Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Perutusan Hari Raya 1433H (2012) Dewan Pemuda PAS Machang
- Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya
- Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Hubungan dengan PAS, DAP kafir mu’ahid
- Perutusan Hari Raya Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz
- 114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru"
- R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan
- 260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat
- 24 kanak-kanak istimewa diraikan menjelang Aidil Fitri
- Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta
Perutusan Hari Raya 1433H (2012) Dewan Pemuda PAS Machang Posted: 15 Aug 2012 11:01 PM PDT |
Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya Posted: 15 Aug 2012 11:00 PM PDT PERMATANG PAUH: Seramai 260 orang Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati sempena Hari Raya Aidil Fitri dari pimpinan kerajaan negeri. Majlis penyerahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang, Bukit Mertajam disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1. Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Saleh Man. Selain mereka turut menyumbangkan hamper, beras dan wang ringgit ialah Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malek Kasim. Selain guru SAR, majlis semalam turut meraikan golongan miskin dengan pemberian hamper dan beras serta wang ringgit. Rata-rata guru yang dtemui merasai syukur kerana adanya bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka. Saleh Man berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa guru-guru SAR dan berharap agar mereka meneruskan usaha mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang bertaqwa sekaligus menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang di mas depan. "Sumbangan ini sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas usaha mereka yang tidak jemu mendidik anak bangsa. |
Posted: 15 Aug 2012 10:59 PM PDT |
Hubungan dengan PAS, DAP kafir mu’ahid Posted: 15 Aug 2012 10:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan. Justeru, melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka. Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat,Dr Khairuddin Razali (gambar) dalam satu kenyataan. Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara PAS yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam. Berikut kenyataan penuh beliau. Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan. DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata. Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat. Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka. Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam. Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan. Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran. Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Oleh pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa. |
Perutusan Hari Raya Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz Posted: 15 Aug 2012 04:58 PM PDT |
114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru" Posted: 15 Aug 2012 04:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) merupakan satu kejayaan kepada kempen yang dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), semalam. Hasrat yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membuktikan kononnya beliau mendahulukan rakyat, sepertimana yang sering diucapkan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan. Sebelum ini banyak juga perkara yang dumum Najib untuk dilaksanakan terburu-buru namun terpaksa menarik balik selepas mendapat bantahan banyak pihak. Ia termasuklah dalam isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia yang akhirnya dibatalkan biarpun telah menelan kos yang besar. Semalam, CIJ melancarkan kempen bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet, yang disifatkan akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan. Kempen ini banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa. |
R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan Posted: 15 Aug 2012 04:56 PM PDT KOTA BHARU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan iklan khas bagi menjelaskan ke mana wang ehsan dibelanjakan yang berjumlah RM61.8 juta sehingga 31 Julai 2012. Berdasar kepada iklan yang disiarkan dua akhbar harian daripada jumlah tersebut agihan yang dibuat sebanyak RM41.4 juta. Ini bermakna sebanyak RM20.4 juta belum lagi diagih. Iklan khas tersebut dikeluarkan kemugkinan menjawab surat dan memorandum dihantar anak-anak muda yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R) baru-baru ini. Presiden R, Nazri Deraman (gambar atas) berkata, sepatutnya pihak terbabit menjawab secara rasmi surat dihantar R mengenai laporan kewangan yang diaudit pada 2010, 2011 dan sehingga 31 Julai 2012. "Biar pun penjelasan diberi namun masih menimbulkan banyak keraguan di mana kemungkinan penerima yang tidak disebut dalam iklan menjadi sasaran untuk mendapatkan wang ehsan. "Ini kerana banyak agihan wang ehsan dilaporkan media sebelum ini dibuat melalui Ketua-ketua Bahagian Umno. Lagi pun Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin," katanya di sini. Menurutnya berdasar kepada senario pengagihan wang ehsan sebelum ini ternyata Umno terbabit secara langsung. "Jadi kami anak muda mahu tahu siapakah penerima sebenar wang ehsan tersebut dan bagaimana pemilihannya dibuat. "Selain itu kenapa Awang Adek dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa Wang Ehsan dan bukan Pengarah JPP Kelantan," katanya. Nazri juga berkata, persoalan juga timbul di mana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan wang ehsan diterima sebanyak RM61.8 juta. Sedangkan katanya, Awang Adek pula umumkan melalui kenyataan media wang ehsan diterima sebanyak RM24 juta setahun, dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010. "Jadi ke mana perginya lebih RM10 juta lagi. Kami khuatir berlaku ketirisan atau kebocoran. Inilah rakyat Kelantan hendak tahu," kata Nazri. Sehubungan itu katanya, sekiranya pihak terbabit tidak menjawab secara telus penerimaan dan agihan wang ehsan, pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini. |
260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat Posted: 15 Aug 2012 04:56 PM PDT TANAH MERAH: Menjelang lebaran tidak lama lagi, 260 pesakit di Hospital Tanah Merah dapat menyembuyikan rasa sedih dan sayu seketika kerana dikunjungi wakil-wakil rakyat semalam. Lawatan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustafa dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak dapat melegakan perasaan mereka. Rombongan wakil rakyat juga disertai Muslimat PAS Tanah Merah, pemuda dan penghulu-penghulu. Kehadiran mereka diiringi pegawai hospital terbabit. Setiap pesakit menerima hamper sebagai buah tangan, pengubat duka ketika menjalani rawatan di hospital. Pada kunjungan itu Abdul Fattah juga menyumbangkan kerusi roda kepada seorang warga emas, Zaharah Abdul Rashid, 75, yang terlantar sakit. Beliau berasal dari Kampung Pondok Lama Tanah Merah. Mereka juga mengunjungi wad kanak-kanak sambil menghulur buah tangan di samping bermesra dengan pesakit dan keluarga mereka. "Acara ini merupakan aktiviti rutin bagi setiap wakil rakyat di Kelantan. Melalui kunjungan ini diharap dapat melahirkan perasaan gembira pesakit ketika mereka sedang terlantar sakit. "Malah Islam amat menuntut umatnya menziarahi orang sakit dan mendoakan kesejahteraan buat mereka," katanya ketika ditemui selepas itu. Hari ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco melawat pesakit di Hospital Raja Peremuan Zainab II. |
24 kanak-kanak istimewa diraikan menjelang Aidil Fitri Posted: 15 Aug 2012 04:55 PM PDT (Zailah bergambar kenangan dengan kanak-kanak istimewa di Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin pagi tadi) RANTAU PANJANG: 24 kanak-kanak istimewa mendapat perhatian khas dari anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusof pagi ini. Zailah telah berkunjung ke sekolah mereka, Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin Rantau Panjang pagi ini bagi bertemu mereka menjelang Aidil Fitri ini. Mereka diberikan hamper dan duit raya sempena kunjungan itu. Bagi Zailah, beliau menjalankan tugas ini sebagai menunaikan tanggungjawab untuk menceriakan kanak-kanak istimewa ini. (Zailah menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin di kampung Chicha) Semalam, Zailah telah mengunjungi orang-orang tua dan miskin di Kampung Chicha dekat sini bagi menyampai bantuan kepada mereka. Bantuan berupa beras, tepung, gula dan lain-lain diberikan bagi meringankan beban mereka menjelang Aidil Fitri ini. |
Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta Posted: 15 Aug 2012 04:55 PM PDT KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Geting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad. Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'. Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa'amah. Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi". Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan" Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu. (Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting) Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah. Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor - Kota bharu. Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah. Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan