Rabu, 7 November 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


FORUM 'MURTAD ATAU KEPELBAGAIAN AGAMA'

Posted: 07 Nov 2012 08:52 PM PST

Akademi Pak Sako akan menganjurkan sebuah forum bertajuk "Murtad atau Kepelbagaian Agama" pada 8 November 2012 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).




Ia adalah susulan isu perbahasan kebebasan beragama dan murtad yang diwar-warkan dalam media massa kebelakangan ini.



Panel terdiri daripada penulis lirik, Hasmi Hashim; Juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan; pendakwah, Wan Ji Wan Hussin dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari turut tampil sebagai moderator.



Kehadiran saudara/saudari adalah dialu-alukan.

Memang kerja BN eksploitasi kenyataan pembangkang – Bippa

Posted: 07 Nov 2012 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, media kawalan Umno lebih gemar mengeksploitasi kenyataan pemimpin pembangkang berbanding mempertahankan Islam supaya tidak terus dihina pimpinan BN.




Beliau mengulas serangan media Umno BN terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkaitan isu kebebasan agama.



Katanya, mereka sengaja salah tafsir untuk membuat provokasi kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutama melibatkan isu agama dan bangsa.



"Kenyataan Nurul Izzah disalah tafsir golongan yang sering ambil kesempatan untuk buat provokasi terhadap Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kalau libatkan isu agama.



"Tapi selepas Nurul Izzah beri penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan beliau dalam forum itu, bermakna mereka (media Umno) sengaja pintal fitnah berkaitan agama," katanya ketika dihubungi.



Ahli Parlimen Kuala Kedah itu turut mempersoal pemimpin BN yang secara terang menghina Islam namun tidak pernah dibangkitkan dan tiada tindakan diambil.



"Mengapa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang jelas menghina Islam langsung tidak disiarkan, sedangkan pada masa sama, ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



"Kenapa kita boleh berdiam sedangkan ucapannya terang-terang hina Islam. Apa pemimpin Umno buat, kenapa media mereka tak berani siar?," soal Ahmad.



Soi Lek dilaporkan menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.



Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.



Beliau turut mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja jika PAS melaksanakan hudud di Malaysia.


Tiada ulasan:

Pengikut