Pakatan Rakyat |
Posted: 01 Oct 2012 03:39 PM PDT | Najib Kecut, Anwar Kemuka Data Bajet BN 2013 Defisit RM22 Bilion, Hutang Negara RM8 bilion Posted: 01 Oct 2012 07:00 AM PDT Debat di luar Dewan Rakyat pun kecut, ajak berdebat di dalam Dewan Rakyat, gelanggang yang didominasinya pun kecut. Jadi, di mana Najib berani? Di rumahnya? Jika begitu, ajaklah Anwar berdebat di rumahnya! Berita Berkaitan: Anwar Bidas PM Tiada di Dewan Ketika Bajet Dibahas [MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.
[KD] KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara. Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan, "Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan. "Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus. "Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran," katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini. "Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka. Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya. Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh. Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya. Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga. "Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat. "Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan," jelas Anwar. Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut: 1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi. 2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi. 3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional. Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi. Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah. Anwar Bahas Bajet 2013 Tanpa Kehadiran Najib [SH] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini. Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang. | [Panas] Hebat Malaysia, Warga Asing Beli IC Palsu Boleh Mengundi Posted: 01 Oct 2012 05:30 AM PDT Lahanat!!! P/s: Dakwaan bahawa pihak tertentu yang melibatkan SPR dan JPN untuk memastikan BN menang dalam PRU13 bukan lagi bersifat dakwaan. Sudah banyak bukti dan data yang berjaya diperoleh untuk membongkar kerja-kerja lahanat pihak tertentu yang sanggup menggadai keselamatan negara semata-mata untuk memastikan orang tasan mereka terus berkuasa! | Saiz Purata Zakar Lelaki Mengikut Negara Terpilih Posted: 01 Oct 2012 01:46 AM PDT Ha ha ha ha! Santai! Rasanya carta ini dapat menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda anda. Misalnya, mengapa perempuan Malaysia begitu kemaruk dengan Awang Afrika. Yang berikut ialah purata panjang zakar lelaki mengikut negara terpilih. Saiz ini mengikut ukuran inci ketika ereksi. Republic of Congo - 7.1 Ecuador - 7 Ghana - 6.8 Columbia - 6.7 Iceland - 6.5 Italy - 6.2 South Africa - 6 Sweden - 5.9 Greece - 5.8 Germany - 5.7 New Zealand - 5.5 UK - 5.5 Canada - 5.5 Spain - 5.5 France - 5.3 Australia - 5.2 Russia - 5.2 USA - 5.1 Ireland - 5 Romania - 5 China - 4.3 India - 4 China - 4 Thailand - 4 South Korea - 3.8 North Korea - 3.8
Data sensitif ini merupakan sebahagian hasil kajian Richard Lynn, Profesor Emeritus Psikologi di Universiti Ulster. Beliau sebelum ini menyuarakan pandangan kontroversi bahawa tekanan evolusi telah membawa kepada perbezaan kecerdasan minda mengikut kaum dan bangsa. Prof Lynn mendakwa bahawa penemuan kali ini mengesahkan teori-teori sebelumnya, iaitu 'perbezaan kaum membezakan saiz panjang zakar' dengan Negroid mendahului Mongoloid. Beliau menyimpulkan bahawa 'Bagi majoriti populasi, panjang zakar boleh diramal dan disahkan.' Namun, pengkritik mendakwa penyelidikan Prof Lynn tidak meyakinkan kerana belaiu sendiri mengaku bahawa data yang dikumpul diperoleh dari laman sesawang. Jelte Wicherts, Profesor Metodologi di Tilburg University, Belanda, berkata: 'Kajian melibatkan isu kontroversi ini sungguh berani tetapi malang datanya tidak mempunyai metodologi.' -DCM/DM | Ejen Perancis Didakwa Bunuh Muammar Ghadafi Posted: 30 Sep 2012 11:00 PM PDT [HM] PARIS: Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala. Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu. Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.
Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai 'saudara pemimpin' ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007. Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat 'untuk menyelamatkan orang awam.' Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya. Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat. Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: "Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi." Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis. "Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007," lapor akhbar itu. Satu sumber di Tripoli berkata: "Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin." Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi 'Kebangkitan Arab' menentang Gaddafi bermula pada awal 2011. Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011. Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. - DM | BN Tohmah PR Tidak Mampu Perintah Negeri, Tetapi Negeri PR antara 5 Tertinggi Terima FDI Posted: 30 Sep 2012 10:56 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini. Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b). Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut. Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion. Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion. Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta. Yang berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi: 1- Sarawak (RM30.3b) | Gadis Ukraine Ubah Diri Jadi Karakter Animasi Jepun Posted: 30 Sep 2012 10:00 PM PDT [HM] KIEV: Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem animasi Jepun. Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.
Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.
Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya.
Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.
P/s: Macam-macam. Mahu tengok gambar lain? Sila google di internet. | Pelajar Ponteng Sekolah Dirogol Lelaki di Sungai Pelong Posted: 30 Sep 2012 07:58 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Termakan pujukan rakan ponteng sekolah, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung dua hari dan dirogol dalam kedai mencuci kereta di Sungai Pelong, di sini. Dalam kejadian jam 7 pagi, 24 September lalu, mangsa yang berjalan ke ke sekolahnya di Kundang dikatakan dipujuk rakan sebaya dengannya ponteng sekolah pada hari berkenaan. Menurut sumber, mangsa dibawa ke kedai mencuci kereta sebelum dirogol dan dikurung di kawasan berkenaan hampir dua hari. "Mangsa meloloskan diri dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong, di sini, jam 8 pagi (kelmarin)," kata sumber itu kepada Harian Metro semalam.
P/s: Cari bala, cari nahas! | Posted: 30 Sep 2012 07:27 PM PDT [Selangorku] SHAH ALAM, 1 OKT: Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor. Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co. Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini. Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap. Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan. "Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu. Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co. Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah. Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011. Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi. Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011. "Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya. "Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi. P/s: Sibuk bercakap soal penyelewengan tetapi diri pernah didakwa dengan kes pecah amanah. | Pelajar LELONG Dara untuk Tujuan Kebajikan Posted: 30 Sep 2012 06:26 PM PDT FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin. Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000). Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina. Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat. Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia. Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted. "Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini. "Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya. Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut. Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama. Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini. Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini. Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran. Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi P/s: GILA! | [Kemas Kini] Anwar Cabar Najib DEBAT Belanjawan 2013 Posted: 30 Sep 2012 06:06 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan. "Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan. "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh. "Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan)," tegasnya. Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku. Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan. "Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat. "Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran," tegas Anwar. P/s: Entah berapa kali Anwar mencabar Najib untuk berdebat. Malang, setiap kali dicabar, Najib menikus, takut untuk berdebat! Cakap berdegar-degar, apabila diajak berdebat terus kena "demam"! Anwar akan membuat perbahasan Belanjawan 2013 di Parlimen 11:30 pagi (Isnin, 1 Oktober 2012). Adakah Najib akan muncul di Parlimen? Kemas Kini: n_izzah PM tiada dalam dewan, sedang Ketua Pembangkang DS memulakan ucapan bahas BajetBN dan kemukaP/s: Memang Najib TAKUT! | Dana PRU 13: Surat Cinta Anwar kepada Azizah Dilelong dengan Nilai RM50 Ribu Posted: 30 Sep 2012 06:00 PM PDT [KD] SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak. Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata. "Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara," kata Presiden KEADILAN itu. Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: "Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan." "Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa," katanya. Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi. Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin. "Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama," katanya. Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000 Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000. Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu. Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang. Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000. Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000. Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000. Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu. Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000. Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000. Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508. | [Wajib Baca] Audit Buktikan Ada Penipuan Besar-besaran dalam Daftar Pemilih Posted: 30 Sep 2012 05:55 PM PDT Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat [KD] SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. "Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan. "Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. "Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah. "Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. "Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga. "Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya. Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. "Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. "Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya. | Posted: 30 Sep 2012 05:31 PM PDT [HD] MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu. Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26. Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan. Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin. Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. "Itu duit siapa?" soal beliau. Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma. Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah. | |||||
Posted: 01 Oct 2012 03:29 PM PDT | Mohamad Hassan bakal digugur MB Negeri Sembilan? Posted: 01 Oct 2012 02:49 AM PDT SEJAK kali pertama melangkah gah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan sudah mula tercium gerak-geri musuhmusuhnya dalam parti untuk menjatuhkan beliau di kedudukan terpenting di negeri Adat Perpatih itu. Namun, Mohamad Hassan mampu bertahan sehingga kini meskipun rakan baiknya, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri) yang menaikkan beliau ke jawatan tertinggi negeri itu kini telah tersingkir dari arus politik massa. Kemerosotan besar prestasi 'Team Abdullah' pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 tidak menggugat kedudukan Mohamad Hassan, lantas Pengerusi BN Negeri Sembilan itu mula mencatur untuk berbaik dengan Dato' Seri Najib Tun Razak yang dilantik menggantikan Abdullah selepas PRU 2008. Namun, usaha itu tidak berjaya kerana Mohamad Hassan harus berdepan dengan sekutu besar Najib di Negeri Sembilan iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Adun Lenggeng, Dato' Ishak Ismail yang sentiasa menyekat pergerakan MB Negeri Sembilan. Sejak tahun 2006 lagi, Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban telah mula menyerang kepimpinan Mohamad Hassan dengan mengaitkan isu-isu pemberian projek kerajaan negeri yang dicatur abang MB, Dato' Azman Hassan. Malah sewaktu menjadi Adun Lenggeng (2004- 2008), Ishak menyerang Mohamad Hassan termasuk di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam isu tersebut. Nyata, kehadiran Mohamad Hassan yang juga seorang tokoh korporat tidak menyenangkan veteran Umno-BN Negeri Sembilan yang lebih senang dengan Isa Samad. Selepas PRU 2008, timbul pula desas-desus Mohamad Hassan mahu digantikan dengan MB yang lain, namun segalanya tidak menjadi kerana ketika itu Umno dalam keadaan tenat kerana perpecahan dalaman antara puak Abdullah dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perpecahan itu dikaitkan dengan isu Mahathir tidak mendapat layanan istimewa dalam projek-projek membabitkan anak-anak dan kroninya semasa zaman Abdullah menerajui kerajaan khasnya dalam projek 'jambatan bengkok' di Johor. Dalam pada itu Mohamad Hassan terus mengintai peluang mendekati Najib melalui beberapa program yang diadakan di Seremban dengan beberapa kali mempromosi kehadiran isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. Begitupun strategi itu kurang berjaya, malah mutakhir ini dalam beberapa siri lawatan Najib ke Negeri Sembilan mendapati ramai dikalangan veteran Umno dan pimpinan bahagian tidak senang dengan kelibat Mohamad Hassan. Perasaan tidak senang itu membawa kepada usaha pihak tertentu untuk menampilkan calon lain bagi menggantikan Mohamad Hassan selaku MB sekiranya BN masih menerajui negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Namun, di sebalik semua percaturan itu, Mohamad Hassan dikatakan menyedari kedudukannya yang kini boleh diumpamakan seperti telur di hujung tanduk. Sumber dalaman Umno Negeri Sembilan kini terdapat usaha dan lobi pihak tertentu untuk menjatuhkan Mohamad Hassan dan menggantikan dengan beberapa tokoh yang kini duduk di Kabinet Najib. | TERBUKTI Najib Pengecut & Bacul, Tidak Hadir Sessi Perbahasan Bajet 2013 Posted: 01 Oct 2012 01:59 AM PDT KELAB GREENBOCAnwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran NajibKUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini. Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang. -SH Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013 klik untuk baca | [BONGKAR] Kredibiliti Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin Berkecai Posted: 01 Oct 2012 01:55 AM PDT KELAB GREENBOC Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor. Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co. Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini. Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap. Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan. "Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu. Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co. Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah. Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011. Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi. Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011. "Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya. "Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi. Pemimpin NGO didakwa pecah amanahUlasan GB Patutlah terpekik terlolong selama ni di Selangor. ..anti-penyelewenganlah konon... rupa-rupanya nak tutup penyelewengan diri sendiri. GB dah pesan kepada puak-puak UMNO ni berkali-kali.. jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.... kelak seluar kamu terlucut... itu tak apa lagi... kalau diberikan hukuman/balasan atau ujian patah riuk kena langgar lori balak atau steamroll.. lagi parah..... Bertaubatlah kamu wahai UMNO! | Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!! Posted: 01 Oct 2012 01:52 AM PDT
Sumber : The Economist Hutang Malaysia Terkini : Sebelum berlangsung Pembentangan Bajet 2013 petang ini, apa kata kita semak hutang Malaysia yang terkini. Mengikut semakan data yang diperoleh terus daripada Bank Negara ini, di mana datanya telah dikemaskinikan pada 24 September 2012 yang lalu. Kalau diikutkan….. Kalau diikutkan dari tahun 1988 sehingga tahun 2011, Belanjawan Negara secara purata mencatatkan -2.89% daripada KDNK. Rekod tertinggi hanya yang positif pada bulan Disember tahun 1997, 2.4%; dan, rekod terendah, negatif ialah pada bukan Disember 2009. Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?
Hutang Kerajaan Malaysia Sebelum Bajet 2013Sumber : Bank Negara Sebelum ini, Credit Suisse, Fitch Rating, Standard & Poor's, semuanya memberikan gambaran yang cukup membimbangkan yang harus menuntut kerajaan Malaysia mengambil langkah yang serius mulai sekarang. Janganlah berlengah lagi. Contohnya :
P/S : Sama-sama kita nantikan apa mekanisme dan langkah yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia kali ini bagi mengekang lonjakan hutang negara Malaysia selepas ini dalam pembentangan Bajet 2013? PP/S : Apa respon anda dnegan keadaan hutang Malaysia ketika ini? | Bolehkah Gangnam kenyangkan perut? Posted: 01 Oct 2012 01:46 AM PDT Dr Ridhuan Tee Abdullah Saya begitu teruja dengan pendapat seorang bergelar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, supaya menggunakan elemen budaya popular seperti tarian Gangnam Style dan lagu Kolaveri untuk mendekati orang muda. Gangnam Style merupakan lagu penyanyi pop Korea Selatan, PSY, yang mencetuskan fenomena seluruh dunia.
Sepanjang kajian saya terhadap lagu kebangsaan negara, tidak ada satu lagu kebangsaan berentak sedemikian gila bunyinya. Begitu juga lagu 1M4U, sudah tentu jauh bezanya dengan Gangnam. Kenapa kita terlalu terikut dengan rentak dan cara hidup orang lain? Maka tidak hairanlah kalangan remaja kita kurang semangat patriotik, rupa-rupanya kalangan pemimpin pun tidak mencanangkan budaya kebangsaan, malah lebih memuji budaya luar yang tidak ada kena-mengena dengan cara hidup kita? Apakah kita sudah ketandusan idea untuk mempropagandakan budaya sendiri yang lebih sesuai? Sebagai rakyat yang mempunyai jati diri, saya tidak akan terpengaruh dengan 1,000 kali Gangnam atau Kolaveri. Saya masih mengagumi budaya dan muzik tempatan yang terserlah jati dirinya dan tidak terinjak-injak seperti orang tidak sedar diri. Jika tarian itu mahu juga diterima, perlu ada garis panduan supaya tidak terkeluar daripada norma-norma ketimuran. Bukti ini menunjukkan pengaruh Barat begitu cepat meresap ke dalam masyarakat Timur tatkala orang Barat sendiri menolak budaya tersebut. Hari ini, Barat mencanangkan staying up, up, up in a down, down, down world (Ziglar, 2000) dan raising positive kids in a negative world (Ziglar, 1985). Kita pula terlalu sibuk dengan hiburan dan muzik. Pengalaman berada di Brisbane Australia selama beberapa hari, menjadikan saya terfikir, apakah ini sebenarnya kehidupan? Apa sebenarnya kemahuan manusia? Pada mereka bahagia adalah dengan bekerja keras, mempunyai wang banyak dan membelanjakannya bagi tujuan hiburan serta berpelesiran pada waktu lapang. Kehidupan berkeluarga sudah tidak penting lagi. Maka tidak hairanlah, bandar-bandar mereka agak sepi pada malam hari antara Isnin dan Jumaat. Malam-malam bandar ini kembali meriah pada Sabtu dan Ahad. Pada pandangan mereka, selepas penat bekerja, tibalah masanya untuk bergembira dan bersuka ria tanpa batas. Persoalannya, adakah ini yang diindekskan sebagai bahagia? Perlukah bandar raya kita hidup selama 24 jam mengalahkan Barat? Jika inilah indikatornya maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tempat ke-51 daripada 156 negara yang dikaji oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indeks 'Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan PBB di New York mungkin tidak sesuai untuk kita di sini. Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara selepas Singapura, dikatakan negara paling gembira di rantau itu. Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut, yang paling bahagia di dunia. Indikator lain yang digunakan adalah kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan rasuah. Di kalangan individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga stabil adalah faktor diambil kira. Amerika Syarikat menduduki tangga ke-11, Jepun (44), China (111), Iran (84) dan Syria, 106. Negara paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. Analisis ini ada boleh diterima, ada yang tidak. Ramai sarjana dan agamawan (terutama Islam), bersetuju bahawa kesejahteraan dan kebahagiaan tidak terbatas kepada perasaan peribadi (subjective feelings) atau kegembiraan atau keseronokan (pleasure), walaupun unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan dari makna pengalaman tersebut. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat alam semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab (Wan Mohd Nor, 2011). Justeru, apa yang kita perlu fikirkan hari ini bukan budaya terlalu suka berhibur atau bergangnam, tetapi fikirkan keadaan bagaimana nak keluarkan manusia dari belenggu kemiskinan dan kehidupan yang terlalu menghimpit. Justeru, saya amat hairan, kenapa kita terlalu ghairah dengan Gangnam dan Kolaveri? Apakah Gangnam boleh mengenyangkan perut kita? Bila perut lapar kita akan cari nasi, bukannya Gangnam. Penulis adalah Profesor Madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | 5 hari saja, Hantu Kapcai kutip RM2 juta Posted: 01 Oct 2012 01:42 AM PDT KL TODAY Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan. Norman berkata, sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah membuka harapan kepada filem tempatan lain. "Sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran. "Kejayaan Hantu Kapcai mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut. Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Dalam pada itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam. "Jika dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini," katanya. Sementara itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai projek pada masa hadapan. Tambah Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada penerbitan filem bertaraf antarabangsa. | Koh sasar menang semula di Beruas dan Teluk Intan, pertahan Simpang Renggam Posted: 01 Oct 2012 01:40 AM PDT TERKINI Oleh Nomy Nozwir KUALA LUMPUR — Presiden parti Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon mensasarkan untuk memenangi semula kerusi parlimen di Beruas dan Teluk Intan di Perak, di samping mempertahankan kerusi Simpang Renggam di Johor. Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, misi utama Gerakan ialah mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008 dan memenangi seberapa banyak kerusi. "Bagaimanapun, kita sudah berbincang dengan Umno yang mahu bertanding di Gerik, dan kita cuba mendapatkan kerusi Taiping, di samping Beruas dan Teluk Intan di Perak," kata Koh dalam sidang media selepas tamat mesyuarat agung parti tersebut, hari ini. Koh berkata, beliau yakin untuk Gerakan menang di Beruas dan Teluk Intan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, calon Gerakan tewas dalam jumlah majoriti kurang daripada 1,000 undi. "Bagaimanapun, ini hanya di peringkat awal, dan seterusnya kita akan membincangkan soal calon dengan parti komponen yang lain nanti," kata Koh lagi. Koh juga berkata, beliau mahu Gerakan memecahkan angka kosong setelah Gerakan tewas semua calon dalam pilihan raya umum di peringkat negeri Pulau Pinang. "Di kerusi DUN Pulau Pinang, kita kalah kesemua kerusi, oleh itu kita harap kita dapat pecahkan angka kosong di Pulau Pinang," katanya. "Kita menyedari kita dalam keadaan sekarang amat sukar, tetapi saya percaya dengan kerja keras kita boleh mendapatkan lebih banyak undi di Pulau Pinang." Beliau juga tidak memberikan sebarang komen apakah beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Sebelum itu dalam ucapan penggulungannya, Koh menyeru kepada ahli Gerakan agar menggunakan "positive politics" yang menolak politik ekstremisme untuk mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang. "Ya, kita juga mahukan perubahan," katanya. "Tetapi kita mahukan perubahan yang membawa perkara yang lebih baik, bukannya berdasarkan emosi semata-mata." Beliau juga menyeru supaya ahli membuat kerja bukan kerana untuk mendapat jawatan atau menjadi calon, tetapi bekerja untuk membantu rakyat. "Saya mahu melihat pencapaian dahulu sebelum kita berikan jawatan atau menjadi calon," katanya lagi. | Penanam padi boleh dapat ganti rugi maksimum RM13,000 — Awang Dek Posted: 01 Oct 2012 01:38 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER BACHOK — Pesawah padi yang tanamannya mengalami kerosakan, layak memperoleh ganti rugi maksimum sebanyak RM13,000 untuk kawasan sawah tidak lebih 10 hektar di bawah Skim Perlindungan Takaful Padi yang diumum dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dengan adanya skim perlindungan itu, ia akan meringankan beban pesawah dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah mendapatkan modal pusingan. Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, berkata petani di kawasan Lembaga Kemajuan Petanian Kemubu (Kada) berpotensi mendapat skim itu kerana tanaman mereka seringkali menghadapi kerosakan seperti serangan tikus dan banjir. "Selama ini mereka menghadapi masalah besar apabila mengalami kerugian disebabkan tanaman padi rosak," katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan zakat kepada 350 petani di Kampung Padang Melintang, Beris Kubur Besar di sini, petang semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan skim itu dengan memberi manfaat kepada 172,000 pesawah. — Bernama | Noh Omar yakin BN menang 32 kerusi DUN di Selangor Posted: 01 Oct 2012 01:36 AM PDT Oleh Nomy Nozwir KUALA LUMPUR — Pemimpin veteran Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula negeri terkaya tersebut dengan memenangi 32 daripada 56 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 . Ahli Parlimen Tanjung Karang tersebut berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat di Selangor mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah negeri. "Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi Insya-Allah saya yakin BN mampu kembali menawan Selangor, sekurang-kurangnya 32 buah kerusi," kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Menurut Noh yang juga menteri pertanian, calon menteri besar adalah tidak penting, kerana kemenangan adalah menjadi perkara yang utama. "Semasa tahun 2008, mereka (Pakatan) pun tak tahu siapa calon menteri besar untuk mereka, jadi adalah lebih baik untuk BN memberi fokus untuk kemenangan untuk menawan kembali Selangor," katanya. Kerusi-kerusi di negeri Selangor dikatakan merupakan kerusi panas kerana negeri ini mempunyai pengundi baru yang ramai disamping merupakan negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia. Pada 8 Mac 2008, BN memenangi 20 buah kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PR memenangi 36 kerusi dengan 15 kerusi dimenangi PKR, 13 DAP dan 8 dari PAS. Noh juga menolak kemungkinan beliau akan menjadi menteri besar Selangor walaupun desas desus mengatakan beliau dicalonkan sebagai jawatan tertinggi di negeri tersebut. "Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu mendahului takdir, saya masih lagi ahli parlimen Tanjung Karang, tetapi semuanya bergantung pada pucuk pimpinan. "Yang penting kita gerakkan jentera parti untuk memenangi negeri ini, soal siapa menteri besar tidak penting," kata Noh lagi, yang juga merupakan timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri Selangor. Bekas menteri besar, Dr Mohammad Khir Toyo juga menolak dari bertanding dalam pilihan raya akan datang, setelah mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pecah amanah. | Posted: 01 Oct 2012 01:31 AM PDT Fokus Pakatan meningkatkan pendapatan isi rumahOleh Lisa J Ariffin KUALA LUMPUR— Pelan ekonomi negara harus berubah dari hanya merancang untuk mencapai sasaran ekuiti semata-mata, tetapi memastikan pendapatan minima RM4,000 sebulan dapat dicapai dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini. Dia berkata, pertumbuhan ekonomi seharusnya digerakkan oleh perniagaan kecil dan sederhana, dan bukan sekadar "seorang dua bos besar". Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang tersebut membentangkan cadangan bajet 2013 dari PR dan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan daripada mengejar sasaran ekuiti. "Kenyataan ini bagaimanapun berubah menjadi semua orang membuat andaian bahawa PR berjanji untuk membayar wang kepada orang ramai sehingga mencecah RM4,000 sebulan," kata Anwar lagi. "Caranya haruslah berdasarkan pengembangan pembangunan ekonomi dan memastikan pendapatan penduduk bertambah," dia berkata dalam sesi debat di dalam cadangan Bajet 2013 yang dibentangkan kerajaan. nwar menekankan pendapatan isirumah keluarga adalah penting dalam mencapai sasaran ekonomi bagi memastikan tidak ada siapa yang ketinggalan dari pembangunan dan kekayaan negara. "Kebajikan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan dan perlindungan agar tidak ketinggalan, dan menjadi tanggungjawab untuk mewujudkan sistem keselamatan sosial," katanya lagi. Anwar juga berkata pertumbuhan ekonomi haruslah dibangunkan oleh usahawan kecil dan sederhana "yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi," dan bukannya "satu atau dua orang bos memonopli kebanyakan aktiviti ekonomi. "Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi, dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi dan bersaing dengan usahawan kecil," katanya lagi. Minggu lalu, Anwar berjanji untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia melalui harga kereta yang lebih murah, penghapusan tol dan pemansuhan pinjaman pelajar. Anwar berkata kerajaan PR mampu membayar semua yang dicadangkan walaupun tidak meningkatkan cuka, sebaliknya mengelakkan ketirisan dari tidak efisyen dan rasuah. | Wartawan sukan Bernama meninggal dunia Posted: 01 Oct 2012 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Meja Sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zulhilmi Supaat, 44, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini setelah mengalami sesak nafas. Balu Allahyarham, Noor Aidah Idris, 37, berkata, Allahyarham mengalami sesak nafas malam tadi dan meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi ini. Wartawan sukan itu mempunyai empat orang anak - Amir Fitri, 9, Alya Farisah, 7, Aina Farizah, 6, dan Akmal Fahmi, 5. Allahyaram menyertai Bernama pada 1992 dan membuat liputan pelbagai acara sukan di dalam dan luar negara, antaranya Sukan Olimpik London Ogos lepas, Sukan Asia di Sukan Asia Guangzhou 2010, Sukan Komanwel 2010 di New Delhi serta beberapa kejohanan badminton Piala Thomas. Allahyarham juga adalah anggota jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). | Formula 3-3-3-1 BN rampas Pulau Pinang Posted: 01 Oct 2012 01:28 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE BUTTERWORTH - Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan merealisasikan Formula 3-3-3-1 jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC. "Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi Dun boleh dirampas di negeri ini," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri, di sini, hari ini. Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi Dun daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan Pas satu kerusi. Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata, krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP. PKR dan Pas perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya. Krisis antara Guan Eng dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Setiausaha Agung DAP sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu. Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang. Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU13.- Bernama | TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya Posted: 30 Sep 2012 05:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini. Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum. Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut. "Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program "Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya. Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam. Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain. Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan. "Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya. Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri. "Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya. Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka. | Nama Presiden GAPS Selangor Disebut Kes Pecah Amanah 2010 Posted: 30 Sep 2012 05:05 PM PDT SHAH ALAM: Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor. Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co. Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini. Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap. Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan. "Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu. Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co. Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah. Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011. Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi. Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011. "Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya. "Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi. | PARLIMEN NIBONG TEBAL DIWAKILI OLEH PENYELARAS SAMM? Posted: 30 Sep 2012 04:47 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSAKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang. Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen. Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap. Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya. Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau? Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau. Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya. Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno. Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos. Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana. Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti. Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang. | Bajet 2013: Nik Aziz mahu isu royalti diselesai Posted: 30 Sep 2012 04:45 PM PDT KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak persoalkan kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan Kerajaan Pusat Jumaat lalu, sebaliknya mahu tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri diselesaikan. Beliau berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat. "Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda. Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi. "Saya belum baca sepenuhnya, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya. Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi 'gula gula' sekali gus merendahkan nilai rakyat. Kelmarin, Nik Aziz dipetik berkata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat. "Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT. "Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya. | Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami Posted: 30 Sep 2012 04:41 PM PDT SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja. Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain. Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram. Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu. Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu. Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya. "Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram. "Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak. "Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran," katanya di sini, kelmarin. Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan. "Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk. "Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya," katanya. Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan. "Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya. "Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi," katanya. Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya. "Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya. Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan. "Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. "Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah," katanya. Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan' sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan. "Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat," katanya. Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia. Disihir minyak dagu Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan. Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan. Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental. "Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja. "Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya. "Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu," katanya. Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya. "Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu," katanya. Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya. "Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka," katanya. Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya. Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan. | Pelajar Aswara antara 2 penunggang motosikal maut Posted: 30 Sep 2012 04:39 PM PDT Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, R Selaraseh, 19, dari Sungai Lui, Raub, Pahang dipercayai terbabas setelah dilanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak mangsa yang ketika itu terjatuh di tepi jalan. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, Selaraseh berada di laluan kanan lebuh raya dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam dan tidak menggunakan laluan motosikal ketika kejadian. "Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian," katanya. Selang dua jam selepas kejadian itu katanya, berlaku satu lagi kemalangan melibatkan motosikal di lokasi sama tetapi kejadian di laluan bertentangan. Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mazlan, 19, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian. "Motosikal ditunggang Muhammad Amirul dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter. Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dan siasatan mendapati dia juga tidak menggunakan laluan motosikal. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan