Selasa, 8 Januari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


TG Nik Aziz ajar doa hadapi ribut Sonamu

Posted: 07 Jan 2013 03:54 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.

Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...

(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)

Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

Posted: 07 Jan 2013 03:53 PM PST


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.

Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,"ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.

Tiada ulasan:

Pengikut