Sabtu, 15 September 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 14 Sep 2012 11:05 PM PDT

Razlan's


Sekat www.youtube.com dari Sesawang Malaysia!

Posted: 14 Sep 2012 07:41 AM PDT



Tarikh : 14 September 2012


KENYATAAN MEDIA

ISU : VIDEO DI YOUTUBE "Innocence of Muslims"

Assalamualaikum,

Merujuk kepada Video Innocence of Muslims yang sudah membawa kepada kematian 1 Orang kedutaan US dan 2 Askar US di Libya, Pengedaran Video ini seharusnya boleh di kawal daripada agen pengedarnya iaitu www.youtube.com.

Melalui OIC,Negara-negada islam sepatutnya mengeluarkan arahan kepada www.youtube.com untuk membersihkan bahan ini dari database mereka, dan sekiranya tidak berbuat demikian, seluruh negara islam boleh menyekat domain www.youtube.com daripada memasuki laman sesawang negara-negara islam.

Negara Malaysia mesti mengambil tindakan proaktif dan menjadi contoh kepada negara-negara islam yang lain untuk menyekat domain www.youtube.com dari memasuki laman sesawang negara.

Amaran serta tindakan ini harus diambil kerana kita tidak mahu mana-mana pihak dengan sesuka hati menjadi agen kepada pengedaran apa sahaja bahan yang menghina orang Islam, dan saya percaya agama lain juga tidak mahu agama mereka di hina dan dikeji.

Oleh itu, tindakan menyekat laman www.youtube.com harus diambil tindakan secara serta merta untuk menjaga keselamatan rakyat dan agama islam khususnya.Agar   propaganda jahat yang mahu dimainkan oleh mana-mana pihak harus disekat dan youtube.com seharusnya bertanggunjawab kepada pengedaran ini.


Sekian,

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Pengerusi Unit Media Baru
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.



Assalamualikum,

Referring to the newly released video "Innocence of Muslim" which has caused the death of the American Ambassador to Libya, Mr Chris Stevens and two (2) United States (US) soldiers, We, the Seputeh UMNO youth movement strongly urged www.youtube.com to halt any distribution of this said video on its domain. 

It has to be noted that the strength of the Muslim country, through OIC, is immense and this shall be used to instruct and pressure www.youtube.com to remove the above mentioned video. In addition, the Muslim countries around the  world shall block the "Innocence of Muslim" from entering its domestic servers. 

We would also like to urge the Malaysian Government and local authorities to take proactive action and be the first country in the world to block this heinous video from being broadcast in this country. 

A stern warning and strong action needs to be taken to ensure that there would not be any party/persons who would take this opportunity to distribute the "Innocence of Muslim" or any other videos insulting the Prophet Muhammad p.b.u.h and Islam in this country. 

Thank You and Regards,

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Pengerusi Unit Media Baru
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 14 Sep 2012 11:40 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA UMUM KE 13 - PM SUDAH DAPAT TARIKH ?

Posted: 14 Sep 2012 03:04 AM PDT

Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 masih lagi menjadi teka teki dan spekulasi di kalangan orang - orang politik. Ada cakap-cakap yang sudah mula kedengaran pada Mac tahun hadapan Datuk Seri Najib akan membubarkan parlimen. 

Namun begitu, tarikh Pilihanraya Umum ke 13 tidak semua orang akan dapat mengetahuinya, kecuali Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras cuma boleh menjangkakan pada satu tempoh yang munasabah berdasarkan beberapa perkembangan dan petunjuk keadaan politik yang berlaku sekarang ini.

Terbaru tinjauan dan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak "lebih gemar dan selesa" memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat

Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)

Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut : 

Barisan Nasional : 49 peratus 

Pakatan Rakyat : 21 peratus 

Pengundi atas pagar : 30 peratus


Barisan Nasional Pilihanraya Umum Ke 13 Rakyat Malaysia Sejumlah 49% Mahu Barisan Nasional Terus Jadi Kerajaan Selepas Pilihanraya Umum Ke 13!!


Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Seri Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Seri Najib mesti membubarkan Parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat Kerajaan Barisan Nasional hanyalah sehingga April 2013.

Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum ke 13 sehingga mengajak rakyat dan ahli - ahli politik serta pemerhati menjadi "ahli nujum negara" terlalu lama.

Ada cakap-cakap orang politik "kuat" dan "begitu yakin" mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?


Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?

Antara fakta utama ialah Pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2012). Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. Jadual peperiksaan SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  
Ketiganya, dalam masa sama, Musim Haji adalah antara pertengahan bulan September hingga bulan November, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. 

Berdasarkan fakta - fakta tersebut, Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13  kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair. 

Keeempatnya, jika Pilihanraya Umum ke 13 di adakan pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik. 

Fakta kelimanya berkenaan Ekonomi dunia yang tidak menentu. Tahun 2013 tidak terjamin lagi ekonomi dunia akan stabil. Ia pasti akan menjejaskan juga ekonomi Negara Malaysia dan memberi kesan dari segi sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.

Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?  

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan kemungkinan besar pembubaran Parlimen adalah pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.

Mungkin dengan kajian terbaru bakal memberikan keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat seterusnya mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 yang dinantikan sekian lama oleh semua rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bersama - sama berjuang dengan kepimpinaan Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee bagi merampaskan kembali Kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dari pihak Pembangkang., 


Apa Pilihan Anda?

www.pemuda-enggang.org

Posted: 14 Sep 2012 11:11 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Jemputan aidilfitri

Posted: 14 Sep 2012 09:58 AM PDT

Semua dijemput ke rumah terbuka umno jln enggang pd sabtu 15/9 jam 330-6ptg di no 1 lorong enggang 17 tmn keramat.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 14 Sep 2012 07:46 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Panas! Kuala Langat telah diserang..

Posted: 13 Sep 2012 06:14 PM PDT

Bangsat! Memang bangsat betullah puak pembangkang ni. KUALA LANGAT telah diserang dengan bendera tergantungnya bendera Sang Sangka Bangsa dibeberapa kawasan sekitar Kuala Langat. Perkara ni tak boleh dibiarkan lagi. Makin berlembut makin menjadi kebiadapan mereka ini. Sudahlah mereka mempersendakan bangsa,agama, dan sistem beraja kita sebelum ini.. kini mereka bertambah biadap lagi dengan mempersendakan jalur gemilang.. 
Ni lokasi yang sibangsat gantung

Lokasi (1) Jejantas Pekan Teluk Panglima Garang - laluan utama menghala ke Klang. (2) Lampu isyarat Simpang 3, pekan sg. Jarom, Banting. (3) Pokok Besar - Jalan utara (menghala jmbtn pulau Carey) Kg. Sawah, Banting. (4) Persimpangan masuk Taman Banting Baru.

Ini yg baru dikesan & dpt info. Lain2 blm lagi.
Macam ini ke nak perintah negara.. bila dah perintah.. aku yakin mereka akan buat lebih daripada ini.. 
Kami rakyat Kuala Langat berharap agar pihak berwajib siasat perkara ni.. jangan lepaskan mereka.. bangsat! 


Team PUcTD

Raya tak abis lagi ni

Posted: 13 Sep 2012 03:58 PM PDT

Aku cuma nak ucap tahniah kepada penganjur sambutan hari raya kat telok datok yang dijadualkan pada malan esok.. bab ni aku setuju sangat.. yelah.. jumpa rakyat maaa...tak salah.. mana pemimpin parti aku ni.. takkan tak buat program sebegini...takkan esok nak pru baru nak jumpa rakyat.. masih tak ubah sikap lagi ke...aduhai...
Cuma...kenapa perlu ada cabutan bertuah ye.. kalau pihak UMNO yang buat korang canang rasuahlah...itulah.. inilah...ermmmm....
Tapi apa pun terima kasih sekali lagi..




Team PUcTD

Khalid terpaksa bersembunyi bila....

Posted: 13 Sep 2012 03:53 PM PDT


KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak
tanggapan bahawa anaknya Datuk Chua Tee Yong tidak sepadan untuk
berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad.
Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid
kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng,
adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua
Menteri tetapi saya bukan sesiapa.
"Ketika (Barack) Obama berdebat dengan (calon presiden daripada parti
Republican) Mitt Romney... dan siapa Mitt Romney? Obama merupakan
Presiden Amerika Syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran
1MCA Skim Mikro-kredit untuk Belia di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau mengulas ketidakhadiran Menteri Besar Selangor itu untuk berdebat
berhubung isu Talam, anjuran MCA di sini, malam semalam.
Mengenai skim pinjaman 1MCA skim Mikro-kredit, Dr Chua berkata
sebanyak 380 permohonan diluluskan melibatkan kos bernilai RM6.4 juta
bagi membantu golongan muda menjalankan perniagaan. - Bernama




Team PUcTD

Tiada ulasan:

Pengikut