Dewan Muslimat PAS Kota Raja |
- DUHAI DIRI
- RAHSIA DISEBALIK BISMILLAH
- BERBILION RM HILANG ATAU DIPADAM BEGITU SAHAJA
- BELANJA AES : KENAPA BEZA HAMPIR RM404 JUTA
- APA ITU AES..............................???
Posted: 18 Oct 2012 02:15 PM PDT Dahulunya diri senaif kapas, Yang putih suci berhias, Pada hematku semuanya bernas, Walhal hakikatnya amatlah kontras. Tika usiaku makin menginjak, Hatiku mula melonjak-lonjak, Dapatkah aku harungi onak, Yang teramat kejam merobek mengoyak. Kini aku dalam usia, Tidak pernah aku sangka, Allah Maha Segala Kurnia, Syukurku harap tidak pernah lepa. Duhai hatiku yang gelisah, Tenangkanlah dengan barokah, Citamu kini teranglah sudah Bekerja beribadah bukannya payah. Hati-hati duhai gadis, Cinta itu hanyalah setitis, Andai hilang usahlah tangis, Kerna cintaNYA selautan manis. Peganglah pada prinsip hidupmu, Redha Allah pada bapa dan ibu, Janganlah kamu membuang waktu, Pada sesuatu yang tidak tentu. Hanya hati yang bisa mengerti, Tiba-tiba jejaka hadir menghiasi, Jendela hati dikuak menanti, Siapakah yang bakal tampil berdiri. Benarkah ini suatu yang pasti, Ataupun hanya sebuah fantasi, Illusi bertatahkan mimpi, Ataupun hati yang diselimuti nafsi. Oh Allah Yang Maha Kuasa, Tidak hamba berdaya menolak cinta, Yang hadir dikala alpa, Bak suria pancar dikala senja. Aku masih ada amanah, Janji janganku pernah lelah, Culas, lalai mahupun lemah, Akanku genggam meskipun betah. Buat jejaka kekanda, Jangan pernah hiraukan adinda, Jangan hanya bermain cinta, Namun bantulah dia kenaliNYA. Sesunggguhnya itu duhai remaja, Harta paling berharga, Cinta paling berbisa, Kasih padaNya, kekal Yang Maha Esa - Artikel iluvislam.com |
Posted: 18 Oct 2012 02:11 PM PDT Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya sentiasa mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata, nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu". Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini". Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillah. Dengan kuasa dan bantuan Allah, duit itu berada di tempat simpanan tersebut. Alangkah terperanjatnya si suami. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. ---- Semoga kisah tauladan ini mampu mengajak kita untuk mengamalkan ucapan Bismillah sebelum melakukan apa jua perkara. - Artikel iluvislam.com |
BERBILION RM HILANG ATAU DIPADAM BEGITU SAHAJA Posted: 18 Oct 2012 01:51 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011. "Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja. "Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya. Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013. Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu. Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini. |
BELANJA AES : KENAPA BEZA HAMPIR RM404 JUTA Posted: 18 Oct 2012 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memaklumkan anggaran sebanyak RM717 juta dilaburkan kepada dua syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Kementerian Pengangkutan Jalan melalui jawapan bertulis menjelaskan jumlah itu telah dibelanjakan bagi pelaburan kedua-dua syarikat iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Ianya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) yang meminta meminta Kementerian Pengangkutan Jalan menyatakan berapakah jumlah pelaburan dua syarikat tersebut untuk pemasangan kamera AES. ATES Sdn Bhd telah menggunakan sistem Jenoptik Robot manakala Beta Tegap Sdn Bhd pula menggunakan teknologi Redplex Traffic System bagi pelaksanaan AES tersebut. Bagaimanapun jumlah pelaburan itu dilihat bercanggah dengan maklumat yang terdapat pada laman web kedua-dua syarikat tersebut. Menurut Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, maklumat yang diperolehi mendapati RedFlex dr Australia mendapat kontrak bernilai lebih RM151 juta untuk bekalkan kamera kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Jenoptik Robot dari Jerman pula mendapat kontrak bernilai lebih RM160 juta untuk bekalkan kamera kepada ATES Sdn Bhd. "Nilai kedua-duanya RM312 juta sahaja tetapi Kerajaan umumkan jumlah pelaburan dua syarikat pengendali AES ialah bernilai anggaran RM717 juta, bezahampir RM404 juta. "Kenapa ini berlaku dan kita berharap kerajaan dapat memberikan penjelasannya kerana kita tidak mahu wang rakyat dibelanjakan begitu sahaja sedangkan penjimatan boleh dilakukan," kata beliau. KASE juga turut mendesak agar kerajaan menyatakan secara terperinci jumlah kontrak yang diperolehi oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. |
APA ITU AES..............................??? Posted: 18 Oct 2012 01:09 AM PDT Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) a) Apa AES AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. b) Bagaimana AES berfungsi? i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti. ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ. iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi hadlaju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ. iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australia; dan ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu : i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman. ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama. iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama. e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES i) Seksyen 2 – memasukkan takrif "imej yang dirakam", ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif"kesalahan berjadual" iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif "kesalahan yang dirakam melalui kamera" iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera. viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan Jadual Pertama (i) Memandu melebihi hadlaju (ii) Tidak mematuhi isyarat lalu (iii) Memotong garisan berkembar (iv)Memandu di lorong kecemasan (v) Memotong & menghalang daripada memotong (vi) Memotong barisan (vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera (I) Memandu di lorong bas (ii) Memandu melebihi hadlaju (iii) Tidak mematuhi lampu isyarat ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE) |
You are subscribed to email updates from Dewan Muslimat PAS Kota Raja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan