Ahad, 30 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 30 Dec 2012 01:42 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Krisis Air Selangor: Apa Dosa Rakyat Selangor?

Posted: 29 Dec 2012 07:09 AM PST


Ketika diajukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid "Gagap" akan kajian yang mengetengahkan keperluan sebuah loji rawatan air baru di negeri Selangor, dia menafikan keperluan yang dinyatakan pakar-pakar industri air tersebut.

Kononnya kajian pakar-pakar itu tidak benar dan sumber bekalan air di Selangor tidak punya sebarang masalah dan cukup untuk rakyat Selangor sehingga tahun 2019.

Justeru itu maka Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor dengan bongkaknya menolak pembinaan loji Langat 2 yang sangat diperlukan bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri termaju itu pada tahun 2014.

Padahal, kajian tersebut dilakukan oleh pakar-pakar industri air negara sebagai mengambil iktibar krisis air yang pernah menjejaskan rakyat dan industri di negeri termaju itu pada tahun 1998 dulu di mana loji Langat 2 adalah jawapan terbaik bagi mengatasi "malapetaka" tersebut.

Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, rakyat Selangor mula mengalami gangguan bekalan air di merata kawasan secara berterusan meskipun negeri itu dan Lembah Klang mengalami hujan lebat setiap hari dan ada kawasan yang dilanda banjir kilat.

Mungkin untuk menutup aibnya yang dibuka Allah SWT itu, Khalid cuba menyalahkan SYABAS kononnya syarikat konsesi air itu tidak cekap dan gagal mengganti banyak paip-paip lama yang menyebabkan peningkatan air tidak terawat (NRW) di Selangor.

Dan sekali lagi Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor dimalukan Allah SWT apabila dianggarkan 9,200 penduduk di sekitar Cheras kini mengalami gangguan bekalan air sehingga SYABAS mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau.

Bagi mengatasi gangguan bekalan air di kawasan tersebut, rakyat terpaksa menunggu lori-lori SYABAS setiap hari atau keperluan hidup mereka akan terjejas. Khalid mahu mereka bertayammum saja selepas buang air besar?

Cuba bayangkan jika Khalid dipaksa menunggu lori air SYABAS dengan baldi di tangan sebelum buang air besar, dia sanggup menahan seksa menahan air besarnya? Seksa, bukan?

Menurut SYABAS, gangguan bekalan. Air di Cheras itu bukannya disebabkan paip bocor atau NRW, tapi disebabkan oleh permintaan bekalan air yang meningkat secara mendadak dari penduduk dan kawasan industri di kawasan tersebut.

 Dalam ertikata lain, gangguan bekalan air di Cheras itu disebabkan oleh kekurangan sumber air di mana sumber air sedia ada tidak mencukupi bagi menampung kegunaan rakyat di kawasan terbabit.

Maka senario itu sangat ketara menafikan pembohongan Khalid sebelum ini yang menyalahkan peratusan NRW yang tinggi di Selangor dan ia membuktikan bahawa Langat 2 sangat-sangat diperlukan oleh rakyat sebagai penyumbang sumber air baru di negeri itu.

Dalam keadaan terdesak ini, rakyat memerlukan sumber air baru dari loji Langat 2, tapi "kebijaksanaan" Khalid ialah apabila dia sanggup membiarkan rakyat menanti 100 tahun untuk mendapat loji tersebut.

Bijak atau bodoh tindakan Khalid itu?

Sehingga kini, Khalid telah menangguh selama 29 bulan jadual pembinaan loji Langat 2 meskipun menyedari dia tidak berbuat apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah yang ditanggung rakyatnya itu.

Khalid selama ini hanya bercadang, mengkaji dan menghadiri forum kononnya mencari kaedah mengatasi masalah air di Selangor.

Dia sebok mencanang tentang kaedah mendapatkan sumber air dari bawah tanah, lombong, air hujan, membran teknologi dan pada sidang DUN Selangor yang lepas dia mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta hanya untuk kaedah "storm water".

Masalahnya, sehingga kini tidak ada satu pun cadangan, kajian atau resolusi yang dilaksanakan Khalid..!!! Dia hanya cadang, kaji dan berforum, tapi satu haram tindakan pun tidak dilakukan dan rakyat Selangor terus dihimpit bibit-bibit krisis air!

Sekiranya diteliti, semua cadangan dan kajian Khalid itu merujuk kepada pencarian sumber air baru untuk rakyat Selangor dan ia jelas bertentangan dengan kenyataannya yang kononnya negeri itu mempunyai sumber air yang cukup sehingga 2019.

Sebab itulah Langat 2 diperlukan dan wajib dibina. Pembinaan Langat 2 sebenarnya tidak melibatkan satu sen pun duit Khalid atau Kerajaan Selangor, namun disebabkan ego politik "bodoh sombong", Menteri Besar Selangor paling "bijak" dalam sejarah itu sanggup menyusahkan rakyatnya dengan menafikan pembinaan loji tersebut.

Bila dia dikatakan "bodoh", dia marah. Tapi sifat apa yang wajar diberikan kepada Khalid dalam hal ini kerana segala tindakannya itu jelas menunjukkan dia sememang menggunakan kepala lututnya untuk berfikir, bukan?


KESANNYA

Krisis air di Selangor, KL, Putrajaya sudah bermula: SYABAS

SHAH ALAM: Krisis air yang diramal berlaku dalam masa beberapa tahun lagi, sebenarnya sudah melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan situasi terkini permintaan air yang melebihi kapasiti bekalan sedia ada.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Datuk Lee Miang Koi, berkata terdapat empat ciri situasi iaitu yang pertama rizab bekalan air kurang daripada tiga peratus secara keseluruhan di semua negeri (berbanding dengan permintaan purata). 

Katanya, apabila berlaku permintaan puncak pada bila-bila masa (yang boleh mencecah tujuh peratus) kapasiti bekalan air tidak dapat menampung permintaan. 


"Berdasarkan kepada keadaan terkini iaitu bagi tempoh Mei hingga awal bulan ini, rezab bekalan air secara keseluruhan adalah antara 1.15 peratus hingga kira-kira 2.04 peratus," katanya ketika menyampaikan taklimat pada Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini hari ini.

Beliau berkata, ciri kedua ialah terdapat perbezaan permintaan dan kapasiti bekalan air antara wilayah yang menyebabkan gangguan bekalan air dan tekanan rendah berterusan melebihi 10,000 akaun pengguna membabitkan 50,000 penduduk di kawasan 'water stressed'.

Katanya, sehingga awal bulan ini, sebanyak 209,678 akaun pengguna merangkumi satu juta pengguna menghadapi masalah gangguan bekalan air.

"Ciri ketiga ialah tempoh gangguan bekalan air berlarutan lebih daripada sebulan bermula pertengahan Mei lalu dan tiada kepastian bilakah masalah berkenaan boleh diselesaikan. 
"Ciri terakhir ialah masalah kekurangan bekalan air akan meruncing berikutan peningkatan permintaan air dan tiada kepastian mengenai persediaan peningkatan kapasiti bekalan air," katanya.

Beliau berkata SYABAS sudah memberikan taklimat mengenai cadangan pembangunan kapasiti bekalan air tambahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan barisan Exco pada 27 Julai 2010, namun tiada sebarang maklum balas diterima sehingga kini.

Malahan, katanya, kerajaan negeri sudah menahan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 dan tidak perlu untuk membangunkan skim bekalan air yang baru. - BERNAMA

Apa kata pemimpin NGO

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang sangat angkuh berkaitan perjanjian pembekalan air dari negeri Pahang.

Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan dan sikap Exco Kerajaan Negeri itu langsung tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya iaitu 'Kerajaan Prihatin' kerana lebih mengutamakan politik daripada kepentingan ramai terutama rakyat negeri Selangor.

"Saya turut kesal dengan kenyataan Xavier bahawa Selangor tetap tidak berganjak untuk tidak membenarkan pembianaan Loji Rawatan Air Langat 2 kerana dakwanya bekalan air mentah di negeri ini masih mencukupi.

Xavier dan kerajaan Selangor sengaja tidak mahu memahami bahawa projek Langat 2 perlu disegerakan sebelum berlaku krisis air yang dijangka berlaku pada 2016 yang memberi kesan kepada penduduk di Lembah Klang," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru rakyat Selangor perlu lihat, fahami dan nilai sendiri sikap dan mentaliti wakil rakyat PKR ini yang bodoh sombong serta hanya mementingkan politik kepartian semata-mata. Barangkali mengetahui tidak akan memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13, kerana itu mereka berdegil untuk tidak melaksanakan projek Langat 2.

Ini adalah strategi kerajaan pakatan pembangkang yang sengaja mahu menyusahkan rakyat dengan menyekat apa juga projek yang mahu dijalankan kerajaan Persekutuan dengan alasan-alasan tidak relevan yang mengelirukan rakyat.

"Dan apabila sesuatu berlaku, mereka (kerajaan negeri) akan segera menuding jari menyalahkan kerajaan Pusat, sekaligus mendapat mileage politik daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sendiri.

Justeru rakyat juga dinasihatkan agar melihat isu ini dengan fakta yang tepat, bukan sekadar mendengar omong kosong oleh pemimpin yang mempunyai agenda politik dan sarat dengan agenda terselindung.

Malah kenyataan Xavier juga mengelirukan apabila beliau mengatakan bekalan air mentah di Selangor mencukupi sedangkan sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu 'mengimport' air mentah dari Tasik Kenyir yang didakwanya lebih murah," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Namun kos memasang saluran paip sahaja sejauh 500 kilometer melalui rizab saluran gas dari tasiki Kenyir ke Langat dianggarkan RM11.3 bilion, tidak termasuk kos pam dan operasi sedangkan kos projek Langat 2 termasuk loji rawatannya hanya RM6.2 bilion!

"Kalau Xavier tidak tahu mengira atau membezakan angka mana yang lebih besar dan merugikan, saya boleh bantu mengajar ilmu matematik yang paling mudah!

Saya mencabar Xavier untuk berdebat isu air, biar rakyat menilai yang mana benar dan mana yang auta. Kalau tidak faham, Xavier boleh belajar dengan pihak yang lebih arif, boleh memberi kenyataan dangkal yang boleh memeningkan kepala rakyat.

Hal-hal yang berkaitan rakyat tidak usahlah dipolitikkan kerana kelak rakyat yang menanggung derita. Projek Langat 2 tidak boleh disiapkan semalaman apabila krisis air melanda kelak. Malah kerana kedegilan dan keangkuhan kerajaan negeri, kelewatan untuk menyiapkan Langat 2 boleh menyebabkan kosnya melonjak sehingga 70 peratus," tambahnya.

Sehubungan dengan itu, GPRS mahu rakyat menolak kerajaan negeri yang mementingkan diri sendiri ini pada pilihan raya umum akan datang.



Apa kata pemimpin Barisan Nasional

HULU LANGAT 22 Okt. - Krisis bekalan air yang dijangka melanda Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya mulai 2014 adalah soal hidup dan mati rakyat, bukannya modal politik yang patut dijadikan subjek konflik kerana air terawat merupakan keperluan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, keperluan sekarang ialah menyiapkan segera Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan bukannya mencadangkan penggunaan teknologi mambran.

Kata beliau, cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar diperkenalkan teknologi mambran bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah krisis air tetapi juga tidak praktikal kerana kosnya jauh lebih mahal berbanding Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

"Ini soal hidup dan mati, soal keperluan asas manusia di Selangor yang tidak boleh dipolitikkan. Semua kebimbangan kita ini berdasarkan fakta hasil kajian pakar. Saya tidak faham apa perlunya teknologi mambran ini... ia bukan penyelesaian," katanya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121022/dn_22/Krisis-air-di-Selangor-soal-hidup-dan-mati-rakyat---TPM#ixzz2GS9XJvzZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Fikir-fikirkanlah... 

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 29 Dec 2012 11:26 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Mogok LYNAS: Bukti PR Mempergunakan Ahli

Posted: 29 Dec 2012 09:31 PM PST




Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.  Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di 'tempat kejadian'.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam 'perjuangan' ini. 

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng.   Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut. 

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah 'membanjiri' Dataran Merdeka setakat ini.   Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains. 

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.   Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.  

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja. 

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu 'setback' atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja. 

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur.   Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.   

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati.   Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.  

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif.   Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi. 

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.  

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik.   Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.  Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup.   Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai 'regime change'? 

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.  Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.  

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga. 

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan 'menyiksa' rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.  Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka. 

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu. 



Tiada ulasan:

Pengikut