Rabu, 7 November 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


X-Presi Anak Muda

Posted: 07 Nov 2012 12:54 AM PST

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan

Posted: 07 Nov 2012 12:51 AM PST

KOTA BHARU: "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka.

Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.

Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan.

Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.

"Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa.

"Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.

"Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti," ujarnya.

Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.

Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.

Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.

Maklumat lengkap sebelum ulas isu Nurul - TG Hadi

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR: PAS akan mendapatkan maklumat terperinci dari Nurul Izzah Anwar sebelum memberikan sebarang ulasan berkaitan dengan isu kebebasan agama.

"Kita tidak mendapat gambaran yang sebenar, saya tidak boleh membuat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana ia tidak lengkap," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang (gambar).

Beliau berkata demikian ketika ditanya media dalam sidang akhbarnya semalam.

Timbalan beliau, Haji Mohamad Sabu pula berkata, "kita kena cek dahulu perkara ini kerana ianya datang dari Utusan. Utusan selalu kalah (dalam kes mahkamah)."

TG Abdul Hadi juga berkata, isu ini bukan isu utama untuk diberikan perhatian oleh PAS kerana banyak lagi isu-isu dalam menghadapi pilihan raya sekarang ini.

"Memang pada musim pilihan raya ini dicari isu-isu apa sahaja untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu dalam kerja pilihan raya," katanya.

Beliau juga berkata, dalam Islam, perlukan sesuatu bukti itu 100 peratus jelas.

"Jika 99 peratus sahaja ada tetapi 1 peratus tidak jelas, kita tidak boleh hukum orang," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menafikan sama sekali laporan yang dibuat oleh Utusan itu. Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Sewaktu sesi soal jawab forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", salah satu soalan ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," terang Nurul Izzah.


Kenyataan umum


Dalam pada itu, kenyataan Naib Presiden PKR itu yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

MIC kantoi, minit sahkan mereka sokong bina kondo

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST



(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Nik Abduh: Utusan bohong lagi

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.

Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.

"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.

"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.

"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.

Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

Tiada ulasan:

Pengikut