan itu dapat meredakan masalah banjir di kawasan sekitar Taman Sentosa yang berpunca daripada ketiadaan sistem aliran air yang sempurna.

Kolam takungan air yang lain akan turut dibina di Johan Setia, Jalan Tengku Kelana, Jalan Kebun Nenas, Klang Perdana dan Bukit Tinggi.

Dalam isu yang sama, Kerajaan Negeri akan juga menangani masalah banjir di Sungai Rasau, Shah Alam.

"Kita cuba atasi masalah ini dengan projek meninggikan jambatan di Batu Tiga bagi memudahkan aliran air terutama ketika banjir.

"Kerajaan Negeri melihat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat perancangan bagi penyelesaian banjir secara total," katanya.

Menghadiri Majlis Ponggal di DUN Lembah Jaya

Posted: 18 Feb 2013 06:22 PM PST

YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Pesta Ponggal DUN Lembah Jaya yang diadakan di Ampang Waterfront pada 17 Februari 2013 yang lalu.

Meraikan pesta bersama-sama penduduk kawasan tersebut adalah YB Zuraida Kamaruddin, YB Hj Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Komuniti Tempatan.

Sebanyak 108 periuk ponggal telah diberikan dalam pesta tersebut.









Menyampaikan Sumbangan RM50,000 Kepada Gereja Di Klang Untuk Kerja-kerja Pengubahsuaian

Posted: 18 Feb 2013 06:06 PM PST

Pada pagi 17 Februari 2013 (Ahad), YB Dr Xavier Jayakumar selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan cek sumbangan bernilai RM50,000 bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor kepada sebuah gereja methodist tamil di Klang untuk dana pengubahsuaian gereja tersebut.



Menyampaikan Sumbangan Hamper di Majlis Jasamu Di Kenang

Posted: 18 Feb 2013 05:56 PM PST

Pada 17 Februari 2013 (Ahad) yang lepas, satu majlis sumbangan hamper makanan telah dibuat pada hari ini di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Klang. Majlis tersebut diadakan pada jam 9 pagi dan merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Kg. Jawa bersama Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas dan Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kota Raja.

Hadir menyampaikan sumbangan hamper adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Turut hadir adalah Ketua Kampung dan Ahli Majlis tempatan.

Para penerima sumbangan hamper dalam majlis Jasamu Di Kenang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan mereka dijamu dengan jamuan ringan ketika majlis tersebut.












14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air

Posted: 18 Feb 2013 01:30 AM PST

KLANG 18 FEB : Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran pengambilalihan industri air telah tamat hari ini.

Pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas majlis mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.

"Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam," katanya dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa di sini hari ini.

Dua minggu lepas, Kerajaan Negeri telah menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).

Ketiga-tiga syarikat diatas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat.

Walaubagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.

Minggu lepas, Kerajaan Negeri berkata ia akan memohon semakan kehakiman sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.

Hari ini Abdul Khalid berkata, sekiranya tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa.

Sumber: selangorku

Pengusaha Industri Mahu Jambatan Ke-Tiga Klang Sambung ke Pusat Bandar

Posted: 18 Feb 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 18 FEB: Pelabur dan pengusaha industri menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri membina jambatan ketiga Klang yang diharapkan dapat memudahkan lagi perjalanan ke Pelabuhan Klang.

Di dalam satu dialog bersama Kerajaan Negeri hari ini, mereka menyuarakan harapan agar jambatan tersebut yang akan merentasi Sungai Klang, dapat menghubungkan pelabuhan dengan pusat bandar Klang.

Walaupun mereka sedia maklum bahawa lalulintas di pekan Klang agak sesak, ia masih diperlukan kerana banyak industri dan syarikat yang menggunakan pelabuhan Klang mempunyai urusan di bandar Klang.

Harapan tersebut diutarakan oleh Presiden Dewan Industri dan Perdagangan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI), Tan Sri Datuk Ng Teck Pong.

Namun begitu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab permintaan menjelaskan, perkara yang penting dalam pembinaan jambatan tersebut adalah memastikan pengaliran trafik lancar dan lebih baik.

"KLSCCCI akan dijemput dalam masa terdekat untuk melihat pelan cadangan pembinaan jambatan.

"Kita mengalu-alukan cadangan yang diberikan dan bersedia untuk bekerjasama bagi mencari penyelesaian terbaik," katanya pada sesi dialog Business Luncheon With SMI Companies di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Turut hadir sama, beberapa Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok, Dr Xavier Jeyakumar dan Ronnie Liu.

Pada sesi Dewan Negeri Selangor (DNS), Abdul Khalid mengumumkan pembinaan projek jambatan ketiga Klang yang sebelum ini dijanjikan Umno-BN pada tahun 2008.

Jambatan sepanjang 500 meter yang bernilai RM 300 juta itu akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri menggunakan rizab simpanan negeri. Ia dijangka siap dalam tempoh 18 sehingga 24 bulan.

Proses memilih reka bentuk jambatan baru itu akan dimulakan mulai minggu ini sebelum tender dikeluarkan.

Pembinaan jambatan merentasi Sungai Klang ini penting kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk di Klang kerana tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menegaskan, pembinaan jambatan ini tetap diteruskan meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jelasnya, dalam perancangan sesebuah projek, kewangan yang kukuh adalah lebih penting daripada membuat pengumuman semata-mata.

"Ini pengajaran yang diambil pada Mac 2008. Kesilapan mereka (Umno-BN) tidak memberikan jaminan kewangan hanya (majlis) pecah tanah.

"Kita punya dana dahulu kemudian baru laksanakannya. Sekarang kita boleh buat (jambatan ketiga Klang," ujarnya dalam satu sidang media selepas menghadiri perjumpaan bulanan kakitangan Kerajaan Negeri.

Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 18 Feb 2013 11:04 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: PKR KECEWA TINDAKAN PIHAK POLIS

Posted: 18 Feb 2013 02:49 PM PST

Laman Rasmi: PKR KECEWA TINDAKAN PIHAK POLIS: PETALING JAYA, 18 Dis — PKR kecewa dengan pihak polis kerana tidak ambil tindakan terhadap samseng yang menyerang bas Jelajah Merdeka Rak...

Anwar Ibrahim

Posted: 18 Feb 2013 07:42 PM PST

Wee Choo Keong

Posted: 18 Feb 2013 03:14 PM PST

Wee Choo Keong


Thank you! Warga Wangsa Maju for making the Chinese New Year Open House 2013 a memorable one

Posted: 18 Feb 2013 09:01 AM PST

Thank you, warga Wangsa Maju for attending the Chinese New Year Open House 2013 on 16-2-2013.  You all have made it worthwhile for yours truly to organise this Chinese New Year Open House on your behalf. It was your night and you have made it so.  Warga Wangsa Maju came in such big numbers to [...]

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 18 Feb 2013 09:19 AM PST

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Ceramah Demi Rakyat sempena Sembutan Tahun Baru Cina

Posted: 17 Feb 2013 07:57 PM PST

Tarikh: 24-2-2013 Masa: 8.00pm Tempat: Kg. Baru Kopisan Baru Penceramah: YB Dr. Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng YB Chang Lih Kang, ADUN Teja Sdr. Tan Kar Hing, Timbalan Setiausaha MPN Perak Sdr. Hew Kuan Yew Semua dijemput hadir!

Tiada ulasan:

Pengikut