Ahad, 30 Disember 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Beri Saya LIVE Satu Jam, Saya akan Jawab Amanat Hadi

Posted: 29 Dec 2012 08:10 PM PST


Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'

Posted: 29 Dec 2012 08:09 PM PST


MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

"Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman.

"Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR

Posted: 29 Dec 2012 08:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR.
KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti  ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13.

Pemandu teksi penggerak Pakatan ke Putrajaya

Posted: 29 Dec 2012 08:08 PM PST

(Para pimpinan Pakatan Rakyat di majlis himpunan pemandu teksi)

PETALING JAYA: Golongan pemandu teksi seluruh negara disifatkan sebagai penggerak bagi menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam tentang betapa pentingnya untuk menukar pemerintahan negara dari tangan BN kepada Pakatan Rakyat.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 27 Disember lalu di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh

Posted: 29 Dec 2012 08:08 PM PST

GEORGETOWN: Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).


(Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net)

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.

"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan.  Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.

Semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Lagipun katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi.

"Apa salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak bendera  PAS berkibaran," katanya.

Program Anak Muda Saye Kelate Di Dun Pulai Chondong

Posted: 29 Dec 2012 08:07 PM PST





















Teka-teki tarikh pilihan raya, Muhyiddin persenda rakyat

Posted: 29 Dec 2012 08:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Pilihan raya sebenarnya bukanlah hak milik parti pemerintah sekalipun mereka bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan kerajaan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib.

Sebaliknya, kata beliau pilihan raya adalah hak rakyat, maka menjadi tanggungjawab setiap pentadbir dan pemimpin dalam negara untuk menghormati dan menguruskan hak rakyat dengan sebaik mungkin.

"Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya itu sendiri sudah dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, ujar beliau kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar.

"Beliau seharusnya sedar bahawa penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia," ujarnya.

Mungkin, katanya Muhyiddin terlupa bahawa ada yang sanggup menangguhkan ibadah haji, menunda tarikh kenduri, dan pelbagai aktiviti tergendala sepanjang tahun 2012 gara-gara tindakan Umno BN yang tidak demokratik kerana menyembunyikan tarikh pilihan raya.

Tambahnya, seolah-olah mereka mempunyai kuasa mutlak dalam mengawal dan menentukan pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau berkata Muhyiddin seharusnya menarik balik kenyataan tersebut.

Menurutnya, sekalipun Umno BN begitu takut untuk menghadapi pilihan raya kali ini tetapi dengan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai teka-teki adalah mempersendakan rakyat.

PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

Posted: 29 Dec 2012 08:01 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini.  Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS.

Tiada ulasan:

Pengikut