Rabu, 12 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Dec 2012 03:41 PM PST

Masih ada yang lahir sebelum merdeka tetapi belum dapat kewarganegaraan

Posted: 12 Dec 2012 03:52 AM PST

Oleh Md Izwan

PUTRAJAYA — Walaupun lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 tetapi masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak diberikan kerakyatan sebaliknya masih memegang kad pengenalan merah (MyPR), hasil tinjauan The Malaysian Insider pada perhimpunan duduk bantah di Putrajaya hari ini.
 Kira-kira 300 orang peserta datang dari seluruh negara untuk berhimpun di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menuntut hak kerakyatan dan kad pengenalan biru.

Sarasivathi a/p SNS Durai, 69, datang dari Port Dickson ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai rakyat Malaysia dengan harapan permohonan kali ini akan diluluskan.

"Saya lahir sebelum Malaysia ini merdeka tapi saya masih pegang kad pengenalan merah," kata Sarasivathi yang lahir pada tahun 1943 itu.

Menurut beliau lagi, ini bukan pertama kali beliau memohon, dan sebelum ini pernah ditolak beberapa kali oleh JPN tanpa sebarang alasan.

"Sudah empat kali saya pohon untuk dapatkan kad pengenalan biru, tetapi semua ditolak.

"Bila saya tanya kenapa, mereka tidak berikan alasan," kata beliau yang bekerja sebagai pencuci pejabat itu.

Selain Sarasivathi, seorang lagi warga emas dari Kedah S. Arumugam, 62, turut berhadapan masalah sama, masih memegang kad pengenalan merah.

"Saya hanya ada kad pengenalan merah, walaupun saya lahir pada 1951 sebelum Malaysia ini merdeka.

"Adakah saya bukan rakyat Malaysia? Permohonan saya ditolak lima kali walaupun saya lahir di Malaysia, boleh bercakap bahasa Melayu dan membesar di sini," kata beliau yang bekerja sebagai penternak lembu di Sungai Petani, Kedah.

 Sarasivathi a/p SNS Durai, 69, memegang kad pengenalan merahnya walaupun lahir pada tahun 1943 pada perhimpunan duduk bantah pagi ini di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.

Selain kes dua individu tersebut yang lahir sejak negara mencapai kemerdekaan, tiga beradik daripada Seremban turut berhadapan nasib sama walaupun dilahirkan di Malaysia dan bapa mereka warganegara Malaysia.
 "Bapa saya sudah meninggal tetapi warganegara Malaysia. Bapa saya berkahwin dengan mak saya dari Indonesia tapi kami semua lahir disini.

"Sudah lama saya memegang kad pengenalan merah ini, ia sangat sukar terutamanya dalam pendidikan," kata Hattan Rosli, 17 yang merupakan abang kepada dua adiknya yang juga tidak mendapat kad pengenalan biru.

Dua adiknya, Liyana, 16 dan Nur Atika, 14 turut mengalami nasib sama apabila tidak mendapat kad pengenalan biru walaupun beberapa kali membuat permohonan.

Perhimpunan hari ini yang diketuai oleh Naib Presiden PKR N Surendran berarak ke perkarangan JPN pagi tadi bagi menuntut taraf kerakyatan dan kad pengenalan biru.

Namun, sebaik tiba di perkarangan JPN pintu pejabat agensi kerajaan tersebut ditutup oleh sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan polis bantuan yang berkawal bagi menghalang peserta daripada memasuki bangunan tersebut.

Isu kerakyatan dibangkitkan oleh Surendran yang mendakwa terdapat seramai 300 ribu masyarakat India tidak memiliki kewarganegaraan minggu lalu.

Namun, Najib membidas kenyataan tersebut dalam perhimpunan agung MIC hujung minggu lalu apabila mengatakan tuduhan pembangkang sebagai menipu dan bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Najib juga berkata berdasarkan perbincangannya dengan menteri sumber manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam, hanya seramai 9,000  sahaja kaum India yang membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan bukannya 300,000 sepertimana yang didakwa oleh  pihak pembangkang.

"Saya diberitahu Subramaniam bahawa hanya 9,000 orang sahaja yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 sudah diberikan kad pengenalan dan sijil kelahiran manakala selebihnya masih lagi  dalam proses," terang Najib lagi.

Mahkamah tetap pengurusan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan 18 Februari

Posted: 12 Dec 2012 03:45 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUUMUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nur Atasha Juhaidi Yean Abdullah bagi pihak Utusan.

Pada 23 November lalu, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutar-belit kenyataannya dalam satu forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Menerusi pernyataannya, anggota Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh akhbar tersebut pada 6 Nov dan 7 Nov lalu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah tersebut.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

Kerajaan tidak masuk campur hal Musa-Ramli, kata Hishammuddin

Posted: 12 Dec 2012 03:43 AM PST

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR— Kerajaan tidak akan masuk campur dalam krisis melibatkan dua bekas pegawai tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata krisis yang berlaku antara kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan sama sekali dan ia adalah perkara peribadi antara mereka.

"Biarlah mereka (Musa dan Ramli) tuduh menuduh antara satu sama lain.
"Kerajaan tidak akan masuk campur," kata beliau selepas menghadiri satu majlis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Hishammuddin, perkara yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kerajaan berusaha untuk memperbaiki pasukan polis dan melihat ke depan.
"Saya tidak mahu kata siapa salah, siapa betul.

"Lebih baik kita melihat ke depan untuk memperbaiki diri masing-masing daripada saling tuduh-menuduh," tambah beliau.

Bekas ketua polis negara (KPN), Musa dan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (JSJK), Ramli secara terbuka menunding jari kepada satu sama lain dengan mengatakan kedua-dua telah menyalahguna kuasa semasa memegang kuasa dalam pasukan polis.

Ramli telah menuduh bekas KPN tersebut telah menyalahguna kuasa semasa memimpin PDRM dari 2006 hingga 2010 dan bersekongkol dengan peguam negara (AG) Tan Sri Gani Patail semasa beliau didakwa dalam kes "RM27juta" yang kemudiaan digugurkan kerana tiada bukti kukuh.

Manakala Musa pula telah menuduh Ramli sebagai menjadi "kesayangan" dalam PDRM dan mendakwa bekas pengarah JSJK tersebut  menyalahguna kuasa untuk memiliki kekayaan yang bernilai jutaan ringgi.

Selain itu, Musa juga kebelakangan ini lantang dalam mengkritik PDRM malahan telah membuat pendedahan mengatakan terdapat  camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis.

"Saya dahulu pun pernah berkhidmat dengan bekas KPN (Musa) itu, tetapi ketika itu tidak pula membangkitkan perkara sebegini.

"Kenapa sekarang baru nak bangkitkan?" soal Hishammuddin.

Hishammuddin sekali lagi menggesa semua pihak termasuk Musa untuk melihat ke depan dan membantu kerajaan memperbaiki pasukan  polis dan bukan hanya dengan melemparkan tuduhan.

Malahan naib presiden Umno itu semasa perhimpunan agung yang lalu juga berkata tuduhan Musa tersebut tidak berasas dan  menggesa untuk orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas KPN tersebut.

"Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno)," kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan  kenyataan Musa tersebut.

"KDN sudah jawab (isu tersebut)," katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu  yang lebih besar.

Musa menjadi tumpuan media bulan lalu apabila beliau membuat pendedahan mengejutkan dalam satu sidang akhbar, mendakwa  menteri Kabinet seringkali campurtangan dalam keputusan penting dan penyiasatan polis.

PDRM baru-baru ini dipersoalkan oleh orang awam dan ahli parlimen pembangkang selepas banyak kejadian rompakan dan serangan  menimbulkan tanda tanya tentang statistik kerajaan menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di negara ini.

Guru 'dirompak' melalui telefon

Posted: 12 Dec 2012 03:39 AM PST

NURIZZAH BAHARUDIN

 

ALOR GAJAH - Pelik, tetapi benar.

Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata.

Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.

"Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis," kata Ita sambil memberitahu dia menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.

Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut.

"Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut," katanya.

Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu 'memindahkan' semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.

Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara.

"Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi," katanya.

Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.

"Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.

Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan," kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.

Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.

"Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.

"Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya," katanya.

Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya berhati-hati.

"Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui talian," katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.

Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon," katanya.

PRU13: Fauzi Shaari yakin tawan Larut

Posted: 12 Dec 2012 03:36 AM PST

NURUL MAZWANA HAMDAN

 

TAIPING -  Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

"Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut).

"Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

"Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain.

"Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam," katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain.

Beliau berkata, tuduhan bahawa Pas menggadaikan nasib orang Melayu adalah fitnah.

"Yakinlah, orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini jangan khuatir atau bimbang memilih Pas serta Pakatan pada PRU13 untuk memerintah negara dengan adil, berkebajikan, di samping memacu ke arah negara maju," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, PR mempunyai perancangan teliti bagi membela nasib dan kesejahteraan rakyat dalam semua bidang di samping memajukan negara untuk memberi manfaat kepada semua golongan.

"Hutang negara kini kian bertambah hingga mencecah lebih RM500 bilion, dengan setiap rakyat negara ini, kecil dan besar, lelaki dan perempuan dibelenggu hutang RM17,000 setiap seorang termasuk bayi yang baru lahir keranakeborosan pihak tertentu.

"Kerajaan Pakatan akan membawa negara keluar dari jebakan hutang negara yang begitu besar," katanya.

Fauzi berkata,  perjuangan PR tidak mengutamakan kroni dan berusaha mengembalikan keunggulan undang-undang, termasuk undang-undang Islam yang didapati banyak dikelirukan pihak berkepentingan termasuk isu berhubung pelaksanaan hukum hudud.

"Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin terutamanya yang bergelar ulama untuk memberi kefahaman kepada rakyat bukan beragama Islam bahawa hudud adalah baik bagi mendisiplinkan masyarakat," katanya.

Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Posted: 12 Dec 2012 03:05 AM PST

Staff Berita Semasa 

Superbike Pelesit AES Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!
Sempat bergambar sebelum mula berlakon?

Baru-baru dalam episod Majalah 3 pada hari Sabtu yang lalu, wartawan Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan berkaitan dengan "AES" dalam salah satu slot di Majalah 3. Malangnya, laporannya itu mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya kalangan penunggang superbike dan juga penonton setia Majalah 3.

Semestinya penonton setia Majalah 3 TV3 mengharapkan informasi yang disampaikan adalah benar belaka tanpa sebarang agenda tersembunyi untuk memperdayakan penonton. Contohnya….kalau terdapat adegan lakonan dalam laporan yang disediakan, perlulah dimaklumkan semasa siaran.

Mazidul Akmal AES Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Malangnya, harapan pihak Majalah 3 TV3 untuk membuatkan orang kampung pedalaman terangguk-angguk mempercayai setiap butir laporan dalam slot tersebut sehingga mengeluarkan komen seperti ini :

"…Jahatnyer budak-budak motor ni…isshh..ishhh…ishhhh. Betul kata Majalah 3 macam pelesit mereka ini. Nasib baik ada AES. Terima kasih AES. "

menemui kegagalan apabila seorang pengguna Facebook yang menggelarkan dirinya APeyjal Kacung yang juga merupakan pemilik kedai Creative MakeOver membuat pendedahan mengatakan 2 orang penunggang superbike yang dipaparkan dalam slot "AES" bagi rancangan majalah 3 TV3 itu adalah merupakan rakan beliau sendiri yang digunakan untuk tujuan lakonan. Pulak…..

Yang mana satu? Sedangkan dalam slot tersebut tidak diletakkan tanda "aksi ini hanya lakonan semata" .

Apabila ditanya persoalan ini kepada Mazidul Akmal Sidek, ini jawapan balas beliau….

Persoalan orang ramai, masih belum terjawab lagi. Jawapan masih lagi pusing-pusing sekitar itu sahaja. Mungkin agaknya pihak majalah 3 TV3 terlupa yang sekarang ini sudah menginjak tahun 2012, bukannya tahun 1990 an lagi.

P/S : Yang salah tetap salah. Sesiapa yang memandu atau menunggang dalam erti kata lain berbahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mereka ini memang patut dikenakan tindakan. Tidak kira sesiapa pun.

PP/S : Cuma kalau boleh,persoalannya sekarang ini janganlah yang tiada diada-adakan semata-mata "mahu menghalalkan" setiap agenda yang dirancang.

General Election Pakatan tuntut TPM jelas pencapaian Matematik, Sains

Posted: 12 Dec 2012 02:51 AM PST


Koh Jun LinSetiausaha publisiti DAP Tony Pua menggesa menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan penurunan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

NONEPua yang memetik hasil tinjauan oleh Kajian Matematik dan Sains Antabangsa (TIMMS) 2011 berkata, penurunan pencapaian bagi kedua-dua mata pelajaran itu mencatat kadar paling tinggi sejak 1999.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata Muhyiddin perlu meletak jawatan sekiranya tidak dapat memberi penjelasan atau mengemuka langkah meyakinkan untuk mengatasinya.

Pua dan Nurul Izzah tampil dalam sidang media bersama pegawai strategi DAP Ong Kian Ming di Kuala Lumpur hari ini.

3,000 lagi ibu tunggal fail saman ke atas k'jaan S'gor

Posted: 12 Dec 2012 02:49 AM PST

Sejumlah 3,011 ibu tunggal hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. 

Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.

Mereka berkata kerajaan negeri Selangor bersikap tidak rasional apabila tidak memberikan alasan atas kegagalan membayar elaun tersebut.

Plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 3,011 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah kira-kira RM16.26 juta daripada defendan.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan skim itu.

Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.

Sementara itu, Murtini ketika ditemui wartawan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan persatuannya menjadi kuda tunggangan parti politik tertentu untuk memfailkan saman tersebut.

"Kami tidak mengharapkan simpati tetapi mahu menuntut balik apa yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal dalam manifesto pilihan raya umum 2008," katanya.

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata kumpulan kedua ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari 11 kawasan Parlimen iaitu Shah Alam, Tanjong Karang, Hulu Langat, Kota Raja, Klang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Selayang, Gombak dan Sabak Bernam.

Pada 22 Nov lepas, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan sama yang melibatkan sejumlah RM10.9 juta.- Bernama

Ketua Wanita MCA terima SMS lucah

Posted: 12 Dec 2012 02:47 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

SELAYANG - Satu laporan polis dibuat kelmarin selepas kerap menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah.

Ketua Wanita MCA Cawangan Taman Selayang Jaya, Jessie Ooi mengakui mengalami sedikit trauma apabila beliau kerap menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, beliau mula mendapat panggilan dan SMS lucah tersebut sejak Mei lalu namun kebelakangan ini  gangguan tersebut semakin kerap sehingga menimbulkan kebimbangan ke atas diri dan keluarganya.

"Saya menerima gangguan daripada lima nombor telefon berbeza dan salah satunya pernah mengganggu lebih 20 kali sehari," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jessie tidak menolak kemungkinan pihak yang mengganggu terdiri penyokong tegar calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya akan datang atau individu yang sengaja menimbulkan provokasi.

"Salah seorang memaklumkan dia diarahkan oleh seseorang untuk mengganggu saya dan tidak takut apabila saya memaklumkan akan membuat laporan polis.

"Sebelum ini, permasalahan itu dibiarkan kerana terlalu sibuk dan menganggapnya sebagai senario politik tetapi kebelakangan ini semakin teruk menyebabkan saya perlu mengambil tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata, bimbang gangguan panggilan dan SMS lucah itu berlaku, satu laporan polis telah dibuat kelmarin bagi menjamin keselamatan diri dan memohon perlindungan daripada pihak berkuasa.

"Kesemua nombor tersebut telah diserahkan kepada polis dan berharap siasatan dapat dijalankan dengan mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membuat gangguan," katanya.

Warga emas mohon BR1M 'meninggal dunia' 38 tahun lalu

Posted: 12 Dec 2012 02:46 AM PST

SITI NUR MAS ERAH AMRAN

 

BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas yang ingin memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terkejut apabila dimaklumkan yang dia telah 'meninggal dunia' ketika membuat semakan rekod dibuat di pejabat MCA Bukit Mertajam 20 November lalu.

Anak sulungnya, Cheng Siang Joo, 45 berkata, ibunya Ong Ah Nya, 72, yang terperanjat memintanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat semakan kedua dan jawapan yang sama diberikan oleh agensi itu.

"Selepas menjelaskan situasi sebenar, saya diminta untuk mengisi borang berkaitan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Saya kemudiannya ke pejabat pos untuk memeriksa status ibu sebagai pengundi melalui data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun rekod menyatakan yang dia telah meninggal dunia.

"Justeru, masalah ini diadukan kepada Adun Padang Lalang, Michael Tan Cheong Heng agar ia dapat diselesaikan segera," katanya.

Siang Joo yang merupakan penyelia kilang mendakwa, ibunya tidak dapat mengundi pada tahun 2008 kerana namanya tidak tersenarai sebagai pemilih berdaftar.

"Pendaftaran semula ada dibuat walaupun selepas itu kami tidak membuat sebarang semakan susulan.

"Walau bagaimanapun, kami berasa pelik kerana ibu bukan sahaja memiliki pasport, malah telah ke China dua tahun lalu untuk melancong tanpa sebarang masalah.

"Masalah ini hanya disedari ketika ibu ingin memohon imbuhan (BR1M) RM500 yang disalurkan Kerajaan Pusat dan mujurlah, ia dapat diselesaikan dalam masa singkat," katanya.

Ah Nya yang turut hadir menyatakan kegembiraannya berikutan masalah yang menghantui telah pun selesai.

"Harapan saya cuma satu iaitu semoga saya sempat mengundi sempena pilihan raya yang akan berlangsung pada tahun depan," katanya.

Cheong Heng berkata, rekod semakan JPN mendapati Ah Nya telah meninggal 38 tahun lalu.

"Pihak JPN memaklumkan terdapat kesilapan teknikal dan meminta saya untuk membawa Ah Nya ke pejabat untuk mengemas kini maklumat peribadi yang diperlukan.

"Selain itu, kad pengenalan baru turut dibuat secara percuma bagi membolehkan beliau mendaftar sebagai pengundi.

"Walau bagaimanapun, pemprosesan data SPR dijangkakan bakal mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan dan ini bermakna kemungkinan beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan JPN Bandar Perda semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat supaya mengemas kini maklumat pengundi dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kesulitan.

"Ini adalah kerana kemungkinan sistem maklumat antara agensi kerajaan tidak diselaraskan menyebabkan Ah Nya dapat ke luar negara tanpa sebarang masalah.

"Kesilapan data boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita perlu berhati-hati untuk memastikan masalah seumpama ini tidak berulang lagi," katanya.

Tarikh 12.12.12 dipilih pasangan muda untuk berkahwin

Posted: 12 Dec 2012 02:40 AM PST

SINAR HARIAN

 

 

KUALA LUMPUR - Lazimnya pernikahan diadakan pada hujung minggu atau cuti umum, namun keunikan tarikh 12.12.12 menyebabkan ramai memilih untuk bergelar suami isteri hari ini sekalipun jatuh pada pertengahan minggu.

Di GOMBAK 16 pasangan muda melangsungkan pernikahan mereka secara beramai-ramai pada satu majlis yang dikendalikan lima jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), disaksikan kira-kira 1,000 tetamu.

Berkongsi kegembiraan pada hari bersejarahnya, Faiz Hussamuddin, 24, berkata beliau dan isteri Tengku Norhanim Tengku Othman, 22, menganggap tarikh itu bukan sahaja unik tetapi juga mudah diingati bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka kelak.

"Kami memang memilih untuk bernikah pada tarikh ini kerana unik dan sangat istimewa sebab hanya berlaku setiap 100 tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, dekat sini.

Beliau juga mengabadikan angka 12 menerusi mas kahwin berjumlah RM12,121.20.

Bagi Faizul Naszren Mohd Shaharuddin, 22 dan pasangannya Nur Raihan Che Nawi, 26, mereka tidak menjangka akan bergelar suami isteri pada tarikh itu.

"Sebenarnya saya tidak menjangka laluan untuk berumahtangga itu dipermudahkan kerana selepas kami bertunang pada 31 Ogos lepas, kami mendapat tawaran daripada pengurusan Masjid Al-Khairiyah untuk melangsungkan pernikahan secara beramai-ramai pada tanggal 12.12.12, dan kami sangat bersyukur," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata majlis pernikahan beramai-ramai tersebut merupakan antara landasan terbaik bagi meringankan beban kewangan pasangan muda kerana kos perkahwinan sekarang agak tinggi.

"...dalam keadaan sekarang ini untuk melangsungkan walimatulurus RM10,000 tidak cukup, maka melalui majlis seperti ini boleh membantu meringankan beban keluarga dan pasangan yang ingin berkahwin," katanya yang merasmikan majlis pernikahan tersebut.

Beliau berkata selain 16 pasangan yang bernikah di masjid Al-Khairiyah itu, terdapat 10 pasangan bernikah di daerah Klang dan enam pasangan lagi bernikah di Hulu Selangor.

Menyentuh mengenai penganjuran majlis, Nazir Masjid Al-Khairiyah Mohd Rozi Salleh berkata masjid itu membelanjakan RM15,000 meliputi makanan, pelamin, khemah dan barangan cenderahati kepada tetamu.

Di GEORGE TOWN, 12 pasangan mendaftarkan perkahwinan mereka menerusi majlis anjuran Jabatan Pendaftaran Negeri.

Pengarahnya, Sariff Ayob berkata pada majlis bertema 'Sehati Sejiwa' itu pasangan terbabit didaftar tiga petugas dan mereka turut menerima cenderahati daripada jabatan itu.

"Majlis sempena tarikh-tarikh istimewa ini diadakan setiap tahun bagi meraikan pengantin yang memilih tarikh seumpama itu," katanya pada majlis tersebut.

Sementara itu pasangan pengantin yang ditemui, Erwan Sutanto Tjin, 29 berkata beliau dan isterinya, Goh Ee Jye, 25 percaya jalinan angka menarik itu bukan sahaja mudah diingati tetapi juga simbolik permulaan kehidupan baharu mereka berdua.

"Tarikh hari ini sangat istimewa kerana kami menjalin hubungan cinta secara serius juga pada bulan 12 (Disember) tahun lalu," katanya.

Bagi pasangan L. Joshua, 23 dan S. Jennitha, 25 mereka berasa bertuah kerana dapat mengakhiri zaman bujang pada tarikh angka berkembar terakhir pada abad ini.

"Dekat dua tahun juga kami tunggu untuk kahwin pada tarikh ini. Tak sangka JPN (Jabatan Pendaftaran Negeri) akan meraikan kami dalam majlis khas sebegini," katanya.

Sementara itu, Hotel Cititel Penang dengan kerjasama Penang Town Chinese Hall, Dewan Perniagaan Cina Pulau dan De Santia Bridal House turut meraikan 20 pasangan pengantin baharu di sini.

Pengantin bertuah itu diarak dengan beca mengelilingi pusat bandar sebelum mendaftar perkahwinan di JPN hari ini.

JOHOR BAHRU,  55 pasangan pengantin daripada pelbagai kaum diraikan dalam Program Pengantin 1 Malaysia di Tasik Merdeka di sini.

Presiden Persatuan Theng Chuan Tan Clan, Datuk Tan Liang Soong berkata program tahunan itu adalah untuk memperkasakan lagi perpaduan dan kesepakatan pelbagai kaum di negara ini.

"Untuk tahun ini kita memilih tarikh 12. 12. 2012 merupakan satu identiti kepada majlis ini malah untuk menjadi satu tanda kepada perkahwinan 1Malaysia," katanya kepada pemberita.

Program yang dianjur dengan kerjasama Majlis Perbandaran Johor Bahru itu dirasmikan Datuk Bandar Johor Baharu, Burhan Amin.

Pada majlis itu 52 pasangan pengantin berbangsa Cina, dua pasangan pengantin Melayu dan sepasang pengantin India diraikan. - Bernama

SPR: Pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik

Posted: 12 Dec 2012 02:36 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan.

Sehubungan itu kata Aziz, pihaknya akan mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Kita kena lihat lah apa sebenarnya (kes ini). Kita kena lihat betul-betul, jangan silap ambil tindakan kepada pegawai kerajaan, dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dewan Pemuda Pas Pusat semalam memberikan kata dua kepada Ketua Penerangan Umno Kinabatangan yang juga seorang pegawai SPR, Aksyah Nasrah untuk memilih sama ada meneruskan khidmat sebagai pegawai SPR atau mengekalkan jawatan dalam Umno.

"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?

"Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, pengadil itu menyokong salah satu pasukan. Bagaimana penonton nak percayakan pengadil tersebut?" kata  Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, pegawai kerajaan yang aktif dan memegang jawatan dalam parti politik sememangnya boleh dikenakan tindakan perundangan.  

"Saya baru difahamkan dia ini pegawai. Bila pegawai dia tidak boleh aktif dalam parti-parti politik, maknanya tidak boleh memegang jawatanlah. 

"Dalam kes seperti ini kita akan lihat secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi kepada pegawai berkenaan dan kita akan siasat dulu," jelas Aziz.

Ditanya berhubung tindakan DPPP yang akan mendedahkan lebih banyak berkenaan kes itu jika tindakan tidak diambil, Aziz berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru dan akan mengikut undang-undang sebenar dalam mengambil apa jua tindakan ke atas Aksyah.

Pas jawab Karpal, Hadi tak perlu komen isu salun

Posted: 12 Dec 2012 02:34 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menyatakan pendirian parti bersabit isu pengasingan gender di Kelantan seperti yang diminta Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana perkara tersebut di luar bidang kuasa pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Karpal sepatutnya maklum bahawa hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran merupakan hak mutlak kerajaan negeri sementara parti hanya boleh memberi nasihat.

"Dia (Hadi) tidak ada kuasa untuk campur tangan begitu. Karpal sebagai ahli undang-undang dia kena tahulah, hak kerajaan dan hak parti politik.

"Apa yang melalui kerajaan, kita kena serahkan kepada kerajaan lah untuk uruskan. Ia ada peraturan dan kaedahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Karpal menerusi satu kenyataan media semalam meminta Hadi menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender membabitkan kes salon di Kota Bharu baru-baru ini dan bukannya menyerahkan isu itu kepada Exco Kelantan.

Katanya, sikap mendiamkan diri Exco Negeri dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam menunjukkan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Menjelaskan perkara itu, Mustafa memberitahu, beliau difahamkan sudah ada penyelesaian bersabit kes terbabit.

Cuma katanya, adalah tidak kena jika Karpal meminta Hadi menyatakan pendirian parti mengenai isu itu kerana tanggungjawab berkenaan bukan urusan parti politik.

"Kalau pun presiden hendak periksa, dia akan periksa melalui kerajaan negeri. Dia tidak boleh campur tangan secara langsung tentang soal pentadbiran ini.

"Kita boleh beri pandangan kita, tetapi yang akan bertindak, yang akan berunding itu adalah pihak yang berkenaan," jelasnya lagi.

Kes salun di Kota Bharu Kelantan itu menarik perhatian ramai apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di bandar itu mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada menjadi mangsa gangguan seksual selain terjebak dalam jenayah pelacuran.

JPJ kesan empat kamera AES di Perak dirosakkan

Posted: 12 Dec 2012 02:28 AM PST

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di Ipoh juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di Ipoh hari ini.

Ramli Awg berkata pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.

Beliau berkata syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.

Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.

"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.

Ramli Awg berkata JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas.-Bernama

Kelantan tangguh kuatkuasa syarat lesen salun bukan Islam

Posted: 12 Dec 2012 02:22 AM PST

Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

NONEKatanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.

"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cina negeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiap tindakan ada kaitan dengan pilihan raya.-Bernama

Isu kerakyatan: Peserta himpunan berarak ke JPN

Posted: 12 Dec 2012 02:20 AM PST

 

Sekumpulan kira-kira 300 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

indian stateless people rally in putrajaya surendranKumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.

Robert Phang nafi dakwaan bekas IGP

Posted: 12 Dec 2012 02:18 AM PST

 

Bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menafikan dakwaan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau pernah menyebabkan seorang pegawai tinggi polis bertukar.NONEPhang yang juga pengerusi Yayasan Penyayang Sosial turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menafikan bahawa saya yang menyebabkan pegawai itu dipindahkan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Robert juga menegaskan beliau tidak mengetahui siapa individu yang dimaksudkan dalam dakwaan Musa itu.

"Saya juga ingin mengetahui siapa (pegawai polis) yang diperintah berpindah itu," katanya.

Musa kelmarin dilaporkan mendakwa, pegawai polis itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat yang melibatkan Phang pada 2009, untuk menaiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital.

Ekoran itu, dakwa Musa, pegawai polis yang berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD tersebut ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dalam tempoh 24 jam.

NONEMengulas dakwaan tersebut, Phang menjelaskan beliau dilantik menjadi penasihat bebas Motorola pada tahun 2009 selepas kontrak itu diberikan.

"(Penganugerahan) kontrak tersebut tidak ada kena mengena dengan sumbangan Robert Phang," katanya.

Jelasnya, beliau menghadiri satu sidang media oleh Motorola Technology pada Februari 2008, selepas syarikat itu diumumkan untuk terus melabur di Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan rasmi dengan syarikat tersebut pada ketika itu.

Menjawab soalan, Phang berkata beliau menjadi penasihat bebas bagi dua syarikat dan anggota panel SPRM dalam satu masa, bagaimanapun menegaskan beliau tidak mempunyai konflik kepentingan berhubung perkara ini.

Beliau melepaskan jawatan sebagai anggota pabel SPRM secara sukarela pada Januari 2011, selepas didakwa - dalam sebuah blog - melakukan rasuah terhadap seorang pegawai awam.

SPRM bagaimanapun membebaskan Phang daripada tuduhan tersebut.

Dalam sidang media pagi tadi, Phang juga berkata beliau dinasihat oleh barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa berhubung dakwaannya itu.

Posted: 12 Dec 2012 02:13 AM PST

Jenaka 1Malaysia Di Sabah

SALAM 1Malaysia. Saya berasal dari Kampung Sungai Kayu, Sandakan mewakili penduduk Kampung Sungai Kayu di kawasan Sibugal Resort; berhadapan jalan dengan Dewan Sri Libaran.

Sepanjang pengamatan saya, semenjak tahun 2005 lagi, jalan di kampung ini sepanjang lebih kurang 1.5 Kilometer amat tidak memuaskan dan tidak selamat kerana tidak diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya atau Majlis Perbandaran Sandakan.

Apakah pihak berwajib malas untuk membaiki jalanberkenaan atau sememangnya tiada peruntukan sekalipun untuk menyelenggara jalan dan prasarana lain; mungkin atas tujuan tersirat untuk memalukan Ketua Menteri Sabah?

Mungkinkah Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang dilantik hanya tahu makan gaji buta kerana tidak pandai kerja tetapi ada hati untuk terus memegang jawatan atau tiada dalam 'Check List Job Specification'?

Amatlah tidak patut kerana selama ini kerosakan jalan berkenaan ditangani oleh individu yang prihatin yang secara sukarela menampal lubang dengan batu kelikir yang diambil dari tepi jalan besar; malah ada kalanya terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli simen bagi menampal jalan yang berlubang? Memang amat tidak wajar.

Bukan sahaja keadaan jalan yang berlubang, malah lampu jalan pun tiada sehingga kawasan berkenaan amat berbahaya pada waktu malam kerana amat gelap, terutama kepada kanak-kanak dan wanita.

Isu kerosakan jalan dan kegelapan malam kerana ketiadaan lampu jalan pernah diajukan kepada Pengerusi JKKK, tetapi tiada tindakan diambil sehingga sekarang, menyebabkan kesabaran kami semakin luntur setelah melepasi hadnya sejak sekian lama.

Oleh yang demikian, kami mengutarakan masalah kami kepada Sabahkini.net agar Pengerusi JKKK bangun dari tidur selama ini kerana cuai menjalankan tugas, sedangkan beliau telah dilantik dan dipersetujui oleh ADUN Sibuga iaitu Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Bukannya kami dengki dengan jawatan Pengerusi JKKK, tetapi kami kesal kerana beliau telah mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah yang tinggal di kawasan berkenaan.

Bangunlah dari lena tidur yang panjang wahai Pengerusi JKKK untuk memajukan kampung kami yang jauh ketinggalan daripada Kg. Batu Putih dan Kg. Tinusa 2.

Untuk makluman, Kampung Sungai kayu merupakan kampung terawal di Sibugal Kecil tetapi masih mundur. Sebagai contohnya Balairaya dan perhentian bas di hadapan Dewan Sri Libaran (tidak jauh dari kediaman Ketua Menteri) amat menyedihkan.

Jika jalan ke kediaman Ketua Menteri tidak diselenggara, apatah lagi jalan dan jambatan di kampung terpencil di pesisir pantai. Apakah ini jenaka 1Malaysia untuk Ketua Menteri Sabah menjelang PRU-13. Tetapi siapakah pelakon utama yang mensabotaj nama baik Ketua Menteri Sabah?

Akhir sekali, kami berharap agar masalah kami disiarkan Sabahkini.net dan mendapat perhatian pihak berwajib kerana kami berharap sangat dan amat memerlukan prasarana ini segera dinaiktaraf sebelum PRU-13.   BAIDIN BUNGUSU

Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri?

Posted: 11 Dec 2012 04:05 PM PST


GUA MUSANG: Usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Orang Asli dengan meluluskan tanah rezab dan rancangan pembangunan untuk mereka tidak disenangi pihak tertentu.

Sebelum ini kerajaan negeri mewartakan kawasan rezab Orang Asli bagi mengelakkan kawasan tersebut diceroboh dan menjaminkan masa hadapan mereka.

Bagaimanapun usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing.

Iklan tersebut memaparkan prasarana yang akan dibina untuk manfaat Orang Asli bersama gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim.

Dua iklan gergasi tersebut dipasang berhampiran dengan Masjid Keputeraaan, sedang dalam pembinaan di Jajahan Kecil Lojing.

Dan iklan kedua dipasang berhampiran simpang tiga jalan Lojing-Gua Musang-Kuala Betis. Iklan berkenaan dipasang Tabung Amanah Tok Kenali  pada akhir November lalu.

Pengurusnya, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, setiap satu papan iklan tersebut bersaiz 20 x 40 kaki melibatkan kos lebih RM10,000 dipasang bagi memaparkan program pembangunan yang akan dilaksanakan di Pos Jedip.

Katanya, Tabung Amanah Tok Kenali diberi peranan memastikan kebajikan masyarakat terbabit termasuk kawasan yang akan dibangunkan kepada Orang Asli.

"Kita cuba gambarkan usaha-usaha tersebut dalam dua papan iklan gergasi yang dipasang di dua lokasi di lebuh raya Gua Musang-Simpang Pulai.

"Bagaimanapun apa yang kerajaan negeri lakukan tidak disenangi pihak tertentu sehingga mereka mengoyakkan papan iklan berkenaan hanya seminggu selepas dipasang," katanya di sini.

Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan

Posted: 11 Dec 2012 04:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," katanya.

Baru-baru ini kerajaan Indonesia sekali lagi melarang rakyatnya berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila 105 pembantu rumah asing, di mana 95 dari mereka berasal dari Indonesia, dikurung dan dijadikan tawanan di negara ini.

"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak payah cakaplah soal berdebat dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), nampak sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari jauh.

"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan prestasi Najib.

Sambil mendakwa kononnya beliau berpuas hati dengan Najib, Dr Mahathir meneruskan tradisinya menghentam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya sebagai Perdana Menteri pada 2003 lalu.

Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".

Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai "simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada mereka.

"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata Salahuddin.

Bernama Ahad lalu melaporkan Najib mahu masyarakat India kembali menjadi "simpanan tetap" kepada BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

DUNIACACAMARBA

Posted: 12 Dec 2012 03:36 PM PST

[HD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.


Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.


Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."

Tiada ulasan:

Pengikut