Rabu, 5 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 04 Dec 2012 11:49 PM PST

Suara Sri Andalas


Dr Xavier : Tiada Kubur Hindu Ditukar Kepada Perkuburan Islam

Posted: 04 Dec 2012 01:45 AM PST

SHAH ALAM 4 DIS : Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan Persatuan Pengurusan Perkuburan dan Kebajikan Kaum India Malaysia (Mayanam) bahawa kawasan perkuburan Hindu di Mukim Api-Api, Kuala Selangor ditukar kepada kawasan perkuburan Islam.

Sebaliknya beliau berkata, kawasan di Lot 13 dengan keluasan 4.98 ekar diwartakan sebagai kawasan perkuburan Hindu dan ia merupakan kawasan baru.

Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin itu menjelaskan Pejabat Tanah dan Dearah Kuala Selangor menyatakan kawasan tersebut adalah sebagai ganti kepada kawasan di Lot 14 yang dirizabkan untuk perkuburan Islam.

Menurutnya, kenyataan dibuat Mayanam adalah tidak benar dan tidak wujud sebarang unsur penyelewengan mengenainya.

"Lot 13 Mukim Api-Api ini adalah tapak cadangan baru bagi menggantikan tapak perkuburan Hindu di Lot 14 kerana ia lebih luas dan sesuai serta dapat menampung keperluan semasa. Lot 13 ini juga merupakan tanah simpanan kuari dengan nombor geran 707/1909 yang diwartakan sebagai tapak perkuburan Hindu yang baru.

"Sudah ada kawasan perkuburan, jadi apa dikatakan oleh persatuan itu tidak benar. Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor telah wartakan satu kawasan 4.98 ekar untuk orang India," kataya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Sinar Harian hari ini melaporkan Mayanam memohon keprihatinan Kerajaan Negeri menyediakan kawasan baru menggantikan rizab tanah kubur India yang kini diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai.

Presidennya, M Raman, 43, berkata, melalui Laporan Inventori Tanah Perkuburan Selangor 2010 yang dipersetujui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Julai 2011 lalu, Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai itu adalah tanah rizab perkuburan Hindu.

Dr Xavier berkata, memang ada beberapa kawasan perkuburan diwartakan adalah kawasan asal bagi penanaman kelapa sawit.

"Kita dapati ada beberapa keping tanah diwartakan untuk kawasan perkuburan bagi keperluan orang India, Cina dan sebagainya. Bila ia diwartakan, jawatankuasa dipertanggungjawabkan membuat garis panduan untuk pemberian tanah-tanah ini kepada persatuan-persatuan berkenaan," katanya.

Sumber: Selangorku

PKR : Tubuh Badan Bebas Siasat Caj Bil Elektrik Tinggi

Posted: 04 Dec 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan wajar menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dakwaan kenaikan caj bil elektrik dikemukakan orang ramai, kata Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kenaikan caj ini berikutan langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan penukaran meter analog kepada meter elektronik.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, penubuhan badan bebas itu perlu kerana wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang mesti dipandang serius oleh kerajaan.

Menurutnya, bagi kawasan Kelana Jaya sahaja, PKR menerima 22 aduan daripada orang ramai yang mendakwa kenaikan caj bil elektrik antara 20 hingga 50 peratus.

"Program penggantian meter ini sebenarnya suatu komitmen kewangan yang cukup besar oleh TNB dan beban kewangan tambahan kepada pengguna boleh mencapai berbilion-bilion ringgit.

"Kajian kami menunjukkan buat masa ini ada 8.03 juta pengguna TNB di Malaysia. Kami menganggarkan harga purata meter elektronik baru adalah RM250 setiap unit. Justeru program penggantian ini berpotensi mencapai sehingga RM 2 bilion (8.03 juta unit x RM250)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata, penjelasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa sebarang kenaikan penggunaan elektrik selepas penggantian meter adalah berikutan bacaan yang lebih baik dan tepat daripada meter elektronik bukan jawapan memuaskan mengenai potensi saiz beban kewangan yang bakal ditanggung semua pengguna TNB.

Tambahnya isu tersebut tidak boleh dipandang kecil kerana ia melibatkan satu jumlah kewangan besar yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai sebagai pengguna.

Katanya, bagi tahun kewangan 2012 hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion maka jika meter elektronik baru memberi peningkatan konservatif dua peratus di dalam semua bil elektrik, beban tambahan ke atas pengguna adalah sebanyak RM688 juta setiap tahun.

"Memandangkan meter elektronik baru ini mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, pengguna akan akhirnya membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB untuk tempoh tersebut.

"Justeru PKR berharap kerajaan lebih bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini dan rakyat berhak mendapat maklumat lanjut mengenai program penggantian meter elektronik baru oleh TNB," katanya.

Beliau menjelaskan berdasarkan kajian menunjukkan TNB mempunyai lima pembekal dengan salah satunya, Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd dimiliki sebahagian oleh keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala harga purata meter elektronik satu dan tiga fasa ialah RM250 setiap satu.

"Adakah tender perbekalan dibuat secara tender terbuka atau runding terus? Butir-butir penuh dan telus seharusnya diberikan oleh TNB," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

PKR: Siasatan Untuk Halang Himpunan Minggu Depan

Posted: 04 Dec 2012 01:10 AM PST

Naib presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.

Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran.

"Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu.

"Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas," katanya.

Beliau ditemani peguam yang juga bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga serta pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya di balai polis Travers hari ini.

Ambiga mendakwa isu berkenaan tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan.

"Sepanjang pengetahuan saya, sepatutnya tidak ada warga Malaysia yang tiada kerakyatan," katanya kepada pemberita.

Latheefa, dalam pada itu berkata, MP Kapar M Manikavasagam turut disiasat polis dua hari lalu dan beliau percaya tekanan itu akan berlarutan.

Sumber: Malaysiakini

SYABAS Perlu Atasi Tekanan Air Rendah Elak Kebakaran Berulang

Posted: 04 Dec 2012 01:00 AM PST

PETALING JAYA, 4 DIS : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) digesa segera melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip selain memantau kualiti tekanan air secara berkala.

Tindakan ini perlu bagi mengelakkan trajedi kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jaln 1/4, Old Town akibat tekanan air yang rendah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Gasing, Kasthuri Patto berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi i Disember lalu itu memaksa pihak bomba menggunakan bekalan air daripada trak kedua yang bergegas ke tempat kejadian ekoran tekanan air dari pili berhampiran terlalu rendah.

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba, namun punca kejadian masih belum dikenalpasti.

Dalam kejadian itu seramai 28 orang kehilangan tempat tinggal.

Atas dasar prihatin, Pejabat Adun Bukit Gasing memberi sumbangan sejumlah RM3,000 untuk setiap rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

"Kita juga akan terus membantu mereka dengan pelbagai cara lain bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung setelah berhadapan pengamalan trauma seperti ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Syabas sebagai peringatan untuk memastikan tekanan air kerap diperiksa terutama di Petaling Jaya seluruh negeri dengan segera.

"Syabas adalah badan yang bertanggungjawab membekalkan air kepada pengguna di negeri Selangor. Sesungguhnya pengekalan tekanan air termaktub di bawah bidang kuasa mereka juga. Adakah Syabas memungkiri janji mereka untuk membekalkan air bersih dan berkualiti kepada pengguna?

"Saya sarankan pihak Syabas perlu menyemak keadaan paip air mereka dan membuat penyelenggaraan berkala bagi memastikan pengguna tidak berhadapan keadaan sebegini lagi," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Tubuhkan Skuad Kecemasan Sedia Hadapi Banjir

Posted: 03 Dec 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 3 DIS: Bagi membantu orang ramai berhadapan kejadian banjir, Kerajaan Negeri mewujudkan Skuad Kecemasan yang diselia oleh pejabat-pejabat daerah di semua kawasan Negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi TV Selangor menasihati orang ramai agar segera menghubungi bilik kecemasan skuad itu yang akan dibuka 24 jam di pejabat daerah masing-masing.

"Bagaimanapun, pada masa ini orang ramai boleh hubungi talian hot line Pejabat Daerah dahulu untuk memaklumkan kejadian banjir.

Selain itu beliau turut berkata bahawa Exco Kerajaan Negeri juga menyediakan dana untuk disalurkan kepada agensi yang terlibat dengan gerakan membantu mangsa banjir itu.

"Ia bukan disalurkan kepada mangsa banjir, tetapi untuk menggerakkan operasi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir ketika air naik.

"Bantuan untuk mangsa banjir diputuskan selepas itu apabila Kerajaan Negeri bermesyuarat. Yang penting selamatkan mangsa dahulu," ujar beliau lagi.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri sudah bersiap sedia untuk menghadapi kejadian banjir di Selangor pada musim hujan yang bakal berlanjutan hingga ke Mac tahun depan.

Pada pertengahan bulan November lalu, seramai 1,217 individu daripada kawasan Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor terpaksa dipindahkan akibat banjir.

Sumber: Selangorku

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 04 Dec 2012 11:10 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Posted: 04 Dec 2012 10:14 PM PST

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 04 Dec 2012 09:41 PM PST

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Wanita Keadilan Selangor kecam kenyataan seksis ADUN Btg Kali

Posted: 03 Dec 2012 10:07 PM PST

 

KENYATAAN AKHBAR (29 NOVEMBER 2012)

"WANITA KEADILAN SELANGOR MENGECAM KENYATAAN BERBAUR LUCAH ADUN BATANG KALI DALAM SIDANG DUN SELANGOR"

 

Pada sidang DUN Selangor ke-12, kali ketiga penggal kelima, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat Datuk Mohd Isa bin Kassim  telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah dan seksis. Ketika beliau mencelah untuk mendapatkan penjelasan sesi penggulungan pihak kerajaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Yang Berhormat Elizabeth Wong tentang isu Hutan Simpan Templer.

 

Beliau yang mengungkapkan kata-kata, "jangan sampai lupa jaga hutan kita sendiri" mengukir senyum sinis sebelum duduk semula, jelas menunjukkan bahawa niat beliau bukan untuk bertanyakan soalan, tetapi lebih kepada mahu menyampaikan mesej berbaur lucah tersebut. Ayat yang diungkapkan juga berbaur seksis dan sungguh memalukan dan menghina kaum wanita.

 

Komen-komen seksis ADUN Batang Kali menggambarkan tahap akhlak beliau yang tidak menghormati wanita dan jiwa yang rendah. Kami juga ingin menasihatkan agar beliau segera sedar bahawa ungkapan beliau itu jelas menggambarkan sikap biadab wakil rakyat dari UMNO khasnya dan BN amnya, memandangkan ini bukan kali pertama berlaku dalam Dewan yang Mulia.

 

Wanita Keadilan Selangor mengecam perlakuan ADUN Batang Kali dan menggesa beliau memohon maaf di dalam Dewan Negeri Selangor dan secara terbuka kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong khususnya dan wanita amnya.

 

Kami menyeru kepada semua wanita terutama sekali di Batang Kali agar menolak wakil rakyat yang memandang rendah terhadap wanita dan merasa tidak bersalah mengeluarkan kata-kata lucah serta menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Akhir sekali, kami menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas Yang Berhormat Mohd Isa bin Kassim dan selepas ini mana-mana kenyataan seksis yang bertujuan meremehkan serta merendahkan wanita, perlu dikecam, sebagai tindakan pencegahan.

Wanita Keadilan juga mengesyorkan penekanan terhadap falsafah Hormat Wanita perlu dipertegaskan. Selain itu,.wakil-wakil rakyat dan individu-individu yang berada di peringkat membuat keputusan melalui kursus latihan Peka Gender supaya dapat memahami bagaimana kesan kata-kata mereka terhadap orang lain khususnya wanita seterusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terhadap mana-mana wanita.

 

Wanita Berdaya Harapan Negara

 

 

HANIZA TALHA

Ketua  Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat juga ADUN Taman Medan

29 NOVEMBER 2011                                                                                                         

                                            


Anwar Ibrahim

Posted: 04 Dec 2012 07:43 PM PST

Anwar Ibrahim


Terkini – Gambar-Gambar Lelaki Ditikam Samseng Umno Dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak

Posted: 04 Dec 2012 08:22 AM PST

Dari Blog Sharpshooter

Rakyat wajib ajar dan tolak budaya samseng puak-puak umporno dan b-end pada PRU 13 akan datang. Mereka ibarat lembu yang akan disembelih….Batu sebesar ini dilemparkan oleh samseng umporno…

Puak-puak upahan/samseng umporno/b-end datang membuat kacau dengan membaling batu dan objek keras ke atas orang ramai di tapak ceramah merdeka rakyat di gombak! seorang pendengar ceramah telah ditikam di bahu beliau!

Ketua cawangan PAS Air Panas, Gombak cedera dikepala selepas terkena balingan pasu. InsyaAllah esok, laporan polis akan dibuat. Kami akan dedahkan lebih banyak bukti. Terus bersama kami. Hancur samseng lembu umporno

 

Kesan darah pada baju mangsa lantaran kesamsengan Umno
Cedera di bahu.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah & Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah & Perlis

Posted: 04 Dec 2012 08:06 AM PST

6 Disember 2012 (Khamis) – Kedah

1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai)

2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Taman Angsana, Kulim

3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu)
Lokasi: Dewan Masyarakat Tionghua, Serdang,

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai)
Lokasi: Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas

5) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Datuk Saifuddin Nasution
iii. YB Datuk Fakhrol Radzi Zawawi
iv. YBhg Datuk Wan Salleh Wan Isa
v. YBhg N Surendran
vi. YB Hee Loy Siang
vii. YB Chang Li Kang
viii. YB Husin Yaakob

7 Disember 2012 (Jumaat) – Perlis & Kedah

1) 2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping)
Lokasi: Rumah Asri Che Abdullah, A64 Blok 5, Felda Chuping, Perlis.

2) 4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar
(DUN-Sena, P- Kangar)

3) 8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah

4) 8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH

Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti,
Alor Setar, Kedah

5) Barisan Pemidato:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
iii. YB Lim Kit Siang
iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Kedah
v. Pimpinan NGO

Kaum Muda dan Akal

Posted: 04 Dec 2012 01:34 AM PST

Dari JalanTelawi.com

Oleh Hasmi Hashim

Adapun gagasan pencerahan itu, buah fikir serta segala cita-cita pembaharuan yang tersandar kepadanya, sudah terasa berbenih sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Hanya, dalam setiap zaman, cita-cita berkenaan perlu diberi bahasa baharu di atas penelitian persoalan-persoalan semasa yang tentu sahaja sudah banyak beza dengan zaman-zaman sebelumnya.

Dan, tidaklah dapat ditemukan tapak persoalan sama berhubung soal tatanegara seandainya tidak diperakui bahawa politik dan kekuasaan perlu akhirnya bermatlamat membangun tamadun. Politik bukan cuma soal jadi penguasa dan pemerintah. Huraian mengenainya telah berkali-kali saya nyatakan sebelum sampai ke forum ini sekalipun. Terbaharu adalah dengan tajuk "Mencari Kili Suci" yang terbit dalam portalJalantelawi.com; bahawa begitu dalam banyak kes, batu penghalang kepada tujuan mengeluarkan manusia daripada "ketidakmatangan yang ditanggungnya sendiri" adalah datangnya daripada agamawan, institusi agama, yang keduanya telah bersekongkol dengan kekuasaan yang korup.[1]

Sepanjang sejarah dunia ini, tidakkah telah menyaksikan banyak raja-raja dan penguasa yang tak berguna, yang kemudiannya hanya meruntuhkan tamadun bangsa sendiri? Sementara seperti ungkapan seorang penulis di Era Pencerahan Eropah, Diderot berkata "filasuf mengkritik keras paderi, begitu juga sebaliknya. Namun filasuf tidak pernah membunuh seorang paderi pun tetapi paderi telah membunuh ramai filasuf". Ibnu Khaldun, di dalam Mukadimah menyebutkan, simtom-simtom kehancuran itu berada pada "tahap yang kelima".

Apa yang berlaku pada tahap berkenaan ialah pemegang tampuk pemerintahan mula suka berfoya-foya—membelanjakan kekayaan yang telah dikumpul oleh para pendahulunya dengan cara berlebih-lebihan untuk golongan bangsawan. Dia juga mengambil orang bawahannya yang berwatak jahat untuk melakukan tugas-tugas penting. Sementara sifat orang-orang yang diambil bekerja itu tidak mengetahui apa yang perlu dilakukannya.[2]

Demikian, secara keseluruhan Mukadimah oleh Ibnu Khaldun tidak lain adalah huraian panjang lebar akan keperluan dan cabaran kalamana kekuasaan-politik dilihat sebagai alat membangun tamadun. Tanpa kesedaran sesederhana itu, maka perebutan jawatan tak lain hanyalah perihal politik sempit peribadi-peribadi. Politik jenis ini akan hanya ibarat kata petuah, si kudung dapat cincin; tidak dia tahu untuk apa cincin kerana dia kudung; dan tak berguna pula kuasa kepadanya selain hanya untuk bermegah-megah.

Lantas apabila disebut akan istilah "Pencerahan", maka paling tinggi sekalipun akan dikaitkan dengan Zaman Enlightenment di Eropah yang tercetus abad delapan-belas. Begitu pula ada orang-orang yang malas, lemah atau tak cermat berfikir pernah mengaitkan slogan "Reformasi" dengan gerakan Protestant Reformation di dalam agama Kristian sepertimana yang dibawa Martin Luther pada abad ke-16. Semua ini adalah tafsiran buram.

Kerajaan Pulau Pinang [sama seperti kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan] bolehlah ditandakan sebagai "Kerajaan Reformasi". Kerajaan-kerajaan ini adalah Pemerintah yang terbentuk daripada selusur jejak Reformasi 1998"; sama ada aktivisnya, pemimpin pelbagai peringkat; bahkan persoalan dan dasar yang dibawa tak lain adalah terkepal sebermula peristiwa "September 1998". Demikian, selepas empat tahun berdirinya kerajaan-kerajaan empat negeri itu, maka elok juga diukur sejauh mana pembesar-pembesarnya betul-betul faham apa arti dan tujuan-tujuan reformasipembaharuan atauislah (?) yang nampaknya tak difahami dan gagal dirungkai oleh rejim sebelum mereka. Jalan pintas yang dilakukan oleh pewaris rejim itu ialah melabel-semula dengan bungkusan baru seperti penggunaan istilah "tranformasi" yang tipis pengertian.

Sering ditanya, apakah matlamat agung politik-perubahan yang hendak dibawa? Atau yang mahu dijanjikan hanyalah selingkar pemberian air percuma, penghapusan saman letak kereta, cikgu sekolah tadika naik gaji dan seumpama-seumpama itu? Kalau hanya seumpama itu, maka bukanlah sesuatu yang boleh dipandang jelek atau perlu ditentang kalau lawan politik Pakatan Rakyat memberikan wang langsung RM500 sepertimana dalam program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjelang pilihanraya umum.

Arakian perlu terus dipertanyakan tanpa jemu kepada para pemimpin politik, apakah sebenarnya yang dilawan; soalan yang hanya dalam nada lain kepada maksud, apa itu Reformasi? Seiringan itu, maka pencerahan pasti akan segera naik panggung.

 

AKTIF DAN PROGRESIF

Perspektif agama yang diketengah Syed Sheikh Al-Hadi (1867-1934) adalah Islam yang mampu menjadikan seawal-awalnya masyarakat Muslim yang progresif serta maju. Kekuatan asas yang tercecer kalangan masyarakat Muslim adalah kekuatan akal dan daya fikir. Lantas, tidak hairanlah mengapa akhirnya Muslim tidak punya daya hidup nan kental. Semakin hari semakin merela diri jadi keliru dan melemah.

Sepertimana juga Ibnu Khaldun yang mengingat dan meletakkan peranan dan kemuliaan manusia (berbanding binatang) tidak lain adalah disebabkan Tuhan telah mengurnia manusia dengan akal ("ra'y"). Allah, jelas Ibnu Khaldun, membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lainnya dengan keupayaan untuk dijadikan sejak awal-awal lagi suatu kesempuranaan dan sehabis mulia dan berdarjat daripada makhluk-makhluk yang ada.[3]

Kongkongan terhadap akal adalah penjajahan tingkat pertama. Buku Syed Sheikh yang popular yang turut cuba membicarakan hal ini adalah "Ugama Islam dan Akal", yang edisi baru dicetak pada 1965.[4] Akal-dengan-Tuhan, kepada Syed Sheikh bukan subjek yang terpisah. Hujahnya:

"Apa, dapat-kah lari lagi 'akal yang menuntut kebenaran, daripada mengaku bahawa sa-benar2-nya ada Tuhan yang sangat2 berkuasa atas tiap2 suatu dengan sebab ada segala tanda2 kuderat-kuasa-Nya itu di-pandang dan dapat di-rasa serta dapat di-perhati dengan mata kepala dan mata hati yang menggunakan 'akal."[5]

Seruan itu tentu sahaja pada ketika ini bagi sesiapa yang pernah membaca makalah ringkas filasuf Jerman, Immanual Kant (1724-1804), "Was ist Aufklärung?" akan tahu sejajaran pandangan Kant dengan Syed Sheikh. Tulis Kant bahawa ketidakmatangan seseorang manusia bukanlah disebabkan kurangnya kefahaman, tetapi kurangnya azam untuk menggunakannya (kefahaman itu) tanpa panduan orang lain. Seruannya adalah "Sapere Aude" demi beranilah menggunakan kefahaman sendiri.[6] Ya! Kant tidak hanya terhenti di situ. Dia di dalam karangan sama segera memashyurkan bahawa "zaman ini," kata Kant, "iaitu abad Friederich, adalah Zaman Pencerahan".[7]

Entah apa sialnya, dalam zaman mana sekalipun, golongan yang menyeru dan bertindak atas kecerdasan akal (pencerahan) akan disisih atau paling tidak dicemuh dengan macam-macam tuduhan liar. Mereka ditindas. Ada yang dibunuh.

Misalnya bukan hanya berlaku kepada Syed Sheikh dan lingkungan beliau yang berkongsi kesedaran sama, tetapi juga pernah menimpa ke atas filasuf di dalam pemerintahan Andalusia, iaitu Ibnu Rushd (nama penuhnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad: 1126-1198). Ibnu Rushd dalam garis hayatnya telah bergelumang dengan cabaran seumpama demi membuktikan bahawa akal-sedar sama sekali tidak selamanya berlawanan dengan agama. Dalam kata mudah, falsafah tidak bertentangan dengan syariah.

Sepintas lalu, Ibnu Rushd menyeru, termasuk di dalam perkara-perkara agama serta ayat-ayat Quran seharusnya dapat dihujahkan dengan hujah yang dapat didatangkan pembuktian-pembuktian (empirical argument). Jalan pemikiran itu juga sering disebut sebagai "falsafah". Adapun sekali peringatan Ibnu Rushd bahawa menghalang orang menggunakan akal untuk mencapai kebenaran tidak lain umpama menghalang orang yang dahaga meminum air yang dingin dan lazat sehingga menyebabkan seseorang itu mati [akibat dahaga] semata-mata kerana [barangkali sebelumnya] ada seseorang yang tercekik air.[8] Mati terbukun air adalah kebetulan; mati kerana dahaga adalah pasti.

Meski pembelaan terhadap akal-sihat dan waras telah sampai ke satu paras ke kemuncak, tapi yang tetap terjadi di gelanggang kekuasaan dan di perut masyarakat tetap sahaja merupakan helah mahupun serangan peribadi. Ketika mula-mula Syed Sheikh memimpin sidang pengarang Al-Imam di Singapura selama empat tahun sebermula 1906, sehinggalah penerbitan majalah bulanan Al-Ikhwan di Pulau Pinang pada 1926; dua tahun selepas itu, dia menerbitkan pula surat khabar dua kali seminggu, Saudara. Keghairahan Syed Sheikh untuk berkali-kali menerbitkan majalah di awal abad 20 lalu boleh sahaja dianggap sebagai kesedaran baru dan progresif pada ketika itu.

Terbukti 'sasaran serangan' Syed Sheikh menjurus kepada "Ketua-ketua Agama". Dalam satu karangan panjangnya di dalam Al-Ikhwan keluaran ke-3 (16 November 1930: muka surat 65-75), dengan tajuk "Bukan Sa-kali-kali Agama Islam ini Sebab bagi Kejatuhan Kaum Islam tetapi Hanya-lah sebab Angkara Ketua-ketua Agama" menegaskan kebodohan jualah yang menyebabkan runtuhnya sesuatu pemerintahan Muslim. Antara hujah Syed Sheikh yang sudah diterjemah dalam buku berbahasa Inggeris, "The Real Cry of Syed Shaykh Al-Hadi" begini:

"So Wrapped in ignorance and stupidity and so covered by continual darkness are their minds that they have lost all ability to understand the true calling sublime religion."[9]

Golongan yang dimaksudkan Syed Sheikh dalam kenyataan di atas ialah penguasa Muslim di Mesir di bawah pemerintahan Abbasiyah yang runtuh apabila diserbu dan diserang oleh bangsa Monggol [atau disebut juga sebagai "Tartar"] pada 1258. Dapatlah kita faham akan pesan yang mahu dititipkan Syed Sheikh mengenai kelemahan dan gelap akal sehingga sebuah kerajaan yang bagaimana besar pun dapat ditumpaskan. Serangan Syed Sheikh kepada golongan "ulamak" juga sangat jelas dan keras di dalam tulisan lain, yang bertajuk "Perchayakan Ulamã': Pertelingkahan di-antara kaum Tua dengan Kaum Muda" yang juga terbit di dalam majalah al-Ikhwan pada 1929. Tunjulan Syed Sheikh bahawa ulamak sendiri bukanlah "maksum" dan pasti betul.

"It is for this reason that Kaum Muda contends that not all words uttered by the 'ulamã' are necessarily true and should be accepted as we accept what is written in the Qur'ãn!"[10]

Menurut seorang lagi penulis dalam buku yang sama, Linda Tan, sedari awal-awal lagi penerbitan Al-Imam, sepertimana yang menjadi salah satu judul karangan Syed Syeikh, iaitu dia berkehendak di dalam cita-citanya untuk "Menuntut Ketinggian akan Anak-anak Negeri".[11] Sifat paradok kaum tradisionalis, "Kaum Tua" atau pernah juga disebut sebagai "lebai pondok" yang "memakai ketayap" yang sering 'bersenang-senang' dengan kefahaman tradisi, cuba dijolok apabila membawa kenyataan sekiranya benar golongan itu telah menggunakan akal-fikirnya, mengapakah diizinkan orang lain yang memerintah, menjadi penguasa di tanahair tercinta ini?[12]

Banyak sekali tulisan-tulisan yang disiar melalui media cukup menampar dan memberi kesan khasnya kepada penguasa dan agamawan yang berada dalam lingkaran kekuasaan. Sebenarnya jolokan "Kaum Muda" adalah kata yang awalnya merupakan kata ejek kepada golongan pembaharuan, walaupun ketika di Singapura, mereka terlebih dahulu dikenali, misalnya sebagai "Kaum Al-Manar".[13]

Sebagai perbandingan, mungkin keadaan hampir serupa juga berlaku di Indonesia ketika kelompok seniman dan budayawan yang menulis dan menyokong "Manifesto Kebudayaan" (terbit pada 1963 dan dicetuskan oleh Wiratmo Soekito) telah diejek-ejek dengan gelar "Manikebu" oleh kelompok lawan mereka yang berada di dalam Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra). Begitu jolokan berkenaan telah kekal sehingga hari ini sebagai sesuatu yang tidak lagi bernada ejekan, apatah lagi bermaksud buruk.

Kepada William R. Roff, iaitu daripada pengamatannya terhadap "Golongan Al-Manar" atau "Kaum Muda", beliau merumuskan bahawa yang menjadi perkara utama dan prinsip-prinsip "Kaum Muda" ialah pandangan yang manusia haruslah menggunakan akal untuk menentukan kebenaran dalam agama. Fungsi akal-sihat bagaimana pun tidak terbatas kepada persoalan agama sahaja, tetapi meliputi hal-hal lain serta harus tegas di dalam menolak sifat "karut penerimaan membuta tuli kekuasaan perantara."[14]

Kesempurnaan Islam bagi Kaum muda, tambah William, bukan matlamat akhir. Hal itu tidak lebih sebagai alat bagi menggerakkan dan mengarahkan perubahan sosial dan ekonomi untuk kebaikan masyarakat Melayu.

Sepertimana juga hari ini, persaingan antara media, majalah dan surat-surat khabar bukan hanya persaingan perniagaan. Hampir setiap parti politik mempunyai surat khabarnya sendiri, atau syarikat-syarikat media yang dipegang bahagian besar sahamnya oleh parti politik. Jumlah surat khabar yang banyak itu, sama sekali tidak menunjukkan bahawa wujudnya demokrasi, atau paling tidak wujudnya kebebasan media. Jauh lagi untuk dibicarakan soal etika dan kualiti media yang sedia ada.

Daripada pengalaman pertembungan "Kaum Muda" lawan "Kaum Tua", sepertimana yang dirasai oleh orang-orang segenerasi Syed Sheikh, maka "Kaum Tua" pun menerbitkan majalahnya sendiri sebagai aksi balas dan mahu menyebarkan juga fahaman-fahaman mereka.

Melalui Majlis Agama dan Adat-istihadar Melayu Kelantan, maka diterbitkan Pengasuh(1918-37) beredisi dua kali sebulan. Edaran majalah itu tidak hanya di Kelantan sahaja, tetapi ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Bahkan untuk mengawal pengaruh dan orang-orang "Kaum Muda", maka di Kelantan diwujudkan satu undang-undang untuk mengawal sesiapa yang mahu mengajar atau memberi kuliah di majlis-masjid mahupun di tempat awam.

Di bawah peraturan undang-undang Agama Islam tahun 1904, sudah wujud undang-undang yang melarang sesiapa "kecuali dalam rumahnya sendiri, dan di depan anggota keluarganya sahaja, mengajar sebarang ajaran agama melainkan dia terlebih dahulu mendapat izin bertulis berbuat demikian dari Duli Yang Maha Mulia Sultan".[15] Lalu, tidaklah terlalu sukar untuk kita mengerti bagaimana sistem kawalan itu dilakukan sehingga ke hari ini.

 

PENGUASA GELAP

Dalam buku sama, William juga mengutip kembali tulisan Hamka yang mengkritik keras "Kaum Tua". Kali ini sasarannya para mufti—kita juga tahu bahawa Hamka adalah antara sarjana Muslim-Melayu-Sumatera yang tergolong sebagai "Kaum Muda".

"Menjadi Mufti dalam keradjaan-keradjaan Melayu itu sangatlah megahnja. Memakai pakaian rasmi dengan pingat, berpisang sesikat di bahu, djubahnya berukir-ukir benang mas, dan serban daripada sutera dan mempunyai motokar sendiri. Rakjat pun sangat takut dan thaat, sisanja dimakan, sepah sirihnja dikunjah. Dan kalau beliau ingin hendak kawin, bismillah!"[16]

Bukan cuma hari ini di Malaysia, sejak seawal dasawarsa lalu pun, ketika politik dua kubu itu tercetus, orang politik dan penguasa selalu diam serta gelabah apabila timbul isu-isu yang genting, yang memerlukan daya pengamatan dan berfikir. Mereka seakan-akan lebih gemar membiarkan sahaja. Seakan-akan tidak faham apa perlunya turut serta di dalam perbincangan dan debat terbuka. Tapi, setidak-tidaknya, ke atas Presiden pertama Indonesia, Soekarno bukan kepalang dia menuliskan fikiran-fikiran dan gagasannya kepada sebuah negeri yang bakal lahir. Dia tak pernah takut untuk ikut berpolimik secara terbuka, di dalam surat-surat khabar mahupun majalah. Soekarno aktif untuk turut sama membicarakan soal sejarah, idea-idea daripada serata bangsa, kebudayaan, pemikiran agama dan sebagainya. Mungkin itulah yang membezakan antara dua bangsa serumpun ini dalam sejarah kelahiran dua negeri ini.

Meskipun bertentangan di dalam soal pemikiran, termasuk melihat erti bangsa dari jaring-jaring agama, makalah "Pembela Islam" pernah menerbitkan kembali siri tulisan Soekarno yang diberi judul, "Surat-surat dari Endeh". Sementara tulisan Soekarno itu diterbitkan, penulis-penulis dan aktivis di dalam Pembela Islam terus bertanding dan lawan hujah dengan para pengikut Soekarno, atau dipanggil juga sebagai kelompok "Soekarno cs". Apa yang terjadi, kalau pun tidak lebih buruk ialah makalah Pembela Islamjuga tetap yang membela Soekarno ketika Soekarno dibicarakan atau "diadili" di hadapan Landraad Bandung oleh pemerintah kolonial.[17]

Selanjutkan, Soekarno yang diketahui sebagai pemimpin besar, mempunyai pengikut bahkan pendukung di kalangan bijak pandai, tetap pula meneliti dan berdebat secara terbuka dengan Natsir, seorang anak Minang yang ke Jakarta untuk belajar dan kemudiannya mengharung cabaran mendirikan sekolah. Perdebatan pemikiran dan cerpik api polimik antara lainnya ialah apabila Natsir cuba menjawab tulisan Soekarno yang begitu mempertahankan Kamal Attatuk di Turki. Saking demikian, Natsir juga segera mengungkapkan bahawa Islam sebagai "ideologi" selepas dihambat kembali oleh karangan balas Soekarno yang antaranya di bawah tajuk-tajuk seperti "Cinta Agama dan Tanah Air", "Rasionalisme dalam Islam" dan "Islam dan Akan Merdeka". [18]

Pertembungan sebegini tidak dapat kita ikuti dengan jelas wujudnya di Semenanjung, sama ada sebelum mahupun selepas merdeka. Menurut anak Syed Sheikh, Syed Alwi yang berusaha membetulkan kembali pandangan yang dikutip ramai orang daripada Za'ba yang menyatakan bahawa Syed Sheikh sebagai "anti-British", adalah tidak benar.

Cerita Syed Alwi behawa bapanya sering menyatakan akan segala dan pelbagai-bagai keburukan raja, sultan-sultan Melayu, ulamak dan para pemimpin, tetapi tidak pernah menyebutkan tentang keburukan British. Kepada Syed Sheikh, Sultan-sultan Melayulah yang tidak pernah meminta daripada British peluang yang lebih untuk pendidikan anak negeri. Demikian, tak ada gunanya untuk menjadi seorang yang anti-British apabila kebanyakan orang Melayu masih menjadi penanam padi di desa-desa, "lebai", "haji" dan guru-guru yang mengajar Quran juga masih terlalu miskin sehinga mengambil wang daripada anak murid sendiri untuk sara hidup.[19]

Daripada sudut itu, maka terlihatlah bahawa tujuan agamawan yang selamanya dikritik "Kaum Muda" tak lain adalah mahukan masyarakat untuk belajar agama bagi membolehkan mereka memperolehi pendapatan… bukan kerana keperluan memajukan masyarakat dengan keupayaan akal sendiri. Sikap Syed Sheikh dalam berhadapan dengan persoalan penjajahan dan Inggeris dikatakan sama seperti pendekatan dan sifat S.A. Khan yang berhadapan dengan pemerintah Inggeris di India.[20] Tak ada gunanya mencapai kemerdekaan kalau tidak dengan persiapan untuk mentadbir negeri dengan baik, dan adalah mustahak untuk soal-soal keadilan, keamanan dan kebebasan segera dituntut seperti yang diingatkan agama.

Pada titik ini, persamaan yang dapat segera kita buat adalah bagaimana soal keadilan dandemokrasi, misalnya, yang menjadi tombak perjuangan sejak September 1998 harap-harap bukan hanya untuk menggerakkan rakyat untuk menggantikan pemerintah, tetapi untuk benar-benar kembali manfaatnya kepada msa depan rakyat. Kesempatan yang diperoleh oleh "Kerajaan Reformasi" bukan kesempatan untuk pemimpin politik dan elit penguasa menukar telefon bimbit atau iPad setiap dua-tiga bulan, berganti kereta besar, berumah bukan main mewah dan melonggok kekayaan untuk diri dan anak-pinak sendiri. Hal berkenaan sesungguhnya tidak lebih baik daripada membida nombor plat kereta!

Apa yang dibimbangi sebagai punca lemban mahupun runtuhnya tamadun itu bisa sahaja terjadi andai persoalan asas pembaharuan dan matlamat-matlamatnya masih juga tidak terjawab. Cuba saya rungkai dengan pantun ini:

Bagaimana titi tidak patah,
Susun bata kayu tak rapat;
Bagaimana hati tidak gundah,
Lain dicita lain yang dapat.

Demi masa, zaman akan tetap bergerak. Namun semangat pembaharuan dengan pencerahan (akal) itu nampaknya tidak akan pernah mampu dimatikan oleh sesiapa jua.

 

*Tulisan ini merupakan bahan sisipan di dalam Forum Nusantara (Siri 5) anjuran Penang Institute (PI) dengan tajuk "Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi Pengasas Madrasah Pulau Pinang: Pusat Tumbuhnya Gerakan Pencerahan di Malaysia?" pada 16 Jun 2012, pukul 9 pagi di dewan Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Bandar Perda, Pulau Pinang.

Pidato Habibie di Unisel Khamis ini

Posted: 03 Dec 2012 08:35 PM PST

Harakah

Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.

‘Habibie dan transisi Indonesia ke demokrasi’ bakal menjadikan topik ini sesuai dengan peranan yang telah beliau lakukan dalam mengubah Indonesia ke demokrasi.

Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dikira penting untuk rakyat negara ini yang juga bercita-cita untuk membuat perubahan di negara ini.

Bacharuddin Jusuf Habibie adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Beliau lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Juni 1936.

Sebagai presiden yang mengambilalih tampuk pemerintahan dari Sooharto, Habibie banyak membuat perubahan walaupun tempoh masa untuknya hanya singkat sahaja.

Antara perubahan besar yang dibuat Habibie adalah kebebasan media di Indonesia. Hari ini, media di Indonesia jauh lebih bebas dari Malaysia.

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Pekan Langkap Perak 02/12/2012

Posted: 03 Dec 2012 08:27 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 04 Dec 2012 11:09 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bekas Ketua Polis Negara kini diekori SB

Posted: 03 Dec 2012 10:58 PM PST



Kini bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan pula diekori oleh para SB susulan pendedahan beliau dalam sidang media bahawa terdapat unsur penjenayah yang telah meresap dalam PDRM dan pemimpin politik telah menghalang siasatan. Musa Hasan menegaskan adalah bodoh mengekori orang macam dia sedangkan pihak polis sepatutnya menjejaki penjenayah. ( Komen : Apa sudah jadi dengan Malaysia? )

SB tailing me, says Musa
4 Dec 2012

Following his explosive revelations at a press conference last week, the former IGP finds himself on the other side of the police radar.

PETALING JAYA: Ironic as it may sound, former inspector-general of police Musa Hassan has claimed that he is being tailed by special branch officers.

This followed his controversial press conference last week, where he claimed that criminal elements had infiltrated the police force and revealed that politicians interfered with investigations.

Apart from him, Musa said that R Sri Sanjeevan from the NGO My Watch which organised the press conference was also being tailed. Musa is the patron of the newly-formed NGO.

"To me it's funny lah. Why must you put me under surveillance? As if I am a threat to security.

"I would like to advise them not to follow me lah. I won't destroy the nation, that's number one. Number two, I think you have better work to do, like following criminals, who are really jeopardising the safety of the public," the former IGP told FMT.

"So I think it is stupid of them [to follow us], wasting the rakyat's money. If you want anything just call me, I'll tell you everything," he added.

On how he found out, Musa said:"Of course I know who is following me but I didn't want to confront them. Don't want to embarrass them. Of course they ran away when they saw me."

Asked why he was being tailed, Musa shrugged and replied: "I don't know, probably instructions from up top. Maybe the IGP himself, I don't know."

Musa said that although in the past he had been tracked by syndicates and tontos "plenty of times", this was his first time being followed by a policeman.

"Never by policemen, but by syndicates and tontos you know, who want to know my movements. I still remember when I was in the drugs unit. That's why whenever I got out of the house, I would never follow the same route for fear that people might either follow me or ambush me and all that. We must be aware of my environment, being a trained police officer, you know," he added.

While Musa said he did not feel threatened, Sanjeevan admitted that he was slightly more rattled.

"From the day we held that press conference, we have been followed. The same face, the same cars are around here. The cracking sounds on my phone…," he added.

Sanjeevan said that there was no reason for the police to resort to these "harassing" tactics as MyWatch was merely an NGO that was concerned about the welfare of the country.

"I feel it is a breach of human rights, this is all abuse of power and is being instructed at the higher level. The thing is, we've got nothing to hide. We're just concerned because crime happens and it is not political, it does not care who we are.

"If you want, just call us up, record our statements. Please don't plant SBs on the people who are trying to help you reform," he added.

Sanjeevan reiterated the call for the current IGP Ismail Omar to meet them in person in order for them to work together and share information.

- Free Malaysia Today

Bil elektrik naik lepas TNB tukar meter

Posted: 03 Dec 2012 10:26 PM PST



4 Dis 2012 - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, 22 aduan diterima daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.

Katanya, badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan berikutan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan lebih baik dan tepat.

Beliau menyarankan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.

"Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen, di sini hari ini.

- Keadilan Daily


Tiada ulasan:

Pengikut