Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Jan 2013 03:12 PM PST Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir "Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them." SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4' bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan 'ikrar mahasiswa' untuk 'menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah' dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari. Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan. Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan 'confront' audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir 'intimidation' sebegini perlu. Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia. Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz 'Listen' oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani? Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas 'Listen'. Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan 'Let me speak' sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika? Hujah vs hujah Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai 'When I speak, you listen', 'jangan samakan negara lain dengan Malaysia', 'apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya' (Libya?), 'you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat', 'animals have problem', 'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makanshark finn?' atau 'you are very much to go to another university'. Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti 'pernah makan shark finn?'. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak. Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status 'degree holder' seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah. Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan 'When I speak, you listen!'. Fungsi Mahasiswa Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara. Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan. Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut. Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri. Apa selepas ini? Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas 'politik-merengek' sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka. Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan 'Ideologi Kaum Intelektual'. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan 'Suara Wanita 1 Malaysia', saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari. Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka. Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka; Kalau hidup sekadar hidup, (Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak) * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org (Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia) | |||||||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Jan 2013 03:12 PM PST | Tindakan Sharifah canggah konsep hak asasi Posted: 15 Jan 2013 07:53 AM PST KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan penalis Sharifah Zohra Jabeen cuba untuk memberi mesej songsang tentang hak asasi dan kebebasan kepada mahasiswa. Penyelaras Suaram E.Nalini berkata, tindakan Sharifah itu juga bercanggah dengan konsep hak asasi negara ini apabila beliau tidak membenarkan KS Bawani menghabiskan pandangannya. Bukan itu sahaja, jelas Nalini, Sharifah seolah-olah bersikap kebudak-budakkan apabila mengarah Bawani keluar dari Malaysia ketika membandingkan negara ini dengan negara lain berhubung pendidikan percuma. "Semua rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan Sharifah seharusnya membenarkan Bawani untuk menghabiskan pandangan beliau dan bukannya mendiskriminasi seorang mahasiswa yang mempunyai pandangan berbeza," katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, tegas Nalini, pihak Universiti Utara Malaysia sepatutnya bertanggungjawab dalam membetulkan semula persepsi yang salah. Malah katanya, insiden itu sebenarnya menggalakkan perbincangan lebih meluas tentang kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan. Dalam pada itu, Suaram mengucapkan tahniah kepada Bawani kerana berani memberi pandangan yang berbeza dalam forum tersebut. Suaram secara sukarela dan berbesar hati memberi khidmat kepada semua universiti untuk memberikan kesedaran hak asasi yang betul kepada semua," katanya. Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa di mana penalis Sharifah Zohra enggan memberi ruang kepada Bawani untuk memberi pandangan termasuklah berhubung pendidikan percuma. Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter. | Di Facebook, NGO wanita 'dengar, dengar, dengar' menggelar Bawani 'Ambiga kecil' Posted: 15 Jan 2013 07:46 AM PST Oleh Debra Chong Kumpulan tersebut yang mendakwa sebuah badan bukan kerajaan, dengan bangganya meletakkan video perdebatan antara presidennya dengan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dikenali sebagai Bawani K.S. yang digelar "Ambiga Kecil" dalam 'status' terbaru Facebook hari ini, menyamakan dengan pengerusi bersama Bersih dan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan. "full vid Sharifah hentam little ambiga...............tgk mcmana bavani lari......kikikiki [sic]," kata seorang "admin" di dalam Facebook yang menggunakan nama samaran "Ratu Naga". Sharifah Zohra (gambar), dilihat memakai butang berlogo 1Malaysia yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), menyerang Bawani dalam klip video selama 25 minit dalam sebuah forum bulan lalu yang dimuatnaik dalam Youtube dan sebuah lagi laman sosial media minggu lalu. Sementara Sharifah Zohra mendiamkan diri sejak klip video itu tersebar, SW1M berterusan menyerang secara agresif berkaitan episod video tersebut. Dalam "post" yang berlainan, seorang lagi "admin" SW1M yang dikenali sebagai "Langsi" berkata tidak perlu memohon maaf kepada Bawani kerana dia mengganggu ucapan dalam forum tersebut. "THERE IS NO NEED FOR HER TO APOLOGIZE TO BAVANI -- AS BAVANI NEED TO LEARN HOW TO RESPECT OTHER'S-- NGEH3 (Tidak perlu memohon maaf kepada Bavani, Bavani perlu belajar menghormati orang lain)," kata Langsi dalam "post" Facebooknya. Seorang lagi "admin" yang menggunakan nama samaran "Mis Natrah" juga menyebelahi presiden SW1M itu dan menconteng gambar Bawani, dengan menuduh pelajar tersebut bercakap mengenai "cerita dongeng" dan tidak menghormati Sharifah Zohra, "have gut's [sic]" to teach her a lesson (berani dia nak mengajar orang). Kumpulan yang mempertahankan presiden itu bagaimanapun dikritik pengikut Facebook yang mengkritik penggunaan Bahasa Inggeris para "admin" yang dikatakan lemah. "Oh my!!! poor thing...you seriously need some intensive english lessons!!!(Oh, anda perlu belajar Bahasa Inggeris dengan lebih intensif)" kata seorang pengguna Facebook, Ashwin Johl. "Whoahh..SW1M's powderful England,(Whoahh.. SW1M berterabur England)" kata seorang lagi yang dikenali sebagai Han Yang Toh. Video itu bermula dengan pelajar universiti mengangkat sumpah dalam bahasa Inggeris sebelum pelajar tersebut, Bawani berdiri di mikrofon di auditorium yang penuh dengan orang ramai sebelum bercakap tentang keputusan mahkamah mengenai Bersih tahun lalu dan bertanya mengapa Malaysia gagal memberi pendidikan percuma seperti di beberapa negara lain. Sharifah Zohra yang menjadi pengerusi majlis dalam forum tersebut, mencelah dan memberitahu kepada Bawani "Listen!(dengar!)" sebanyak 11 kali sebelum merampas mikrofon daripada Bawani bagi menghalang beliau dari bercakap lebih lama. "Number one, when this is our programme, we allow you to speak,(nombor satu, ini program kami, kami yang benarkan kamu untuk bercakap," kata Sharifah Zohra Jabeen, dan kemudian menambah, "Number two, when I speak, you listen.(nombor dua, bila saya bercakap, awak dengar.) Sharifah Zohra Zohra turut bertengkar dengan seorang lagi pelajar yang cuba untuk bersuara, dan bercakap berkali-kali "Let me speak"(biar saya bercakap) sebelum bertanya kepada orang ramai "Pelajar di dalam dewan, ada 2,300 pelajar. Did I give her respect? Did I give her respect? I came up to her, shook hands with her and gave her respect as another woman. Do you think I need to answer her question with this attitude?"(Adakah saya berikan dia penghormatan? Adakah saya berikan dia penghormatan? Saya datang kepadanya, bersalam dengannya dan menghormati dia seperti wanita lain. Anda rasa saya patut jawab soalannya dengan perangai begini?) Beliau melabelkan pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis", dan mengkritik pelajar tersebut apabila bercakap tentang pendidikan percuma dalam negara, dan memberitahu, "if you equate Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia?" "Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere.(Jika kamu membandingkan Malaysia dengan negara lain, apa kamu buat di Malaysia? Pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke Libya, pergi kemana-mana). "Because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them,(Semua pelajar dalam dewan ini gembira dengan apa kerajaan lakukan pada mereka," katanya lagi dengan berkata Bawani mempunyai "a very least of (kurang) pendidikan". Pelajar di universiti tempatan sejak akhir-akhir ini lantang bersuara mengkritik kerajaan, lebih-lebih lagi selepas pentadbiran Najib membenarkan pelajar untuk menyertai politik, dalam usaha menyokong generasi muda yang menjadi pengundi terbesar dalam kumpulan demografi. Tahun lalu, sekumpulan pelajar berdemonstrasi seluruh negara menuntut kebebasan dan pendidikan percuma di universiti. | Presiden KIMMA: Sharifah Zohra tidak bersama kami, sukar kawal beliau Posted: 15 Jan 2013 07:39 AM PST Oleh Md Izwan Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar." "Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama. "Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan. Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka. Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut. "Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi. "Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi." Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu. Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap. Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya. "Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah Zohra kepada Bawani. Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut. | Gantung Tugas Azrul Azwar, Tindakan Tidak Wajar – Nik Nazmi Posted: 15 Jan 2013 07:34 AM PST SHAH ALAM : Tindakan menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam kerana meramalkan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) akan datang disifatkan tidak masuk akal dan sama sekali tidak wajar. Pegawai tersebut, Azrul Azwar Ahmad Tajudin didakwa bercakap dalam satu seminar di Singapura minggu lalu, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13 dengan perolehan kerusi antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU lalu. Percaya terdapat desakan daripada kuasa politik, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi berkata tindakan tersebut juga mencemar kredibiliti golongan professional dalam bidang ekonomi mahupun politik tanah air. "Beliau hanya menjalankan tugas untuk beri analisa dari segi ekonomi dan politik dan kerana pembentangannya tidak menyebelahi BN, maka beliau telah digantung tugas. "Sebagai golongan professional, saya percaya tugas dan integriti kerja beliau bukanlah untuk memuaskan hati BN. "Tetapi, tugas beliau adalah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pakar ekonomi dengan telus dan amanah tanpa prejudis kepada mana-mana pihak atau parti," tegas Nik Nazmi yang dihubungi melalui panggilan telefon. Ujarnya lagi, jika BN tidak bersetuju dengan kajian dan analisa yang dijalankan Pakar Ekonomi Bank Islam itu, BN seharusnya tangkis dengan pembentangan analisa lain yang difikirkan sesuai. "Tetapi untuk memaksa Bank Islam menggantung tugas, itu adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak matang sama sekali," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Azrul Azwar yang masih terkejut mengesahkan tindakan penggantungan tugasnya untuk satu tempoh yang tidak dinyatakan atas dakwaan 'salah laku yang serius'. Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan demi kepentingan majikannya ekoran majikannya kini menerima tekanan daripada pemimpin atasan BN. Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan medianya berkata, Bank Islam disaran menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugasnya. "Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi. Ujar KPRU, badan pemikir itu menyarankan individu seperti Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik | Bank Islam mengatakan gantung staf adalah polisi jika terlibat dalam aktiviti politik Posted: 15 Jan 2013 07:31 AM PST Oleh Ida Lim "Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini. Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013. Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik. "Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik." Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai. "Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut. Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013. Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya." Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku. Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar. Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya. "Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut. "Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan. Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan. Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka. Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR. Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik. Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan. Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. | Maklumat terkini bekalan air di Lembah Klang Posted: 15 Jan 2013 07:24 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 8 Januari 2013, bersetuju supaya Pengagihan Berjadual Air Terawat dilaksanakan oleh SYABAS bagi mengatasi masalah gangguan terutamanya ke kawasan yang sangat terjejas.Dalam pelaksanaan Pengagihan Berjadual Air Terawat hendaklah turut dipantau bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun pada 10 Januari 2013, SYABAS memaklumkan mesyuarat bahawa pihak Pengurusan SYABAS tidak bersetuju untuk melaksanakan Pengagihan Berjadual Air Terawat sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Keputusan Pengurusan SYABAS ini adalah bertentangan sama sekali dengan keputusan yang telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Dato' Ruslan Hassan pada bulan Julai 2012 yang telah memaklumkan catuan bekalan air kepada pengguna di kawasan Sungai Besi. Bagi mengatasi kesulitan pengguna di kawasan yang terlibat, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju supaya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka Bilik Gerakan Berpusat dengan melibatkan wakil SYABAS bagi memudahkan pemantauan dan penyelarasan dibuat ke atas pengendalian bekalan air kepada pengguna seperti jadual lori tangki, kawasan mana yang masih belum mendapat bekalan dan lain-lain perkara. Walaubagaimanapun, SYABAS memaklumkan bahawa Pengurusan SYABAS tidak setuju untuk menghantar wakil dalam Bilik Gerakan Berpusat yang disediakan oleh MPAJ sebaliknya SYABAS diarahkan untuk membuka pusat setempat sendiri di kawasan terlibat. Mesyuarat Jawatan Kuasa pada 11 Januari 2013 telah bersetuju supaya Perunding Bebas dilantik untuk mengaudit operasi SYABAS khususnya bagi Rumah Pam Wangsa Maju berikutan kegagalan SYABAS mengatasi masalah kerosakan rumah pam tersebut sehingga menjejaskan hampir 28,000 pengguna di sebahagian Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Laporan audit ini akan dikemukakan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Bagi membantu pengguna yang terjejas berikutan gangguan bekalan air ini, Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) turut membantu mengedarkan air terawat pada 11 Januari 2013 sebanyak 200 botol kepada MPAJ, 200 botol kepada Parlimen Ampang dan 500 kotak air botol bersaiz 350ml kepada Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. | 'Tsunami Johor': 85% Cina sokong Pakatan Posted: 15 Jan 2013 07:22 AM PST PAS dakwa sokongan meningkat 20 peratus berbanding 2008, manakala pengundi Melayu meningkat kepada 35 peratus. PETALING JAYA: Sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat di Johor meningkat kepada 85 peratus berbanding 65 peratus dalam pilihanraya umum 2008. Manakala sokongan pengundi Melayu ialah pada tahap 35 peratus berbanding 22 peratus pada 2008, dakwa PAS hari ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, perangkaan terbaru ini hasil bancian yang dibuat parti mengenai kecenderungan pengundi Johor. "Kami mendapati sokongan pengundi Cina kepada calon Melayu dari Pakatan Rakyat adalah antara 65 hingga 70 peratus, manakala sokongan kepada calon kaum Cina adalah 85 peratus. "Pengundi india jumlahnya kecil tetapi saya percaya 60 peratus daripada mereka akan mengundi Pakatan Rakyat. "Tsunami politik akan melanda Johor," kata tokoh veteran PAS ini. Beliau sendiri akan bertanding kerusi negeri tetapi enggan memberitahu kawasan berkenaan. PAS Johor akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Menang 18 kerusi Johor mempunyai 56 kerusi negeri dan 26 kerusi parlimen. Kerajaan sedia ada mesti membubarkan parlimen sebelum 7 April ini. Ketika ini Pakatan Rakyat menang enam kerusi negeri dan satu kerusi parlimen dengan PAS menguasai dua kerusi negeri iaitu Maharani dan Sungai Abong, kedua-duanya di parlimen Muar. DAP menang empat kerusi negeri dan parlimen Bakri. PKR tidak menang sebarang kerusi di Johor pada 2008. Pakatan Rakyat terutamanya PKR sejak berakhir pilihanraya umum 2008 giat mengadakan pelbagai program untuk merampas Johor dalam pilihanraya akan datang. "Pakatan Rakyat mahu memenangi tiga kali ganda dalam pilihanraya ke 13 ini. Kalau 2008, kita (Pakatan Rakyat) menang enam kerusi negeri, kali ini 18 kerusi" katanya. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 30 kerusi. Mengenai kerusi PAS, Mahfodz berkata, kira-kira 70 peratus daripada calon yang akan bertanding adalah muka-muka baru yang kali pertama diturunkan. Mereka terdiri dari semua gologan – termasuk golongan profesional serta dua calon bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). | PKR dedah pemaju jual rumah pembeli Posted: 15 Jan 2013 07:20 AM PST Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata, 97 daripada 340 lot unit kondominium Maskiara kehilangan hak mereka. PETALING JAYA: Penantian 17 tahun para pembeli kondominium Maskiara di pinggir ibu kota berakhir dengan mimpi ngeri apabila kediaman yang diimpikan oleh mereka gagal disiapkan pemaju. Lebih mengecewakan 97 daripada 340 lot unit rumah itu yang dimiliki pembeli asal kehilangan hak mereka apabila pemaju lain (atau dikenali pemaju penyelamat) menjual unit tersebut kepada pihak lain. Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata seramai 168 pembeli asal telah menandatangani perjanjian jual beli bersama pemaju asal pada 1995. Projek yang dijangka siap pada 1998 itu bagaimanapun mendapat status 'projek terbengkalai' sehingga pemaju penyelamat berkenaan membantu untuk meneruskannya. "Walaupun ada pemaju penyelamat wujud juga pelbagai helah tetapi 97 orang pembeli kehilangan hak mereka. Ini gara-gara pemaju penyelamat telah menjual lot unit rumah tersebut kepada pihak lain. "Bayangkan ramai pembeli telah mengeluarkan seluruh wang selepas bersara hanya untuk memiliki kediaman namun lot unit rumah itu rupanya dimiliki orang lain. "Kekecewaan ini lebih terguris apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sepatutnya membantu mempertahankan hak pembeli mengambil sikap acuh tidak acuh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Bayaran tambahan RM39, 500 Sementara itu wakil pembeli yang ingin dikenali sebagai Mohammad pula berkata, sebahagian dari 97 pembeli lot unit rumah terbabit membawa kes tersebut kepada Mahkamah Persekutuan sejak April lalu untuk mendapat pembelaan sewajarnya. Lot unit rumah yang harga asalnya RM180, 000 ke RM190, 000 itu menurut Mohammad, pembeli turut membayar bayaran tambahan sebanyak RM39,500 kepada pemaju penyelamat terbabit. "Kami difahamkan alasan pemaju penyelamat itu menjual lot unit rumah terbabit kerana pembeli tidak berminat ke atas kondominium tersebut. Sedangkan para pembeli bersetuju untuk membayar wang tambahan kepada pemaju penyelamat. "Lebih mengecewakan sebab KPKT yang sepatutnya melindungi pembeli gagal bertindak sedemikian. Malah kelulusan untuk menjual lot unit rumah itu juga diberi oleh KPKT. Kami telah menulis surat kepada Bank Negara untuk menghapuskan kadar faedah, namun perkara itu tidak diendahkan," katanya kesal. | Wanita Meninggal Selepas 31 Tahun Koma Posted: 15 Jan 2013 07:10 AM PST KL TODAY GEORGE TOWN: Seorang wanita, Merlyn Ann Yeremia merupakan yang terlantar koma selama 31 tahun akhirnya meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, di sebuah hospital swasta pada malam Sabtu lalu. Kematian Merlyn pada usia 46 tahun itu diterima keluarganya dengan tenang dan reda. Merlyn pernah menjalani pembedahan kutil di kakinya di hospital swasta terbabit pada usia 16 tahun. Pembedahan yang dijangka 20 minit mendapat komplikasi dan koma selepas pembedahan tersebut. "Sejak itu, dia terlantar dan hanya boleh makan melalui tiub. Dia tidak boleh bercakap tetapi kadang-kadang akan mengerang. Hanya tanda-tanda kehidupan adalah bunyi pernafasan dan matanya berkelip beliau, "katanya kakaknya Joyce. Merlyn, bekas pelajar SMK Convent Pulau Tikus disayangi dan seorang yang aktif bersukan, kata Joyce. "Dia sangat mesra dan mempunyai ramai kawan. Kami terkejut dan gembira kerana begitu ramai orang datang untuk memberi penghormatan terakhir mereka apabila mereka mengetahui tentang berita kematiannya. "Kami fikir orang akan sudah lupa tentang dirinya," katanya, sambil menambah bahawa Merlyn adalah seorang pejuang sehingga ke akhir hayatnya sebelum "hatinya perlahan-lahan berhenti berdegup". Merlyn, yang merupakan anak bongsu dalam keluarga, meninggalkan tiga adik-beradik. Gary abangnya, yang pulang ke Brunei, berkata dia terlepas melihat detik akhir adiknya itu beberapa minit. "Saya tiba di hospital tetapi dia telah meninggal. Mungkin ia adalah lebih baik bagi beliau untuk kembali kepada Tuhan – sekurang-kurangnya sekarang, dia akhirnya dia pergi dengan kedamaian, "katanya. | SPRM Diminta Siasat Bekas Hakim Posted: 15 Jan 2013 07:07 AM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diminta untuk menyiasat seorang hakim yang baru bersara. "Aduan telah dikemukakan kepada Majlis Peguam selepas hakim tersebut bersara dan kita bertanya kepada Ketua Hakim Negara Tun Arifin (Zakaria) mengenainya," kata Pengerusi Majlis Lim Chee Wee. "Kami kemudian pergi ke SPRM untuk menyiasat dakwaan tersebut," katanya kepada The Star pada Isnin. Beliau menjelaskan komen beliau untuk untuk "menangani salah satu tanda-tanda serius" rasuah semasa ucapannya di Pembukaan Tahun Perundangan pada Sabtu. Lim enggan untuk mendedahkan identiti bekas hakim tersebut tetapi mengakui bahawa orang tersebut merupakan seorang hakim yang baru bersara daripada Mahkamah Rayuan. Dalam ucapannya, Lim berkata: "Pada bahagian guaman, kita akan mendekati dan bekerjasama dengan SPRM apabila terdapat sebarang tanda-tanda serius rasuah yang melibatkan ahli Bar atau Bench. Kami berharap sekurang-kurangnya mendapat satu petunjuk tidak lama lagi, dan kita mengakui kerjasama SPRM dalam perkara ini. " Lim, yang tidak tahu jika mana-mana pihak sebelum ini telah memfailkan laporan polis berikutan dakwaan rasuah, berkata: "Saya telah berbincang dan bersetuju bahawa jika terdapat juga petunjuk rasuah, kita mesti melibatkan SPRM." Beliau berkata bahawa pengisytiharan aset oleh hakim kepada SPRM tidak cukup. "SPRM mesti menjalankan pengesahan data, contohnya pemilikan diisytiharkan rumah, kereta dan saham, dan SPRM juga mesti memantau aset yang tidak diisytiharkan," katanya. "Terdapat terlalu banyak dakwaan tentang rasuah dan ini adalah salah satu cara untuk memastikan hakim yang menerima rasuah ditangkap." | Tindakan Sharifah canggah konsep Posted: 15 Jan 2013 07:01 AM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan penalis Sharifah Zohra Jabeen cuba untuk memberi mesej songsang tentang hak asasi dan kebebasan kepada mahasiswa. Penyelaras Suaram E.Nalini berkata, tindakan Sharifah itu juga bercanggah dengan konsep hak asasi negara ini apabila beliau tidak membenarkan KS Bawani menghabiskan pandangannya. Bukan itu sahaja, jelas Nalini, Sharifah seolah-olah bersikap kebudak-budakkan apabila mengarah Bawani keluar dari Malaysia ketika membandingkan negara ini dengan negara lain berhubung pendidikan percuma. "Semua rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan Sharifah seharusnya membenarkan Bawani untuk menghabiskan pandangan beliau dan bukannya mendiskriminasi seorang mahasiswa yang mempunyai pandangan berbeza," katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, tegas Nalini, pihak Universiti Utara Malaysia sepatutnya bertanggungjawab dalam membetulkan semula persepsi yang salah. Malah katanya, insiden itu sebenarnya menggalakkan perbincangan lebih meluas tentang kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan. Dalam pada itu, Suaram mengucapkan tahniah kepada Bawani kerana berani memberi pandangan yang berbeza dalam forum tersebut. Suaram secara sukarela dan berbesar hati memberi khidmat kepada semua universiti untuk memberikan kesedaran hak asasi yang betul kepada semua," katanya. Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa di mana penalis Sharifah Zohra enggan memberi ruang kepada Bawani untuk memberi pandangan termasuklah berhubung pendidikan percuma. Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter. | Blogger UMNO Fitnah Muslimah Diraba Semasa HKR112 Posted: 15 Jan 2013 06:56 AM PST KELAB GREENBOC Milosuam melaporkan: Blogger Umno dedah punggung muslimah diraba di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 SALAH seorang blogger obesiti United Malays No Otak, Umno mendedahkan bukti bergambar kononnya seorang muslimah telah diraba punggungnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tempoh hari. Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di atas ialah printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar. Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi. Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara. Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik. ReJaM© "Diorang ni kalau tak main isu lucah berkudis satu badan " Sumber: zainhd.com Ulasan GB Blogger UMNO yang memang otaknya kuning akan sentiasa melakukan fitnah sedemikian rupa. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Semuga Allah kudungkan cepat tangan-tangan pereka fitnah yang melampaui batas itu atau apa-apa hukuman/peringatan dariMu sebagai pengajaran untuk rakan-rakan mereka yang lain. Amin Ya Allah... | Skandal Rasuah & Pembunuhan Altantuya Libatkan Najib Tersebar Di Australia Posted: 15 Jan 2013 06:51 AM PST KELAB GREENBOC Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," tulis portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006. The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya pada 2006. "Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. "Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan. "Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai 'titik penentu nasib rakyat dan negara'," akhbar itu dipetik. -KD | HKR KL #112; Pemandu Teksi DiSembur Gas, 'Uncle' Kristian Puji Tok Guru Posted: 15 Jan 2013 06:46 AM PST Seorang pemandu teksi berusia awal 50 an yang saya tumpangi dari Stesen Monorail Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira 1,000 ringgit telah masuk ke poketnya. Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokkannya, "Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurniaan Allah." Pak Cik teksi itu bertanya lagi, "Agak-agak esok ada gas tak?" Juga jawapan ringkas saya berikan. "Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis." "Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss.." Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas. "Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…" Dengan nada bergurau saya menyampuk, "Pak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?" Sambutnya…"Ha…ha…ha… bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas…" "Ha…ha…ha… Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak…" "Jadi… adik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?" soal Pak Cik tu lagi. "Sudah semestinya!" jawab saya lagi. "Ha…ha…ha… kita serupa rupanya…" ketawa Pak Cik tu lagi. "Itulah Pak Cik ni… Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak… Kan dah boleh rasa ubat resdung." Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar. Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, "InsyaAllah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!" Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar ¼ dipenuhi orang ramai. Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera. Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman. Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. "PAS sekalang ini bagus woo… talak macam dulu lagi. Tengok… itu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga." Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis 'Pas Untuk Semua'. "Dalam isu itu tuhan Allah… saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik.." Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. "Saya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru." Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah. "Uncle agak penuh tak stadium ni hari ni?" soal saya untuk menyambung topik perbualan. "Mesti penuh sesak woo… you tengoklah sendiri nanti!" "Uncle asal dari mana?" saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya. "Saya orang KL… Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus…" "Itu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!" "Ya lah uncle… saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi." Gurau saya. "Oooo… itu macam kaaa?" "Ha… ha… ha…!" kami sama-sama ketawa. "Lepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam Museum." Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa. Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus. "O.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!" Ha… ha… ha… Apek tu ketawa besar. | Isu Kanak-kanak: UMNO BN Boleh, Org Lain Tak Boleh, Mengapa Dwi Standard? Posted: 15 Jan 2013 06:44 AM PST KELAB GREENBOC Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib? Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar. Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam. Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu. "Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. "Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini? "Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih? "Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan. -mk Ulasan GB Dah bagus dipuji-puji kerana berjaya mengawal keselamatan semasa #HKR 112, tiba-tiba polis buat kenyataan nak siasat penganjur. Cukup tak senang mereka apabila perhimpunan itu berjalan aman. Sekarang cari isu untuk memburukkan HKR 112 diantaranya konon ada perlanggaran ke atas syarat-syarat yang mereka kenakan terutama membawa kanak-kanak. Bukankah perhimpunan itu aman, perhimpunan itu halal dan perhimpunan itu santai? Bukankah tiada sebarang insiden yang tidak diiingini berlaku? Di dalam program-program anjuran UMNO BN kenapa tiada larangan seperti itu? Tindakan polis yang dwi standard itu amat menjelekkan. KPN perlu menjawab dan SUHAKAM perlu siasat PDRM mengapa wujudnya sikap dwi-standard ini! | TERIMA KASIH kepada 500,000 perserta yang menghadiri HRK - Mat Sabu Posted: 15 Jan 2013 06:31 AM PST Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10. Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini. Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN. Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615. Sekian, terima kasih. Hj Muhammad Sabu | Kejayaan terbesar #KL112 ialah menyatukan kepelbagaian Posted: 15 Jan 2013 06:24 AM PST
Hakikat sedia dimaklumi bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12, iaitu pakatan perkongsian kuasa antara ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP setelah BN dikalahkan di lima buah negeri. Sebelum PRU12, yang terjalin hanya persefahaman untuk menjatuhkan BN dengan mengelak pertandingan sesama sendiri. Dalam PRU13 diadakan nanti, semua parti komponen Pakatan akan berkempen untuk pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Ramai tertanya-tanya akan model atau rupabentuk Pakatan yang akan ditonjolkan kepada rakyat jelata. Maka pada 12 Januari lalu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur rakyat dipertontonkan dengan rubentuk Pakatan yang dijangka akan mengambil alih kerajaan daripada BN nanti. Jika ada yang bertanya, apakah kejayaan besar Pakatan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat maka itulah jawapannya... kejayaan menyatukan kepelbagaian. Daripada jumlah kehadiran yang besar itu, majoritinya orang Melayu yang merupakan kira-kira 60 peratus kehadiran. Ia diikuti oleh kaum Cina dan India. Kaum etnik orang asal turut hadir walau dalam jumlah yang kecil tapi terserlah. Kehadiran orang ramai adalah dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir melengkapkan sokongan. Di atas pentas utama, semua pihak yang berkaitan dengan negara Malaysia, berpeluang berucap. Kesatuan sekerja, mahasiswa, OKU, jawatankuasa ad-hoc pelbagai tuntutan serta parti-parti politik yang bakal memimpin Malaysia berpidato menyampaikan wawasan dan harapan. Penyanyi dan pemuisi juga diberi ruang. Gelagat kehadiran juga pelbagai. Dalam stadium laungan takbir bergema tanpa halangan meskipun ramai non Muslim turut serta. Kelihatan umat Islam bersolat di mana-mana, asal ada ruang. Daripada ulamak yang berserban hinggalah kumpulan punk yang berserabut. Semuanya boleh duduk bersama dalam satu himpunan besar, menzahirkan sokongan terhadap Pakatan. Ia benar-benar sebuah himpunan berwajah Malaysia hasil kejayaan Pakatan menyatukan kepelbagaian. Ramuan himpunan seperti inilah sebenarnya yang sangat menakutkan BN. Terlalu lama BN berkuasa, antara faktornya ialah kerana pembangkang tidak dapat menyaingi BN dari aspek menyatukan kepelbagaian. Selepas 57 tahun, kini baru pembangkang dapat melakukannya. Dalam sistem demokrasi, formula untuk menang sangat mudah – mendapat sokongan paling besar berbanding pesaing, menanglah! Bukan mudah pula untuk mendapat sokongan dari kalangan rakyat yang masing-masing berbeza. Ia hanya boleh dilakukan dengan persefahaman antara parti yang mewakili pihak masing-masing. Pentas Himpunan kebangkitan Rakyat menyerlahkan keteguhan persepakatan itu. Hari ini situasi sedang jadi terbalik. Dahulu PAS hanya mampu tarik sokongan pengundi Melayu/Islam, kini sewaktu PAS disokong oleh semua kaum dan kalangan, Umno pula sedang berhempas pulas untuk memenangi hati orang Melayu semata-mata. Bukan kerana undi bukan Melayu sudah tidak penting bagi Umno, tetapi mereka sudah tidak mampu untuk mendapatkannya secara lumayan seperti dahulu. Pilihan yang ada ialah; bersikap lunak pada semua kaum tetapi undi Melayu belum pasti dikuasai atau memperalatkan habis-habisan sentimen perkauman Melayu untuk mendapat undi Melayu walaupun menimbulkan kebencian dari bukan Melayu. Umno secara nekad membuat pilihan kedua sekalipun pilihan kedua itu belum tentu lebih baik baginya. Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka adalah peristiwa besar yang memberi impak sangat besar kepada rakyat Malaysia. Kali pertama juga dalam siri himpunan-himpunan besar yang diadakan di Kuala Lumpur, tiada gas pemedih mata atau air kimia yang jadi hidangan peserta himpunan. Tidak seperti dahulu, para peniaga membuka perniagaan seperti biasa dan mendapat pulangan yang sangat lumayan dari kehadiran besar rakyat yang datang dari seluruh negara. Media-media talibarut BN langsung tidak dapat mengeksploit isu keganasan dan kerugian peniaga seperti sebelum ini. Tiada lagi bantahan dan saman dari para peniaga kerana kerugian. Media BN hanya mampu mengeksploit cerita kehadiran seorang dua kanak-kanak di himpunan tersebut walhal dalam himpunan Perdana Menteri kerahan tenaga dibuat terhadap pelajar sekolah untuk menyertainya. Himpunan sangat berjaya, cuma masalahnya ialah bagaimana mesej kejayaan ini hendak dikhabarkan ke setiap pintu rumah rakyat Malaysia. Semua media utama yang dikuasai BN menyembunyikan sama sekali kejayaan besar ini. Bukan semua pula kalangan rakyat yang mengakses internet untuk melihat peristiwa besar ini. Maka tugas semua pendokong Pakatan ialah menyebarkan berita besar ini kepada rakyat, selain dari media maya. Himpunan penerangan pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat mesti diadakan di setiap lokasi. Gambaran himpunan berserta informasi secara bercetak, risalah, banner, billboard dan cakera padat mesti diperbanyak dan disebarluaskan. Rakyat umumnya akan sentiasa bersama dengan pihak yang kuat dan disokong ramai orang kerana psykologi manusia akan merasa selamat untuk berada dalam kelompok yang besar. Himpunan Kebangkitan Rakyat dapat menceritakan perihal tersebut. PRU13 akan berlaku dalam tempoh tiga bulan ini sahaja, maka bertindaklah melalui apa cara pun sehingga semua rakyat Malaysia mendapat maklumat mengenainya. | Kisah Singa Membelasah Impala Dalam Forum Siswa Posted: 14 Jan 2013 11:00 PM PST MSO Tindakan moderator satu forum menghalang peserta daripada menerus memberikan hujah dan pandangan sehingga ditariknya mikrofon adalah satu tindakan sangat mendukacitakan dan tidak melambangkan ianya sebagai forum akademik di kalangan mahasiswa. Kejadian itu berlaku dalam forum bertajuk "Wanita dan Politik" yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas. Moderator yang kini sedang dicemuh oleh umum didalam facebook dan internet itu bernama Syarifah Zohra Jabee Syed Miskin yang juga merupakan Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M). Kejadian malang itu berlaku apabila Zohra yang bergaya sebagai modeling tidak menutup aurat tidak tahan dengan teguran dan kritikan KS Bawani terhadap PTPTN dan menyatakan kesalan atas sikap penganjur yang memburukkan himpunan Bersih sebagai disertai orang gila.Gara-gara itu Zohra yang berada di pentas terpaksa membuat catwalk turun mendekati Bawani dan berdiri dengan tujuan mahukan siswa India itu menghentikan penghujahan dan pandangannya, malangnya Bawani tidak mudah mengalah.
"Dengar... dengar...," dalam bahasa Inggeris beberapa kali. Ada yang membilangnya sampai 10 kali. Namun seruan itu tidak diendahkan oleh Bawani, beliau terus juga mahu bercakap menyebabkan Zohra bertindak menarik mikrofon di hadapan Bawani. Bawani yang tidak berpuas hati dan kesal dengan kelakuan Zohra sikapnya vetonya itu tidak ada pilihan lain, beliau berlalu ke belakang dan mengangkat tangan tanda kecewa sebelum duduk untuk mengikuti forum itu. Insiden yang berlaku itu mengejutkan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam forum bertaraf menara gading seperti itu. Kata-kata yang dilafazkan Zohra ke atas Bawani itu biadap dan menghina di mana ia tidak wajar berlaku kepada seorang berstatus sebagai pengerusi kepada sebuah NGO. Sebagai moderator yang dianggap sebagai tuan rumah, Zohra tidak sepatutnya bertindak demikian. Cara beliau itu tidak ubah seperti beliau memanggil tetamu untuk datang ke rumahnya, berbual-bual dan bila tetamu memberi pandangan pedih dihalaunya keluar. Lagak dilakukan Zohra laksanakan seorang wanita yang suka kawal suami di mana suka menyuruh suami duduk atau pun berdiri walaupun cara itu salah. Apakah Zohrah mendapat fiil itu daripada Rosmah Mansor yang diberitakan suka mengawal majlis dan forum-forum Puspanita dan Bakti serta meminta orang lain hanya mendengar cakapanya? Majlis itu merupakan satu forum motivasi untuk memastikan mahasiswa menyokong kerajaan dan membenci oposisi. Ini terserlah sejak awal-awal lagi apabila sebelum ia bermula, para perserta diminta membaca ikrar menyatakan sokongan kepada kerajaan dan membenci aktiviti-aktiviti dilakukan oleh pembangkang termasuk demontrasi jalanan dan sebagainya. Melihat rakaman video kejadian itu apa yang menyesalkan ialah tidak ada seorang pun mahasiswa lain bangkit untuk mempertahankan Bawani yang diserang oleh Zohra itu. Peserta kebanyakan mahasiswa Melayu hanya tersipu-sipu macam sipu babi terkena keladi gatal saja melihat kejadian itu. Mereka nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan saja Bawani disergah dan diratah oleh Zohra umpama anak impala yang dibaham oleh singa jantan "janggul" di hadapan kawanannya yang hanya terkulat-kulat melihat kejadian itu. Mengapa tidak ada sesiapa yang bangun untuk menyambung hujah Bawani itu dan sekaligus membela atas apa yang berlaku? Tidak sepatutnya mahasiwa kecut dan menggeletar dengan herdikan si Zohra itu. Itu baru Zohra macam mana kalau suatu hari mereka berdepan dengan Iron Lady Malaysia? Bagaimana nasib malang Bawani yang ingin menyuarakan kebenaran itu terbela juga apabila peristiwa itu dirakam dan videonya kini tersebar di internet dan menjadi antara klik video yang terlaris. Dengan penayangan video itu masyarakat umum dapat menyaksikan siapakah yang 'nngor' dan siapa yang profesional dalam "pertelingkahan" itu. Peringatan untuk Zohra sekiranya anda ingin menjadi moderator dilain kali anda perlu mengawal emosi anda. Seorang moderator kena dingin, tenang dan bersikap adil dan rajin mendengar. Bukankah tujuan dianjurkan sesuatu forum itu untuk mencari titik pertemuan dan mengemukakan idea-idea bagi menyelesaikan isu-isu tertentu. Bagi saya cara dan gelagat anda melarang dan membelasah Bawani itu lebih kurang sama saja dengan pemuda Gombak. Kepada Bawani syabas di atas keberanian anda menyuarakan kebenaran tidak dikira dimana dan di hadapan siapa. Sesungguhnya mahasiswa yang berani dan bersikap progresif seperti itulah yang negara mahukan dan bukannya mahasiswa yang kojol apabila diberi wang rebak untuk beli handpone RM200. | Listen: Bawani cetus harapan baru mahasiswa Posted: 14 Jan 2013 10:57 PM PST KUALA LUMPUR: Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan keberanian Bawani KS pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam melontarkan kebenaran, harus dicontohi mahasiswa lain dalam negara ini. Pengerusinya, Safwan Anang dalam satu kenyataan berkata, keberanian Bawani mencetus kebangkitan baru buat mahasiswa. "Bawani telah memberikan suatu harapan baru dalam usaha mengembalikan kewibawaan mahasiswa dewasa ini. "Tanpa menghiraukan sebarang risiko, beliau telah bangkit untuk bersuara bukan sahaja bagi diri beliau, sebaliknya juga buat mahasiswa dan rakyat kebanyakan," katanya. Menurut beliau lagi Bawani juga telah berjaya menunjukkan fungsi dan sifat sebenar sebagai golongan mahasiswa yang berani mempertahankan hak sebagai pelajar. Beliau pada masa sama menyelar sikap moderator forum yang dianjurkan UUM tersebut Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Katanya, sikap Sharifah Zohra itu kurang matang, tidak profesional, serta memperbodohkan mahasiswa yang turut ikut serta dalam majlis tersebut. | Listen: Siswi PMIUM cabar Sharifah Zohra Posted: 14 Jan 2013 10:55 PM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk berdiskusi di kampus mereka. Presiden Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam UM Noor Afifah Jamaluddin (gambar) berkata, kehebatan mahasiswi seperti Bawani harus dipuji dan dibanggakann apabila berani membangkitkan pandangan begitu lantang demi mempertahankan hak mahasiswa dan rakyat. "Tiada seorang pun mahasiswa yang berani mempertahankan siswi tersebut apabila beliau diasak oleh Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (Sharifah). "Ini agaknya bila mahasiswa yang dijanjikan Nota Galaxy, mahasiswa terus diam membisu? "Mahasiswa tidak sewenang-wenangnya terus diperbodoh sedemikian teman-teman," tegasnya. Beliau turut mempersoalkan apakah motif sebenarnya penganjuran "Forum Wanita & Politk" ini, bukankah untuk melahirkan Mahasiswi yang cakna mengenai isu semasa. "Saya kira ini kalilah kebangkitan suara anak muda mahasiswi di Utara" katanya. Justeru, beliau mencabar Sharifah Zohra datang ke UM dan berdiskusi secara 'respect' sesama mahasiswa di sini. Sementara itu, menurut Naib Presiden 1 Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Nur Afifah Abd. Rahim kesal dengan tindakan memperlekehkan keberanian seorang siswi untuk memberi pandangan dan kritikan. "Saudari Bawani tidak sewajarnya diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit." "Sebagai seorang yang lebih berpendidikan, saudari Sharifah Zohra seharusnya bersikap profesional dan memberi respon yang positif dan menyambut baik pandangan dari mahasiswa," kata beliau. | #KL112: Ke arah landskap baru, kata KDN Posted: 14 Jan 2013 10:52 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tindakan segelintir peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan di Stadium Merdeka, Sabtu lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, tindakan akan diambil berhubung perkara yang melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas kertas siasatan dikemuka kepada peguam negara. "Saya nak ingatkan walaupun ada pindaan-pindaan, itu bermakna pelaksanaan undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan hak asasi hari ini. Dalam pada itu, Hishamuddin melahirkan penghargaan kepada PDRM kerana berjaya mengawal perhimpunan pada Sabtu lepas sehingga berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. "Saya bersyukur kerana tiada insiden tidak diingini berlaku, kalau semuanya bertanggungjawab dan bersetuju dengan stadium yang ditetapkan, tiada provokasi, saya percaya bahawa apa yang kita lihat pada Sabtu itu adalah landskap baru," katanya. Pada perhimpunan itu, peserta didapati melanggar tiga syarat yang ditetapkan iaitu membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan selain peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang. Syarat itu antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan sekiranya bukti-bukti lengkap dapat dikemukakan. Akta Perhimpunan Aman 2012 telah menetapkan larangan penyertaan kanak-kanak dan ia sepatutnya dipatuhi kerana golongan itu harus dilindungi . "Undang-undang telah tersedia ada, sekiranya terdapat bukti kita (pendakwaan) akan mengambil tindakan, sekiranya tiada (bukti) kita tidak boleh mengambil tindakan. saya tidak terlebih dahulu menghukum," katanya yang ditemui pemberita selepas sidang pleno dalam Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi di sini hari ini. Katanya, larangan penyertaan kanak-kanak dalam perhimpunan awam bukan sahaja ditetapkan di negara ini tetapi juga diamalkan di beberapa negara Eropah. Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang mereka yang berusia di bawah 15 tahun menyertai atau dibawa ke sesuatu perhimpunan. Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis mendapati penganjur perhimpunan di Stadium Merdeka melanggar beberapa syarat yang dipersetujui termasuk membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. | Tidak hadir sidang Dun, DAP gantung Adun Pulau Tikus Posted: 14 Jan 2013 10:48 PM PST Teng Hai dalam satu sidang akhbar di sini semalam berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP selepas beliau tidak menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas. "Saya mengaku saya salah membuat pertimbangan. Justeru adalah penting untuk saya mengadakan sidang akhbar ini bagi menjelaskan kepada penyokong saya dan meminta mereka memaafkan saya. "Sekali lagi, saya dengan suci hati meminta maaf kepada penyokong serta parti terutamanya kerana salah pertimbangan saya itu menyebabkan mereka berada dalam kebimbangan dan keadaan yang sukar," katanya. Jumaat lepas, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keanggotaan Koay kerana tidak menghadiri persidangan Dun Pulau Pinang pada 1 November lepas. Ketidakhadiran Koay itu boleh menjejaskan majoriti dua pertiga ketika sidang Dun membentang usul meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang berhubung larangan Adun melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung penggantungan itu dalam masa terdekat, dan meminta penyokongnya bertenang dengan keputusan tersebut. - Bernama | "Minta penjelasan, bila diberi tak nak dengar" Posted: 14 Jan 2013 10:46 PM PST (Gambar Utusan yang menunjukkan Ustaz Hadi melancarkan bukunya)
Dr Samsuri (gambar bawah kanan) mengulas sikap Umno dan para pengikutnya ekoran pelancaran semula buku buku 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Akhbar Umno, Utusan melaporkan, NGO Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menyekat kemasukan buku kecil itu ke negeri tempat lahirnya Umno itu kononnya bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah-belah disebabkan amanat tersebut. Ahli Jawatankuasa Perkasa negeri, Saharuddin Kamijan berkata, selain sekatan, mereka yang membeli, menyimpan mahupun mengedar juga perlu dikenakan tindakan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada. Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno mendesak agar Presiden PAS itu memberikan penjelasan mengenai isu 'Amanat Haji Hadi' itu. Ekoran itu, Tuan Guru Abdul Hadi meminta Umno memberikan masa satu jam siaran secara langsung dalam RTM 1 atau TV3 untuk memberikan penjelasan. Namun ia ditolak oleh kerajaan BN. Sehubungan itu, baru-baru ini beliau melancarkan kembali buku yang pernah ditulis oleh beliau pada tahun 2002 bertajuk 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' dengan pengemasan fakta terbaru. Buku setebal 74 muka surat itu juga mengandungi fakta selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak Presiden PAS itu. Buku itu adalah cetakan kedua. Ia telah dikemaskini bagi memperjelaskan amanat tersebut dan diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Adun Pulau Tikus nafi keluar DAP Posted: 14 Jan 2013 10:41 PM PST Beliau yang dikenakan tindakan penggantungan itu selepas tidak menghadiri persidangan Dun pada 1 November lalu bagaimanapun menafikan keluar daripada DAP. Teng Hai berkata, beliau akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya selama enam bulan namun beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin parti itu. "Berdasarkan peraturan parti, mana-mana ahli parti yang digantung keahlian tidak boleh mewakili DAP sehingga tempoh penggantungan tamat. "Sebagai Adun saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat sehingga Dun dibubarkan," katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam. Minggu lalu, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keahlian parti ke atas Teng Hai selama enam bulan kerana tidak akur kepada arahan parti supaya menghadiri sidang Dun. Ini kerana, tindakan Teng Hai itu menyebabkan kerajaan negeri hampir kehilangan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bertujuan menyekat Adun melompat parti. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Kok Wai dipetik berkata, Teng Hai dikenakan tindakan itu kerana gagal mematuhi arahan menghadiri sidang Dun untuk menyokong pindaan Perlembagaan Negeri meluluskan rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang memerlukan sekurang-kurangnya 27 undi. Mengulas mengenai perkara itu, Teng Hai berkata, beliau tidak menyangka ketidakhadirannya dalam sidang Dun lalu mendatangkan kesan kepada usaha kerajaan negeri meminda Perlembagaan Negeri. "Saya tidak tahu pun kehadiran saya amat diperlukan ketika proses pengundian bagi meminda perlembagaan dan saya akui ia adalah satu kesilapan. Saya sudah pun meminta maaf kepada jawatankuasa disiplin parti," katanya. Sementara itu, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada DAP mengenai penggantungan keahlian Adun Pulau Tikus itu. Menurutnya, sebarang keputusan mengenai status Teng Hai hanya akan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada DAP. "Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media sahaja namun sehingga hari ini belum menerima laporan dari DAP. "Difahamkan dia (Teng Hai) juga diberikan tempoh untuk membuat rayuan mengenai keputusan jawatankuasa disiplin partinya itu, jadi kita tunggu laporan dari DAP," katanya. | AG: Tindakan terhadap peserta bawa kanak-kanak Posted: 14 Jan 2013 10:38 PM PST Peguam Negara. Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan sekiranya bukti-bukti lengkap dapat dikemukakan. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 telah menetapkan larangan penyertaan kanak-kanak dan ia sepatutnya dipatuhi kerana golongan itu harus dilindungi. "Undang-undang telah tersedia ada, sekiranya terdapat bukti kita (pendakwaan) akan mengambil tindakan, sekiranya tiada (bukti) kita tidak boleh mengambil tindakan. saya tidak terlebih dahulu menghukum," katanya yang ditemui pemberita selepas sidang pleno dalam Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi semalam. Katanya larangan penyertaan kanak-kanak dalam perhimpunan awam bukan sahaja ditetapkan di negara ini tetapi juga diamalkan di beberapa negara Eropah. Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang mereka yang berusia di bawah 15 tahun menyertai atau dibawa ke sesuatu perhimpunan. Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis mendapati penganjur perhimpunan di Stadium Merdeka melanggar beberapa syarat yang dipersetujui termasuk membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tindakan segelintir peserta perhimpunan kebangkitan rakyat yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan di Stadium Merdeka, Sabtu lepas. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan