Jumaat, 21 September 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 21 Sep 2012 03:43 AM PDT

Politik Harian


Ribuan Banjiri Perkarangan Masjid Kg Baru Bantah Penghinaan Terhadap Islam #Respect

Posted: 21 Sep 2012 03:21 AM PDT


Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.

Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru

Khairy Jmalauddin ketika berucap berkata, himpunan berkenaan adalah kecaman terhadap filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

"Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

"Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita. Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali.

"Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

"Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini. Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.

"Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga.

"Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka," katanya.

Himpunan Aman tersebut berakhir dengan doa yang dibacakan oleh Hassan Ali dan bacaan selawat oleh peserta himpunan.

Sumber: http://www.umno-online.my

[Foto Inside] 5 Ribu Berhimpun Secara Aman Di Masjid Kg Baru #Recpect @khairykj

Posted: 21 Sep 2012 12:55 AM PDT
















Foto: Bro Jinggo

Hampir 5 Ribu umat Islam dan pelbagai bangsa menghadiri perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapan Khairy berkata, Pemuda tidak bermusuh dengan Kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat, tetapi mahu mereka hormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini

Sekitar Demo Aman di Kg Baru #respect

Posted: 20 Sep 2012 11:10 PM PDT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khairy Tiba di Masjid Kg Baru #respect

Posted: 20 Sep 2012 10:21 PM PDT

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin tiba di perkarangan masjid Kg Baru bersama Timbalannya Dato Razali Ibrahim.

Turut kelihatan tiba ialah Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali dan juga beberapa pemimpin Pemuda UMNO dan pelbagai NGO.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sekitar Masjid Kg Baru #respect

Posted: 20 Sep 2012 10:11 PM PDT

Ayuh bersama Pemuda UMNO, BN serta gabungan NGO utk berhimpunan secara aman di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru slps solat Jumaat hari ini bg membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' & karikatur yg menghina Rasulullah s.a.w. Bersatu kita pertahan Islam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DS Najib Mahu Orang Ramai Sokong Demo Pemuda Umno Esok #respect

Posted: 20 Sep 2012 06:42 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun katanya, dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.

"Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah," katanya.

Perdana Menteri sebaliknya, dialog dan kerjasama antara masyarakat untuk memupuk toleransi dan persefahaman perlu dipupuk sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Dewan Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo, esok.

Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat esok manakala Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan protes di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak
di sini.

Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di pekarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.

Dalam pada itu, Najib berkata, MT Umno turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.

Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.

Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.-Sinar Harian

bumiyang

Posted: 21 Sep 2012 03:25 AM PDT

bumiyang


Yahudi Tidak Mahu Islam Berkuasa !!! Siapa Proksi Yahudi di Malaysia???

Posted: 20 Sep 2012 08:34 PM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 21 Sep 2012 03:08 AM PDT

anakbukitgantang says


Posted: 21 Sep 2012 02:01 AM PDT


An interesting entry from Tan Sri Sanusi Junid on the political landscape in Malaysia- this article is an excerpt from his blog (in 2010) ; TSSJ dissected Raja Petra's opinion on Anwar Ibrahim and Pakatan. Please take note that the political landscape in 2012 has changed. Back in 2008 voters simply  voted for Pakatan out of  protest for the previous premiership of Pak Lah. Has DS Najib been successful in maneuvering CHANGE WITHIN THE GOVERNMENT? Read on 

 
 
RAJA PETRA'S VIEWS ON 'IRRELEVANCY' ARE RELEVANT

1. I am impressed with the interview with Raja Petra by New Sunday Times journalist Ahmad Fairuz Othman at a hotel suite in Singapore which appears in the New Sunday Times of 1st January, 2012.

2. It was a good welcome message for the New Year.

3. I quote Raja Petra as published:

a) Even when Nelson Mandela went to jail for 27 years, there was no campaign to free Mandela. Even the Free Mandela Group was a campaign to end apartheid.

b) In Myanmar, it's about a political prisoner. It's about freeing a political prisoner.

c) But Anwar is being put on trial not on political grounds but on criminal grounds.

4. The Free Anwar campaign 901 (not to be read as 9/11) is therefore not the same as the Free Mandela campaign. Furthermore the judgement on Anwar has not been made.

5. It was further reported that Raja Petra said:

d) I have spoken to some people who were with him when he was in the government. They have pointed out what he did. And I asked him and they say, "You know, Anwar has his shortcomings.


e) Anwar has his skeletons in the closet. Yet you support the opposition. Their answer is, "What choice do we have". It all boils down to that. What choice do we have.

6. It is clear as we know that the voters were fed-up with the UMNO and Barisan Nasional leadership. But that was the leadership up to the General Election of 2008.

7. Raja Petra is reported to have also said that:
f) People support Anwar purely because they see him as the only alternative to what we have now.
8. But that was the sentiment as in the year 2008. Even Tun Dr. Mahathir, and a few others, left UMNO in protest against the leadership at that time.

9. Dato' Seri Najib is now the Prime Minister. He is different from his predecessor.

10. If it is the alternative that the voters are looking for then we could rephrase the above statement to read "(f) People support Anwar purely because they see him as the only alternative to Dato' Abdullah Ahmad Badawi".

11. The alternative to Dato' Abdullah Ahmad Badawi is now Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

12. Is Dato' Seri Najib a 'Winnable Candidate'. The answer is yes.

13. If the supporters of Anwar cling to him despite him having his 'shortcomings' ( as in 'd' ) and has 'skeletons in the cupboard' ( as in 'e' ), surely they can support Dato' Seri Najib, despite all criticisms thrown against him because someone wants his job.

14. Raja Petra is obviously a shrewd and brave observer. I follow his ideas in the blog and I met him three times in Manchester, once in Lotus Restaurant owned by a Malaysian lawyer. His daughter is a very successful landscaper and a friend of my daughter who is finishing her studies for a PhD in Architecture. I spent long hours with Pet even before he came out openly on the 'Altantuya' case. I knew about the untruths written in the media about him living in a luxurious bungalow in London. He lives in a terrace house in Manchester.

15. I admire Raja Petra's guts whatever his political views. I was taught by my boss Minister Tun Ghazalie Shafie when I deputise him in the Ministry of Home Affairs, that one should be open-minded and be able to interact with anybody even those whose views differ from yours.

16. Raja Petra compared the Pakatan Rakyat with the Liberal Democratic Party in Britain which he told me have done more in a shorter period even though it is only a minority coalition in the British Government.

17. Raja Petra, Anwar and I all studied at MCKK with different seniorities. We know one another well. I was glad when Raja Petra is reported to have said:
g) To me the issue of Anwar is not whether he is or not guilty with sodomy. The issue is whether he is the best person to run the country. Can he run the country? Now, you might be the most God-fearing man on earth; you can be absolutely clean. But if you cannot run the country you cannot run the country.'
18. Besides living on borrowed glory, permitted by Tun Dr. Mahathir Muhammad, I cannot remember Anwar doing anything good for the country, even those that have gone wrong or have failed. Kukrit Pramoj once said 'one need not do anything in order not to fail.' In that way one can highlight the failure or weaknesses of others.

19. I was informed by Senator Mohamad Ezam Mohd Nor at a campaign for Kalamanathan in the Ulu Selangor by election, that Ezam was glad to see me in person for the first time as since he knew Anwar he had been listening to his former mentor bad-mouthing me on every occasion. I now know that Anwar has bad or distorted memories after reading his supporter's comments in this blog.

20. Raja Petra has better memory when he reminded that he was asked to clean the name of Datuk S. K..

21. Referring to Anwar as the Economic Adviser to Selangor state which is under Pakatan Rakyat Raja Petra asked:


h) What's your advice? In the last three years since you have been Economic Adviser, you have gone overseas 60 times in three years. Shouldn't you be staying home running the state? Running the party? Running the coalition? The coalition is in a mess. People are fighting with each other. He seems to be running away.'
22. It is good for the leadership of UMNO and Barisan Nasional to pay attention to what Raja Petra has written. After all the winnings of PR in 2008 have had added advantage of being supported by the Malaysian Civil Liverties Movement led by Raja Petra. I don't think we should forget that the minorities are the rulers in a divided society.

23. Raja Petra further said:



i) I think it's time Najib grabs the bull by the horns and call a spade a spade.
j) Najib must be prepared not only to take a knife but take a chainsaw and cut whatever needs to be cut.
24. I agree with Raja Petra that the Rakyat of Malaysia are tired of the word 'sodomy' and that the agenda for change is not about personalities. There is no way to attach the adjective holy to the word sodomy. A lot of time has been wasted on this issue.

25. I also noted that Raja Petra does not support Barisan National but there is no alternative. He said:
k) This time we go back to Barisan, forget about Pakatan.
CONCLUSION

26. What is important now is to have 'courage' or 'guts'.

27. Some have the courage to defend their wrongs, others have the courage to say the truths, the voters need leaders with the courage to decide, lead and change.

28. That is,

CHANGE FOR THE BETTER.

-Courtesy of Tan Sri  Sanusi Junid

Apa beza Ngeh dengan Nik Aziz?

Posted: 20 Sep 2012 04:57 PM PDT

Apa beza Ngeh Koo Ham dengan Nik Aziz? Dua dua hina Nabi Muhammad SAW dan menghina orang Islam yang menyayangi Nabi Muhammad SAW. Nilaikan sendiri gambar dan bukti video ini-
 
 
Ngeh dah minta maaf tapi perbuatannya seolah  disengajakan untuk test sensitiviti umat Islam di Malaysia
 
 
 

 Nik Aziz tak pernah minta maaf kerana menghina Nabi Muhammad SAW. Beliau  percaya Fikrah Wahhabinya benar-sedangkan Wahhabi itu adalah ugama  ciptaan Yahudi untuk memusnahkan Islam dari dalam
 
 
Rujuk penerangan Ustaz Kazim berkenaan isu Nik Aziz menghina Nabi Muhammad SAW sebagai "Mamat Kampung"
 

 Nabi Muhammad SAW bukan mamat kampung kerana Nabi Muhammad SAW adalah sebaik baik mahkluk yang dijadikan Allah,  maksum (tidak pernah berbuat dosa) dan kelahirannya sebagai Nabi Akhir Zaman  telah dimaklumkan melalui Nabi Isa as dan dicatat dalam Kitab Injil asal (Ugama Kristian asal yang tak diselewengkan).
 
 
 
Bukankah taraf kedua dua ahli politik  tersebut SAMA  dengan pengarah Innocence Of Muslim?
 
Sam Nokula Bacile  bersama Anna Gurji. Aktres Anna Gurji memfail saman di mahkamah kerana ditipu oleh  Sam Nokula Bacile  yang menyatakan skrip tersebut untuk cerita Mesir Purba.
 
 Nak protes kerana menghina Nabi? Kenapa double standard atas Pengarah Christian Koptik tersebut? Protes sekali ke atas SEMUA YANG MENGHINA Rasulullah SAW...

Sahabat-Gunung

Posted: 21 Sep 2012 01:50 AM PDT

Sahabat-Gunung


`Manifesto Bukan Perjanjian’ - Pendekatan Pembangkang Perdaya Rakyat

Posted: 20 Sep 2012 11:30 PM PDT


Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap , bawa  fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakana atau mereka janjikan, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan sedar dan apabila rakyat mula ambil tindakan, tiap-tiap apa yang berlaku kepada mereka (pembangkang), mereka akan menuding jari menyalahkan UMNO, BN.

Macam mereka ambil juga kawan-kawan dari UMNO dulu, yang barangkali kecewa berpihak kepada mereka, ketika mereka dalam UMNO dulu, mereka ini jahat, busuk dan macam-macamlah tetapi apabila dah berpihak kepada mereka, mereka (pembangkang) akan kata mereka (bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyokong pembangkang sekarang) baik, harum, wangi dan sebagainya," ujarnya mengulas kemelut politik Selangor dan kenyataan Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa manifesto PRU12 bukanlah satu perjanjian.

Tambahnya, inilah kerja pembangkang dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat mula sedar dan kerana itulah rakyat mengambil tindakan malah di pihak BN sendiri, rasa gembira kerana setiap negeri yang pembangkang jadi kerajaan, rakyat dah mula kembali dan datang untuk bertemu dengan kepimpinan BN untuk mendapatkan bantuan walaupun mereka tahu BN bukan kerajaan negeri.

"Ini menunjukkan rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka sebutkan dan UMNO serta Bn tidak langsung terlibat dalam apa yang dilakukan oleh rakyat untuk menghukum mereka," ujarnya lagi mengulas tindakan segelintir rakyat Selangor khususnya tindakan penghuni-penghuni apartmen dan flat di Selangor mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hak air percuma seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu.




Pilihanraya Kampus – Jangan Label Mahasiwa Kumpulan Pro-Aspirasi Atau Pro-Mahasiswa

Posted: 20 Sep 2012 09:38 PM PDT


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, (Gagasan) yakin mahasiswa akan dapat memilih barisan kepimpinan yang mampu merealisasikan inspirasi keseluruhan mahasiswa tanpa terpengaruh dengan sebarang ideologi kepartian parti politik luar kampus dalam Pilihanraya Kampus.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Gagasan berpendapat tidak perlu dilabelkan sama ada mahasiswa Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa kerana budaya melabel ini akan menyumbang kepada perpecahan sesama mahasiswa.

"Yang paling penting sejauh mana barisan kepimpinan yang bakal dipilih mampu membela kebajikan mahasiswa dan memastikan suara mahasiswa didengari oleh kepimpinan ipta dan negara.

"Jadikanlah pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini sebagai flatform terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan ke arah melahirkan pemimpin masa depan yang berkarisma, berkaliber dan berjiwa besar" ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, Gagasan juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak mencampuri urusan pemilihan dan memberikan kepercayaan kepada pengurusan universiti untuk mengurus tadbir pemilihan tersebut dengan sihat, tegas dan telus.

"Gagasan juga mengharapkan keseluruhan mahasiswa keluar mengundi dan meletakan pemilihan tersebut sebagai suatu pemilihan yang penting," tambahnya.

Pembangkang Bangga Terima Ayam Pencen Politik

Posted: 20 Sep 2012 08:00 PM PDT


Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru.

Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya.

Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut.

Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan.

Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain.

Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri.

Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut.

Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat.

Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew.

Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong.

Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan.

Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri  mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula.

Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front.

Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak.

PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993.

Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.

DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu.

Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka.

Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.

Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas.

Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.

Kenapa Ramai Lelaki Berhijrah Ke Selangor Yer?

Posted: 20 Sep 2012 06:00 PM PDT



Rakyat Selangor seharusnya berasa lega dengan adanya Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor. Terutamanya wanita-wanita apabila suami-suami dan anak-anak lelaki mereka akan sentiasa "terjaga" di mana juga mereka berada dalam Selangor. Ini kerana adanya perkhidmatan yang ditawarkan di bandar-bandar berikut:


AMPANG

PETALING JAYA

SERI KEMBANGAN

BUKIT DAMANSARA

BERSIH bukan? Nak lagi banyak? Undi lah Pakatan!

Sumber: IKRAR PEMUDA

Apa Pendirian NGO BERSIH, Takkan Senyap Saja Kot?

Posted: 20 Sep 2012 05:15 PM PDT


Sedang ramai pihak dari pelbagai NGO dan parti politik serta orang perseorangan menyuarakan bantahan terbuka terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.a.w, terdetik pula pertanyaan ke mana perginya suara NGO BERSIH dalam isu ini?

Melihat pada struktur organisasi NGO tersebut yang antara lainnya membariskan beberapa nama terkenal yang beragama Islam seperti Hishamuddin Rais, A. Samad Said, Maria Chin dan lain-lain, patutnya wajar sekali untuk NGO terbabit turut tampil menyuarakan pendirian rasmi mereka.

Sebelum ini asal sahaja timbul perancangan untuk membuat perhimpunan besar berunsur politik dan pro pembangkang di ibukota, berminggu-minggu berbulan-bulan sebelum tarikh perhimpunan sudah beratus-ratus kenyataan sokongan dikeluarkan oleh pemimpin NGO BERSIH yang beragama Islam.

Sekarang dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam yang suci ini, walaupun sudah masuk minggu kedua isu filem Innocence of Muslims riuh rendah diperkatakan oleh masyarakat seluruh negara dan dunia, namun satu patah kenyataan pun tak kedengaran dari geng-geng BERSIH.

Selaku Pengerusi Bersama NGO BERSIH, patutnya dah lama A.Samad Said menyuarakan pendirian rasmi sama ada bersetuju dengan motif penghinaan yang dipaparkan oleh filem Innocence of Muslims itu atau turut sama membantahnya sama seperti orang Islam yang lain.

Takkanlah nak kena tunggu lampu hijau dari Ambiga Sreenevasan dulu? Jika demikian tiada gunalah A.Samad Said menjawat kedudukan sebagai pengerusi Bersama NGO BERSIH, tak begitu?

Atau barangkali isu ini tak memberi keuntungan untuk pakatan pembangkang agaknya. Takpun, disebabkan tiada tajaan fulus mulus ratusan ribu RM untuk mereka maka sebab itu pemimpin muslim dalam BERSIH hanya berdiam diri sahaja?.

Jika nak dikatakan isu penghinaan oleh filem murahan ini terhadap Islam langsung tiada kena mengena dengan polisi dan dasar NGO BERSIH, orang lain juga akan mempertikaikan apa kaitannya berbaju kuning dan berdemonstrasi di malam sambutan kemerdekaan yang mereka anjurkan tempohari.

Demi untuk melampiaskan nafsu politik kepartian pembangkang A.Samad Said yang juga adalah Sasterawan Negara sanggup bersuara mempromosikan demonstrasi BERSIH 3.0 yang serba ganas sebelum ini, kenapa tidak kali ini?

Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit keprihatinan selaku orang Islam dan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan tegas membantah kebiadapan yang dipaparkan oleh filem tersebut.

Takkanlah tiada sekelumitpun perasaan terguris atau sensitiviti di hati A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais untuk bersuara berhubung isu ini. Senyap sunyi saja maknanya seperti setuju dengan motif cerita filem Innocence of Muslims yang memperlekeh dan menghina Nabi kita.

Kita harap selepas artikel ini dibaca oleh mana-mana balaci NGO BERSIH, akan terdetiklah idea untuk mereka mengusulkan saranan segera meminta A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais hadir ke mana-mana perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang dijadualkan tenggahhari ini selepas Solat Jumaat

Dana Asing Biayai Suaram Untuk Rosakkan Malaysia

Posted: 20 Sep 2012 04:08 PM PDT


Sokongan Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan.

Ini kerana sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, 'birds of a feather flock together' atau burung yang sebulu akan berkelompok sama.

Ini kerana TI-M merupakan satu cawangan atau 'chapter' daripada TI yang berpusat di Berlin, Jerman sementara Suaram pula di dakwa menerima dana daripada Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Jadi kedua-dua pertubuhan mempunyai persamaan dari segi sumber dana yang diperolehi untuk membiayai aktiviti mereka.

Sudah tentunya Suaram dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang lain juga menerima daripada pelbagai sumber asing seperti yayasan antarangsa seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Selain itu Suaram juga didokong oleh dana daripada National Endowment for Democracy yang berpusat di Washington) serta Southeast Asian Centre for e-Media.

Semua dana yang diterima Suaram adalah melalui sebuah entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) ang berfungsi sebagai sebuah syarikat perniagaan.

Umpamanya rekod SSM mendedahkan SISB menerima RM558,000 (AS$188,775.65) daripada OSI antara 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dan dana tersebut kemudiannnya di salurkan kepada Suaram bagi menjalankan aktivitinya.

Selain itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering kali menerima bantuan kewangan daripada  Konrad-Adenauer-Stiftung yang merupakan satu yayasan politik di Jerman bagi menjalankan aktiviti latihan dan program pengrekrutan ahli-ahli parti samada di dalam atau di luar negara.

Malah OSI juga turut di dakwa membiayai kegiatan politik PKR serta portal berita Malaysiakini dan Institut kajian Dasar (IKD).

Malaysiakini adalah portal berita berasaskan internet yang kononnya mahu menghidangkan berita yang seimbang kepada rakyat Malaysia tetapi umum tahu ia sememangnya bias terhadap kerajaan melalui artikel dan kritikan pedasnya kebelakangan ini ia sudah menjadi amat pro-pembangkang.

Wartawan, kolumnis serta penulis sambilan Malaysiakini terdiri daripada mereka yang dikenali di kalangan parti pembangkang dan NGO pro-pembangkang.

IKD pula merupakan badan pemikir atau 'think tank' kepunyaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan telah diasaskan sejak tahun 1980an lagi.

Ia kini diterajui oleh kroni rapat, Anwar, iaitu Khalid Jaafar yang dahulunya adalah Setiausaha Akhbar beliau dan bertanggung jawab menulis ucapan-ucapan Anwar.

Malah buku Asia Renaissance yang kononnya ditulis Anwar sebenar adalah hasil karya Khalid sendiri.

Dalam pertahankan Suaram, TI-M mendakwa kerajaan Malaysia juga menerima sumbangan daripada pelbagai institusi luar negara.

Sumbangan-sumbangan tersebut diterima adalah atas dasar persetujuan kerajaan ke kerajaan atau G-to-G bagi membiayai program-program sosio-ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini.

Umpamanya pada tahun 1970an kerajaan Malaysia banyak menerima sumbangan daripada organisasi-organisasi Jepun seperti Japan International Cooperation Agendy.

JICA banyak memberi geran dan juga pinjaman berfaedah rendah bagi membiayai banyak projek-projek pembangunan seperti projek untuk meningkatkan hasil pertanian yang kini dinikmati oleh rakyat serta membantu ekonomi negara.

Berbeza pula dengan Suaram yang menerima dana asing atas atas kapasiti sebuah syarikat perniagaan yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia.

NGO-NGO seperti Suaram san sebagainya bergerak atas prinsip-prinsip perjuangan yang luhur seperti hak asasi manusia, kebebasan media, kebebasan bersuara, melawan rasuah dan salahguna kuasa tetapi hakikatnya mereka melaksanakan agenda tersembunyi pemyumbang dana yang membiayai kegiatan mereka.

Dalam kes Suaram, bagaimana sebuah NGO yang ditadbir oleh sebuah syarikat swasta mampu berkempen di Perancis supaya mahkamah negara itu membuak siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene?

Apa pula kepentingan Suaram di dalam proses pembelian Scorpene apabila ia bukanlah pihak yang berkepentingan dalam urusan antara kerajaan Malaysia dan Perancis?

Ini bermakna Suaram menjadi alat kepada OSI dan pihak pembangkang di negara ini untuk menentang kerajaan dengan menjadi suara sumbang menimbulkan pelbagai fitnah dan dakwaan yang tidak berkait langsung dengan kes kapal selam.

Apabila kes di mahkamah Perancis nampaknya sudah tidak berapa memihak kepada mereka, Suaram menukar taktik dengan mengalihkan pandangan rakyat kepada isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya  Shaariibuu pula.

Di mana letaknya perjuangan hak asasi Suaram yang menjadi prinsip pertubuhan itu kerana ia kini dilabel lebih sebagai perkakas politik kepada Anwar daripada memperjuangkan isu-isu kemanusiaan?

NGO seperti Suaram, portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta agensi tinjauan pendapat, Merdeka Center semuanya bergantung kepada dana asing untuk membiayai aktiviti mereka.

Bermula dengan perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai yang murni, mereka akhirnya dimangsakan oleh pembiaya asing yang tidak lain tidak bukan ingin melaksanakan agenda yang tidak memberi kebaikan kepada negara.

Ngeh Koo Ham Mahu Jadi 'Pahlawan Di Dalam Reban'

Posted: 20 Sep 2012 03:42 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang hari ini telah membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada petang ini bagi menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Laporan polis ini diketuai ketuanya, Safarizul Mustafa bersama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Jakamas, Perkasa dan MAYS.

"Kami merasa kesal seorang rakyat Malaysia seperti Khoo Ham boleh mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Sepatutnya, sebagai rakyat yang faham akan kedudukan agama Islam dinegaranya sendiri, beliau seharusnya sedar akan kenyataan yang dikeluarkanya boleh menimbulkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, lebih menyedihkan lagi di kala manusia hari ini berada dizaman yang bertamadun masih terdapat pemimpin parti yang berfikiran kuno yang lansung tidak mencerminkan kepimpinan yang bertamadun.

Apakah kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham sekadar untuk meraih popularati yang kian menghilang dikalangan pemimpin DAP yang kerap menjadi kencaman masyarakat umum ataupun ingin menjadi "pahlawan didalam reban" menunjuk hebat bukan ditempatnya," ujarnya selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Turut sama dalam bantahan tersebut ialah Ybhg Dato' Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang.  

Beliau menegaskan "kenyataan Koo Ham kurang ajar, umat Islam sanggup mati mempertahankan kesucian Islam dan Koo Ham diminta memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam Malaysia dan seluruh dunia serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkanya."

PAS dan PKR juga dicabar mengeluarkan kenyataan mengutuk Koo Ham. Jika mereka tidak berbuat demikian, apakah mereka bersetuju maruah Rasullullah dan Islam dihina begitu rupa.

"Di mana pendirian dua parti ini keatas kedudukan Islam dalam Negara ? Semua pihak berkuasa juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham," ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor

Taipingmali (tm)

Posted: 21 Sep 2012 01:42 AM PDT

Taipingmali (tm)


Ngeh mohon maaf ?

Posted: 20 Sep 2012 08:47 PM PDT

Ngeh telah memohon maaf secara terbuka atas keceluparannya menghina usaha umat Islam membantah penyiaran dan penerbitan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Baguslah kalau Ngeh faham dan mohon maaf.

Hari ini dan esok akan ada banyak lagi perhimpunan rakyat Malaysia yang akan membantah terhadap Sam Bacile yang bertanggung jawab menerbitkan filem tersebut.

Ngeh jangan lah tuduh orang Melayu dan Islam anti Kristian kerana penerbit tersebut adalah keturunan Arab Kristian Koptip yang terlalu extreme dan ortodok.

Mereka disokong dan dibiayai oleh puak-puak yahudi kaya dari Holland yang ramai menjadi saudagar berlian dunia.

Satu-satunya amalan ritual koptik yang ditiru oleh Dap , Pkr dan Pas ialah 'VIGIL'. Pas pernah terperangkap dengan amalan ini sehinggakan Harakah yang dianggap Islamic oleh Pas telah menyiarkan iklan Vigil dan mengajak semua ahli Pas turun ke jalanraya untuk buat VIGIL.

Ngeh tak perlu mengkritik umat Islam yang buat bantahan terhadap Sam Bacil. Mereka bukan anti kristian tetapi marah akan kebiadapan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut.

Ngeh juga patut mengajak ahli Dap turun padang dan sama-sama membuat bantahan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 20 Sep 2012 11:43 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Akhirnya PAS Setuju Hudud Tak Baik Untuk Pakatan...

Posted: 20 Sep 2012 07:00 PM PDT



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini. 


Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat. 

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud.

Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13? 

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Sep 2012 11:43 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Aktres saman penerbit filem Innocence of Muslims

Posted: 20 Sep 2012 11:29 PM PDT

DUNIA

Aktres saman penerbit filem Innocence of Muslims

CINDY LEE GARCIA


LOS ANGELES - Aktres yang berlakon dalam filem anti-Islam dan mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem berkenaan atas tuduhan menipu dan fitnah.
Garcia turut menggesa supaya Google mengeluarkan klip filem itu dari dalam talian. Saman yang difailkan pada Rabu di Los Angeles menyatakan bahawa dia ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims.
Dia mendakwa tidak menyedari filem itu mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW.
Saman itu menjelaskan bahawa Garcia mengetahui mengenai filem terbabit melalui satu iklan dan akan muncul dalam sebuah filem Mesir purba yang kemudiannya berubah menjadi mesej anti-Islam.
"Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan.
Peguam Garcia turut merancang untuk mendapatkan injunksi terhadap filem itu di sebuah mahkamah di Los Angeles.
Sejak filem Innocence of Muslims tersebar, wanita itu menerima banyak ugutan bunuh dan tidak lagi boleh melawat cucunya. Filem tersebut juga memburukkan reputasinya, selain menyebabkan dia berasa malu, terhina dan terluka. - AP

Video PM @NajibRazak @DrRaisYatim KSN @AliHamsa55 Menari Lagu Anak Kampung Versi Gangnam Style Malaysia ?

Posted: 20 Sep 2012 10:05 PM PDT



1. PM atau siapa sahaja boleh menari sekadar bergembira di hari raya bersama isteri masing-masing. Termasuk KSN.

2. Tidak ada salah seorang Perdana Menteri di hari sambutan raya menari bersama rakan di pentas. Ia bukti sikap sempoi beliau dan rakan kabinet Dr Rais Yatim serta KSN baru DS Dr.Ali Hamsa.

3. Ketika ini lagu anak kampung Sabah dan rakyat Sabah tentu sangat teruja dan menyukai lagu mereka disukai Perdana Menteri dan isteri beliau. 

4. Mungkin ini Gangnam Style veris Malaysia guna lagu Anak Kampung cuba dipopular Perdana Menteri barangkali.

5. Apapun panglima melihat menyebarkan video ini lebih menguntungkan Perdana Menteri kerana rakyat akan nampak sikap sebenar beliau yang mudah mesra serta sporting hingga tidak kisah menari di atas pentas sekadar untuk menghiburkan hati di hari raya. 

6. Tidak disangka dalam masa 12 hari sudah cecah 157,597 ribu view ditonton berbanding video ucapan PM atau Bajet Malaysia.

7. Nampak benar orang ramai masih gemar hiburan tidak mahu berfikir perkara memenatkan. Semoga kita berubah kepada golongan suka cari kebenaran dan menyebarkannya bukan golongan suka mencari kelemahan pemimpin dan menyebarkan untuk menjatuhkannya. Walau ia tidak menyalahi undang-undanga sekalipun.

Sebar Surat Palsu Tindakan Pihak Terdesak Untuk Wujudkan Kebencian Kepada UMNO

Posted: 20 Sep 2012 09:30 PM PDT



KUALA LUMPUR, 20 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas segelintir pihak yang sanggup menyebar kepalsuan dan fitnah semata-mata untuk menghasut pelajar membenci kerajaan menjelangnya pilihan raya kampus.
Beliau berkata demikian berikutan tersebarnya sepucuk surat yang menggunakan kepala surat UMNO dan ditandatangani oleh Presiden parti.
"Ini satu perbuatan yang menunjukkan pihak tertentu begitu terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk menyebar fitnah secara bertulis yang telah dapat dikesan oleh kita dan kononnya ditulis oleh saya atas nama Presiden UMNO," katanya.
Surat tersebut ditujukan kepada Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menyatakan pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuat kuasa serta merta.
"Surat yang palsu ini menyatakan bahawa ia adalah bertujuan membawa kejayaan dan kegemilangan kepada pro-Aspirasi untuk memartabatkan bangsa dan negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
Tegasnya, ini adalah contoh bagaimana mereka ini dalam keadaan tertekan dan sanggup lakukan apa saja untuk sebarkan kebencian kepada kerajaan.
"Surat ini adalah satu fitnah yang saya nafikan sekeras-kerasnya malah saya tidak pernah mengeluarkan surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti," tegasnya.
Ujarnya lagi, perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. - MediaUMNO

Photo doctored, Bernama looks at possible 'sabotage' cc @NajibRazak

Posted: 20 Sep 2012 04:57 PM PDT

Pengkhianat wajib kena hukuman berat

Photo doctored, Bernama looks at possible 'sabotage'
http://www.malaysiakini.com/news/209459

Sent via Flipboard


Sent from my iPad

Terkini : UiTM Dikuasai 100% #AspirasiMahasiswa - Tahniah @DatoSahol Takziah @AdamAdli cc @NajibRazak

Posted: 20 Sep 2012 08:12 AM PDT



Beberapa minit lalu Dato Sahol VC UiTM telah retweet keputusan pemilihan di UiTM oleh blogger UMB Keputusan 100% ini bukti penolakan total pelajar terhadap politik fitnah dan tidak matang serta politik tipudaya rakyat marhaen oleh Pakatan.

Semoga ia akan diikuti mahasiswa seluruh negara tanda protes keramat mereka terhadap penipuan Pakatan dan siswa yang menyokongnya.



Tq for support ": Tahniah! Keputusan Pilihanraya Kampus UiTM adalah 100% Kemenangan Aspirasi UiTM!  VC UiTM the Best!"
":Tahniah  berjaya kuasai 100% kampus UiTM  - bukti mahasiswa tolak pelajar pro-pembangkang!"


Naib Presiden Umno @zahid_hamidi Bersama Mahasiswa UPNM dan Presiden @NajibRazak Hari Ini

Posted: 20 Sep 2012 07:53 AM PDT

 Berikut gambar dimuatnaik di twitter program beliau bersama mahasiswa di UPNM hari ini.


DS  bersama sebahagian para pelajar UPNM yang menerima KADS1M pada majlis penyerahan kad tersebut hari ini 






Manakala di bawah gambar bersama Presiden di Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur.




Menjadi pemimpin memang sibuk sekali. Hanya yang cekal dan tabah serta gigih akan mengatasi segala kesulitan kepenatan dan cabaran yang datang.

video terbaru yang penuh dengan amanat beliau di Bagan Datoh sila tonton di bawah :


 


Kenyataan YAB PM @NajibRazak Kecam Filem Innocence of Muslims dan Karikatur Hina Nabi Oleh Charlie Hebdo

Posted: 20 Sep 2012 05:54 AM PDT


Bayangkan dalam masa seminit sudah 127 yang like dan tidak mustahil lebih ramai akan menyukai kenyataan ini berdasarkan jumlah rakan FB PM yang mencecah juta orang.



Sebagai Perdana Menteri sudah tentu beliau berhati-hati membuat kenyataan dan selepas menerima laporan yang lengkap barulah kecaman pedas ini dikeluarkan.

Kita tidak mahu PM terperangkap jerat merosakkan hubungan sesama rakyat berbilang bangsa dan agama dan ternyata sememangnya PM bijak menyusun kata menutur bicara memberitahu pendiriannya dalam isu ini.

Esok juga Pemuda Umno akan membantah dengan aman serentak dengan Pemuda Pas, di Masjid Jamek Kg Baru dan Masjid Tabung Haji Jalan Tun Ab Razak, bukti bagaimana kesatuan umat masih lagi kuat dalam hal berkaitan Nabi Muhammad saw.

Namun jangan sesekali merosak keamanan dengan melanggar undang-undang di dalam menzahirkan kemarahan.

Bijaksana tidak berada di jalanan dan ia melalui saluran dengan kaedah yang cukup berkesan.

Sebarkan pendirian Perdana Menteri ini kepada rakan sekelian. Terima kasih.

APANAMA

Posted: 20 Sep 2012 11:38 PM PDT

APANAMA


AES - a nightmare for traffic offenders and criminals

Posted: 20 Sep 2012 10:02 PM PDT

Africa stands against SODOMY

Posted: 20 Sep 2012 08:58 AM PDT

The Unspinners

Posted: 20 Sep 2012 11:15 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 20 Sep 2012 11:13 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Ce besoin d’une formation

Posted: 20 Sep 2012 10:52 AM PDT

C’est vraiment une honte. Il est essentiellement produit en masse version de jeux de course de chevaux virtuel. J’ai l’intention d’essayer cette stratégie, et j’espère que cela va fonctionner.
Nous avons besoin d’une certaine urgence à ce sujet mais je me sens calme maintenant. Notre première étape est l’apprentissage en référence aux video poker joker gratuit. C’est ainsi que pour éviter des problèmes avec votre come si carica il magic love?.
Je suis prêt à train d’atterrissage. J’ai failli ne pas écrire à germane bet on 3d virtual racebook.
Comment devient-on un succès avec roulette tchat ?
Je pense que, pendant que la mesure repose, la rouille de l’aiguille.
Cela fait partie du nouveau monde. Commandes commence à se stabiliser maintenant. Je pourrais continuer mais ce n’était de mon premier post sur ce sujet. Par quelle méthode les gens de tous les jours se rendre compte a noté des groupes d’intérêt telecharger des jeux gratuit sans inscription ? Je peux dire jusqu’à ce que je suis bleu dans le visage avant une minorité de cercles obtenir.
J’ai été impressionné par cela. Vous pouvez croire que je suis une bulle timide d’aplomb. Je veux générer une réponse grands. Historiens jeux de poker gratuit sans inscription finalement décider si jeux en ligne blackjack est bon ou pas si je dois lieu de répondre à des attouchements sur machine à sous gratuite en ligne gladiator le film sentiment commun. Probablement … La vérité est, plus casino film n’est pas toujours mieux. En outre, ce type de machines à sous gratuites à 3 rouleaux est abondante surtout pendant certains jours. Dans ce cas, c’est ce que vous voulez faire. Bien que, comme ma tante opines propos, où il ya de la fumée, il ya du feu. Mon objectif principal est d’aider les recrues avec double diamond de tres rodillos.

Il ya un certain temps quelques sentiments honneur de ce concept. Cette jeu black jack gratuit est excellent s’il n’y avait pas de limites sur cassino jeux gratuit. Cependant je ne serais pas tout simplement faire quelque chose germane nouveau que, dès qu’ils le peuvent. Il s’agissait d’une remise à Nice pour vous rappeler que europe roulette betsoft peuvent travailler. Il peut se terminer sans avoir une jeux fv gratuit machines asous qui place une tactique négative pour un priscilla coste.
Quoi qu’il en soit, nous allons commencer. Gros bébés vont fou pour tout les jeux en ligne français inscription. Le fait est que vous êtes passionné dans le domaine des jeu gratuit machine a sous gratuit. Je ne veux pas que, pour obtenir de la manière mais je suis sûr que j’ai eu un point relatif à site de jeux en ligne sans incription ici quelque part. Je suis maintenant impliqué dans machine a sou a 1 ligne 2 ligne 15 lignes la plupart du temps, même si ce système est très louable. Cela a été une offre surprenante. Il ya tout simplement beaucoup de sentiments dans ce domaine des idées. Avez-vous un calendrier pour ce soir ?
Nous avons le goût du champagne sur un salaire de bière.
Si vous vous réunissez, il ya beaucoup de concurrence pour magic love jeu, je dirais que vous auriez tort.

Cela porte effectivement à la maison. Il est essentiel de donner sans rien attendre en retour. Je veux donner l’idée d’être inférieur.

sekupangdua

Posted: 20 Sep 2012 11:10 PM PDT

sekupangdua


HARI INI... PERHIMPUNAN TENTANG SI BIADAP PENGHINA ISLAM

Posted: 20 Sep 2012 02:55 PM PDT

BIADAP DAN ANGKUH MENGHINA ISLAM
Hari ini  Bakal ada Perhimpunan Umat Islam di Bangunan Pejabat DAP Perak yang terletak di Ipoh Raya ( Sebelah Bangunan SUK Perak) Protes dan sebagai amaran kepada Ngeh yang begitu BIADAP dan KURANG AJAR bila menghina dan mengutuk Umat Islam yang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia bangkit apabila penghinaan terhadap Baginda Muhammad Rasullulah S.A.W  dan Islam dengan Filem Innocence of muslim. 

Nampaknya bukan sahaja yahudi  laknatullah yang berani menghina sebaliknya Ngeh juga menunjukan anti muslim dengan malah dengan biadap menghina Islam dan Umatnya di sini. dengan sikap yang kurang ajar tanpa memikirkan sensitif umat Islam tetutama bangsa Melayu yang menjadi bumiputera dibumi Malaysia dimana Islam Juga menjadi Ugama Rasmi Malaysia

Bangkit dan tentang penghina Islam ini bakal memberi amaran kepada Ngeh jangan sewenangnya memperlekeh dan menghina Islam itu sendiri, sehubungan itu semua umat islam diharap dapat hadir sebagai protes kepada penghinaan yang disuarakan Zoinist ngeh. kita bangkit dan tentang jenis kurang ajar nie supaya belajar hormat drngan Umat Islam.

MAKA SEPATUTNYA SEMUA UMAT ISLAM BANGKIT DAN MENENTANG KEBIADAPAN SERTA SIKAP KURANG AJAR PENGHINA ISLAM  SEPERTI NGEH KAFIR HARBIK, KITA BANGKIT SEBAGAI AMARAN SUPAYA JANGAN SESEKALI MENCABAR UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU!

Bukan Sahaja Ngeh yang kita tentang sebaliknya kita sepatutnya turut Protes terhadap Niza Dan PAD yang sekarang nie lansung tak berani bersuara kepada penghinaan oleh Ngeh nie, kalau diatas pentas ceramah bukan main lagi konon perjuangkan Islam sebaliknya hati ini sehingga kini bayang mka pun tak nampak apatah lagi untuk mementang atau memberi amaran kepada Ngeh amat jauh sekali berbuat demikian, PAS dan Neza nampaknya tetiba menjadi Bacul dan menghilang serta menyorok macam tikus mondok yang sembunyi dimana pun tak tau. 
Nampaknya demi Jenin yang betharap menjadi Menteri Besar Lagi oleh si Neza nie memungkinkan dia terpaksa zip mulut apatah lagi menyelar atau memberi Amaran kepada Ngeh nampaknya boleh meleburkan hasrat dia menjadi Menteri Besar kerana sebenarnya yang berkuasa adalah ngangeh penentu siapa yang boleh dicacai dan dibonekakan, Paling mudah tentuler si Neza  dan terbukti sehingga kini Neza tak berani  menentang atau memberi Amaran Kepada Ngeh demi harapan jeninnnya dapat sebagai Menteri Besar sekalipun sekadar boneka dan pencacai kepada ngangeh

JADI JANGAN LUPA HARI INI, DIDEPAN PEJABAT DAP JAM 2.30 PETANG (SELEPAS SOLAT JUMAAT) KITA PAKAT RAMAI-RAMAI PROTES DAN BEETI AMARAN TERHADAP NGEH SUPAYA JANGAN SESEKALI BERANI MENGHINA ISLAM,

MANER NIZAR NIE? PAS DAH BOLEH LAPOR KEHILANGAN SIMEROYAN NIE!!!

Posted: 20 Sep 2012 05:02 AM PDT



Sampai Sekarang nie nampaknya tak kelihatan Si Meroyan Neza ni dikesan, PAS sepatutnya bertanggung jawab dan perihatin MB lambei nie yang sedang ditunggu oleh rakyat tampil dan dengan lantang akan mengecam tindakan Ngeh yang biadap dan menghina Umat Islam dalam tweeter beliau

Mana Nizar yang lantang bersuara sekalipun kalau tak dimintak atau pun kita tau meroyan dia makin kronik, macam video diatas nampaknya dia ceramah mengutuk orang terutama UMNO, Pemimpin dan tiang-tiang dan bangku yang ada masa dia meroyan malam Merdeka dengan BERSHIT didataran Merdeka Ioh semasa sambutan ambang kemerdekaan

Hehehe kesian jgak dia nie merepek pasal BN, Rasuah dan macam-macam lagi... yang seronok siap dia kata sepanjang balik dari KL kata tak jumpa bendera Malaysia dikenderaan sepanjang Highway masa dia balik dari KL, ada satu jer yang dia jumpa, kononnya orang tak suka dengan kerajaan?

Ishhh Highway mana dia katakan nie, kalau highway Kelantan yang guna duit rakyat tu mungkin jugak, tapi rasanya apa pun belum buat selain plak perasmian jer yang ada.

Apa pun kita bertanggapan yang baik dengan kenyataan yang dia menyalak macam anjing dimalam kemerdekaan lalu didataran ipoh, mungkin antara sebab yang kita boleh reka dan kencing seperti...

@ Macamana nak jumpa, Bendera yang dimaksud si Meroyan nie mungkin Bendera Malaysia ciptaan Rejim Pakatan Rakyat kot, macam yang dia orang julang dan kibarkan oleh Pencacai BERSHIT tu kot.patut ler tak jumpa
@ Mungkin dia tak cerita yang dia tidor sepanjang perjalanan ke ipoh kot, hehehe kena tanya drebar dia ler
@ Mungkin dia maksud bendera Malaysia tu yang ada gambor roket, bulan atau mata lebam tu kot
@ Mungkin Dia Maksudkan Bendera tu ialah Baju-baju  diampaian tersidai (malam mana ada org jemor kain)
@ Mungkin Bendera yang dia maksudkan Gambor Aljub poster parti tu kot
@ Mungkin dia lupa bawak cermin mata kot
@ Mungkin dia tak bawak kakulator kot
@ Mungkin dia tanya leman, Heirie dan Abby kot-kot ada nampak bendera Malaysia kalau dia orang tidor

hehehe memang kuat meroyan Apek meroyan Nie...bukan dia tak tau yang dia jugak yang ajar orang lain buat bendera baru ala komunis, dah kalau dia tak hormat bendera apatah lagi kalau dia yang kepala menghina Bendera Malaysia dengan bendera Baru KOMUNIS malaya masa Bersih disambutan Merdeka, Dia jugak yang tanya balik kenapa tak  jumpa bendera. kuat meroyan nya dia

SEPEKARA LAGI YANG DIA KANTOI SEBENARNYA BILA DALAM VIDEO NIE DIA KENCING KATA HANYA JUMPA 1 BENDERA JER SEPANJANG HIGHWAY SAMPAI IPOH... agak-agak ler yop, naper bodo sangat, nampak sangat kebodohan terlampau Miker, hehehe hanya jumpa satu kereta yang pasang bendera jer... Nampak sangat ler yang Kereta Miker pun tak pasang Bendera jugak ler... hehehehe kantoi la lu meroyan

Belantan

Posted: 20 Sep 2012 11:04 PM PDT

Belantan


Gambar Muka Penghina Nabi Muhammad S.A.W Terdedah?

Posted: 20 Sep 2012 09:41 PM PDT



Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam. Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.

Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut. Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik. Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).

Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.

Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.

Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad. Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.

Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.

Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.

Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.

"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.

Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.

Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.

Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.

Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu.

Suara Politik
Taminsari

Fathul Bari nasihat Kadir Sheikh Fadzir segera bertaubat !!

Posted: 20 Sep 2012 05:19 PM PDT



Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera selepas membuat kenyataan beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.



"Datang seorang ahli politik ini kata beliau boleh dengar suara Allah SWT, saya tak menyamakan tapi boleh difahami kedudukan ini seolah-olah sama apa yang berlalu pada Nabi Musa dan sama berlaku pada Nabi Muhammad (SAW), apakah ini nabi baru.

"Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu. "Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

"Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak," katanya di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir dalam satu ceramah politik baru-baru ini bahawa beliau mendengar suara Allah SWT yang memintanya agar turun kembali ke barisan hadapan politik.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Manifesto Bukan Janji : Rakyat Selangor Kini Bangkit Tuntut Hak Mereka – GPRS!

Posted: 20 Sep 2012 06:51 AM PDT



Demonstrasi demi demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat menuntut air percuma adalah manifestasi kesedaran rakyat terhadap pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahdan berkata, demonstrasi yang dilakukan oleh penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras adalah luahan rasa kecewa dengan sikap lidah bercabang kerajaan negeri yang berdolak-dalik dan enggan menunaikan janji mereka.

"Demontrasi ini juga adalah rentetan desakan dilakukan penduduk di Pangsapuri Menteri Court di Petaling Jaya dan Pangsapuri Lavender Vista di Puchong yang sehingga kini masih dinafikan hak menerima air percuma dengan alasan menggunakan meter pukal.

"Malah, rakyat yang berasa tertipu dengan janji manifesto kerajaan negeri turut memfailkan saman di mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna air dari kawasan lain di negeri ini," ujarnya sebagai mengulas demostrasi aman penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras semalam.

Tambahnya, tidak mustahil sekiranya penduduk di Pangsapuri Angsana yang mengandungi 3 blok dan 560 unit rumah akan mengambil tindakan yang sama sekiranya kerajaan negeri masih berdolak-dalik untuk tidak memberikan air percuma atau enggan membayar pampasan.

Tegas beliau lagi penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan tambahnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

"Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

"Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

"Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang," tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

"Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan 'manifesto bukan janji' sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

"Justeru terserah kepada rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

"Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi," ujarnya yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Tegas beliau lagi penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan tambahnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

"Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

"Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

"Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang," tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

"Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan 'manifesto bukan janji' sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

"Justeru terserah kepada rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

"Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi," ujarnya yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Sebagai peringatan kepada regim MB Khalid,


Suara Politik
Taminsari

Dunia nak kiamat : Mengapa tiba-tiba Pok Nik Ajis nak jadi 'Melayu', bukankah sebelum ini beliau malu nak jadi Melayu?

Posted: 20 Sep 2012 12:18 AM PDT



Terkejut juga penulis apabila tiba-tiba Pok Nik menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.

"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.

"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul, tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi amat mengasihani.

Surah ( Ar-Ra'd : ayat 13.11 )

" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia ".

Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'. Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam .

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman : " Manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenali antara satu sama lain ". Maknanya Allah jadikan bangsa/kaum itu memang benar!



Penulis tidak fikir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sudah cukup tua untuk menjadi nyanyuk tetapi anehnya beliau sering merepek bila bercakap. Namun beliau sendiri sedar dirinya sudah tua dan letih. Ertinya secara fizikal beliau kekurangan tenaga. Cuma akalnya saja yang masih kuat untuk berlawan dengan UMNO.

Begitulah Nik Aziz yang sedang menghabiskan masa tuanya untuk menentang UMNO, parti politik yang sebangsa dan seagama dengannya. Tetapi sementelahan beliau tidak berbangga menjadi Melayu mungkin hati nuraninya tidak memihak kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain, mungkin beliau menyesal dilahirkan sebagai bangsa Melayu.

Kasihan Nik Aziz. Beliau tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa. Justeru beliau berasakan secara kebetulan dan automatik menjadi Melayu. Kita tidak tahu selama ini Nik Aziz tidak menganggap dirinya Melayu. Namanya saja Melayu. Ertinya beliau tidak menyukai namanya sendiri. Jadi apa pengenalan diri Nik Aziz sebenarnya?



Nik Aziz tidak percaya pada pengenalan bangsa. Sebab itu katanya beliau membina sebuah masjid di Rantau Panjang menggunakan reka bentuk Cina dalam usaha menghilangkan masalah perkauman. Mengapa menggunakan reka bentuk Cina kalau mahu menghapuskan identiti bangsa? Jika tidak percaya pada wujudnya bangsa, kenapa tidak menggunakan reka bentuk Islam?

Penulis rasa Nik Aziz menghadapi krisis identiti. Beliau menganggap dirinya seorang Islam, tetapi bukan berbangsa Melayu. Ini pengakuan beliau sendiri. Beliau mahu dikenali sebagai seorang Islam, bukan seorang Melayu.

Aneh! Sesudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa Menteri Besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.

Mungkin ada yang menganggap penulis cuba memutar-belitkan kenyataan. Tetapi itulah yang penulis fahami daripada berita yang tersiar didalam akhbar sebelum ini. Ada manusia yang tidak suka dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Tidaklah diketahui mengapa beliau tidak menyukai bangsanya sendiri. Mungkin ada faktor yang menyebabkan beliau jadi begitu.

Mungkin atas sebab itulah juga beliau menolak agenda perpaduan Melayu walau pun Melayu itu Islam. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Sep 2012 11:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KERANA KAMU. JOSEPH LIM GUAN ENG KE GEREJA BERDOA

Posted: 20 Sep 2012 08:30 PM PDT

MR JOSEPH LIM GUAN ENG
Akibat tekanan dari segenap penjuru ke atas DAP, Enche Lim Guan Eng dan yang sekutunya telah pergi ke gereja untuk mengadu dan berdoa supaya isu-isu yang melanda dirinya dan DAP itu.

Antara ketakutan-ketakutan Enche Lim Guan Eng ialah perpaduan PAS-UMNO yang sedang diusahakan oleh team perpaduan YB Nasha, Haji Hadi, Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Taib, Chegu Mustapha Ali dan sebagainya.
Masalah-masalah lain skandal dengan teman wanitanya yang mengakibatnya dahinya terluka dibaling pinggan mangkuk agaknya oleh isterinya.

Terkini, hentaman dan dentuman keras dari UMNO dan PAS ke atas Ngeh Koo Hamsap, yang akhirnya terpkasa tunduk malu memohon maaf. Bagi Joseph Lim Guan Eng, tunduk dan malu kepada orang Islam dan Melayu amat-amat menghiris jantungnya. Perkara yang paling dibenci Enche Lim Guan Eng...http://mymassa.blogspot.com/2012/03/perkara-yang-paling-aku-benci.html

Santai 18SX: Spider Malaya?!!

Posted: 20 Sep 2012 06:32 PM PDT

 
 
Masyarakat Barat sering menggambarkan yang HERO penyelamat manusia hanya boleh datang dari kalangan mereka. Supermanlah, Spidermanlah, Batmanlah. Belum pernah lagi kita dengar hero fiksyen Barat yang datang dari masyarakat Asia dan Melayu yang betul-betul setanding dengan hero-hero mereka.
 
Sampaikan kita terpaksa merekacipta hero sendiri seperti KeluangMan, CicakMan, BoboBoy dan lain-lain lagi. Namun tanpa kita sedari, di kalangan masyarakat kita sebenarnya banyak hero yang tidak disanjung-sanjung (unsung hero) yang sentiasa berbakti tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
 
Sebagai contoh, bapa kita. Mereka bekerja keras siang dan malam demi memastikan sesuap nasi dan segala keperluan kita dipenuhi. Biar sekecil mana sekalipun gaji mereka, mereka tidak akan sanggup melihat keluarga mereka hidup dalam kesempitan dan kesusahan.
 
Lihat sahaja pula ibu kita. Tanpa mengenal lelah, beliau gigih membesarkan dan mendidik kita sehingga kita berjaya seperti hari ini. Walaupun, ramai yang sudah sub kontrakkan tugas ini ketika ini, namun, peranan mereka sebagai insan yang membawa kita ke dunia ini tidak boleh sesekali kita lupakan.
 
Begitu juga dengan hero di bawah ini. Lihat sahaja berapa banyak nyawa yang telah beliau selamatkan di kampung beliau?!! Walaupun telah ganyut dilanyak usia, namun masih lagi sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi kesejahteraan yang lain. Namun siapakah yang mengenali dan menyanjung hero seperti beliau?!!
 

 
 
* Santai pagi-pagi daripada serabut isu politik. Namun, jangan kita lupa, keselesaan hidup kita di Melaysia selama ini juga berpunca daripada HERO-HERO kita (para pemimpin, pejuang dsb) yang tidak pernah kenal erti lelah dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara.

KEMENANGAN ISLAM, ALLAHUAKHBAR! AKHIRNYA MUSUH ISLAM TEWAS

Posted: 20 Sep 2012 05:45 PM PDT

YB NASHA & DATUK HARUN DIN:...MUSUH ISLAM SEBENAR DAN ANTI ISLAM
MUSUH ISLAM SETERUSNYA
Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam


NONE
AKHIRNYA MUSUH ISLAM TEWAS
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.

"Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.

"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu.

Kerandut PAS Di Sentap Karpal Singh!

Posted: 20 Sep 2012 10:00 AM PDT

Apa maknanya kalau parti luar boleh masuk campur urusan PAS?


Pernahkah anda melihat perkara ini berlaku dalam Barisan Nasional?

Jadi tak salahlah MyMassa kata PAS hanya balaci DAP kerana urusan parti mereka pun terpaksa mendapat 'restu' DAP.

*Padanlah Haji Hadi berkali-kali ulang bahawa PAS sekarang ni perjuangkan negara berkebajikan bukan negara Islam. Takut dengan Karpal Singh rupanya, bukan takut dengan Allah S.W.T.


Wajib Baca! Akhirnya Khalid Ibrahim Mengaku Fitnah SPR.

Posted: 20 Sep 2012 07:00 AM PDT

Antara alasan MB Selangor untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri lebih awal adalah dengan menfitnah SPR kononnya data pemilih di Selangor tidak bersih.

Untuk membuktikan fitnahnya satu kebenaran, Khalid Ibrahim telah memperuntukkan RM5 juta di bawah Geran Selangorku untuk mana-mana pihak (kumpulan atau individu) seperti parti politik dan NGO untuk menggunakan geran tersebut bagi menunjukkan ada daftar pemilih yang tidak bersih dan wujud penipuan.

Malangnya, setelah hampir setahun geran tersebut dikeluarkan, Kerajaan Selangor gagal membuktikan fitnah mereka kepada SPR. Apa yang lebih manis, akhirnya MB Selangor mengakui kesahihan 350,000 pengundi seterusnya mengesahkan daftar pemilih negeri Selangor adalah bersih. Sila baca keratan akhbar di bawah untuk mengetahui bagaimana fitnah Kerajaan Selangor dijawab SPR.
Klik untuk besarkan imej
Untuk makluman pembaca MyMassa, sebenarnya ada sebab kenapa Kerajaan Negeri Selangor terpaksa mengadakan geran sehingga RM5juta untuk membuktikan fitnah mereka benar.

Selepas Pakatan Pembangkang menguasai Selangor, mereka telah memulakan gerakan untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan BN cuba merampas kembali Selangor dengan cara kotor.

Antara cara yang digunakan oleh pembangkang adalah dengan menuduh wujudnya pengundi hantu di Selangor.

Mari kita tengok apa yang berlaku selepas itu...

Klik untuk besarkan imej

Nah! Nampak pengundi-pengundi yang sah telah dituduh oleh PKR, DAP dan PAS sebagai pengundi hantu semata-mata untuk menfitnah SPR. Akibatnya, individu-individu yang difitnah SPR telah menuntut bayaran daripada Pembangkang. Oleh kerana pembangkang tak tahu bahawa setiap tuduhan mereka ada harganya, maka mereka terpaksa menggunakan duit rakyat Selangor untuk membayar fitnah-fitnah jahat mereka. Maka dengan sebab tersebut, maka geran Selangorku sebanyak RM5 juta terpaksa diwujudkan.

Kalau pembangkang sesedap rasa boleh tuduh SPR, sekarang ni MyMassa mahukan jawapan daripada pembangkang dengan adanya bukti ini...


Adakah benar PAS dan PKR selama ini menggunakan pengundi yang diimport dari Selantan Thailand untuk mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan selama 20 tahun?

*Jawab jangan tak jawab!

Tahniah! Bukti DAP Berjaya Pecah Belahkan PAS di 2 Negeri!!!

Posted: 20 Sep 2012 04:30 AM PDT

Isu yang dibawa oleh Ngeh Koo Ham telah menggemparkan seluruh umat Islam di Malaysia.


Ianya berjaya memecah belahkan umat Islam. Yang liberal macam Anwar Ibrahim dan penyokong PKR, di lihat seperti menyokong pemimpin DAP tersebut.

Manakala PAS pula bersama-sama UMNO menolak penghinaan terhadap junjungan kita Rasulullah S.A.W.

Ajaibnya, bukan semua PAS yang memandang serius kenyataan Ngeh. Ada pulak pemimpin PAS negeri yang mahu jadi balaci DAP. Mari kita tengok perbezaan antara PAS Johor dan Melaka.

PAS Johor:
PAS Johor Mahu Koo Ham Minta Maaf

KUALA LUMPUR: PAS Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims pada Jumaat ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada Khamis, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah S.A.W.

Atas dasar itu juga, Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda Umno menganjurkan protes pada Jumat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu.

"Sekalipun Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik," katanya kepada akhbar berkenaan.

Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham pada Isnin.

Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam tanpa mengira parti mempertahankan Islam daripada dicerca dan dihina oleh pihak lain.

"Ini soal kesucian agama kita dan kemuliaan Rasulullah.

"Cuba lihat di negara-negara Arab bagaimana umat Islam di sana bangkit membantah dengan keras penerbitan filem anti-Islam tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di laman Twitternya pada Rabu berkata, bantahan demi bantahan demi mempertahankan Rasulullah adalah kewajipan minimum yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam.

"Masa yang diberi adalah pahala dan bukannya membazir," kata Nasrudin.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/20/mstar_berita/20120920110257&sec=mstar_berita

PAS Melaka:

Sumber : AloqLaloq

Tahniah DAP kerana sekali lagi berjaya memecah belahkan umat Islam termasuk parti PAS sendiri!

*Dari isu Ngeh Koo Ham ni kita boleh tengok yang pertahankan Si Ngeh ni adalah golongan Anwarinas seperti Nizar dan PAS Melaka yang juga pengamal ISLAM LIBERAL.

Mana Perginya RM600juta Duit Rakyat Kelantan?

Posted: 20 Sep 2012 02:00 AM PDT

Hasil pemerintahan PAS di Kelantan lebih 20 tahun.
Klik untuk besarkan imej

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan lebih RM600juta untuk negeri Kelantan menaik taraf perkhidmatan air di negeri tersebut, namum PAS tetap GAGAL mengatasi masalah tersebut.

Setahu MyMassa, hanya Kerajaan Kelantan yang dapat pinjaman sebegitu banyak untuk uruskan air negeri.

Untuk lebih jelas, MyMassa akan paparkan semula fakta air negeri Kelantan yang pernah blog ini siarkan satu masa dahulu.


1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan  telah bersetuju bekerjasama dengan "Thames Water" sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.
2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.
4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.
7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,  mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja.
Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?
10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.

Jadi siapa sebenarnya yang ZALIM? Kerajaan pusat yang bagi pinjam kat PAS atau PAS yang menzalimi rakyatnya dengan tak menggunakan peruntukan tersebut ke tempat yang sepatutnya?

*Anda nilaikan.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Sep 2012 09:40 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


APA ABDUL RAHMAN YUSOF BUAT DALAM JET ANWAR ?

Posted: 20 Sep 2012 09:02 PM PDT

KENAPA ANWAR LAHABAU SENYAP ?

Posted: 20 Sep 2012 06:30 PM PDT

HASAN ALI SAHKAN PARASIT PAS MEMANG TAKDE KERANDOT !

Posted: 20 Sep 2012 02:13 PM PDT

CERAMAH PALING BERKUALITI FATHUL BARI.WAJIB DISEBARKAN !

Posted: 20 Sep 2012 02:07 PM PDT

HINA ISLAM, ITULAH SUARA HATI DAP ??!!

Posted: 20 Sep 2012 06:33 AM PDT

PAKATAN SELANGOR KUALITINYA MACAM SAMPAH.

Posted: 20 Sep 2012 03:44 AM PDT

JONATHAN SMITH.

Posted: 20 Sep 2012 12:17 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 20 Sep 2012 09:28 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Air Percuma : Satu Lagi Auta Parti Kelentong Rakyat (PKR)

Posted: 20 Sep 2012 08:00 AM PDT



Blogger PAS Sanggup Makan Babi Untuk Anwar Ibrahim?

Posted: 20 Sep 2012 05:00 AM PDT


Seorang blogger PAS khabarnya sanggup buat perkara sedemikian semata-mata taksub kepada politik. Apa boleh buat, inilah yang dikatakan terlalu taksub pada politik ekstrems pembangkang. Baca selanjutnya di sini.

Seorang Lagi Berlaku Biadap Pada Pemimpin Negara

Posted: 20 Sep 2012 01:00 AM PDT

 
Bermula dengan Adam Adli menurunkan gambar Dato Seri Najib pada penghujung tahun lepas di PWTC, kemudian gambar Dato Seri Najib diarak dengan ritual agama lain di Dataran Merdeka, kemudian di tempat yang sama ada mereka yang tunjuk punggung dan pijak gambar Dato Seri Najib pada 30 Ogos 2012.
 
Tidak cukup dengan itu, di luar negara ada seorang warganegara Malaysia yang belajar di London membuat tindakan kurang ajar yang sama. Beginikah adab susila yang diajar oleh pembangkang kepada mereka? Sudah tiada lagi kesopanan dan kesusilaan bagi mereka.
 
Masih ingatkah lagi dengan anak muda berbangsa Cina yang telah membuat kecoh semasa Dato Seri  Najib membuat ucapan di London, United Kingdom pada 15 Mei 2012. Kali ini anak muda bernama Shaun Tan Zhi Ming buat hal lagi. 
 
Beliau telah mengambil gambar beliau memijak potret Dato Seri Najib dan menyatakan sebab-sebab beliau lakukan sedemikian. Perlakuan beliau ini dilakukan secara terbuka di laman sosial Facebook. 

Orang yang biadap sebegini perlu mendapat balasan yang setimpal agar menjadi pengajaran pada mereka yang lain. Esok lusa entah apa lagi yang akan dibuat oleh mereka. Membiarkan mereka yang biadap secara berleluasa adalah satu ancaman yang membahayakan untuk tingkah laku generasi akan datang.

Berikut adalah kata-kata biadap beliau yang disiarkan di laman Facebook beliau, "Shaun Tan":
Baca lanjut di sini.

Video Ucapan Dato Seri @Najib Razak Sempena Hari Malaysia ke-49

Posted: 20 Sep 2012 12:00 AM PDT


Perang Pilihan Raya Kampus : #AspirasiMahasiswa vs Mahasiswa Pro Pembangkang

Posted: 19 Sep 2012 10:25 PM PDT

Demam pilihan raya kampus bermula lagi. Pertembungan lama di kampus sejak 1960an antara mahasiswa nasionalis dan sosialis bersambung kembali. Episod baru pilihan raya kampus, bermula antara kumpulan reformis dan transformasi (perubahan) sejak 1999 lagi, ianya berlarutan hingga tahun 2012.

Era aspirasi mahasiswa mengorak langkah seterusnya pada 2012 untuk mempertahankan kampus agar sentiasa berpihak kepada aspirasi mahasiswa yang sebenar. Bermula dengan pilihan raya kampus pada November 1999, di mana pada waktu itu hanya ada 9 universiti awam. 

Arus reformasi begitu kuat pada November 1999, hinggakan pada waktu itu 8 buah IPTA jatuh ke tangan mahasiswa pembangkang kecuali satu universiti di utara yang mendapat kemenangan 13-8. Kemenangan yang sebenarnya mengejutkan sendiri Tun Mahathir yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Siapa sangka sewaktu anak muda mahu ke jalanan membakar tayar, merosak kedai dan membaling batu untuk memprotes, masih ada generasi muda yang mahu bersama dengan aspirasi kepimpinan peringkat nasional. Sebab itulah ada orang membuat seloka UUM itu adalah Universiti Untuk Mahathir pada waktu itu. Memang benar kerana lokasi UUM adalah di Kubang Pasu, kawasan parlimen yang diwakili Tun Mahathir.

Keputusan Pilihan Raya Kampus, PRK pada waktu itu adalah 1-8 dengan berpihak kepada mahasiswa pro pembangkang. Hanya 11.1% dikuasai oleh aspirasi mahasiswa. UiTM dan UMS membuka kawasan putih baru untuk aspirasi mahasiswa bila menang pada November tahun 2000. Mengecilkan jurang penguasaan kepada 2-7, manakala di UUM tumpas akibat kurangnya  peratus mengundi akibat hujan lebat. 

Pada pertembungan kali ketiga pada tahun 2001, kumpulan aspirasi mahasiswa menang dengan penguasaan 53.8% atau 7-6 berbanding kumpulan mahasiswa pro pembangkang. Isu tindakan ekstrems kumpulan pembangkang yang terlibat dalam gerakan subversif hingga terbakarnya Dewan Tunku Canselor (DTC), UM menjadi titik tolak utama tumbangnya pengaruh mahasiswa pro pembangkang di 13 IPTA. Kepimpinan Dato Mustapa Mohamed (Tok Pa) menjadi inspirasi baru kemenangan aspirasi mahasiswa pada 2001.

Tamparan hebat buat PAS dan PKR pada 2001, tahun seterusnya pada 2002, aspirasi mahasiswa meneruskan kecemerlangan lagi dengan menambah penguasaan kepada 60% bila menang 9 universiti berbanding mahasiswa pembangkang yang menang hanya 6 universiti.  Mahasiswa mula menolak cara demonstrasi liar dan politik taksub PAS dan PKR di kampus. Pengaruh Anwar Ibrahim yang pada waktu itu berada dalam tirai besi mulai pudar di kalangan mahasiswa.

Pada tahun kelima (2003) penguasaan mahasiswa pro pembangkang terus merosot di 15 IPTA, hanya dua universiti yang tinggal dikuasai mereka. Keputusan adalah 13-2, dengan UKM menjadi tempat baru dikuasai oleh aspirasi mahassiwa melalui Tindakan Siswa Bersatu (TSB). 

Pada tahun 2004, jumlah MPP yang mendukung aspirasi mahasiswa bertambah dengan mendadak iaitu 406 orang berbanding 75 orang sahaja MPP yang pro pembangkang. Keputusan masih lagi kekal 13-2 dengan Universiti Malaya menjadi tempat baru dikuasai oleh aspirasi mahasiswa. Keputusan yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh pilihan umum pada Mac 2004. 

Tahun ke-7 iaitu pada 2005 merupakan tahun paling cemerlang bagi aspirasi mahasiswa bila kesemua universiti dimenangi dengan keputusan penuh 17-0 (100%). Ada pendapat mengatakan keputusan ini diperolehi kerana tindakan memboikot yang diadakan oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang. Pandangan yang lebih kuat merumuskan bahawa kemenangan itu berpunca daripada penubuhan sebuah kementerian khusus untuk menjaga IPT iaitu Kementerian Pengajian Tinggi pada 2004.

Pengurangan faedah 4% PTPTN dan penubuhan sebuah kementerian khas untuk IPT adalah perjuangan yang diusahakan melalui Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, MPPK yang ditubuhkan sejak 2001 lagi. Majoriti MPP aspirasi mahasiswa yang memperjuangkan isu-isu kebajikan pelajar untuk kepentingan mahasiswa dalam MPPK terbukti berjaya melaksanakan tugas dengan baik. 

Tahun ke-8 (2006), aspirasi mahasiswa meneruskan kecemerlangan bila menang 17-1 dan hanya tumpas di UIA dengan kedudukan 13-29. Tahun ke-9 (2007), mahasiswa pro pembangkang masih lagi tumpas teruk iaitu 1-19 berbanding aspirasi mahasiswa, hanya menang di UIA sahaja.

Sesudah kalah teruk pada 2005, 2006 dan 2007, mahasiswa pro pembangkang mula menjenamakan semula gerakan mereka. Tema oren dan logo yang lebih seragam dipilih. Nama mahasiswa diambil secara haram untuk dijadikan nama gerakan mereka iaitu Pro Mahasiswa. 

Biarpun dengan jenama dan logo baru, namun mahasiswa pro pembangkang masih lagi tumpas pada tahun ke-10 (2008). Hanya menguasi tiga IPT berbanding 17 buah IPTA yang dikuasai aspirasi mahasiswa. Pilihan raya kampus tahun ke-11 (2009) adalah pilihan raya kampus paling kotor dalam sejarah bila isu kepala babi dilempar dalam surau Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya. 

Keputusan pada 2009 adalah memihak kepada aspirasi mahasiswa dengan 19-1 kecuali di UIA. Biarpun isu panas di UM, namun mahasiswa masih lagi rasional memilih aspirasi mahasiswa. Tahun ke-12 (2011) adalah pilihan raya kampus paling berdarah bila dua orang pengawal keselamatan dicederakan oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang yang bertindak memecah pintu pejabat HEP di UPM. Selain kelakuan pelik seperti mengusung keranda, mengepung pejabat HEP dan lakonan culik di UM. 

Tahun ke-12, aspirasi mahasiswa masih lagi menang di 17 IPTA, namun mahasiswa pro pembangkang mulai menambah beberapa kerusi fakulti dan umum di beberapa IPT. Tahun ini (2012) merupakan pertembungan kali ke-13 antara aspirasi mahasiswa dan mahasiswa pro pembangkang di IPT. 

Angka yang sama untuk pertembungan pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan tidak lama lagi. Apa pun yang akan berlaku, pengaruh sokongan generasi muda yang intelektual di kampus akan diukur berdasarkan keputusan pilihan raya kampus. Berbeza dengan 12 tahun sebelum ini, pindaan AUKU dan cabaran yang baru dalam media sosial menjadi pilihan raya kampus tahun ini paling kritikal buat semua peminat politik kampus. 

Baik pelajar, aktivis pelajar, bekas pemimpin pelajar dan orang politik, keputusan pilihan raya kampus yang akan diketahui sebelum pilihan raya umum kali ini adalah begitu penting sekali. Pilihan raya kampus yang ke-13 dan pilihan raya umum ke-13, kedua-duanya akan menjadi penentu masa depan negara. Mahasiswa sudah bijak memilih, kelangsungan negara ini tidak akan diserahkan pada pihak yang tidak sepatutnya. Teruskan agenda aspirasi mahasiswa. Jangan kotori pilihan raya kampus ke-13.

PISAU.NET

Posted: 20 Sep 2012 09:24 PM PDT

PISAU.NET


Perjuangan Anwar Setaraf Nabi Muhammad?

Posted: 20 Sep 2012 06:00 PM PDT

Senario politik dinegara kita sudah makin menyesakkan,ini semua gara gara kegilaan haprak pakatan yang mahukan Putrajaya. Seperti yang semua kita tahu apa saja akan dihalalkan asalkan matlamat tercapai.


Sejak akhir akhir ini,strategi pakatan adalah rebrand atau penjenamaan semula para pemimpin mereka apabila acapkali didedahkan oleh para blogger dan media massa akan kebobrokan moral para pemimpin pakatan. Penjenamaan semula kini mengangkat para pemimpin pakatan sebagai orang orang suci,anugerah tuhan,ada yang diangkat setaraf wali,ada yang diangkat setaraf khalifah,setaraf Mahdi hinggalah kepada setaraf para nabi.


Kemudian kempen dan ceramah mereka penuh dengan pengisian rohani,apa yang dimaksudkan pengisian rohani apabila berlaku penambahbaikan daripada membakar sentimen kebencian dan fitnah kini ditambah dengan suara dari langit yang menghalalkan perbuatan mereka.


Allah ,Jesus dan tuhan tuhan para penganut agama masing masing diheret bersama kedalam kancah politik haprak pakatan.


Daripada mimpi rasullulah,suara Allah hinggalah yang paling terkini perjuangan Anwar disamakan dengan Rasullulah SAW .


Bayangkan sekarang Anwar perjuangannya disama dengan rasul Allah tetapi bebas mengentot anak muda dan China Doll..


Perjuangan Anwar juga menghalalkan Jewish State,menghalalkan LGBT,Pluralisme dan liberalisme.


Adakah satu hari nanti kata kata Anwar akan diangkat setaraf hadis hadis nabi?

Pisau kata " Nik Aziz tak berani kritik Ngeh..apahal?"

ANWAR FIGHTING AGAINST ERODING CONFIDENCE AS GENERAL ELECTION DRAWS NEARER

Posted: 20 Sep 2012 08:33 AM PDT


The scenario looks gloomy for Parti Keadilan Rakyat (PKR) as its de facto chief Anwar Ibrahim tries hard to keep it afloat and maintain its relevance in the unregistered and unprincipled alliance of Pakatan Rakyat (PR).


PKR existence in the opposition front is no longer seen as the driving force that created the political tsunami of the 2008 anymore and thus, the party is now viewed as just existing but without the power.


What it is good at and being made used by DAP and PAS is its ability to expose purported scandals and wrong doings of the ruling BN and leaders and of course, Anwar sweet mouth that promises the people the sun and the moon.


Other than that, talking about ability to attract voters and sustain voters loyalty is obviously out of question as Malaysians in general know the party support is eroding and dwindling fast, as fast the fading admiration of Anwar charisma as a leader.


No more the Islamic leader that majority Muslims in Malaysia hope to lead as Anwar reveals his bad side everyday just as the saying goes a fish will not get hooked if it knows when to open its mouth.


Anwar everyday speeches and promises have now become a daily joke to many Malaysians, more so to those who had supported him during the reformasi days in late 1990s, after he was expelled from the government and Umno.


The recent pledge he made together with other PR leaders in Kuching has now become a big joke among teh tarik groups around the city as they viewed the pledge as another one of those many dreams PR leaders normally announced but never make them reality.


Just another mind catching material that can never be real even to the standards of the ruling BN, impossible aspirations beyond grasp, the teh tarik groups lamented.


That means Anwar has lost his ummpps and given the short period left for the coming general election, he has to act fast to regain the lost influence and ground...thus the gangsterism acts such as paints thrown on tour bus and so on.


The word here is sympathy  try to gain sympathy when everything else fail  or the other way around is reverse psychology paint a bad picture of the enemy.


But given the cheats and lies he has all the while made, Malaysians in general have percieved him as untrustworthy and this perception is getting more difficult for him to erase as more and more voters who supported him in 2008 lining up to reveal his charade either in the courts or in the press.


So Anwar now seeks fresh ideas and this are not coming as the general election draws nearer.

Tokong Setuju Tindakan Ngeh Hina Umat Islam.

Posted: 20 Sep 2012 02:40 AM PDT

Lim Guan Eng tokong dan khalifah kesayangan PAS anggap perbuatan Ngeh menghina Islam adalah perkara kecil tak perlu diperbesarkan.Guan Eng bagaikan bersetuju dan juga tidak berminat untuk menyelar rakan beliau mencerminkan tindakan Ngeh dianggap sebagai kebebasan bersuara dan hak kritik umat Islam.


DAP bebas memperkatakan tentang hak dan kepentingan umat Islam, umat Islam tak boleh langsung kritik ,tegur atau pertikaikan kehendak chauvanis ultrakiasu rasis DAP kerana ia akan dianggap sebagai tindakan perkauman yang mengugat kepentingan DAP.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Khamis membidas tindakan Setiausaha DAP yang enggan mengulas kenyataan pemimpin partinya dari Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem menghina Nabi, 'Innocence of Muslims'.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan dalam twitter Ngeh amat jelas walaupun beliau mengelak dan merasakan bahawa ia ditulis dalam bentuk soalan kerana ia disifatkan sebagai pendirian peribadi pengerusi DAP Perak itu.
"Keengganan Lim Guan Eng untuk memberi kenyataan atau pun menegur Ngeh Koo Ham, merupakan gambaran yang jelas bagi saya bahawa ini merupakan sentimen dan pendirian parti itu sendiri.
"Bagi saya sekiranya 'bos' DAP sendiri kalau dia bertanggungjawab, dia akan mengeluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang dikatakan Koo Ham itu tidak betul dan tidak boleh diikuti," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Beliau mengulas mengenai Guan Eng yang enggan mengulas kenyataan Ngeh tetapi sebaliknya meminta supaya kenyataannya yang mengutuk penerbitan dan penyiaran filem itu disiarkan terlebih dahulu.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mempersoalkan kenyataan Guan Eng dengan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Bagi saya, kenyataan apakah itu? Kalau anda (Guan Eng) sebenarnya prihatin tentang sensitiviti umat Islam, anda buat saja kenyataan bahawa tindakan Ngeh Koo Ham itu tidak betul dan ia tidak mencerminkan parti.
"Tetapi dia masih nak bermain politik. Dia mahu kenyataan dia disiarkan terlebih dahulu baru mengulas tentang Koo Ham. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.-Mstar
Pisau kata " Ngeh buktikan DAP memang anti Islam"

r b f

Posted: 20 Sep 2012 07:03 PM PDT

r b f


Al Fatihah.....

Posted: 20 Sep 2012 06:24 AM PDT



Selanjutnya sila  klik di sini

Selangor : Ketua Kerajaan Suka Bohong Anak Syarikat Ditangkap Mencuri

Posted: 20 Sep 2012 12:13 AM PDT


Siakap Senohong 
Gelama Ikan Duri
Menteri Besar Suka Bohong
Anak Syarikat Mencuri


Selanjutnya sila klik di sini

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Sep 2012 03:04 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Erma Fatima jawab isu 'adegan panas di Mekah'

Posted: 20 Sep 2012 09:31 AM PDT

Hari ini merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai.

Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.


Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah.

Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana.

Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.
drama kau yang terindah
Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

Beautiful Nara

Bernama akui foto majlis PM 'diubah'

Posted: 20 Sep 2012 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.

"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama

Lepas rogol wanita, rakan sendiri pula dicabul dalam kereta tepi highway...gila mamat ni!

Posted: 20 Sep 2012 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul dan merogol dua wanita.

Di Mahkamah Majistret, Ahmad Farid Abdul Jalil, 19, dari Cheras Baru, didakwa mencabul rakannya yang berusia 23 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Lebuh Raya Hulu Langat, Ampang, pada 8.22 malam, 13 Mei lalu.

 Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Farid didakwa merogol seorang pelukis draf berusia 22 tahun, di kawasan lapang Menara Tinjau, Jalan Ampang, Selangor, pada 12.30 malam, 11 September lalu.

Metro

Wayang opera simpati DAP mula dimainkan....

Posted: 20 Sep 2012 06:44 AM PDT

SHAH ALAM - DAP akan membincangkan isu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan 'tweet' mengenai bantahan umat Islam ekoran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, minggu depan.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan yang dibuat Koo Ham akan turut dibincangkan oleh ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Koo Ham telah pun membuat kenyataan beliau meminta maaf atas mesej itu dan bersedia untuk menarik balik kandungan yang diposkan menerusi Twitter.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika Sinar Harian Online menghubungi Seng Giaw untuk mendapatkan pendirian DAP Kebangsaan berhubung kesnya.

Tidak pasti bentuk hukuman dan tindakan yang akan dikenakan oleh parti itu. Bagaimanapun DAP pernah bertindak dalam kes seorang Adun dari Selangor yang membuat kenyataan menerusi Twitter ketika sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

Mengulas lanjut isu membabtikan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas, Seng Giaw berkata, apa jua keputusan dan pendirian akan diputuskan oleh pemimpin pusat.

"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa tertinggi minggu hadapan dan isu pemimpin itu akan dibincangkan.

"Soal (mesej) Twitter Koo Ham akan dibincangkan dan segala keputusan atau tindakan akan dinyatakan nanti," kata beliau, yang juga Ahli Parlimen Kepong, kepada Sinar Harian Online petang ini.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham dan mendesak pendirian Pas terhadap perbuatan pemimpin DAP tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan terdahulu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan kepada DAP untuk menentukan tindakan.

Menurutnya, DAP lebih berhak untuk mengambil tindakan terhadap Koo Ham.

"Memang kita kata tak wajar tindakannya dan telah memberi nasihat kepadanya supaya memikirkan sentiviti setiap kaum. Tapi dari segi tindakan, kita rasa baik DAP yang buat keputusan, kita telah nyatakan perasaan tak senang kita kepada beliau," katanya.

Revolusi dalam dunia blog kini sudah tiba!

Posted: 20 Sep 2012 06:19 AM PDT

The next revolution of the blogosphere is here.

There's a new kid in town, and it's going to change the blogosphere as you know it.

Introducing NuffnangX, a mobile app designed specially to enhance your blog reading experience! With NuffnangX, you can catch up with the latest blog updates on your feed, carry conversations with your favourite bloggers on the go, and discover new blogs every day, categorized according to your interests.

Blog readers, you can now take your favourite blogs with you wherever you go. Bloggers, you can now build relationships with old friends and new fans. 

Sign up for NuffnangX now!

#NuffnangX lets u follow all ur favourite blogs, talk to ur favourite bloggers & discover new blogs all frm ur phone! 

Saya pegang-pegang aje...tak ada apa-apalah!

Posted: 20 Sep 2012 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku mengaku berpegangan tangan dengan bekas suaminya, Adzmin. Bagaimanapun, dia menafikan dengan tegas bahawa dia sudah rujuk kembali dengan bapa kepada tiga anaknya itu.

"Siapa yang kata saya ni dah balik semula dengan bekas suami saya? Saya dengan dia masih lagi belum rujuk lagi. Namun, saya mengaku memang ada berpegangan tangan dengan dia. Tapi, itu semua hanya di depan anak-anak saya saja.

"Lagi pun, sehingga saat ini, anak-anak saya tidak mengetahui bahawa ibu bapanya sudah pun bercerai. Kami sengaja buat begitu di hadapan mereka. Sebagai ibu, saya tidak mahu menganggu pemikiran anak-anak saya yang masih lagi kecil dan bersekolah.

"Saya suka dengan keadaan saya sekarang ini. Setakat ini, belum ada sebarang perubahan lagi tentang hubungan kami. Saya dengan Adzmin masih lagi baik tapi hanya baik hanya sebagai kawan saja. Tidak lebih dari itu. Pun begitu, saya tidak boleh tolak kepada jodoh yang akan datang nanti," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Kak Engku memberitahu tanggal 28 September ini, genaplah 2 tahun penceraiannya dengan Adzmin.

"Hingga saat ini, belum ada sesiapa lagi di hati saya. Masih belum ada pengganti lagi. Saya tidak ada rasa kesal mengenai ketentuan yang sudah ditetapkan buat saya. Memang benar, saya masih lagi keluar bersama dengan dia, tetapi bersama anak-anak.

"Saya pun ada berpegang tangan dan menunjukkan kemesraan kami. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, semuanya dilakukan demi anak-anak. Untuk kembali bersama seperti dulu, belum lagi rasanya. Hanya doakan yang terbaik buat kami sekeluarga saja. Lagi pun, saya belum bersedia untuk bersama dia lagi.

"Saya sudah selesa dengan kehidupan saya masa ini. Saya tidak perlu memikirkan soal suami. Saya hanya fikir tentang anak-anak dan kerjaya saya saja," jelasnya sebaik saja selesai sidang media konsert R&R Sinar FM, petang semalam.

Dalam pada itu, Kak Engku turut mengaku masih beraya bersama bekas suaminya itu pada sambutan Aidilfitri yang lalu.

"Kami masih lagi beraya bersama. Dia pun ada balik ke rumah keluarga pihak saya dan saya pun izinkan dia untuk bawa pulang anak-anak di sebelah pihaknya. Saya buat sebegini supaya anak-anak tidak mempersoalkannya.

"Kami hanya baik dari segi luaran saja. Malah, hubungan kami dengan keluarga masing-masing masih lagi sama seperti waktu kami sah bergelar suami isteri. Bapa mentua saya pun ada menasihati agar kami merujuk kembali.

"Namun, masih belum lagi untuk kami membuka laluan ke arah itu. Saya juga tidak boleh menyangkal perasaan sayang terhadap Azmin. Yelah, saya pun pernah menjadi isterinya dan melahirkan tiga orang anak untuknya," ujarnya lagi.

Menamatkan penjelasan dengan menolak sudah punyai kekasih baru, Kak Engku dengan berseloroh mengaku ada ramai jejaka yang cuba memikat hatinya.

"Kawan terdekat saya ada juga memperkenalkan saya dengan lelaki lain. Tapi, saya masih lagi tidak mahu. Ramai juga lelaki datang nak kenal dengan saya. Apapun, saya hanya mahu fikir soal karier dan anak-anak saja. Kalau nak kata saya kahwin lari pun tak logik juga kerana jadual saya padat sebagai penyampai radio Sinar FM," katanya.

Janda gersang dicekup anak sendiri berkhalwat dengan lelaki warga asing

Posted: 20 Sep 2012 01:01 AM PDT

KLUANG - Tindakan seorang ibu membawa masuk seorang kekasih warga asing ke dalam rumahnya dekat Felda Bukit Tongkat di sini membawa padah selepas dia 'kantoi' dengan anaknya sendiri.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, ibu tunggal kepada lima anak itu ditangkap oleh anak bongsunya berusia 20-an bersama jiram yang lain ketika sedang berdua-duanya dengan lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Sabtu lalu.

"Wanita berusia 50-an itu ditangkap oleh anaknya sendiri yang mana pada waktu itu anak wanita tersebut ditemani oleh jirannya. "Dipercayai lelaki warga asing itu berusia 20-an dan bekerja sebagai pekerja ladang di Felda Bukit Tongkat manakala, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu pejabat di felda yang sama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, wanita berkenaan baru sahaja kematian suami kira-kira tujuh bulan lalu dan tinggal di Felda berkenaan bersama-sama anak bongsunya.

Difahamkan sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut telah mengambil lelaki berkenaan di perhentian bas berdekatan Felda untuk di bawa datang ke rumah yang mana, pada masa itu merupakan kali pertama wanita tersebut membawanya ke rumah.

"Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dikesan anaknya sendiri yang kemudian bertindak menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

"Bagi kes ini, kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum dituduh ke mahkamah Syariah.

Kes tersebut di siasat di bawah kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. "Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pasangan beromen bagi alasan dihalau keluarga untuk berkhalwat

Posted: 20 Sep 2012 12:24 AM PDT

KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan.

Pegawai Tadbir Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.

"Namun, bahagian penguat kuasa mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.

"Ia dikukuhkan lagi apabila pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin keluarga masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, di Dataran Tasek Putih Kluang, seramai empat pasangan remaja berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan kerana duduk berdua-duaan di tempat gelap dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai ketika pemeriksaan dilakukan di sekitar tasik tersebut.

Mohd Khalil berkata, semua pasangan terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergaulan anak terutama yang perempuan kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan mendapati ada pasangan yang ditahan adalah pasangan sama yang dicekup pada operasi yang dijalankan sebelum ini.

Aktres Innocense of Muslims saman penerbit, Google

Posted: 19 Sep 2012 10:03 PM PDT

LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.

Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.

Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.

Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.

Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.

Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam.

"Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.

"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.

Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.

Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.

Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.

Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.

Akhbar Herald Sun memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.

Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.

Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun.

Siswazah dirogol dan dirompak ketika sesi 'temuduga' di hotel

Posted: 19 Sep 2012 09:31 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.

Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.

"Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.

KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam
"Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini.

Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.

Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.

"Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.

Kosmo!

Guru KAFA didakwa liwat murid tahun enam

Posted: 19 Sep 2012 08:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU-Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang peserta lelaki perkhemahan pengakap di kem Telaga Batin, di sini, April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Mohd Shahrul Nizam Wan Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa pada 22 April lalu lebih kurang jam 11 pagi di Kem Telaga Batin, di sini, telah merangsang seks terhadap mangsa, murid tahun enam untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh, bapa kepada dua anak itu direkodkan, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Dafi tak laku di Indonesia dan akhirnya kembali ke Malaysia?

Posted: 19 Sep 2012 08:01 PM PDT

Kami mungkin orang terakhir yang tahu akan perkara ini tetapi masih kami mahu kongsikan dengan anda semua. Dafi AF telah kembali aktif di Malaysia. Yeay?

Sejak awal tahun 2012, Dafi memang mula menjadi sebutan apabila mengambil keputusan untuk melebarkan sayar kerjaya beliau di tanah tumpah darah sinetron, Indonesia.

Memiliki wajah yang memang boleh dijual di pasaran hiburan Indonesia, Dafi telah diterima untuk menjadi pengacara sebuah program televisyen bertajuk Selebrita Siang.

Dalam kenyataan terbaru melalui HAI, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri ini mengatakan yang beliau kini telah nekad untuk kembali untuk aktif dalam dunia hiburan Malaysia.

Dafi turut mengatakan yang kerjaya pengacaraan di Indonesia bukan minat sebenar beliau & kerana itu ingin menumpukan kembali perhatian dalam bidang lakonan juga nyanyian.

Selain ingin lebih aktif berlakon & menyanyi di Malaysia, Dafi turut ingin mengembangkan perniagaan pengurusan artis yang beliau jalankan sebelum ini. Selamat kembali Dafi! Heh.

Rotikaya

Yuna, Qi sah putus

Posted: 19 Sep 2012 07:31 PM PDT

Teka-teki hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.

Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi masih berkawan baik.

Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa.

"Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan.

Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik.

"Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain," katanya pada sidang akhbar mengumumkan Konsert Yuna Homecoming di Kuala Lumpur, semalam.

Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga.
Khamis lalu, HIP melaporkan kerisauan peminat terhadap status hubungan pasangan ini.

Namun, Qi dilaporkan menyangkal dakwaan kononnya hubungannya dengan Yuna ibarat retak menanti belah.

Jumpa atas dasar kawan

Biarpun tiada hubungan istimewa, Yuna masih bertemu Qi. Dia menganggap hubungan baik dengan Qi tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.

"Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya.

"Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing," katanya.

Menganggap tekanan dan bebanan tugas dalam mempromosikan album dan siri jelajah di 20 tempat di Amerika syarikat (AS) cukup meletihkan, Yuna tidak mahu menambah kekusutan dengan hubungan cinta.

Konsert istimewa untuk peminat

Mengulas mengenai konsertnya, Yuna berkata, ia cukup istimewa kerana dibuat atas idea sendiri.

"Kebetulan November ini saya pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa persembahan.Jadi, dalam tempoh sebulan bercuti itu lebih baik diisi dengan konsert yang sudah lama dirancang. Ia juga akan diadakan di lokasi lain, tetapi bergantung kepada faktor masa," katanya.

Dia dijangka menyampaikan 20 lagu termasuk daripada album Yuna terbitan AS.

Menyorot kejayaan dalam tempoh 10 bulan lalu,Yuna berbangga apabila sebuah lagu daripada album itu dijadikan muzik latar program realiti berjudul Hollywood Exes.

Sambung siri jelajah AS, Kanada

Yuna berkata,dia akan kembali ke AS,Ahad ini bagi memulakan siri jelajah musim luruh bersama artis Michael Kiwanuka di enam lokasi, mulai Selasa ini, disusuli Vancouver, Kanada pada 5 Oktober.

Mengenai pencalonannya dalam kategori Artis Asia Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2012, Yuna yang maklum mengenainya dua hari lalu terkejut dengan pencalonan itu.

"Peluang menang adalah tipis kerana bersaing dengan Super Junior. Namun, saya bangga dan rasa kelakar pun ada sebab saya masih baru," katanya. 

- Bharian

Ngeh Koo Ham tegas tidak akan mohon maaf

Posted: 19 Sep 2012 07:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu berkata, tidak timbul isu minta maaf kerana beliau hanya melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu.

Tindakan menguris hati

Dalam reaksi serta-merta, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meminta Ngeh bertanya secara jujur kepada hati kecilnya sama ada tindakannya mengguris hati umat Islam.

"Jika dia rasa bersalah, patut minta maaf... begitulah hidup bermasyarakat. Dia tidak perlu campur tangan dalam urusan agama kita. Kita pun tidak campur tangan dalam hal agamanya. Ini hak kita," katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata sebagai rakan pakatan pembangkang, beliau ingin menasihatkan Koo Ham supaya tidak campur tangan dalam perkara bukan urusannya, apatah lagi yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Dia sepatutnya peka dan tidak wajar membuat kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dia berada bersama masyarakat Islam.

Sebagai parti politik dan memimpin satu pakatan, mereka patut memahami sensitiviti umat Islam, katanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau sudah menjangka Koo Ham akan mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya.

Isunya ialah beliau mempersoalkan motif umat Islam berdemonstrasi yang dianggap membuang masa dan tenaga, seolah-olah tindakan mempertahankan akidah dan Rasulullah tidak bermanfaat.

Demonstrasi pembangkang

Apakah demonstrasi pembangkang selama ini atas nama memperjuangkan kebebasan bersuara lebih bermanfaat, tetapi bila umat Islam buat untuk mempertahankan agamanya dianggap tidak bermanfaat, katanya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pula menyifatkan keengganan Koo Ham memohon maaf sebagai keangkuhan dan kebodohan politik seorang pemimpin yang hanya akan menimbulkan kebencian umat Islam terhadap partinya.

Rendah diri


Sebagai ahli politik, dia sepatutnya bersikap rendah diri dengan meminta maaf dan menjelaskan tujuannya yang tidak bermaksud menghina umat Islam.

Kenapa sebelum ini dia mempertahankan hak berhimpun dan rakyat berdemonstrasi, sedangkan soal agama adalah lebih besar.

Mengapa tidak boleh menghormati hak orang Islam untuk menzahirkan bantahan kerana bagi kita, ada benda suci yang tidak boleh dibenarkan sesiapa untuk `menyentuhnya seperti al-Quran dan Nabi, katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Koo Ham perlu lebih sensitif berhubung isu agama Islam dan perlu memohon maaf.

Koo Ham dikutuk pelbagai pihak berikutan kenyataan dalam twitternya, Ahad lalu, mempersoalkan sama ada umat Islam membuang masa dan tenaga membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pula menyifatkan kenyataan Koo Ham sebagai biadap.

Pada saat umat Islam di seluruh dunia marah, terlalu malang seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama, membuat kenyataan sebegitu.

Kenyataannya memperlihatkan betapa pemimpin DAP tidak menghormati agama Islam, katanya.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, menggesa Koo Ham segera menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini, serta menyifatkan kenyataannya menggambarkan kejahilan darjah tertinggi pemimpin DAP mengenai Islam.

Bharian

Selebriti terkenal langgar lari seorang pejalan kaki

Posted: 19 Sep 2012 06:31 PM PDT

NEW YORK 20 Sept. - Aktres Hollywood, Lindsay Lohan ditahan polis selepas terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di Manhanttan di sini semalam.

Seorang jurucakap Jabatan Polis New York berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan Lohan ditahan selepas melarikan diri sejurus melanggar pejalan kaki berusia 34 terbabit yang mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon berusia 26 tahun itu meninggalkan sebuah kelab malam di Chelsea dengan menaiki kereta Porsche Cayenne miliknya. - AFP

Yusoff Haslam rupa-rupanya tak pernah pakai telefon bimbit selama ini!

Posted: 19 Sep 2012 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas mengambil pendekatan menggunakan telefon bimbit sejak Oktober tahun lalu, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui tertekan dengan pelbagai panggilan remeh yang diterima.

Yusof berkata, tekanan itu berlaku apabila dia sering mendapat aduan mengenai masalah-masalah berkaitan hal produksi yang boleh mengganggu konsentrasinya ketika dia sibuk bekerja.

"Sepanjang hampir setahun memiliki telefon bimbit, macam-macam panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang saya diterima.

"Bayangkan, ketika sibuk, masa itulah budak-budak produksi SMS saya mengadu tentang artis datang lewat atau tidak berdisiplin serta perkara-perkara remeh lain.

"Macam dahulu, masalah-masalah kecil sebegini saya tidak akan ambil peduli kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diberi tumpuan. Lagipun mereka susah nak hubungi saya kerana saya tak pakai telefon bimbit," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Yusof, memiliki telefon bimbit juga telah memudahkannya untuk menghubungi keluarga termasuklah anak-anak.

Malah, pada masa sama, ia dapat merapatkan hubungannya dengan pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan atas kedudukan beliau sebagai Pengarah Urusan, Skop Production Sdn Bhd.

"Bagus juga apabila isteri saya (Datin Fatimah Ismail) memberikan cadangan supaya saya menggunakan telefon bimbit selepas 10 tahun tidak menggunakannya.

"Sekurang-kurangnya kami saling berhubung ketika saya berada di luar rumah.

"Bayangkan, daripada berasa kekok menggunakan telefon bimbit, sekarang saya mula selesa menggunakannya. Kalau tertinggal di rumah, saya sanggup patah balik untuk ambil," ujarnya.

Macam biasa, Karpal maki Nik Aziz, Nik Aziz salahkan UMNO...hehehe

Posted: 19 Sep 2012 05:31 PM PDT

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut.

"Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan.

"Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz.

Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda.

* Mudah aja konsepnya, pelaksanaan Hudud akan melibatkan rombakan perundangan oleh kerajaan yang bakal memerintah kelak. Dalam konteks ini DAP dan PAS akan sama-sama bekerjasama melaksanakan hudud, bukannya UMNO dan PAS...

Buat apa nak tanya mengenai hukum hakam pelaksanaan, masing-masing dah tahu jawapan, masalah yang timbul sekarang pelaksanaan hudud yang dicanangkan adalah melibatkan dua parti yang bakal memerintah...UMNO pada waktu ini anggaplah sudah kalah teruk...

Malaysia dalam risiko jika BN kalah, kata Mahathir

Posted: 19 Sep 2012 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR - Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.

"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.

Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - Bernama

Keputusan Liga Juara 20/09/2012 - Chelsea seri, Barca Menang

Posted: 19 Sep 2012 05:01 PM PDT

NAIB juara La Liga Primera 2011/2012, Barcelona membuka tirai kempen saingan Liga Juara-juara Kumpulan G dengan kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moskva di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dengan kemenangan ini, kelab The Catalan di bawah kendalian pengurus baru, Tito Vilanova meraih tiga mata untuk berada selesa di kedudukan teratas Kumpulan G.

Pada perlawanan tersebut, beraksi di hadapan di gelanggang sendiri, Barcelona bagai dirasuk apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Akhirnya gol semangat yang dicari tuan rumah menjelma pada minit ke-14 menerusi Tello apabila pemain itu bijak menyudahkan hantaran menarik Xavi Hernandez sekali gus mengukuhkan kedudukan di hadapan.

Namun kegembiraan juara La Liga Primera 2011/2012 itu tidak kekal lama apabila pertahanan Spartak Moskva, Dani Alves berjaya membolosi gawang lawan untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat nyata mempamerkan aksi bertenaga apabila mula menjarakkan kedudukan 2-1 setelah Rômulo menyudahkan hantaran diterima daripada Aiden McGeady pada minit ke-59.

Gol tersebut tidak menyentap semangat juang kelab The Catalan apabila turut melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat menerusi rangkaian jentera serangan diketuai Lionel Messi namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah tidak berputus asa apabila asakan penyerang sensasi, Lionel Messi berjaya mematahkan jentera pertahanan dengan membolosi gawang pada minit ke-72.

Selang beberapa minit kemudian, Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-80 untuk melengkapkan pesta gol Barcelona sebelum perlawanan berakhir menjadikan kedudukan 3-2.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea gagal meraih bekalan selesa apabila hanya terikat seri 1-1 dengan pasukan Juventus di Stadium Bridge.

Kedua-dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan menerusi Oscar pada minit ke-31 dan 33.

Manakala gol sulung pasukan pelawat pula dijaringkan oleh Arto Vidal pada minit ke-38 sebelum Fabio Quagliarella memusnahkan impian tuan rumah untuk meraih tiga mata setelah menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-80 perlawanan.

Manakala, jaringan Maichael Carick pada babak awal perlawanan membolehkan anak buah Sir Alex Ferguson meraih kemenangan sulung di Stadium Old Traffod.

Dengan kemenangan itu, Manchester United kini menduduki tangga kedua di belakang CFR Cluj dalam Kumpulan H.


Berikut keputusan Liga Juara-juara

Kumpulan E
Chelsea (2) mln Juventus (2)

Shakhtar Donetsk (2) mln Nordsjaelland (0)

Kumpulan F
Bayern Munchen (2) mln Valencia (1)

LOSC Lille (1) mln BATE Borisov (3)

Kumpulan G
Celtic (0) mln Benfica (0)

Barcelona (3) mln Spartak Moskva (2)

Kumpulan H
Manchester United (1) mln Galatasary (0)

Sporting Braga (0) mln CFR Cluj (2)

Duke of UMNO

Posted: 20 Sep 2012 01:52 PM PDT

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! KADIAQ NAIK TARAF JADI NABI LEPAS JOIN PAKATAN HARAM..?!!!

Posted: 19 Sep 2012 07:35 PM PDT

kadiaq

Saya agak hairan dengan sikap dan aqidah para pemimpin Pakatan Haram hari ini apabila mereka dengan beraninya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu kontroversi dan dijangka mampu memesongkan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan seorang khatib "totok" PAS yang dijemput menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Padang Serai, Kedah, dan mendakwa ada pihak mimpikan Rasulullah SAW dan Baginda ada menyebut nama Anwar Ibrahim.

Dalam khutbah di hadapan jemaah di Masjid Jamek An-Najah itu, Halizal menceritakan tentang mimpi "mursyidul am" Ikhwanul Muslimin dan para pemimpin pertubuhan itu yang kononnya bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi mereka.

Peliknya, dia mendakwa Rasulullah SAW bersabda bahawa zaman kegemilangan Islam akan kembali secara khusus di Malaysia dan akan berlaku di zaman Anwar Ibrahim!

Saya tertanya-tanya, bagaimana para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu boleh bermimpi secara serentak dan mimpikan perkara atau dialog yang sama dengan Rasulullah SAW?

Lebih meragukan lagi, Rasulullah SAW boleh menyebut pula nama Anwar Ibrahim secara jelas. Jika benarlah mimpi tersebut, sudah tentu Anwar lebih layak dijadikan pemimpin umat Islam di seluruh dunia berbanding secara khusus memimpin umat Islam di Malaysia sahaja.

Terbaru, bekas pemimpin UMNO yang khianat pada perjuangan alif ba ta, Kadir Syeikh Fadzir pula cuba menyesatkan umat Islam di negara ini apabila mendakwa dia mendengar "suara Allah SWT" yang memintanya agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Saya sangat terkejut dengan kenyataan dahsyat yang diucapkan oleh Kadiaq itu setelah dia berkawan rapat dengan PAS dan Anwar Ibrahim. Terdesak sangatkah dia untuk mengampu Anwar hingga sebegitu rupa?

Di dalam pengetahuan saya, Muhammad SAW bin Abdullah merupakan Rasulullah yang terakhir yang menerima wahyu dari Allah dan merupakan khatamul anbiya' atau nabi akhir zaman serta tiada nabi lagi selepas Baginda.

Ini membawa maksud bahawa Jibrail atau Allah SWT tidak akan menyampaikan mana-mana wahyu kepada mana-mana individu selepas Rasulullah SAW sehingga ke hari kiamat.

Jadi, bagaimana pula Kadiaq "bowtie" yang berambut merah dan terkenal dengan kehidupannya yang sangat sosial tiba-tiba mendakwa mendengar "suara Allah" yang boleh disifatkan sebagai "wahyu" itu?

Pada padangan saya, sekiranya Kadiaq terdesak sangat mahu memuja Anwar demi kepentingan politiknya, usahlah mengaitkan nama Allah atau kreadibiliti hadis Rasulullah SAW.

Sekiranya Kadiaq terlepas cakap atau sebagainya, sewajarnya dia bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di dunia dengan ketelanjurannya berpolitik sehingga mengenepikan kesucian Islam.

Beginilah jadinya bila berkawan dengan "syaitan", semakin lama semakin teruk sikap dan tutur bahasa Kadiaq. Bukan saja saya yang berkata begitu, adik beradiknya di Kulim/Bandar Bharu dan Baling pun beritahu perkara yang sama.

Rasanya, ramai pejuang-pejuang UMNO yang bersetuju bahawa tindakan Kadiaq keluar dari UMNO merupakan satu rahmat dari Allah dan sangat ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, dia berambus juga dari terus reput membusuk di dalam UMNO.

Persoalannya, mengapakah PAS masih diam membisu mendengar segala kesesatan yang dibawa oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan Haram ini?

Bukankah PAS kononnya pejuang Islam dan aqidah mereka jauh lebih hebat dari umat Islam lain di seluruh dunia? Mengapa mereka enggan menegur atau melakukan demonstrasi memprotes kenyataan-kenyataan yang zalim itu?

Atau PAS terpaksa mendiamkan diri dan menyembunyikan kesesatan rakan-rakan "syaitan" mereka serta merelakan Islam terus dihina? Mungkin PAS benar-benar sudah bertukar menjadi "keldai" Pakatan Haram.

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...BEZA AKHLAK ORANG ISLAM DENGAN ORANG PAS..!!! @NajibRazak #FB

Posted: 19 Sep 2012 06:07 PM PDT

Ini la bezanya akhlak orang Islam dengan orang PAS...

Orang Islam baik budi pekerti...

Orang PAS buruk bangetttt dehhhhh..!!!

Aku tak tahu mana orang-orang PAS ni dapat sifat mazmumah ni...

Mungkin berjangkit dari "setan-setan" yang depa kawan tu kot..! Heh!

tun faisal dot com

Posted: 20 Sep 2012 01:44 PM PDT

tun faisal dot com


Mahasiswa - 10 sebab saya tolak Pro-M ... saya malu; anda bagaimana? @NajibRazak

Posted: 19 Sep 2012 08:30 PM PDT



10 Sebab Mengapa Pro M Digelar Pro Pembangkang

1) Pro M memang didalangi oleh parti politik luar seperti DAP, PKR dan PAS. Buktinya dalam banyak kempen dan demo yang diadakan oleh parti parti pembangkang tersebut, maka anggota Pro M akan turut serta. Contohnya dalam demonstrasi BERSIH 3 dan demo PTPTN. 

2) Sikap Pro M bukanlah mencerminkan wajah mahasiswa yang sebenar. Mereka tidak layak menggunakan nama mahasiswa dan mendakwa mereka mewakili mahasiswa kerana perbuatan dan tingkah laku mereka. Pro M telah mengusung mayat dalam pilihan raya kampus pada Januari 2011 di UM (dalam gambar atas), kononnya demokrasi sudah mati di kampus. 

3) Hakikatnya, bila demokrasi itu telah memenangkan pihak mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar di UM, UIA dan UKM, apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pengundi dan mahasiswa? Tiada program atau impak yang besar dipulangkan balik kepada mahasiswa melainkan hanya demonstrasi dan bantahan politik semata-mata. Mahasiswa dapat baucer buku pun mereka pertikaikan dan memfitnah pula pihak yang memberinya (baca sini).

4) Majoriti anggota dan kepimpinan Pro M adalah kalangan pelajar yang gagal dan menghadapi masalah dalam akademik. Lihat sahaja kepada Shazni Munir, seorang pelajar UM yang dibuang daripada universiti kerana gagal belajar. Begitu juga dengan Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee yang digantung semester dan didenda RM200 kerana menipu sijil cuti sakit bagi mengelak mereka menghadiri kursus persiapan calon pemilihan majlis perwakilan pelajar di Universiti Malaya pada Januari 2011. Penipu layak dianggap sebagai mewakili mahasiswa?


Mula mula dahulu turunkan gambar Dato Seri Najib di PWTC, kemudian arak gambar Dato Seri dengan cara ritual agama lain di Dataran Merdeka dan kini ada yang tunjuk punggung pada gambar Dato Seri Najib. Apakah ajaran ini bermula dari mereka yang di atas?

5) Mahasiswa perlu rasional dalam memilih kepimpinan kampus, apakah mahasiswa ingin memilih calon calon mahasiswa Pro M (pro pembangkang) yang melakukan sikap sikap sebegini :

5.1) Tidur di atas jalan pada jam 2 pagi untuk serah memorandum.

5.2) Panjat pagar universiti semata-mata untuk serah memorandum.

5.3) Rempuh secara ganas cermin kaca klinik untuk mendapatkan ubat. 

5.4) Lelaki dan perempuan tidur dalam satu khemah di Dataran Merdeka untuk tuntut hapus PTPTN.

5.5) Rempuh pintu pejabat HEP di UPM dan UM hingga pecah dan mencederakan dua orang pegawal keselamatan. 

5.6) Membuat ritual yang bertentangan dengan agama terhadap gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demo mansuh PTPTN. 

5.7) Menggelarkan polis sebagai "anjing" dalam Twitter (baca sini) serta ugut bunuh polis (baca sini).

5.8) Menghina Sultan Johor dalam Twitter (baca sini).

5.9) Bersikap tidak peduli bila Jalur Gemilang dihina dan cuba digantikan dengan bendera republik yang baru (baca sini).

5.10) Berlakon cedera dan hampir hampir mati untuk menarik simpati daripada rakyat. Kemudian mengajak rakyat menuduh pihak lain sebagai jahat (baca sini).


Tiada Pro-M bertanding bukti mahasiswa UiTM tolak alat pembangkang #AspirasiMahasiwa @NajibRazak @RazaliIbrahim

Posted: 19 Sep 2012 01:47 PM PDT

Calon pro-M  tidak ada tempat di UiTM

[Nota: Nampaknya hanya calon yang benar-benar membawa aspirasi mahasiswa sebenar yang dipilih oleh mahasiswa UiTM, bukannya yang membawa aspirasi pihak pembangkang.]

http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20120919/ka_04/Calon-promahasiswa-tidak-ada-tempat-di-UiTM

SHAH ALAM 18 Sept. - Pilihan raya kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijangka mengalami suasana berbeza berbanding di universiti lain apabila hanya calon proaspirasi sahaja yang bakal bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.

Calon kerusi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur,Muhammad Fitri Abdullah, 23, berkata, pilihan raya kampus di universiti tersebut akan berlangsung dalam suasana harmoni memandangkan tidak ada seorang pun calon promahasiswa.

Katanya, calon yang bertanding juga mengenali antara satu sama lain dan untuk itu kempen mereka akan lebih tertumpu kepada janji untuk memberi khidmat terbaik kepada kebajikan pelajar tanpa perlu bertikam lidah sesama sendiri.

''Kempen setiap calon yang bertanding akan lebih banyak tertumpu kepada kebajikan pelajar serta bagaimana calon mengambil inisiatif untuk menyelesaikan setiap masalah pelajar ketika berada di kampus," kata pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu.

Calon kerusi Akademi Pengajian Bahasa, Zairil Azhar Roslan, 21, pula berkata, pelajar di universiti tersebut menolak segala campur tangan politik dari pihak luar kerana ia hanya akan memecah belahkan perpaduan di kalangan mahasiswa UiTM.

Kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional itu, pihaknya tidak akan membenarkan pelajar UiTM dipergunakan oleh pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi agenda masing-masing.

''Saya sendiri hanya berjanji hanya akan memperjuangkan kebajikan pelajar di kampus contohnya berharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah kafeteria dengan kemudahan Internet tanpa wayar di fakulti kami," katanya.

THE FLYING KICK

Posted: 20 Sep 2012 01:41 PM PDT

THE FLYING KICK


EXCO PAS KEDAH SAKAU RM1 JUTA KOMISYEN LOMBONG BIJIH BESI?!!!

Posted: 20 Sep 2012 08:18 AM PDT

BIKINI SHOW DI KUALA LUMPUR NI, HINA ISLAM KE TIDAK?

Posted: 20 Sep 2012 06:51 AM PDT

PUNYA TAKUT UMNO RAMPAS SELANGOR, POKOK KURMA ZAMAN KHIR TOYO DICABUT KHALID IBRAHIM!!!

Posted: 20 Sep 2012 05:07 AM PDT

VIDEO KEMPEN DAP: BIADAP TIADA MASALAH. MAKI MENGONGKET ITU MUNASABAH!!!

Posted: 20 Sep 2012 03:35 AM PDT

N.SURENDRAN MAHU SIASATAN TERHADAP CUBAAN MEMBUNUH ANWAR PADA 1998 DIBUKA SEMULA!!!

Posted: 20 Sep 2012 02:00 AM PDT

GAMBAR PEROGOL PELAJAR WANITA UNIVERSITI MALAYA DIDEDAHKAN KEPADA UMUM!!!

Posted: 20 Sep 2012 12:21 AM PDT

HABAG MAI SAT, MAI MANA DUIT ANWAR BELI JET SUPER MEWAH NIH?

Posted: 19 Sep 2012 10:00 PM PDT

LEBIH BAIK HADI AWANG BELA NASIB KELANTAN BERBANDING SABAH DAN SARAWAK!!!

Posted: 19 Sep 2012 08:42 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 20 Sep 2012 01:41 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Panas!!! Belum Reda Isu Ngeh Khor Ham Hina Islam, Sepupunya Nga Kor Ming Tulis Al Fatihah Untuk Ucap Takziah

Posted: 19 Sep 2012 11:16 PM PDT



DAP sememangnya suka mempersendakan Islam. Ini mungkin disebabkan kuda-kuda tunggangan mereka di dalam PAS sentiasa memberi muka dan mengeluarkan fatwa baru untuk menghalalkan tindakan biadap ini. Sebelum ini YB Beruas Ngeh Koh Ham mempersendakan sensitiviti Umat Islam. Hari ini pula, sepupunya yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, menulis Al Fatihah untuk mengucapkan takziah ke atas keluarga seorang mangsa yang ditembak perompak di Perak. Kenyataan biadap beliau ini ditulis di laman sosial Twitter yang turut di"link"kan ke laman sosial Facebook beliau.

Sesedap mulut sahaja beliau menulis atau mengucapkan Al Fatihah. Tahukah beliau membaca Umul Kitab itu? Apakah tujuan sebenar beliau adalah untuk mengambil hati orang-orang PAS seperti mana beliau membaca potongan ayat Al Quran di dalam ceramah beliau, juga di hadapan Tok-Tok Janggut PAS. Atau adakah beliau bertujuan untuk menghina dan memainkan sensitiviti perkauman? CTS agak marah kenapa sejak akhir-akhir ini wakil-wakil Rakyat terutama bukan Islam terutama dari DAPig dan P"Gay"R begitu lantang dan terbuka menghina Islam? Sampai bilakan Umat Islam harus bersabar?

Sidang Akhbar Bantahan "Innocence Of Muslim" - Sejarah Tercipta UMNO Dan PAS Bersolidariti

Posted: 19 Sep 2012 08:39 PM PDT

Pagi tadi berlangsungnya sidang akhbar yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di tingkat 28, PWTC. Tujuan sidang akhbar ini diadakan adalah untuk mengumumkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersama beberapa gabungan NGO yang lain akan mengadakan demonstrasi aman bagi membantah isu penayangan filem "Innocence of Muslim" dan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Antara isi penting sidang media adalah:

1) Pemuda UMNO dan gabungan NGO akan berhimpun secara aman di Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat.

2) Himpunan aman membantah filem dan kartun menghina Islam. Mengecam tindak balas ekstrim dan nyatakan hormat kepada semua Agama (respect for all religions).

3) Menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).

4) Khairy Jamaluddin telah berbincang panjang lebar dengan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Al Tantawi semalam. Pemuda UMNO bersolidariti dengan Pemuda PAS yang akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok. Namun setelah Nasaruddin Tantawi dan Khairy berbincang mengenai soal keselamatan dan kelancaran majlis, mereka bersetuju untuk membuat perhimpunan di lokasi lain.

5) Tetapi Khairy berharap Pemuda PAS akan dapat bersama Pemuda UMNO pada minggu depan pada majlis Malam Mencintai Rasul demi agama dan ummah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

yeopPERAK

Posted: 20 Sep 2012 01:25 PM PDT

yeopPERAK


Tanda lelaki merajuk

Posted: 20 Sep 2012 08:54 AM PDT


Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~

Bagaimana tanda2 lelaki merajuk!!!

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan anda seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan anda.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan anda. Jika anda minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat anda geram tapi buat seolah-olah anda tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa anda atau face to face dengan anda. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar… nak uji dorang, anda dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling buat anda rasa geram. Dah lah tak nak cakap ngan anda dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. anda jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan anda kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan anda mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara anda takut perasan marahnya lagi kuat…

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

Kalau anda perasan ada tanda2 ini pada suami/teman lelaki anda dah sah-sah la dia tgh merajuk dgn anda..so apa lagi guna la trick utk memujuk...oooo trick tu belum di kongsikan lagi,...tgu next posting yea..love uols

Muzik dan Lirik lagu ni memang layan

Posted: 20 Sep 2012 03:30 AM PDT

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas 
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu


Lirik Lagu Bengang - Mantera 

Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan menenggelamkan
Keakuan... aaa... aaa

( 1 )
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya

( korus )
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan 

Jangan menguji tahap cemburu lelaki

Posted: 19 Sep 2012 08:11 PM PDT


GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu..
BOY : ye syg,ape die ckp lah.
GIRL : Ex saya datang balik nakkan saya. Huwmm..mcm mana
BOY : ouh.. Awak masih sayang dia ke?
GIRL : Ermm.. Entah. Awk rasa??
BOY : kalau awk masih sygkn dia , awak pergi lah pada dia. im ok
GIRL : Awak tak tak cemburu ke ? Awak tak marah?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak syg. Mungkin dia boleh jaga awak dengan sempurna. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya , awak takan Biarkan orang lain rampas awak dari saya. (tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) syg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

KESIMPULANNYA
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki, kerana ianya akan pendam sehingga menitiskan air mata. Air mata bg lelaki amat bermakna, tp ianya akan tewas jika hatinya diluka.


Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda


Apa Yang Tersirat

Posted: 20 Sep 2012 01:13 PM PDT

Apa Yang Tersirat


PRU-13: Jika Pembangkang menang-Negara berdepan risiko: Tun Mahathir

Posted: 20 Sep 2012 01:17 AM PDT

Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Ibu Negara semalam.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.

"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.

Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - Bernama

DIMENSI

Posted: 20 Sep 2012 11:35 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Anuwar suke baju seksi neck V! >XD

Posted: 20 Sep 2012 05:30 AM PDT


National V-Neck Day:  Satu Usaha Menghina Islam dan Perlembagaan

Sedang umat Islam terpaksa menangani perangai syaitan produser filem yang tidak ada kerja selain menjadikan dunia semakin tidak selamat, dan sedang kita menangani syaitan di tempat sendiri, iaitu Ngeh Khoo Ham atau DAP atas sikap tidak sensitif dan pandangan sembrono mengenai protes terhadap filem tersebut, kita jangan sekali-kali terlepas pandang akan ancaman syaitan yang satu lagi yang bukan sahaja disasarkan kepada agama kita, tetapi juga nilai-nilai kekeluargaan, moral dan juga kemasyarakatan secara keseluruhannya – iaitu ancaman sindrom lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Jika tidak silap, hanya beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat kita mula menyedari betapa seriusnya ancaman LGBT di negara ini walaupun telah dikejutkan mengenainya lebih awal iaitu, lebih kurang 10 tahun sebelumnya, selepas kes liwat Anwar Ibrahim hangat diperkatakan.

Dalam jangka masa yang sama juga, golongan LGBT dan para aktivis hak mereka di Malaysia telah berjuang tanpa jemu untuk menyatakan kewujudan mereka dan memaksa masyarakat menerima 'seksualiti luar-tabie' mereka.  Program Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari usaha mereka yang paling berani untuk mempromosi aktiviti paling hina dan jijik itu sebagai sesuatu yang semulajadi. 

Hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan aktiviti seperti itu adalah menyalahi undang-undang tidak menghalang mereka dari terus berjuang.  Jiwa yang sesat ini merayap di jalan-jalan belakang dan di internet cuba untuk mengumpan mereka yang suci dan naïf, anak-anak muda, agar menyertai mereka dalam kegelapan dunia Sodom dan Gomorrah atau Pompeii moden, di mana undang-undang digubal berdasarkan nafsu.  

Bagi mengawal golongan ini dari memaksa cara hidup jahiliah ke atas masyarakat kita, kerajaan dikatakan telah mengeluarkan garispanduan untuk mengesan simtom LGBT di kalangan murid sekolah.  Antaranya, kegemaran memakai baju berkolar V, warna terang mungkin merupakan petanda seorang budak lelaki itu terlibat dalam gejala gay.  

Akibatnya, ia telah mencetuskan kekecohan di kalangan gay, para penyokong dan pensimpati mereka.  Malaysia telah dikritik oleh media barat dan juga media gay/LGBT di seluruh dunia.  Di Malaysia sendiri, pejuang hak LGBT telah bertindak mempermainkan garispanduan tersebut dan kerajaan juga.  

Bagi mereka, garispanduan tersebut adalah merepek kerana seksualiti seseorang tidak dapat dan tidak harus dinilai melalui fesyen atau warna pakaian.  

Penulis harus mengaku bahawa mereka punya hujah yang baik di situ walaupun penulis diberitahu bahawa ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa gay memang gemarkan fesyen sebegitu, supaya senang mengesan sesama mereka.  

Cuma masalahnya ialah, walaupun hujah mereka mengenai fesyen tersebut boleh digunapakai, ia bukan merupakan alasan sebenar bagi mereka mempermainkan garispanduan tersebut dan juga kerajaan.  

Alasan sebenar mereka ialah untuk mempermainkan segala-galanya yang menyatakan bahawa LGBT adalah satu kesalahan dan satu dosa.  

Untuk ini, mereka telah mengambil langkah yang keterlaluan kerana ia juga bermakna yang mereka mempermainkan Islam, nilai kekeluargaan dan moral yang menjadi tunjang masyarakat yang sihat dan berperaturan.  

Yang mana juga membawa makna bahawa mereka secara terbuka mencabar perlembagaan dan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  

Justeru, apakah perbezaan antara pejuang hak LGBT ini dengan Nakoula Basseley Nakoula, si syaitan yang menerbitkan filem Innocence of Muslims?  Bukankah mereka sama-sama mempermainkan dan mencabar umat Islam? Islam? dan ajaran Al-Quran?

Pejuang LGBT dan juga pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik telah menyuarakan bahawa tindakan mempermainkan garispanduan itu sekali gus menunjukkan yang masyarakat memprotes diskriminasi terhadap LGBT.  

Mengambil langkah yang lebih jauh lagi, para pejuang ini merancang sebuah program yang lebih besar untuk meluahkan kelucuan mengenai 'garispanduan untuk mengesan gay melalui fesyen'.  Program ini dipanggil National Wear V-Neck Day di mana semua orang diseru untuk memakai baju berkolar V untuk mempermainkan kerajaan. 

Program ini yang dirancang diadakan pada 1 Oktober telah pun menerima lebih 1700 pendaftaran melalui Facebook. 

Jika ini belum cukup untuk membuktikan tujuan sebenar mereka, Reverend O Young Wen  Feng (juga dikenali sebagai Ngeo Boon Lin), seorang padri gay dari Malaysia yang berkahwin dengan pasangan gaynya di Kuala Lumpur Ogos lalu juga telah menandatangi program ini di facebooknya. 

Dengan itu, adalah jelas bahawa ia bukan berkenaan 'garispanduan yang merepek', tetapi berkenaan 'mempromosi dan memperjuangkan hak LGBT'. 

Ia adalah berkenaan menyatakan bahawa ajaran Islam itu salah.  Ia juga tentang menyatakan bahawa kepimpinan Islam adalah penghalang kepada kebebasan total.   Ia tentang undang-undang mengenai homoseksual adalah lapuk dan ketinggalan zaman, sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. 

Jika garispanduan kolar-V adalah merepek, maka National Wear V-neck Day adalah tidak lebih dari mengangkat sesuatu yang merepek ke tahap yang lebih tinggi. 

Pejuang LGBT mungkin mampu mendapatkan beribu-ribu hadirin ke program yang merepek tersebut tetapi ingatlah bahawa ibubapa di Malaysia yang menentang carahidup LGBT adalah berjuta – dari semua kaum dan agama.  

Masyarakat LGBT di seluruh dunia mungkin boleh mempermainkan Al-Quran atau garispanduan yang dibentangkan kerajaan Malaysia, tetapi majoriti rakyat Malaysia yang rasional dan normal, akan berdiri teguh di belakang kerajaan yang prihatin terhadap anak-anak dan keluarga kami.  Lagipun apalah yang kerajaan bimbangkan akan tuduhan 'merepek' yang dilemparkan oleh golongan luar tabie?  Apakah yang lebih merepek dari menganggap perkara luar tabie itu sebagai semulajadi?  - Beruang Biru

Tiada ulasan:

Pengikut