Isnin, 1 Oktober 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Amaran Nik Aziz: Jangan guna royalti Kelantan

Posted: 01 Oct 2012 01:52 AM PDT


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.

"Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan. "Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.

Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada 'membeli undi'.

"Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.

"Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,"ujarnya.

Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.

Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.

Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.

Xpresi Cinta Nabi Muhammad S.A.W & Kuliah Haraki

Posted: 01 Oct 2012 01:52 AM PDT






Laporan Audit sedarkan dari ‘candu’ bajet Najib

Posted: 01 Oct 2012 01:44 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan.

Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.

Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara  bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.

"Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian one-off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Kini, ujar beliau rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tadbir oleh kerajaan BN.

"Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena 'candu' yang ditanam dalam bajet Najib," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ini kerana, tambah beliau Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

BN, katanya sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.

Justeru, ujar beliau rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Pengikut