Jumaat, 21 September 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 21 Sep 2012 03:37 PM PDT

Himpunan Aman: Perkembangan semasa di KL

Posted: 20 Sep 2012 09:40 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

BERIKUT perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:

10 pagi - Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.

10 pagi - Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.

11 pagi - Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.

11.30 pagi: - Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

12 tengah hari - Orang mula membanjir Masjid Kampung Baru bagi menunaikan solat Jumaat.

Presiden PAS fail saman fitnah terhadap Mashitah

Posted: 20 Sep 2012 09:31 PM PDT

MALAYSIA KINI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

Menurut laporam Harakahdaily, saman tersebut telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Harakahdaily
melaporkan Ahmad Samsuri memberitahu pemberita bahawa sebelum ini pihaknya sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian

"Maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

'Menteri mesti minta maaf isu gambar diubah'

Posted: 20 Sep 2012 09:30 PM PDT

MALAYSIA KINI

Menteri dalam negeri dan menteri penerangan mesti memohon maaf berhubung pengakuan Bernama berhubung isu pengubahan gambar agensi berita nasional Bernama, kata PKR Johor.

Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng berkata, penjelasan Bernama berhubung insiden "tidak beretika" itu tidak mencukupi.

Dr Mahathir : Malaysia Kurang Selamat Sekarang?

Posted: 20 Sep 2012 09:28 PM PDT

malaysiadaily 

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai "fenomena baru" yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak pruntukkan.

Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.

"Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.

"Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi "fenomena baru," kata beliau semasa sesi soal jawab di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pihak berkuasa telah bekerja keras untuk melawan persepsi negatif orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini, yang telah banyak dipengaruhi oleh pertukaran cerita-cerita seram berterusan mengenai serangan, rompakan dan penculikan di internet.

Ahli parlimen pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga telah mempertikaikan statistik jenayah yang dikeluarkan secara meluas oleh pihak polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) — mendakwa bahawa data telah dimanipulasi untuk memberikan gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun.

Akan tetapi pihak berkuasa telah mempertahankan statistik mereka, yang mereka katakan menunjukkan kadar jenayah menurun, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI).

Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menuduh parti-parti pembangkang mengambil kesempatan daripada isu-isu yang membimbangkan rakyat Malaysia, terutamanya kadar jenayah, disebabkan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tetapi Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketakutan orang ramai terhadap jenayah bukanlah tidak berasas, dengan merujuk kepada peningkatan kawasan kejiranan yang memasang pondok pengawal untuk meningkatkan keselamatan.

"Ya, saya fikir kita mempunyai keselamatan yang kurang sekarang," katanya.

"Kami mempunyai perkembangan kawasan kejiranan berpagar yang memagar ke seluruh kawasan perumahan kerana kita takut seseorang datang dan merompak atau memecah masuk ke dalam rumah kita.

"Saya tinggal di kawasan berpagar tetapi masih terdapat agak banyak rompakan," katanya.

Dr Mahathir mencadangkan bahawa masalah ini berpunca daripada bilangan tinggi pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan atau lain-lain bidang yang berpendapatan rendah dan berbahaya.

Beliau berkata bahawa pekerja-pekerja ini boleh melakukan jenayah kecil sebagai satu bentuk "masa lalu" untuk membantu mendapatkan lebih banyak wang saku.

"Kita amat bergantung kepada buruh asing.

Rakyat kita tidak akan bekerja di tapak pembinaan dan sebab itu kita memerlukan mereka dan kontraktor kita suka buruh asing kerana mereka bekerja sangat keras dan sanggup bekerja lebih masa jika anda membayar mereka," katanya.

"Ini adalah sesuatu yang kita perlu belajar untuk menanganinya," tambah beliau. -TMI

Pro Aspirasi sapu 5 IPTA hari ini

Posted: 20 Sep 2012 08:47 PM PDT

KL TODAY

Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan — menewaskan Pro M.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sumber memaklumkan pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.

Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan.

UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.

Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang.

Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Najib ketinggalan, teroka Google Hangout selepas Anwar

Posted: 20 Sep 2012 08:40 PM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.

Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.
"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi.

"Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.

Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.

Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga  menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.

Protes anti Islam dijangka besar

Posted: 20 Sep 2012 08:35 PM PDT

KL TODAY

Benua Eropah dan Asia khususnya negara-negara Arab mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi protes baru hari ini dijangka lebih besar berbanding hujung minggu lalu bagi memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.Himpunan aman juga akan diadakan hari ini di ibu negara oleh parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.


Semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno dan Pas – Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat,  menyeru ahli dan penyokong turun padang menyertai himpunan aman yang akan diadakan selepas solat Jumaat.

Kedua-dua Najib dan Nik Aziz membuat seruan secara terbuka, yang lazimnya akan diterima oleh penyokong masing-masing.

Pemuda Pas menganjurkan himpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini manakala Pemuda Umno pula di pekarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Umumnya, demonstrasi hari ini, hari Jumaat, dilihat akan diadakan dalam skala besar susulan kemunculan karikatur dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo sementara kemarahan berkaitan filem Innocense of Muslims belum reda.

Protes bermula pada 11 September lalu di Libya, di mana ia membawa kepada empat kematian termasuk Duta AS ke negara itu.

Awal minggu ini, kumpulan Hezbollah menggesa agar protes "segar" diadakan.

Dalam protes semalam di Islamabad, Teheran dan Kabul, 50 orang cedera.

Polis Perancis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala kawalan keselamatan di kebanyakan premis misi diplomatik Perancis di luar negara dipertingkatkan.

Begitu juga di kedutaan AS di kebanyakan negara Islam.

Pihak berkuasa Perancis tidak memberi kebenaran untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Besar di Paris.

Dalam pada itu, mahkamah Los Angeles pula telah menolak tuntutan seorang aktres Innocence of Muslims agar treler filem itu dikeluarkan dari  YouTube.

Cindy Lee Garcia menyaman kedua-dua penerbit filem dan Google.

Rasuah Taib Mahmud, Najib takut bertindak

Posted: 20 Sep 2012 08:28 PM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab kenapa hingga kini pihak berkuasa enggan mendakwa Tan Sri Abdul Taib Mahmud, walaupun pelbagai bukti menunjukkan Ketua Menteri Sarawak itu terlibat rasuah dan salah guna kuasa.

Ketuanya, Ahmad Nadzib Johari berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan mengapa tiada sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain terhadap Taib walaupun beberapa laporan rasuah telah dibuat.

"Saya pernah membuat laporan di SPRM Sarawak pada 2009 dan membuat laporan susulan pada 2010, namun jawapan diberi tetap sama, 'siasatan sedang berjalan'.

"Kali terakhir pada 2011, mereka beri alasan 'tidak boleh mengulas lebih-lebih' kerana ia kini diambil alih SPRM Putrajaya, maka sudah tiba masanya Najib buka mulut dan jawab," katanya ketika dihubungi.

Kata Nadzib, keengganan Najib mengheret Taib ke mahkamah kerana beliau masih menaruh harapan kepada Pengerusi BN Sarawak itu bagi membantu kemenangan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

"Dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN Negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini," katanya.

Pada 19 September lalu, NGO yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggar AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan aset AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels pada hari sama Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas perincian aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Mengulas lanjut, Nadzib berkata, kekayaan luar biasa Taib itu menunjukkan betapa teruk rasuah melibatkan Ketua Menteri paling lama di Malaysia itu.

"Lebih 30 tahun memerintah, terbukti kekayaan negeri hanya dibolot keluarga dan kroni beliau, namun majoriti rakyat Sarawak kekal miskin, malah negeri ini antara yang termiskin di Malaysia.

"Selaku penjawat awam, mana mungkin beliau meraih kekayaan luar biasa sebegitu sedangkan gajinya kurang RM25,000 sebulan," kata Nadzib lagi.

Tanggal 20 Sept: Teriakan reformasi tak pernah mati selepas 14 tahun

Posted: 20 Sep 2012 08:25 PM PDT

KUALA LUMPUR : Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.

Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.

Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.

Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.

Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.

"Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.

"Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang," kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.

"Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini," kata Johari.

Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.

Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.

Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.

Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.

Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.

Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.

Reformasi!

UMNO perguna FELDA, rakyat Sabah derita

Posted: 20 Sep 2012 08:16 PM PDT

 Roketkini.com

LAHAD DATU: Dengan tanah berkeluasan 320,000 ekar, sehingga kini cuma 10 peratus sahaja tanah rancangan tersebut diberikan kepada peneroka untuk diusahakan sejak tertubuhnya FELDA di Sabah pada tahun 1979.

Seramai 1,647 peneroka FELDA tersebut masing-masing mewakili 14 ekar tanah bagi setiap peneroka manakala baki tanah berjumlah 280,543 ekar dimiliki oleh FELDA.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Sabah Chan Foong Hin, sehingga tahun 1990, FELDA ketika itu masih gagal menempatkan peneroka di tanah-tanah rancangan atas alasan untuk mengurangkan beban kewangan dan menyediakan infrastruktur bagi skim tersebut.

"Persoalannya sekarang, walaupun sudah lebih 30 tahun FELDA di Sabah, mengapa kurang 2000 peneroka sahaja ditempatkan sedangkan mereka mempunyai tanah yang sangat luas.

"Sudahlah tanah tidak dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri malah FELDA telah membangunkan sendiri penanaman sawit secara besar-besaran menggunakan wang rakyat dan menghasilkan keuntungan mencecah billion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan."

Tambah Foong Hin, apa yang  lebih mendukacitakan, FELDA tidak pernah membayar cukai hasil tanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan Lahad Datu.

"Apa yang kita tahu sekarang dalam senarai FGVH, sebahagian dari tanah FELDA Sabah itu bukan sahaja diserah kepada Kerajaan Persekutuan tetapi dijual kepada pasaran."

Janji 80,000 peneroka tapi…

Menurut seorang responden yang ditemui Zainuddin Zulkarnain, 55, beliau turut mempersoalkan janji kerajaan BN melalui FELDA untuk menempatkan sekitar 80,000 peserta tanah rancangan.

"Tapi kenapa sekarang cuma seribu lebih sahaja, mana yang lain? Sekarang ramai rakyat Sabah mula bersuara. Kenapa FELDA boleh jadi begini dan apa yang sudah berlaku?

"Sekarang kita lihat PATI mula kuasai ekonomi, overcome rakyat Sabah sendiri. Sabah saya lihat semakin teruk. Kerajaan BN jual hak rakyat Sabah. Mereka penderhaka." katanya dengan nada tinggi.

FELDA pinggir kontraktor bumiputera

Bagi anak seorang peneroka yang hanya mahu dikenali sebagai Zack (bukan nama sebenar), 29, beliau telah mempersoalkan mengapa pengurusan dalaman FELDA kini sering bertukar-tukar dan ia jauh berbeza semasa diuruskan pengerusi terdahulu Tan Sri Dr. Yusoff Nor.

Ditanya sebab berlakunya perkara tersebut, Zack berkata ia kerana FELDA disini telah dikuasai oleh orang politik dan kroni-kroni mereka.

"Apa yang saya tahu dan lihat, kontraktor-kontraktor bumiputera, sebahagian mereka rakan saya sendiri yang berdaftar dengan FELDA tidak mendapat projek menuai dan mengangkut sawit. Ia kerana ia telah dilakukan oleh kontraktor asing yang terdiri dari kalangan PATI.

"Rasanya, lebih 90 peratus kontraktor bumiputera terpinggir oleh FELDA. Sekarang ramai kontraktor bumi yang sah berdaftar dengan FELDA tidak lagi dapat kontrak." kata Zack. – Roketkini.com

Biaqpila

Posted: 21 Sep 2012 03:32 PM PDT


As'salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

Kamu banyak mengutuk/menyumpah

Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

Banyak beristighfar

Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :

"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :

"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sumber: Tokuban78′s Blog

islamituindah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut