Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Rakyat Kelantan perlu serius laksana Islam – ulama Syria
- 'Kita lawan Umno, tapi Umno jadi pengadil'
- Felda saman, Mazlan sedia ke mahkamah
- Solat Hajat & Ceramah Perdana Di PUTIK.
- MCA tidak ada moral benchmark - Mustafa
- Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri?
- Program K 10 Anak Perantauan Dun Temangan
- PR berjaya tembusi kubu BN kawasan Ali Rustam
- Tok Guru Nik Aziz setuju nikahkan Apex
- Bertam: PM bohong atau salah maklumat?
Rakyat Kelantan perlu serius laksana Islam – ulama Syria Posted: 12 Dec 2012 12:26 AM PST KOTA BHARU: Ulama terkenal Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuuni melahirkan rasa bimbang akan diturun bala oleh Allah Taala apabila ada orang Islam yang membisu terhadap perkara-perkara batil. "Kalau kita diam di atas perkara batil yang berlaku di hadapan mata kita dibimbangi Allah akan menurunkan bala ke atas kita. "Oleh itu rakyat Kelantan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam. Apabila hukum tersebut dilaksanakan Allah Taala akan menurunkan rahmat," katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi. Program berkenaan dianjur Dewan Pemuda PAS Kelantan. Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman. Program bermula solat Isyak berjemaah kemudian diikuti solat hajat. Syeikh Muhammad Ali yang juga pengarang tafsir Sofwah At-Tafasir turut meluahkan rasa sedih apabila ada negara umat Islam yang membisu terhadap kekejaman yang berlaku di Syria sekarang. Katanya, seluruh dunia membisu biar pun lebih 200,000 rakyat Syria menjadi mangsa korban kerangkusan Bashar Hafez al-Assad bagi mempertahankan kuasanya. "Maka tidak hairanlah umat Islam di Syria sekarang hanya mengharap pertolongan Allah Taala. Namun kita yakin orang yang melakukan kezaliman akan ditimpa bala," ujarnya. Oleh itu beliau mengajak umat Islam di seluruh dunia membantu rakyat Syria dengan apa sahaja yang termampu dilakukan. Sebaik selesai program berkenaan orang ramai bersesak-sesak meluru ke pentas utama bagi menghulur sumbangan kepada ulama terbabit Ucapannya dalam bahasa Arab sambil duduk di kerusi disebabkan keuzuran diterjemahkan Ustaz Nazmi Karim dari Selangor. Beliau berada dua hari di Kelantan dalam siri jelajah bagi mendedahkan isu mengenai Syria. Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Dan hari ini beliau diundang ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri. |
'Kita lawan Umno, tapi Umno jadi pengadil' Posted: 12 Dec 2012 12:25 AM PST PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu pemuda Umno memegang jawatan dalam suruhanjaya itu. Ianya merujuk kes Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah yang turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah. Memorandum itu antara lain mahu SPR bertindak profesional membersihkan suruhanjaya itu dari dikaitkan dengan parti politik tertentu apatah lagi selaku pengendali dan 'orang tengah' dalam pilihan raya. Penyerahan itu diketuai Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan kepada Timbalan Setiausaha (Pilihan raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah selepas pertemuan kira-kira 20 minit di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini. (Gambar) Turut serta dalam pertemuan itu Timbalan Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Exco Adram Musa serta Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. "Bagi kita selaku parti yang menyertai pilihan raya, sudah tentu kita risau. Kalau dia (Aksyah) ahli biasa tidak apa, tapi ini pemimpin Umno. "Kita nak berlawan dengan Umno dalam pilihan raya, tiba-tiba orang Umno yang menjadi 'pengadil'," kata Nasruddin. Beliau turut menjelaskan, memorandum hari ini juga sebagai makluman awal kepada SPR agar menyiasat kemungkinan banyak lagi kes serupa membabitkan pepimpin kanan Umno yang terlibat memegang jawatan dalam suruhanjaya itu. "Jika benar kes ini, SPR kena ambik tindakan sekurang-kurangnya individu terlibat perlu resign dalam SPR jika dia masih mahu kekal dalam Umno," katanya. Sementara itu, Noordin dalam responsnya memberi jaminan bahawa SPR akan menyiasat kes itu. SPR juga jelasnya, sedang membuat semakan berhubung perkara yang berbangkit itu di peringkat Sabah. "Pengerusi SPR akan mengeluarkan kenyataan khusus tentang hal ini nanti," katanya. |
Felda saman, Mazlan sedia ke mahkamah Posted: 11 Dec 2012 08:09 PM PST KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mempertahankan dakwaan bahawa Felda menjual minyak sawit mentah kepada syarikat Israel. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga tidak akan memohon maaf, menarik balik dan menawarkan pampasan setimpal kepada Felda seperti yang diminta Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad. "Kalau Felda minta saya minta maaf dalam masa 14 hari, saya tak akan buat begitu. "Saya tak akan berganjak dari dakwaan saya dan saya bersedia dengan bukti lengkap untuk dibawa ke mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Felda pada semalam dan kelmarin menghantar notis tuntutan kepada Mazlan, akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Dalam notis tersebut, Felda memberi tempoh 14 hari kepada pihak terbabit untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka. Jika pihak terbabit gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka. Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan tersebut menunjukkan Felda berada dalam keadaan terdesak. "Ini hanya menampakkan Felda terdesak sehingga mengambil tindakan undnag-undang sedangkan kita ada bukti. "Saya juga berasa lucu dengan kenyataan Isa Samad bahawa invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan kelapa sawit. "Bagaimana dia seorang pengerusi tidak tahu urusan jual beli yang dilakukan Felda," katanya. |
Solat Hajat & Ceramah Perdana Di PUTIK. Posted: 11 Dec 2012 08:08 PM PST |
MCA tidak ada moral benchmark - Mustafa Posted: 11 Dec 2012 03:55 PM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan MCA tidak mempunyai angka rujukan (benchmark) yang jelas dalam isu moral di negara ini. Atas dasar itulah, MCA tidak kesah dengan apa-apa isu moral di negara ini. Beliau mengulas tindakan MCA yang selalu menjadikan isu kawalan moral di negara ini sebagai menganggu hak-hak bukan Islam. Mustafa mengulas apa yang berlaku di Kota Bharu apabila dua pasangan orang bukan Islam di saman oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak tepat sebagaimana digambarkan oleh akhbar MCA, The Star. Akhbar The Star melapurkan tindakan kedua-dua pasangan itu sebagai berkhalwat padahal apa yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan adalah bertindak ke atas Indecent behaviour (kelakuan tidak senonoh) di tempat awam. "Indecent behaviour ini ada. Tapi apa benchmark yang kita nak pakai? Yang dipakai di DBKL ialah bercumbu di tempat awam. "Di Barat, mungkin kissing (bercium) boleh, tapi kalau telanjang tak boleh. Nak berlari dengan tak ada pakaian, itu saya rasa salah di Barat. "MCA apa dia? MCA saya tak pakai benchmark MCA ini. Sebab MCA tak ada benchmark. Sebab pemimpin dia buat teruk daripada itu pun ok. MCA tak ada morale benchmark. Itu MCA," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini yang sangat tidak berpuashati dengan laporan media MCA, The Star. Agak teruk sikit Dalam sidang medianya itu juga, Mustafa juga berkata beliau mendapat "cerita kelakuan sebenar" mengenai individu yang disaman pihak berkuasa tempatan Kelantan sehingga mencetus sensasi di media sejak minggu lalu. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan kelakuan individu berkenaan ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. "Yang ini (individu terbabit) mungkin agak teruk sikit. Saya tak nak cerita kelakuan sebenar walaupun telah diceritakan kepada saya," katanya. Tambahnya, kes itu juga bukan tindakan pertama yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ke atas orang bukan Islam di negeri itu. Katanya, sebelum ini juga terdapat kes denda ke atas individu bukan Islam bagi kesalahan berkelakuan tidak sopan. "Saya dah periksa di Kelantan, bukan semua yang diberi begini (saman). Banyak kes yang diberi nasihat. "Cuma MPKB belum ambil langkah saman (kes sebelum ini). Mereka guna budi bicara. Sebelum ini ada kes. Tapi mereka bayar kompaun. Jadi isu ini disensasikan sahaja," katanya lagi. |
Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri? Posted: 11 Dec 2012 03:55 PM PST GUA MUSANG: Usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Orang Asli dengan meluluskan tanah rezab dan rancangan pembangunan untuk mereka tidak disenangi pihak tertentu. Sebelum ini kerajaan negeri mewartakan kawasan rezab Orang Asli bagi mengelakkan kawasan tersebut diceroboh dan menjaminkan masa hadapan mereka. Bagaimanapun usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing. Iklan tersebut memaparkan prasarana yang akan dibina untuk manfaat Orang Asli bersama gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim. Dua iklan gergasi tersebut dipasang berhampiran dengan Masjid Keputeraaan, sedang dalam pembinaan di Jajahan Kecil Lojing. Dan iklan kedua dipasang berhampiran simpang tiga jalan Lojing-Gua Musang-Kuala Betis. Iklan berkenaan dipasang Tabung Amanah Tok Kenali pada akhir November lalu. Pengurusnya, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, setiap satu papan iklan tersebut bersaiz 20 x 40 kaki melibatkan kos lebih RM10,000 dipasang bagi memaparkan program pembangunan yang akan dilaksanakan di Pos Jedip. Katanya, Tabung Amanah Tok Kenali diberi peranan memastikan kebajikan masyarakat terbabit termasuk kawasan yang akan dibangunkan kepada Orang Asli. "Kita cuba gambarkan usaha-usaha tersebut dalam dua papan iklan gergasi yang dipasang di dua lokasi di lebuh raya Gua Musang-Simpang Pulai. "Bagaimanapun apa yang kerajaan negeri lakukan tidak disenangi pihak tertentu sehingga mereka mengoyakkan papan iklan berkenaan hanya seminggu selepas dipasang," katanya di sini. |
Program K 10 Anak Perantauan Dun Temangan Posted: 11 Dec 2012 03:55 PM PST |
PR berjaya tembusi kubu BN kawasan Ali Rustam Posted: 11 Dec 2012 03:52 PM PST BUKIT KATIL: Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi. Sebelum ini Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan Ketua Menteri itu disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan pekarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah. Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan pimpinan BN. Pengarah Program, Gandhi Rajan (gambar) berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun mereka diugut. "Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya. "Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau," ujar Gandhi yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua. "Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan' apa itu 'jenis', kita pun tidak faham. "SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India,"ujar Ravi penuh semangat. Adun Senawang, Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat. "Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad. "Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat," tambahnya. |
Tok Guru Nik Aziz setuju nikahkan Apex Posted: 11 Dec 2012 03:51 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan pasangannya, Leuniey Natasha Nazri pada 28 Disember ini. Demikian dinyatakan dalam surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada Nazri. Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey jam 10.00 pagi. |
Bertam: PM bohong atau salah maklumat? Posted: 11 Dec 2012 03:51 PM PST TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta tampil memberikan penjelasan mengenai pertelingkahan mengenai hak telaga minyak PM 307-Bertam yang dijumpai oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil baru-baru ini antara negeri Pahang dan Terengganu. "PAS Pahang mendesak Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam, samada berada di dalam perairan Pahang atau Terengganu. Ini kerana ia turut dituntut oleh kerajaan Terengganu, sedangkan Perdana Menteri telah mengumumkan penemuan medan Bertam sebagai hak bagi negeri Pahang," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar atas) dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut memetik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Oktober, 2012: "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin. Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. "Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri, dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014." Di sidang DUN Terengganu, timbul maklumat baru yang menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini. Tuan Ibrahim berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat, kerana ia memalukan negara. "Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun," kata Tuan Ibrahim. Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata pengumuman Najib sebelum ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas. "PAS Pahang berharap PM tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka. "Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia di perairan Pahang, kerajaan negeri harus menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat (Persekutuan) ikut sebagaimana Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti," tegasnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan