Cucu Tok Selampit Posted: 21 Sep 2012 01:52 PM PDT Gambar Anwar Ibrahim Dan Kroni Di Dalam Jet Peribadi - Inilah Pemimpin Berjiwa Rakyat Posted: 21 Sep 2012 05:09 AM PDT Gambar-gambar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama dengan kroni-kroninya di dalam jet peribadi tersebar luas di internet. Gambar-gambar berkenaan diambil sewaktu penjelajahan belisu ke Sabah dan Sarawak menjelang 16 September yang lepas. Anwar Ibrahim berjaya membuktikan bahawa beliau pemimpin berjiwa Rakyat.
Bayangkan kalau Menteri-Menteri Barisan Nasional berada di dalam gambar di atas. Beberapa bloggers terkenal pembamgkang bingkas bangun menjawab isu ini. Antaranya adalah Mohd Sayuti Omar. Kata beliau di dalam blognya, apa salahnya Anwar Ibrahim menjelajah Sabah dan Sarawak dengan jet peribadi memandangkan perjalanan dengan Air Asia dan MAS amat meletihkan.
CTS dan rakan-rakan bloggers pro-Kerajaan tidak mengatakan naik jet peribadi itu salah. Cumanya dengan gebang Anwar Ibrahim di dalam ceramah-ceramah beliau membayangkan beliau pemimpin berjiwa Rakyat nampak lebih kepada cakap tidak serupa bikin. Belum menjadi Perdana Menteri sudah bernafsu besar menaiki jet peribadi untuk berceramah. Bayangkan kalau jawatan Perdana Menteri berada di dalam tangannya. Nauzubillah himinzalik. Published with Blogger-droid v2.0.9 | DS Noh Omar Sahkan MB Selangor @Khalid_Ibrahim Bohong - UNISEL Ada Sijil Menduduki! Posted: 21 Sep 2012 02:10 AM PDT Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibraim awal bulan ini mengesahkan bahawa Universiti Selangor (UNISEL) mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Menteri Besar Selangor, turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF.
Selain itu Abdul Khalid berkata perjanjian antara Unisel dan JNSB yang ditandatangani pada 2003 dan 2004 selama 30 tahun itu dilihat berat sebelah serta merugikan universiti milik kerajaan negeri berkenaan. Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Noh Omar telah mengeluarkan bukti bahawa UNISEL sememangnya telah mendapat Sijil Layak Menduduki semenjak 03 September 2007. Sekarang, mana Menteri Besar Selangor ini hendak letak muka apabila cuba membohongi Rakyat Selangor? Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki dari Majlis Daerah Kuala Selangor di lampirkan di bawah dan video temuramah dengan DS Noh Omar boleh diikuti di blognya, di sini.
| Undangan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Malam Ni? Biar Betul Beb! Posted: 21 Sep 2012 12:49 AM PDT CTS ada menerima undangan Jamuan Hari Raya seperti di bawah. Tak tahulah sampai bila Aidil Fitri akan berakhir. Hari ini sudah masuk 6 Zulkaedah. Hendak buat makan-makan atau jamuan buatlah. Tiada siapa yang larang. Jangan gunakan nama Aidil Fitri kerana Syawal sudah seminggu berlalu. Nanti apa kata kaum lain, orang Islam puasa sebulan, takkan raya sepanjang tahun? Haish! Majlis Hari Raya Aidilfitri Puteri Umno Bahagian Pandan
Salam dato/datin/tuan /puan/cik yang dihormati,dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Puteri Umno Bahagian Pandan
Tarikh : 21hb september 2012 Time : 8.30 malam Alamat : no 17, jalan pandan ria 6, taman taman pandan ria 2, pandan cahaya.
Jemputlah hadir bersama keluarga dan sahabat untuk memeriahkan majlis hari raya Puteri Pandan.
Zahida Zarik Khan
Published with Blogger-droid v2.0.9 | Gambar-Gambar Terkini Dari Kampung Baru - Bantahan Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW #respect Posted: 20 Sep 2012 11:42 PM PDT
Published with Blogger-droid v2.0.9 | |
Tok Janggut Keramat Posted: 21 Sep 2012 01:44 PM PDT PANDANGAN YANG LAIN DARI KOTAK MINDA YANG BERBEZA. Posted: 21 Sep 2012 09:59 AM PDT http://www.youtube.com/watch?v=SNreh94ew3s Kita memang selalu suka bersetuju dengan pandangan dari sidut tersendiri begini. Memanglah kita sehartusnya sentiasa menyemak kerja kita dan potensi kita. Bukan kerja orang dan kriativiti orang. Kalaulah kita rasa tergores atas apa apa sebab kitalah pula yang seharusnya berusaha untuk berkarya melawan dan mengatasi perkara yang melukai hati dan perasaan kita itu. Buatlah kerja jangka pendek dan jangka panjang untuk perkukuhkan benteng benteng didada dada anak anak kita. Semuga mereka tetap melihat segala yang salah itu dengan penoh rasa benci dan bulat bulat menolaknya. Namun kita juga kena sedar bahawa kita menghadapi suasana yang berlain sama sekali di Malaysia ini; dimana semua pihak adalah terperangkap dalam tekanan suasana tersendiri itu; dan tidak boleh lari darinya tampa menanggong rugi yang parah. Inilah yang terjadi apabila kita sesama kita terpaksa memacak kekuda untuk lebih tegap dalam tapak strategi perebutan kuasa. Segalanya kena dilihat dari sudut untung rugi pengaruh undi dalam politiking kumpulan kita. Sehinggakan kekadang kita lupa bahawa kita sudah sampai terlangkah sempadan janji asal kejadian kita hanya untuk mempertahankan strategi perebutan puak kita. Takut hamba untuk menggunakan istilah dalam ajaran ugama dalam hal langgaran sempadan ini. Bagaimana pun kita harus rasa bersyukur kerana suasana kini seolahnya sedang mengetok pintu sallam. Semuga sallam dan rasa sallam yang tercetus itu tidak dikhianati. Dan semuga khianat khianat terhadapnya yang ada dan akan terus tercipta dapat diabaikan oleh semangat sallam yang ikhlas dari semua pihak terlibat. Inshaallah.Jawapan Isu Video Menghina Rasulullah S.A.W. Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid | |
yeopPERAK Posted: 21 Sep 2012 01:41 PM PDT Allah selalu menguji kita Posted: 21 Sep 2012 09:35 AM PDT TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar cerita antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
SALAMULLAH LOVE UOLS | Cakap pasal takdir Posted: 21 Sep 2012 01:01 AM PDT Jika engkau minta intan permata Tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku capai bintang Dari langit untukmuJika engkau minta satu dunia Akan aku coba Ku hanya mampu jadi milikmu Pastikan kau bahagiaHati ini bukan milik ku lagi Seribu tahun pun akan ku nanti Kan kamu Sayangku jangan kau persoalkan Siapa dihatiku Terukir di bintangTak mungkin hilang cintaku padamuTakdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang,MEMBERI apa yang tidak dirancang,MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiah kemanisan dalam kegembiraan,menyemai benih keakraban,serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan mahupun dalam EPISOD percintaan.Tak perlu terlalu lama menangisi yang telah pergi,sbb mungkin nanti kita akn bersyukur telah meninggalkan apa yang kita tangisi saat ini.Berusahalah untuk tidak menghitung kesulitan,sbb jika kita terlalu sgt menghitungnya,perkara yg mudah akan terlihat seperti biasa saja.Bagi aku jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu dgn benar,sbb kadang2 setiap kesalahan akan membuat peribadi kita menjadi lebih baik...Rencana Tuhan ni selalu berakhir dengan kebaikan..Dan jika yg kita terima belum baik, maka itu bukanlah yg terakhir..Dengan selalu berupaya menjadi ORANG BAIK dan melakukan yg trbaik, maka kebaikan akan selalu berada disekitar kita.. | |
MUSLI OLI Posted: 21 Sep 2012 01:32 PM PDT DR JEFFREY DAN BUMBURING - ANTARA RETORIK DAN REALITI Posted: 20 Sep 2012 06:05 PM PDT
Sejak awal merdeka, secara umum lebih 50% penduduk Sabah tidak berpuashati dengan status Sabah dalam Persekutuan Malaysia berpunca daripada sikap kerajaan Pusat yang tidak menghormati syarat-syarat MALAYSIA AGREEMENT 1963 dan tidak mematuhi syarat-syarat dalam Perkara 20.
Pemimpin pertama yang menyuarakan rasa hati orang Sabah ialah Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stpehen pada 1965 setelah penarikan Singapura daripada Persekutuan. Berikutan itu Donald Stephens digugurkan daripada jawatannya dan digantikan dengan pemimpin SCA. Peter Lo menjadi KM Sabah selama 2 tahun sebelum pilihan raya umum pertama 1967.
Pilihan raya negeri pertama menyaksikan persaingan sengit antara dua komponen Parti Perikatan Sabah (Sabah Alliance Party) USNO yang diketuai Tun Mustapha dan UPKO pimpinan Tun Stephens. Dalam pilihanraya itu, Kuala Lumpur secara terbuka memberi sokongan kepada USNO! Parti UMNO dan MCA masing-masing secara sulit membantu parti USNO dan SCA.
Keputusan PRN pertama mengesahkan sentiment kaum KDM yang tidak memihak kepada Malaysia dengan memperolehi 50% jumlah pengundi yang mengundi UPKO walaupun keputusan tidak memihak kepada UPKO yang hanya mendapat 12 kerusi berbanding dengan 14 kerusi yang dimenangi USNO. Parti SCA menang 5 kerusi dan Bebas menang satu kerusi bila Peter Lo kalah kepada Yap Pak Leong.
Punca utama UPKO kalah kerana Tun Stephens yang terlalu percaya kepada Tunku Abdul Rahman Putra yang meminta Tun Stephens jangan bertanding dalam PRN 1967 itu. Tunku berjanji pilihan raya itu adalah friendly contest antara anggota komponen Perikatan. Bagaimanapun janji Tunku tidak benar. Kuala Lumpur berniat untuk hancurkan UPKO dengan cara yang paling kotor!
Pada Pilihanraya negeri 1976, sokongan kaum KDM diterjemahkan dengan sokongan kepada parti BERJAYA yang memperolehi 28 kerusi manakala parti pemerintah USNO hanya dapat pertahan 20 kerusi di kawasan majority bumiputera Islam.
Kemenangan PBS pada 1985 mengalahkan BERJAYA juga adalah atas sokongan kaum KDM dengan sentiment yang sama pada 1967 dan 1976 iaitu tidak puas hati dengan layanan KL keatas Sabah! Bertitik tolak daripada itu lahirlah slogan SABAH FOR SABAHANS!
Kaum KDM sedang menunggu untuk mencari sebuah parti dan pemimpin yang akan mengetuai mereka menentang ketidakadilan KL keatas Sabah. Isu-isu terkini seperti PTI dan tanah-tanah adat yang dirampas syarikat-syarikat besar dari luar Sabah merupakan isu-isu yang dekat dengan hati mereka.
Pemimpin KDM seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil kesempatan daripada sentiment kaumnya dengan mengetuai STAR di Sabah sungguhpun Dr Jeffrey sedar STAR tidak akan mendapat sokongan secara menyeluruh. Tetapi Dr Jeffrey tahu, KDM adalah fixed deposit partinya jika tiada parti politik lain atau pemimpin KDM lain yang boleh mengambil peranan mengetuai kaum KDM.
Kemunculan ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing yang keluar daripada UPKO dan menubuhkan APS telah merubah lanskap politik di kawasan KDM. Kelihatan Bumburing sanggup mengorbankan jawatannya dan bersedia menentang BN kerana mempertahankan hak-hak kaum KDM terutama dalam isu PTI dan tanah adat!
Berbeza dengan Dr Jeffrey yang menentang BN secara bersendirian dan menuduh PR sebagai parti-parti dari Malaya, Bumburing pula memberi sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Jeffrey lebih retorik dalam tuntutannya termasuk meminta lebih 50% royalty petroleum daripada Kerajaan Pusat berbanding dengan komitmen PR dalam Buku Jingga yang memberi 20% royalty kepada Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri pengeluar minyak lain, Terengganu dan Kelantan.
| |
Apa Yang Tersirat Posted: 21 Sep 2012 01:18 PM PDT Teka teki PRU-13 hampir terjawab Posted: 21 Sep 2012 12:17 AM PDT PENTUAN Persidangan Agung Umno yang ditetapkan pada 27 November bertepatan dengan hari terakhir sidang dewan rakyat, memperkuat tekaan tarikh PRU-13 akan berlangsung selepas April 2013.
Mandat Dewan Rakyat sekarang secara automatik terbubar pada 28 April 2013. Jika sebelum tarikh itu SPB Agong tidak membubarkan Parlimen, maka SPR perlu mengadakan PRU-13 dalam tempoh 60 hari.
Berasaskan pengumunan Najib berkaitan PAU Umno, maka ramai yang meramalkan bahawa Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi tumpuan umum, bukan sahaja kerana pembentangan Bajet 2013, tetapi juga bagi membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.(Mesyuarat yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal). Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.
Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan sebelum 28 April 2013, maka secara automatik Parlimen dan semua Dewan undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya kecuali Sarawak.
Jika ini yang belaku, maka tidak timbul lagi pilihanraya berasingan antara Parlimen dan DUN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebenarnya jika cara ini ditempoh Najib, maka ianya merupakan rekod, kerana julung kali berlaku di negara ini selepas berjaya mengadakan PRU selama 12 kali.
Jika benarlah Najib tidak menasehatkan SPB Agong supaya membubarkan Parlimen sebelum tarikh tamat, maka ianya satu cara yang adil, kerana penentuan tarikh pilihanraya ditentukan sepenuhnya oleh badan bebas-yakni SPR.
Dengan cara menunggu Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya , maka pihak pembangkang tidak lagi boleh menuding jari kepada Perdana Menteri, berhubung tarikh pilihanraya.
Sebaiknya inilah jalan terbaik..
| Foto Bernama yang jadi kontraversi Posted: 20 Sep 2012 02:18 PM PDT Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama | |
DIMENSI Posted: 21 Sep 2012 11:40 AM PDT Omegay: Ngeh Kanina - dah hina baru mintak maaf? >:] Posted: 21 Sep 2012 01:58 AM PDT
Menurutnya, kenyataan Koo Ham awal minggu ini menerusi Twitter perlu dikenakan tindakan tegas dan dikeluarkan dari DAP.
"Kita kecam tindakan Koo Ham itu yang menghina tindakan umat Islam untuk mengadakan bantahan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
"Kita bagi tempoh tujuh hari untuk DAP lucutkan jawatan Koo Ham itu, kalau tak dilucutkan kita anggap DAP sokong perbuatan hina agama lain," katanya ketika berucap pada demonstrasi bantahan filem Innocence of Muslims di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas selesai solat Jumaat.
Sebelum ini, Twitter yang dikeluarkan oleh Koo Ham menjadi perhatian ramai pihak dan Khairy telah menyoalkan pendirian Pemuda Pas berhubung rancangan bantahan yang akan dibuat oleh umat Islam pada hari ini.
DAP dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya minggu hadapan.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin berkata, Koo Ham perlu diambil tindakan tegas oleh DAP.
Katanya, musuh orang Islam bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) tetapi orang yang menghina agama lain dan tidak menghormati agama seperti yang dilakukan pemimpin DAP itu.
"Kalau Koo Ham kata jangan buang masa, tapi lebih baik kita buang mereka.
"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh dengan orang bukan Islam atau rakyat AS tapi untuk menentang kebiadapan orang yang menghina agama termasuk Koo Ham dan DAP perlu ambil tindakan terhadapnya," katanya.
Sehubungan itu, Khairy juga menyatakan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan politik yang bersama bersolidariti pada hari ini.
Seramai 3,000 orang hadir termasuk 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam himpunan aman bantahan filem kontroversi dan karikatur yang dikeluarkan oleh Perancis beberapa hari lalu.
Himpunan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang tanpa sebarang provokasi. - SH | Omegay: Edisi Anuwar migrain..mahasiswa tolak kaki liwat! Posted: 20 Sep 2012 06:22 PM PDT Aspirasi Mahasiswa Sapu Bersih Kemenangan P/Raya Kampus Di 5 Universiti Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my) PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M. Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar. Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan. UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan. Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang. Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept). Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). | |
PEJUANG BANGSA Posted: 21 Sep 2012 11:08 AM PDT ATM antara pasukan tentera digeruni di Asia Tenggara @Zahid_Hamidi Posted: 21 Sep 2012 10:57 AM PDT - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melaksanakan tembakan peluru berpandu dan roket secara bersepadu di perairan Selat Melaka hari ini. Tembakan yang dilancarkan dari platform sekitar pukul 10 pagi ini itu tepat mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogramkan. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan menyebut, dalam tembakan itu, ia telah melancarkan peluru berpandu jenis Exocet MM40 dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan Sea Skua dari helikopter Super Lynx. Sementara itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melancarkan peluru berpandu jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. "Pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja dari Tentera Darat pula melancarkan sistem pelancaran roket berganda, Astros II dari tapak menembak di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran," kata kenyataan itu di sini hari ini. Jelas kenyataan berkenaan, penembakan bersepadu ATM itu telah dilancarkan semasa Eksesais Angsa pada pertengahan tahun ini melibatkan ketiga-tiga cabang pertahanan berkenaan. Penembakan secara bersepadu tersebut dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama antara ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan. Selain itu, ujarnya, penembakan berkenaan digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam operasi penembakan. Penembakan bersepadu itu melibatkan aset bantuan ketiga-tiga cabang perkhidmatan sebagai unsur pembersihan kawasan, pasukan penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Jelas kenyataan tersebut, antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD Mahawangsa, KD Pahang, KD Terengganu, KD Laksamana Hang Nadim, KD Mahameru, bot tempur cb90, pasukan penyelam, Pasukan Tugasan dan Percubaan Senjata (WTAT) dan helikopter Fennec. Dalam pada itu katanya, aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. "Kejayaan penembakan ini sekali lagi membuktikan kesiapsiagaan ATM yang sentiasa di tahap tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia sekali gus meletakkan ATM antara pasukan tentera digeruni di rantau ini,'' kata kenyataan itu. Hadir sama pada operasi menembak itu ialah Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. | Kedutaan AS hantar Pak Guard je sambut Pemuda PAS .. Posted: 21 Sep 2012 09:02 AM PDT Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan kesal dengan layanan buruk yang diberikan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims hanya diterima oleh ketua pengawal keselamatan kedutaan itu. Menurut Nasrudin, tiada seorangpun wakil kedutaan yang mahu menerima memorandum, yang diserahkan oleh wakil dari Pas, PKR dan wakil badan bukan kerajaan. "Kami kesal kerana kedutaan hanya menghantar ketua pengawal keselamatan untuk menerima memorandum. "Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang. Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini. Nasrudin berkata, umat Islam negara ini kecewa dengan tindakan yang jelas membuktikan sikap kerajaan AS yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims. "Ini merupakan satu provokasi yang melampau mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya. Katanya, umat Islam tidak pernah menghina dan memperlekehkan agama lain yang sedia maklum jika dilakukan akan mengundang huru-hara di dalam negara. "Kami umat Islam sendiri tidak pernah menghina agama lain," katanya lagi. Beliau berkata, tindakan yang tidak menghormati isu sensitiviti agama lain boleh mengundang kekacauan di seluruh negara. Antara lima wakil lain yang bersama-sama dalam penyerahan memorandum ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid. Peserta mula bersurai pada pukul 3.20 petang. | Video : Melayu bersatu demi pertahan Islam & Nabi Muhammad Posted: 21 Sep 2012 07:40 AM PDT GPB ucapkan syabas kepada ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru serta di seluruh negara bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain. Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut. Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru. Khairy Jamalauddin"Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. "Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita. Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali. "Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya. Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. " Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini. Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa. "Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga. "Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka," katanya. Video yang dimuatkan di Buletin Utama TV3 | Nurul Izzah takut panas terik ketika berdemo !! Posted: 21 Sep 2012 04:43 AM PDT Ini nak berdemo solidariti membantah penghinaan Islam ke nak bergambar? Anda lihat sendiri topi Nurul Izzah yang besar tu, takut panas ke ?hahaha.. Baru tunjuk muka berapa jam je berdiri di tengah panas, dah pakai topi macam pi honeymoon. Takut kulit gelap ke ? Korang nilai lah sendiri keikhlasan anak Anwar ibrahim sama ada betul marah penghinaan Rasulullah dan Islam atau terpaksa turun untuk tunjuk muka. | Kantoi !! SUARAM terima tajaan RM 1.6 juta dari NED Posted: 21 Sep 2012 03:00 AM PDT Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta. Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama. Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835. Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif. | Orang Melayu jangan percaya DAP nak bela Islam - Tunku Aziz Posted: 21 Sep 2012 02:00 AM PDT Orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam yang terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri. "Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang. Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan Pas. "Perbuatan Koo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam " "DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims. Tweet yang berbunyi : "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?" Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut. "Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka. "Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini," tegasnya. Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham. "Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul? "Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," katanya. Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka. "DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu. "Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri," ujarnya. | TERKINI ! Blogger pro pembangkang sebar surat palsu PM berdepan tindakan undang-undang Posted: 20 Sep 2012 10:30 PM PDT Kepada mahasiswa / blogger pro pembangkang yang menyiarkan surat palsu kononnya ditulis PM ketika kempen pilihanraya kampus di UIAM , tunggu la nanti berdepan tindakan undang-undang . Bab membikin surat palsu tertera logo UMNO ini memang kerja buat juak-juak pembangkang dan hari ini mahasiswa hingusan mereka di UIA pulak dijadikan alat & pekakas fitnah . Kebanyakan blog dan facebookers pro pembangkang menyebarkan surat palsu ini demi menabur kebencian mahasiswa di UIA terhadap PM .
Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin. Majlis itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi ini. Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog. "Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden UMNO. "Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang. "Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 Sept ini," tambah kenyataan itu. Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu. "Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita TV kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu. - BERNAMA | ASPIRASI sapu 5 universiti ,tanda awal sokongan pelajar kepada kerajaan BN ! Posted: 20 Sep 2012 07:30 PM PDT Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M. Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar. Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan. UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan. Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang. Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept). Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). - mStar Online - | Belum jadi PM, PKR dah naik jet mewah @dzainalabidin@tunfaisal Posted: 20 Sep 2012 05:44 PM PDT Angkuh betul Anwar Ibrahim sekarang ini yang dok mengaku dirinya di seluruh negara bahawa beliau lah bakal PM Malaysia ke 7 selepas PRU13. Ini dibuktikan melalui rombongan Anwar dan konco-konconya di Labuan minggu lepas. Rombongan mereka bukannya naik kapal terbang Air Asia atau Firefly biasa ni tapi sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas. GPB yakin ia disewa sebab tak lekat muka besar Anwar Ibrahim seperti mana di bas mewahnya. Selepas bas mewah, lori treler kini jet mewah pulak, banyak betul wang/dana masuk untuk kempen Pilihanraya Anwar kali ini. Itu belum jadi PM Malaysia, Anwar dah tunjuk sikap borosnya berbelanja sampai nak ceramah di Labuan pun nak sewa jet mewah bawa pemimpin Pakatan . **untuk pengetahuan pencacai Anwar..gambar ini bukan diedit utk fitnah tapi aku cilok dari pemimpin hang pa sendiri... Lihat betapa gembiranya Pak Sheikh & Zuraida seronok menaiki jet mewah ...
| |
Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 21 Sep 2012 07:22 AM PDT GAMBAR.!!! DEMO PROTES FILEM HINA ISLAM - Pemuda UMNO Gesa AS, Perancis Ambil Tindakan Terhadap Penerbit Filem Hina Islam Posted: 21 Sep 2012 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER - Pemuda Umno menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mengambil tindakan terhadap penerbit filem serta pelukis karikatur yang telah menghina Nabi Muhammad SAW. Presidennya, Khairy Jamaluddin berkata, jika tiada tindakan yang diambil maka mereka dianggap bersubahat dalan melakukan penghinaan secara langsung terhadap agama dan umat Islam. "Jika anda menghormati kami, kami akan menghormati kamu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, di sini. Hadir sama pada perhimpunan aman tersebut ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Presiden Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Seri Hasan Ali dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim. Lebih 3,000 orang berhimpun di depan Masjid Kampung Baru bagi membantah penghinaan agama Islam menerusi tayangan filem 'Innoncent of Muslims' di Youtube dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah di Perancis. Hari ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas selesai mengadakan himpunan aman memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam. Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru dan pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan