Pakatan Rakyat |
Posted: 12 Sep 2012 03:39 PM PDT | Untuk Yang Dah Berkahwin: Jangan Lupakan Perkara Ini Jika Ingin Orgasme Ketika Berasmara Posted: 12 Sep 2012 09:56 AM PDT Membuat wanita mendapatkan orgasmenya semasa berhubungan seks tidak semudah membalikkan telapak tangan. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan sebaiknya jangan lupa dilakukan jika ingin wanita mendapatkan klimaksnya. Ketika bersama, lelaki kadang-kadang terlalu terlena sehingga lupa kalau pasangannya belum orgasme. Kesalahan terbesar yang dilakukan lelaki ketika bersetubuh menurut penulis 'The Best Sex of Your Life: 101 Secrets Every Woman Should Know', Dan dan Jennifer adalah tidak lebih dulu memberikan wanita orgasma sebelum penembusan. Ramai lelaki yang ingin cepat dan mudah dengan hubungan terus menyelam. Jika memang pasangan anda jenis yang seperti diungkapkan Dan dan Jennifer menyarankan sebaiknya cuba empat tips berikut ini. 1. Sentuh Tangan 2. Berbisik di Telinga 3. Menyentuh Leher 4. Mengurut kepala & Menyentuh Rambut | Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! DEPA NI TAK HABIH-HABIH MAIN ISU AYAQ Air Percuma : 711 Pengguna Air Saman Kerajaan Negeri Selangor SHAH ALAM, 9 Sept - Seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri. Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebagai defendan. Jumlah gantirugi yang dituntut adalah sebanyak RM405,270 bagi 36 bulan kebelakangan dari tarikh pemfailan guaman tidak termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh. Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners. Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.-KLPOS | Wanita Berbogel, Halang Kekasih Suami Dapatkan Rawatan Posted: 12 Sep 2012 12:00 AM PDT China – Zhang Shih, 38, dari Linyi, didakwa telah melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuan Wang berusia empat tahun selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya. Kemudiannya dia nekad berbogel dan berbaring di depan ambulans semata-mata bagi mengelak kekasih suaminya dan anak wanita berkenaan yang cedera parah dibawa ke hospital. "Dia menanggalkan semua bajunya dan berbaring di depan ambulans tersebut. "Dia juga tidak mengendahkan anggota polis yang mengacukan pistol ke arahnya malah dia telah menumbuk perut seorang kakitangan perubatan yang cuba memberikan bantuan segera kepada anak mangsa,'' kata polis. Keadaan ini menyebabkan budak perempuan itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya manakala ibunya pula kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Zhang yang juga seorang guru sekolah menengah, kini berdepan dakwaan membunuh dan cubaan membunuh. Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati. Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan Zhang telah menjalani ujian psikologi. Sementara itu, tindakan tidak waras itu Zhang itu telah dirakamkan dan dimuat naik dalam internet. Ia setakat ini telah disaksikan sebanyak 600,000 kali sejak 6 petang semalam dan menarik lebih 10,000 komen. | Posted: 11 Sep 2012 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! KATA BAB CALON TAKDAK MASALAH gambar dari shalehudin | PENIPUAN WANG RAKYAT... ZAHID KENA JAWAB Posted: 11 Sep 2012 06:00 PM PDT SPRM PERLU SIASAT LA KENAPA JADI MACAM NI...? Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini. "Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini. "Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ismail Ibrahim yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera. Baginda turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak membekalkan peralatan kurang bermutu tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda. Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan. Difahamkan perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal. Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran. Menurutnya, jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer. "Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi. Malah pelik tapi benar, negara pernah hilang enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). "Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara bukan dijual di kedai besi buruk Sentul, maka sudah tentu wang negara yang lebih kecil senang hilang," tegasnya. |
Posted: 12 Sep 2012 03:35 PM PDT KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam. Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan. Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45. Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya. Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun. Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong. Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus. FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings. Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang. FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia. Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia. Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen. FVGH: Kerajaan tak dengar kata, saham merudum [HD] TUMPAT: Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit. AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55. Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat antarabangsa. Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka adalah perniagaan. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada majlis Aidilfitri bersama peniaga Kedai Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, di sini semalam sebagai mengulas saham Felda menjunam jatuh sehingga RM4.57 seunit. Katanya lagi, apabila ekonomi tidak lagi memberikan keuntungan yang mudah kepada pemegang saham itu mereka sewenang-wenang akan menjualkannya tanpa mengira kesannya terhadap peneroka. "Walaupun jumlah unit saham hanya 800 sahaja, tetapi dengan kerugian yang dialami, mereka terpaksa membuat pinjaman bank dan pinjaman yang lain untuk membeli sahaja-saham itu," ujarnya lagi. Kamaruddin seterusnya berkata, peneroka tidak pandai menjual atau membeli saham apa lagi menguruskannya, tetapi apabila disedari tiba-tiba harga menjadi rendah. "Bila dicampur dengan kos kerugian, pinjaman dan sebagainya peneroka mengalami kerugian yang amat besar berikutan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan rakyat serta pihak lain," ujarnya. Katanya, Felda, hasilnya dan bumi Felda sepatutnya seratus peratus dimiliki oleh peneroka dan seterusnya generasi kedua kedua atau ketiga dan seterusnya. Beliau tidak menafikan apa yang berlaku itu 'permainan' saham dan lumrah berlaku, sebaliknya risiko yang tidak sewajarnya berlaku terpaksa ditanggung oleh peneroka kerana 'offer' tidak bijak kerajaan untuk rakyat. "Kerana kedegilan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan pegawai Felda, ramai antara mereka disisihkan, ditukar dan berbagai lagi dan sekarang kita tengok apa yang berlaku," ujarnya. Katanya, bagi membantu kerajaan menampung kerugian dalam saham itu, KWSP pula diminta membantu. Sambungnya, jika langkah itu diambil dividen yang diperolehi pencarum juga akan menjadi kecil jumlahnya. Katanya, kerajaan seharusnya menjadikan pengalaman Tabung Haji Plantation yang gagal sebagai panduan sebelum saham Felda disenaraikan. "Soalan kita, adakah ahli-ahli Tabung Haji mendapat keuntungan yang besar atau dividen yang tinggi selepas ianya disenaraikan sebagai saham. "Hujah yang sama diberikan pada saham FGVH ini, jangankan mendapat untung yang besar, rugi pula yang terpaksa ditanggung," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan