Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Sep 2012 03:08 PM PDT | [Video] Gadis Koma Selepas Jalani Rawatan Besarkan Punggung, Seorang Lelaki Didakwa Posted: 22 Sep 2012 05:00 AM PDT [HM] BANGKOK: 'Doktor' kosmetik tanpa lesen, Thanat Natveerakul, 24, yang dikenali sebagai Dr Pop, membuat pengakuan dia menyuntik sejenis bahan pengisi di punggung Athitiya Eiamyai, 33 tahun yang menyebabkan mangsa koma. Thanat menyerah diri kepada Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak, semalam. Dia mengaku tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu tetapi berkata pernah bekerja sebagai pembantu di klinik kulit dan diberi tugas untuk membuat suntikan. Selepas mendapat pengalaman, dia meletak jawatan dan mula mencari pelanggan sendiri yang datang kepadanya melalui hebahan mulut ke mulut. Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual. Perkhidmatan yang biasa diberikan termasuk suntikan untuk pemutihan kulit dan suntikan membesarkan saiz punggung pada harga antara 500 dan 1,000 baht (RM50 dan RM100) tetapi dia mengenakan bayaran 40,000 baht (RM4,000) kepada Athitiya kerana dia menggunakan bahan pengisi yang diimport, sebelum ini dilaporkan sebagai kolagen. | MB Selangor Lancar Buku Perihal Diri, Hasil Jualan Terus Ke Rumah-rumah Kebajikan Posted: 22 Sep 2012 02:00 AM PDT
[Selangorku] PETALING JAYA, 20 SEPT: Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api. Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja. Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun. Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat. Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya. Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya. Pada 1979, 21 tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad. Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa. Ini atas kejayaan mengetuai operasi 'dawn raid' di Bursa Saham London dengan 'membawa pulang' syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd). Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan 'dawn raid', anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14. Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, 'Fearless: From Kampung Boy To CEO'. Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini. Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tip-tip berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat. Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca. Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat. "Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat. "Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik," katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut. Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan. Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka. | Zuraida Menunggu Saman Shafie-Zahida, Kalau Fitnah Mengapa Lambat Sangat Fail Saman? Posted: 22 Sep 2012 12:50 AM PDT [KD] Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta. Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi. "Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini. SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Pendedahan itu dibuat susulan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012. Ekoran itu, Pada Jun lalu, Wanita KEADILAN membuat laporan menggesa SPRM menyiasat dari mana Shafie memperoleh RM1.5 juta untuk membiaya Zahida. Mengulas lanjut Zuraida berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat bagi mendesak suruhanjaya itu memaklumkan hasil siasatan. Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai tindakan saman yang dibuat oleh Zahida dan Shafie ekoran pendedahan itu. "Saya masih menunggu saman daripada mereka. Setakat ini tiada apa-apa tindakan pun terhadap saya. Saya bersedia kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang," tegasnya. Zahida melalui peguamnya pada 23 April lalu menuntut supaya Zuraida berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf. Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, Zuraida berdepan prosiding undang-undang. P/s: Kah kah kah! | Guru, Gagal Dikesan Sejak Mac, Ikut Teman Lelaki Posted: 21 Sep 2012 11:12 PM PDT [HM] JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin. Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi. Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu. "Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa," katanya. Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an. Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri. "Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya. "Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu," katanya. Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib. Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga. Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486. | PKR Gelar Pengerusi SPR "Penipu Besar", Mengapa? Posted: 21 Sep 2012 10:12 PM PDT [TMI] KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof "penipu besar" kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor. Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. "Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat," kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider. Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor. Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini. "Gambar itu telah diubah," kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya. Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya. "Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar," kata Saifuddin. "Saya tunjuk gambar ini. "Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah. "Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal," kata Saifuddin lagi. Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang. Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara. Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang. |
Posted: 22 Sep 2012 02:17 PM PDT Pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah seorang "penipu besar" kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor. Menurut setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. "Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat," kata ahli parlimen Machang itu Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor. Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini. "Gambar itu telah diubah," kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya. Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya. "Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar," kata Saifuddin. "Saya tunjuk gambar ini. "Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah. "Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal," kata Saifuddin lagi. Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang. Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara. Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan