Selasa, 8 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 08 Jan 2013 03:37 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:37 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Blogger Umno Cakap Kerabu Bersuara Fitnah Polis?

Posted: 08 Jan 2013 03:30 AM PST

Semalam apabila kami mendapat email gambar tarian separuh bogel tu, ada banyak komen dari pencacai umno cakap pihak kami edit dan fitnah pihak polis.

Hari ni pihak polis sendiri mengesahkan bahawa gambar itu benar.

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/565/470x275xb2264aa8a5ae74541947d99792d98c28.jpg.pagespeed.ic.JH76XdN5zB.jpg

Ahmad Fadli KC

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.

NONEKetua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.

"Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.

"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.

berita seterusnya...

Lirik Lagu Rasmi Negeri Selangor Ada Perkataan Allah. Macam Mana Orang bukan Islam Nyanyi?

Posted: 08 Jan 2013 12:25 AM PST

Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lirik Lagu Negeri Selangor @ Lirikami

Harap pencacai umno boleh jawab :-)

Kenyataan Media Presiden Parti Islam SeMalaysia

Posted: 08 Jan 2013 12:06 AM PST


PENGGUNAAN NAMA ALLAH TIDAK WAJAR DISALAHGUNA

1- Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010, dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar,Tujuan Yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2- Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3- Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4- Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5- Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami, dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"." [Ali-Imran: 64]

6- PAS merasa sangat kesal terhadap UMNO yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia

8 Januari 2013

Umno Sengaja Timbulkan Isu Perkauman. Surat Arahan Didedahkan!

Posted: 07 Jan 2013 09:21 PM PST

PemudaGombak.com

Gempar!

UMNO memang merancang dalam isu perkauman. Kejahatan UMNO ini tidak boleh dimaafkan lagi.

Kenyataan YB Khalid Samad Berkenaan Isu Blogger Umno Mohon Maaf

Posted: 07 Jan 2013 07:34 PM PST

Kenyataan Maaf Dr Novandri

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.
Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.

Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.

Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.

Berkaitan:
Shah Alam MP Khalid and blogger reach settlement (The Star)
Blogger apologises to Khalid Samad for crucifix caricature (The Malaysian Insider)
Pro-Umno blogger apologises to Khalid Samad (Malaysiakini)
Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad (HarakahDaily)


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Dr Asri Bidas Geng Ularmak Muda Umno

Posted: 07 Jan 2013 04:42 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/430803_485129068191777_616422302_n.jpg

Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza bersuara tentang Ulama Muda

ALHUSSEYN

Posted: 08 Jan 2013 03:31 PM PST

Sewaktu aku budak-budak dulu, orang-orang dewasa selalu menakut-nakutkan kami dengan cerita 'Pemotong Kepala' "Cepat masuk rumah! Ada tukang ambil kepala orang kat luar tu!" 

Begitulah kakak aku selalu kata bila dia nak suruh aku supaya cepat masuk kedalam rumah untuk mandi atau makan. Budak-budak memang leka bermain di luar rumah dan degil bila disuruh masuk ke rumah dengan memberi pelbagai alasan untuk terus bermain.Bukan main apa sangat pun …main-main tanah pasir di laman rumah… 

Itulah cara yang paling berkesan supaya kami budak-budak berhambat masuk ke rumah  dengan menakutkan kami dengan Pemotong Kepala …. 

Aku amat takut bila bertembung dengan Benggali yang sedang menyabit rumput untuk lembu-lembunya.Benggali itu mencekak rumput panjang dengan tangan kirinya, lalu tangan kanannya yang memegang sabit mengerat rumput itu. Aduh! Aku berasa ngeri sangat, terasa macam leher aku pula yang dicekak dan dikeratnya! 

Takut betul aku bila jumpa Benggali potong rumput! Maka aku sangatlah percaya pasal cerita Pemotong Kepala ini . Kononnya bila gomen nak bina jambatan, gomen perlukan kepala budak-budak untuk upacara menyemah puaka ditempat pembinaan tersebut… 

Kakak aku ni pernah bercerita : Dulu ada seorang budak kena tangkap oleh seorang tukang penggal kepala.

Budak itu disimpan dalam sebuah rumah bersama dengan ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengannya. 

Untuk melekakan kanak-kanak tu semua supaya tidak menangis , kata kakak aku, mereka diberikan macam-macam permainan dan makanan di rumah itu. 

Tapi kanak-kanak itu menyedari, kawan-kawannya itu semakin berkurangan menyebabkan dia ingin tahu kemana perginya…. Entah macam mana dia dapat mengintai dan dapat melihat apa yang terjadi dengan salah sorang kawannya itu… 

Budak yang agak cerdik sedikit ini sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk melepaskan dirinya dari rumah tersebut. Dia perlu berikhtiar sebelum tiba gilirannya pula… 

Semasa dia sedang berada dalam tandas, tiba-tiba dia lihat tong tandas itu ditarik keluar. ( Dulu-dulu kitaorang pakai tandas tong. Ada petugas yang akan mengambil tong berisi najis dan digantikan dengan tong kosong…) 

Inilah peluang aku, fikir budak itu dan tanpa membuang masa, dia terus meloloskan dirinya melalui lubang tempat tong najis itu dan merayu kepada pengangkut tong najis itu supaya menolongnya lari dari tempat tersebut. 

Tukang angkut tong najis itu pun masukan semula tong yang berisi najis itu semula ke tempatnya lalu meletakan budak itu ke dalam tong najis yang masih kosong itu dan membawanya pergi dari situ. 

Budak itu pun selamat kembali kepada keluarganya.Aku pun tanya kakak aku, "Mana sekarang budak tu?" 

Kakak aku jawab, budak tu sekarang ada kat Tanjung Rambutan.Dia jadi gila setelah melalui peristiwa yang sangat mengerikan itu … 

Aku selalu juga cerita kat member aku masa kecik-kecik dulu cerita ini.Diaorang semua percaya! Ha! ha! ha! 

Itu cerita dulu.Setiap kali mahu bina jambatan baru, maka setiap kali itu jugalah gomen mahukan kepala budak-budak untuk menjamu sang puaka. 

Ini pula cerita pasal Potong Kepala di Pulau Pinang. Apakah jambatan lama  Pulau Pinang tu masih memerlukan kepala?

Berapa banyak kepala diperlukan untuk menjamu puaka jambatan Pulau Pinang tu? Kali ini bukan sahaja kepala budak, tapi kepala bapak budak pun dijadikan mangsa disini

Tiada ulasan:

Pengikut