Khamis, 18 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 18 Oct 2012 03:09 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:09 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PERKASA mahu Jaclin Victor nyanyi lagu nasyid?

Posted: 18 Oct 2012 10:19 AM PDT

Apakah PERKASA mahu  Jaclin Victor nyanyi lagu Nasyid? Tentu sekali tidak sebab dia bukan beragama Islam.

Sebagai penganut agama Kristian, sudah tentunya dia akan menyanyikan lagi memuji agamanya. Itu pun tak bolehkah?

Ibrahim Ali yang pernah menafikan Perkasa bukan pertubuhan Melayu yang rasis dan pelampau terbukti berbohong bila sikap pelampau dan rasis Perkasa  terserlah bila mengajak umat Islam di seluruh negara memboikot penyanyi tempatan, Jaclyn Victor kerana mendakwa menghina agama Islam. Sumber

SAR terabai walaupun di negeri yang Umno paling kuat, Sultan prihatin denyut nadi rakyat.

Posted: 18 Oct 2012 02:00 AM PDT

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, "156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).Yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian...."

Kalau SAR berdaftar dengan kementerian, macam-macam kemudahan boleh dapat ....katanya lagi.

Ooi Mak! Hebat berdegar-degar! Nak tahu juga mana gi tirisnya peruntukan sebanyak itu? Yalah , apasal sekolah agama rakyat kerajaan negeri yang Umno paling kuat, punya Sultan yang sangat prihatin dengan denyut nadi rakyatnya, tapi budak sekolah agamanya  hanya pakai meja lama macam inikah?


Korang lihat gambar atas tu sumber dari Auditor 
General 2011.Bukan sumber dari aku!

Laporan Ketua Audit Negara  melaporkan  Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati,sebuah rumah kedai digunakan bagi menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.


Cer kira ada berapa murid semuanya...

Di laporkan juga bahawa dinegeri yang paling kuat Umno itu , banyak sekolah agamanya yang masih menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan ..... Nak tahu lebh lanjut korang baca di sini 

Sekarang baru kita tahu kenapa kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian.Rupa-rupanya Pak Menteri tu cakap lain dari apa yang sebenarnya berlaku.

Pembedahan plastik muka yang menakjubkan

Posted: 17 Oct 2012 11:19 PM PDT

Richard Lee Norris, selepas 114 hari menjalani pemedahan muka, kini mampu berjalan di khalayak ramai tanpa ada siapa yang pedulikan lagi.

Kini sudah dapat menghidu bau  dan rasa; University of Maryland Medical Center berkata dalam mengemaskini kepada pemulihan beliau. Beliau juga boleh tersenyum semula .

Dia kehilangan rahang, lidah, hidung dan bibir pada tahun 1997 apabila senapang patah meletup di mukanya sewaktu  dikeluarkan dari sarungnya.

 

Selepas kemalangan itu, beliau menghabiskan 15 tahun hidup menyendiri, hanya akan keluar untuk membeli-belah pada lewat malam dengan muka cacatnya dilindungi oleh topeng pembedahan.

 

Pada bulan Mac, pakar bedah Universiti Maryland menghabiskan 36 jam membina semula ciri-ciri dan reattaching saraf dalam pemindahan.

Selepas pembedahan bersejarah tersebut , beliau menjalani pula terapi  fizikal yang intensif dan terapi pertuturan.

 

"Saya melakukan dengan baik dan menghabiskan banyak masa memancing dan membaiki  permainan golf saya. Saya juga menikmati masa dengan keluarga dan rakan-rakan."


Ini gambar yang dikeluarkan pada Mac 27, 2012 oleh Pusat Perubatan 
Universiti Maryland menunjukkan sebelum dan selepas imej penerima
 pemindahan muka penuh Richard Lee Norris.

Dr Eduardo Rodriguez, yang mengetuai pembedahan, berkata Norris "melebihi jangkaan" dalam pemulihan, dan memujinya sebagai "salah satu daripada individu-individu yang paling berani dan komited yang saya tahu."

 

Dia masih menemui doktor untuk pastikan mukanya pulih sepenuhnya dan bekerja dengan terapi untuk mengembalikan keupayaan ucapan penuh.

 

Tetapi dalam masa yang sama, beliau berkata, "Saya kini boleh keluar dan sudah tidak mendapat renungan atau  perlu mendengar komen kerana kecacatan saya. Sekarang mereka boleh merenung saya dengan penuh kekaguman dan dalam transformasi yang telah saya diambil. "

Biaqpila

Posted: 18 Oct 2012 03:07 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KARTUN-KARTUN NAJIS MUGHALLAZAH MULA MUNCUL

Posted: 18 Oct 2012 09:15 AM PDT

Di alam maya kini sudah kecoh berita dan video berkenaan Najib gagal menjawab soalan berkaitan najis mughallazah apabila ditanya oleh seorang pelajar sekolah rendah semasa dalam program I-Think Pilot..

Selepas video yang memalukan Najib disebar luaskan oleh pengguna di alam maya..

kini semakin banyak pula kemunculan kartun-kartun yang memerli Najib dalam isu berkaitan najis mughallazah...

Selepas ini mungkin banyak lagi kartun-kartun sedemikian disiarkan...

semuanya gara-gara Najib gagal menjawab soalan mudah "binatang apa yang dikategorikan sebagai najis mughallazah...?"

Selepas ini juga mungkin Najib di gelar "Najib Mughallazah" memandangkan di facebook tadi aku tangok dah ada yang mula menggunakan gelaran tersebut...

Pemimpin BN ni memang tak dapat lari dari kebodohan..

kini kebodohan mereka menjadi bahan jenaka rakyat jelata... 

kah..kah..kah..


Belum tengok video Najib gagal jawab najis mughallazah tu..?

tengok sini..

lianglahad

GEMPAR!!! IKAN LUMBA-LUMBA MUNCUL DI PULAU PINANG

Posted: 17 Oct 2012 11:32 PM PDT

Selepas 20 tahun menghilang dari perairan Pulau Pinang,sekumpulan ikan lumba-lumba kembali bermain-main di perairan berhampiran tapak projek jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam proses pembinaan.

Dianggarkan terdapat lebih dari 20 ekor ikan dari spesis tersebut sedang berada di perairan Pulau Pinang ketika ini.

Kemungkinan ikan-ikan ini juga berminat dengan corak pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding Be End...kah! kah! kah!

BANK SPERMA TAWAR AIR MANI SELEBRITI

Posted: 17 Oct 2012 10:00 PM PDT

LONDON – Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam.

Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah ?15,000 (RM73,580), "perkhidmatan permanian beradas premium" itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma "tokoh yang terbukti berjaya," seseorang wanita boleh memberikan "permulaan yang baik" untuk anak mereka. "Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka," kata laman sesawang itu.

Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup.

Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar.

"Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma," katanya. – TS


mynewshub

PANAS!!! PRU 13 PADA BULAN 11 ATAU 12 ?

Posted: 17 Oct 2012 06:00 PM PDT


Najib dah tak cukup jari nak gigit...

Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak

tamat

, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila "janji ditepati" nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan.

Golongan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M RM250 dan "one off" RM1000 untuk bekas tentera.

Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya

April

tetapi itu adalah helah Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.

"Janji Ditepati" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis. (Sumber)

shalehudin

Tiada ulasan:

Pengikut