Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Sep 2012 01:36 PM PDT Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sejak 1989. Perjuangan yang bermula dengan isu ISA (Operasi Lalang) sehinggalah menjalar ke segenap sudut isu hak asasi. Kini SUARAM menjadi antara organisasi bukan kerajaan paling kedepan dalam banyak isu. Namun setelah SUARAM mula beberapa tahun lepas membawa isu pendedahan skandal persenjataan negara iaitu isu berkaitan pembelian Scorpene sehingga ke Mahkamah Peranchis, kelihatan media dan perbagai barua barua penyundal kerajaan haramjadah mula fokus menyerang SUARAM. Respon daripada itu regim keparat UMNO mula memberikan tekanan kepada SUARAM. Bermula dengan isu pendaftaran SUARAM, akaun hinggalah sumbangan dari luar. Pendaftaran SUARAM di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan satu benda baru, kenapa kini baru menjadi isu besar. Banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SSM bukan pendaftar pertubuhan. Regim perlu sedar perkara ini berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan. Pendaftaran antara sebab utama ialah rekod bukan alat kawalan tetapi apabila pendaftaran di bawah pendaftar pertubuhan dijadikan sebagai alat kawalan kerajaan haramjadah maka jangan salahkan jika banyak organisasi memilih untuk bergerak dengan cara pendaftaran alternatif. Rasanya kerajaan UMNO juga sedar perkembangan ini kerana kita punya banyak bukti dan rekod, dalam banyak perkara dan acara kerajaan bekerjasama dengan organisasi yang berdaftar hanya menggunakan SSM. Jika itu salah mana mungkin kerjasama langsung ataupun tidak langsung ini berlaku. Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi Kapal Selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, SUARAM diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata menerima dana dari luar. Nampak sangat kerajaan haramjadah UMNO panik dan ketandusan isu berdepan SUARAM. Amat bukan asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju. Bantuan dan dana juga datang dari badan korperat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung. Maka sudah tentu SUARAM yang pasti tidak mendapat sebarang dana dari kerajaan tidak terasing untuk menerima dana asing. Dalam era 'globalisasi' ini dunia makin hilang nilai sempadan sebaliknya aspek kebersamaan nilai menjadi elemen penting dalam mengikat kerjasama dunia. Mendapat dana dari luar merupakan bukti alat atau agen asing ialah satu tuduhan yang amat dangkal. kerajaan haramjadah UMNO sendiri sudah tentu sedar bahawa banyak organisasi termasuk yang pronya turut menerima dana dari pada pihak luar. Banyak program yang turut melibatkan kementerian juga menerima dana asing secara langsung mahupun tidak langsung. Tahu atau tidak mengikut rekod beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti komponen BN turut terlibat mendapat dana dari organisasi asing, ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan haramjadah UMNO seolah menjadikan perkara ini asing dan amat salah. Khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka) mana mungkin menyekat dan mengasingkan dana luar. Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan BERNAS, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing. Mengapa pemimpin UMNO haramjadah diam,ini kerana mereka ada keuntungan dari situ . Yang lebih dasyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian scorpene, ini juga didiamkan. Adakah kerana ia rapat dengan Perdana Menteri atau pimpinan regim sendiri berkongsi keuntungan tersebut? Tahu atau tidak kita di Malaysia ini ada organisasi bukan kerajaan yang beroperasi untuk menjalinkan hubungan negera ini dengan Israel dan menerima dana asing. Organisasi ini bergerak dan punya laman internetnya sendiri dan tidak berselindung. Mustahil kerajaaan UMNO haramjadah tidak mengetahuinya dan ia didiamkan kerana ia bersesuaian dengan kepentingannya Kaitan Soros menjadi punca ketakutan? Soros seorang ahli perniagaan dunia berbangsa Yahudi yang menjadi porpular kerana krisis kewangan negara era 1997. Semenjak itu masyarakat disumbat dengan presepsi seolah negara perlu bermusuh dengan Soros. Tahu atau tidak beberapa tahun lepas Soros ini diterima baik di dalam negara dan ramai pemimpin parti penguasa dan pembangkang menemui beliau sebagai sahabat termasuk Mahathir sendiri. Hakikat sebenarnya ialah SUARAM diserang bukan kerana pendaftaran atau dana asing tetapi SUARAM diserang kerana isu pendedahan penyelewengan scorpene. Isu scorpene ini cukup merimaskan regim penguasa. SAMM melihat isu ini amat penting. SAMM sedang dalam peringkat akhir untuk menjalinkan hubungan bersama SUARAM dan pasukan peguam kes tersebut bagi merangka satu program jelajah negara bagi menjelaskan isu ini. Yakinlah kes ini akan memberikan kesan besar pada kerajaan haramjadah dan kita akan membuktikan kerajaan UMNO ini telah membuat kesilapan besar dengan menyerang SUARAM dengan cuba menyumbat persepsi salah kepada rakyat. Najib perlu ingat Menteri Propaganda kamu Rais Yatim sudah terlalu tua dan tidak kreatif lagi, mungkin dia berjaya perbodoh rakyat semasa isu Memali tetapi kali ini maklumat sudah dihujung jari. penyapu sial NGO mereka dapat dana asing x sibuk pulak....SUARAM pulak yg jadi mangsa...melainkan niatnya adalah percubaan untuk menghalang isu skandal scorpene dan pembocoran maklumat keselamatan negara yg melibatkan PM haramjadah dari di ketahui umum secara berleluasa ,almaklum la PRU makin dekat dan kerajaan haramjadah makin nazak . kalau SUARAM nak di daftar kan sebagai sebuah pertubuhan pasti akan gagal sebagaimana pakatan rakyat yang cuba mendaftar sebagai parti yg sah telah di tolak mentah2 oleh pendaftaran pertubuhan haramjadah malaysia...lepas tu di canang2 kan kunun pakatan rakyat x ingin mendaftar sebagai parti yg sah... lebih baik mendaftar sebagai entiti yg lain atau sebagai pertubuhan yang haram tetapi bukan haramjadah...!!!! |
Posted: 15 Sep 2012 01:26 PM PDT Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini. "Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini. "Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu. Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, " katanya ketika dihubungi. Projek untuk kayakan kroni Zuraida tidak menolak bangunan pencakar langit tersebut antara projek gajah putih Umno bertujuan mengkayakan kroni mereka. "Ini yang menimbulkan keraguan, melihatkan spekulasi yang berlaku sekarang, pastinya ada penyelewengan. "Projek itu pasti kroni mereka akan bolot, kosnya tentu berlipat kali ganda. Kenapa perlu bina bangunan yang begitu mahal?" soal Ahli Parlimen Ampang itu lagi. Sebagai pemimpin, kata Zuraida, beliau tidak mahu Menara Warisan dijadikan 'bank' untuk Umno mengaut keuntungan dari hasil rakyat. "Umno tidak pernah takut untuk habiskan duit rakyat, mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku dalam projek NFC, LRT, KTMB dan lain-lain lagi. "Umno perlu sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan anda. Jalan bagi menyelesaikan sikap boros Umno ini pastinya ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya. Projek di bawah pengurusan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu mengesahkan, penambahan ketinggian bangunan itu yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia dengan kos RM5 bilion diumumkan Najib dalam Belanjawan 2010. Pengumuman itu mencetuskan tentangan, namun Najib tegas mempertahankan kononnya projek itu bukan pembaziran dan mempunyai kesan 'baik' ke atas ekonomi. Dalam pada itu, Aktivis Warisan Negara, Teoh Chee Keong mendakwa, Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat. Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi. Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 – pencakar langit tertinggi antara 2004 sehingga 2010. Projek yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijangka siap pada 2015 itu bakal melebihi bangunan tertinggi negara sekarang iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Tinjauan Merdeka Center dalam kaji selidiknya terhadap pendapat pengundi Semenanjung Malaysia bagi suku keempat tahun 2010 mendapati, hampir 2/3 rakyat Malaysia membantah pembinaan bangunan itu. Kaji selidik itu merangkumi 1,005 orang yang merupakan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, menyaksikan 65 peratus responden membantah cadangan tersebut. Masyarakat Cina adalah yang paling ramai membantah pembinaan menara tersebut (65 peratus) diikuti dengan Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus). -KD |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan