Khamis, 16 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 Aug 2012 11:31 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


RAKYAT MARHAEN: Penganjur Kecewa Dengan Provokasi Terhadap Himpuna...

Posted: 15 Aug 2012 04:05 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Penganjur Kecewa Dengan Provokasi Terhadap Himpuna...: SHAH ALAM 15 OGOS : Gabungan Himpunan Janji BERSIH akan memastikan himpunan yang akan diadakan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, 3...

RAKYAT MARHAEN: PKR lancar kempen turun harga kereta

Posted: 15 Aug 2012 04:04 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: PKR lancar kempen turun harga kereta: PETALING JAYA: PKR hari ini melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta' mengambil kesempatan cuti balik kampung Hari Raya Aidilfitri. ...

RAKYAT MARHAEN: SUPP may lose everything

Posted: 15 Aug 2012 04:03 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: SUPP may lose everything: Beleaguered SUPP faces the possibility of eventually having no representation in the federal Cabinet. KUCHING: Sarawak United People's Par...

RAKYAT MARHAEN: PKR takes cheap cars promise to the roads

Posted: 15 Aug 2012 03:59 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: PKR takes cheap cars promise to the roads: The stickers and flyers will be given out during the weekend at tollbooths across the country. —File pic PETALING JAYA, Aug 15 ― PKR launc...

RAKYAT MARHAEN: Anwar Puas Hati Prestasi Abdul Khalid Sebagai MB S...

Posted: 15 Aug 2012 03:58 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Anwar Puas Hati Prestasi Abdul Khalid Sebagai MB S...: SHAH ALAM 15 OGOS : Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan kemampuan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  se...

RAKYAT MARHAEN: Isu Taman Manggis: Dokumen BN tak sah, kata Guan E...

Posted: 15 Aug 2012 03:57 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: S'gor akan maklum status bekalan air setiap hari

Posted: 15 Aug 2012 03:56 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: S'gor akan maklum status bekalan air setiap hari: SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemantauan Syabas yang ditubuhkan Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas se...

RAKYAT MARHAEN: Exposed: Another dirty trick aimed at Anwar

Posted: 15 Aug 2012 03:52 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Exposed: Another dirty trick aimed at Anwar: Several blogs have exposed UMNO cybertroopers' latest campaign to ...

RAKYAT MARHAEN: Lesson for Najib the Naked Emperor: COWBOYS NOT IN...

Posted: 15 Aug 2012 03:51 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Lesson for Najib the Naked Emperor: COWBOYS NOT IN...: When Prime Minister Najib Razak spoke in Kimanis during his recen...

RAKYAT MARHAEN: ‘Tak hairan jika Nasha keluar PAS’

Posted: 15 Aug 2012 03:49 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: 'Tak hairan jika Nasha keluar PAS': Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, kata Nik Aziz. KOTA BAHARU: Menteri Be...

RAKYAT MARHAEN: ’99.7% of projects benefit Taib’s family’

Posted: 15 Aug 2012 03:49 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: '99.7% of projects benefit Taib's family': Sarawak DAP is demanding to know SUPP's stand on the monopoly of construction projects by the Taib Mahmud family. KUCHING: Some 99.7% of t...

RAKYAT MARHAEN: ‘Several Sabah leaders to join PAS’

Posted: 15 Aug 2012 03:48 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: 'Several Sabah leaders to join PAS': PAS and Beaufort MP Lajim Ukin are expected to announce the defection of more Sabah leaders after Hari Raya. KOTA KINABALU: PAS is preparin...

RAKYAT MARHAEN: Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

Posted: 15 Aug 2012 03:46 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan ...

Suara Sri Andalas

Posted: 15 Aug 2012 11:21 PM PDT

Suara Sri Andalas


Selangor Akan Maklum Status Bekalan Air Setiap Hari

Posted: 15 Aug 2012 02:31 AM PDT

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemantauan Syabas yang ditubuhkan Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan syarikat air itu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar.

"Kerajaan Selangor komited untuk mengambil alih syarikat konsesi menerusi kaedah penyusunan semula yang merupakan jalan terbaik untuk menguruskan industri perkhidmatan air di Selangor dan Lembah Klang," katanya.

Jawatankuasa itu diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), dan telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Sebelum ini pemantauan jawatankuasa ini mendapati Syabas 'beroperasi di bawah keupayaan'.


Sumber: Harakahdaily

Perutusan Salam Aidilfitri Daripada YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 14 Aug 2012 11:18 PM PDT

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua umat Islam terutamanya rakyat di negeri Selangor.

Setelah sebulan berpuasa, Aidilfitri yang ditunggu-tunggu menjelang tiba.

Seperti setiap kali munculnya musim perayaan, kita pasti sibuk membuat persiapan bagi meraikannya. Saya ingin mengingatkan, dalam membuat persiapan ini, terapkanlah sifat berjimat cermat dan amalan bersederhana dalam berbelanja.

Saya juga ingin menyeru kepada semua masyarakat berbilang kaum di negeri Selangor ini terutamanya untuk memanfaatkan musim perayaan ini untuk memupuk kesefahaman dan perpaduan melalui amalan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Kepada mereka yang akan membuat perjalanan pulang ke kampung, pandulah dengan berhati-hati, ingatlah keluarga yang tersayang dan semoga anda selamat tiba dan selamat pulang kembali.

Dengan ini saya dan rakan-rakan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dan kakitangan Pejabat DUN Seri Andalas serta keluarga mengucapkan kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kegembiraan.


YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Aug 2012 07:14 PM PDT

Anwar Ibrahim


Konsep Kafir Harbi-Zimmi, Satu Penjelasan- Dr Muhammad Nur

Posted: 15 Aug 2012 11:26 AM PDT

KeadilanDaily

Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam.

Tuan Guru Haji Abdullah Samah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP.

KEADILAN berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat.

Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global.

Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari?h dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi?,

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam.

Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul ?uwatinun La Zimmiyyun?(Kewarganegaraan Bukan Zimmi).

Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini.

Shaikh Taha Jabir al-lwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa.  Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan – kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta?in ?

memang dicipta oleh para ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.

Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun).

Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi.  Hasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.

Adalah jelas, cara UMNO menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa?ah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa.

Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.  Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.

Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, UMNO terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.

Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi UMNO dengan sengaja menimbulkan polemik ini?

KEADILAN berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus Negara selepas PRU ke 13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu?lam.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan, PKR
11 Ogos 2012

Tender Semula NFC: Umumkan Syarat Dan Butiran Perjanjian

Posted: 15 Aug 2012 11:05 AM PDT

Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.

Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli;

2. Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat;

3. Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.
Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3).

Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.

Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi;

2. Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan

3. Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.

Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Jawatankuasa Pemantauan SYABAS Akan Keluarkan Kenyataan Akhbar Harian Status Terkini Isu Air

Posted: 15 Aug 2012 11:02 AM PDT

Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang ditubuhkan Kerajaan Selangor dan dipengerusikan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan SYABAS.

Langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar.

Kerajaan Selangor komited untuk mengambil alih syarikat konsesi menerusi kaedah penyusunan semula yang merupakan jalan terbaik untuk menguruskan industri perkhidmatan air di Selangor dan Lembah Klang.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

KEADILAN Jelajah Seluruh Negara Sebar Kempen ‘Turunkan Harga Kereta’

Posted: 15 Aug 2012 11:00 AM PDT

KeadilanDaily

KEADILAN akan menjelajah ke seluruh negara bermula 24 Ogos ini bagi mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya sempena kempen 'Turunkan Harga Kereta' dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penjelajahan itu akan dimulakan dengan edaran pelekat kereta dengan slogan 'Turunkan Harga Kereta' pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi.

Menurut beliau, bermula 2 September, forum 'Turunkan Harga Kereta' di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan.

"KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia membantu mempromosi kempen dengan mengguna logo Turunkan Harga Kereta' di facebook dan twitter.

Nik Nazmi berkata, sebanyak 50,000 pelekat dicetak dan KEADILAN turut melancarkan laman facebook kempen beralamat diwww.facebook.com/turunkanhargakereta.

"Selepas cuti raya Aidilfitri, pelekat kereta ini akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat KEADILAN tempatan.

"Logo kempen yang dipilih tidak melambangkan unsur politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju. Masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat," katanya.

Turut memeriahkan kempen ialah kehadiran jentera gerak kerja, iaitu sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

"Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin, yang juga pengerak kempen.

Program Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

Posted: 14 Aug 2012 10:10 PM PDT

15 Ogos 2012 (Rabu)
1) 3.00 ptg – Sumbangan Untuk Guru2 Sek Agama Rakyat
Lokasi : Seri Ad Diniah, Jalan Besar, Sungai Bakap, Nibong Tebal

2) 5.00 ptg – Sumbangan Untuk Guru2 SAR & Fakir Miskin / Iftar / Maghrib
Lokasi : Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh

3) 8.30 Mlm – Solat Isya' / Tarawikh &
Peluncuran Buku "Yusuf Qardhawi & Kebangkitan Rakyat"
Lokasi : Masjid Al Taqwa, Bertam, Kepala Batas

Najib Harus Nyatakan Pendirian Isu Rohingya

Posted: 14 Aug 2012 09:24 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menyatakan pendirian jelas berhubung isu pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar.

"Najib tidak boleh sekadar keluarkan kenyataan 'kita tak boleh campur hal negara lain', sebab ini melibatkan konflik kemanusiaan," katanya.

"Waktu untuk bertolak ansur telah tamat, Malaysia harus ada pendirian tegas dalam isu ini," tegas Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menyeru Najib agar mencontohi ketegasan Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan dengan lantang menggesa Myanmar agar selesaikan isu Rohingya atau hadapi kemarahan kerajaan dan rakyat Turki.

"Bukan sekadar itu, malah Tayyip turut diwakili isteri beliau untuk berkongsi penderitaan Rohingya dengan turun ke Myanmar sendiri," kata Anwar lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Iftar dan Peluncuran Buku 'Taurah Shaab-Kebangkitan Rakyat' karya ulamak Sheikh Yusof Al-Qaradhawi di kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam semalam.

Turut hadir, veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari.

How Dr M Handled The Asian Financial Crisis After Getting Anwar Out Of the Way

Posted: 14 Aug 2012 08:47 PM PDT

Malaysia Chronicle

The Asian Financial Crisis in 1997 came as a surprise and caught most people by surprise not only by the speed but also the severity of the crisis.

At that time the Asian Economic Miracle was the buzzword then and the Asian Tiger economies are at their peak not only in the performance of their export oriented economies but also the stocks and properties market.

Malaysia was then led by Mahathir Mohamad while the Finance minister was his deputy Anwar Ibrahim. But it was clear even in the markets of that day that the relationship between the two men was strained.

Anwar, who was pushing an anti-corruption drive, tended towards the conventions promulgated by top global economists, including from the World Bank and IMF.

Mahathir was the opposite, opting to use unorthodox and some even say criminal means to fight his way out of a tough spot including launching fabricated sodomy charges to jail and get Anwar out of the way for some 6 years, while he personally tweaked and tapped all the country’s economic resources to bail out many of the large firms linked to Umno and its cronies.

Loose Money Policy

To accommodate the shortage of funds needed to boost their economies, their governments had embarked on a 'loose money' monetary policy regime.

Rules governing the inflow and outflow of foreign funds are relaxed and so does the terms of borrowing by banks and corporations. Instead of the traditional 'borrow long lend short', banks then did the opposite and they 'borrow short lend long'. Such practice will put bank in a precarious position because if they borrow short say 3 years and lend long for 10 years then there will exist a 'window of interest rate risk of 7 years' , from fourth year to the 10th year. It will put the banks in a extremely risky position. This because during a financial crisis, a country's currency will most likely be victim to currency speculators when they start attacking their currency .

Currency depreciation

Normally there are two monetary tools available to the authorities to fend off the currency speculators. One is to raise the domestic interest rates and the other is to defend its exchange rate by using its reserves to artificially prop up its currencies. As usual once the reserves dries up then the currency will continue to fall.

While defending their currencies, the authorities would raise their interest rates which resulted in the increased in the 'cost of funds' for the banks and corporations. As a result, it would be very prohibitive for them to service their debts. If left unchecked, it will send many of them into bankruptcies.

I still recalled during the height of the Financial Crisis in 1998, the interest rate in Malaysia went up to as high as 18%. Coupled with the currency devaluation it provided a double whammy to many of the businesses in Malaysia. To do business in Malaysia then was very difficult due to the wide trading band between the Ringgit and US$.

Many businesses found that whatever they have quoted their customers a week ago resulted in a loss due to the depreciation of the Ringgit. In other words the business activity came to a halt. The Malaysian Government needs to do something to stem any further devaluation of the Ringgit. In the next few sections we will delve into this topic.

Due to the length and depth of this article, I will separate it into the following parts.

  1. Pre Crisis – How it started
  2. During the Crisis – How the Malaysian Government responded
  3. The aftermath – How did Malaysia's economy performed as compared to those that embraced the IMF assistance during the Crisis. Is our solution to the crisis a desperate move for crony bailout or an economic crisis stabilization program? Instead of weeding out the deadwoods did the authorities use this opportunity to reinforce the 'Bumiputra' grip on the economy at the expense of other races.

Part One – Initiation of the Crisis.

Before we delve into the possible reasons for the Crisis , I think it is best to take a look at the chronicle of events leading up to the crisis. The following is the table describing the various events.

As with all Financial Crisis, there are caused by multiple factors. The Asian Financial Crisis of 1997-98 is no exception. Listed below are some of the most debated reasons for the onset of the Asian Financial Crisis.

  1. Deteriorating economic conditions
  2. Moral Hazards by banks and corporations
  3. Too much inflow of foreign funds
  4. Stock market and Real Estate Bubble
  5. Lack of regulatory control on funds
  6. Massive disinvestment by the Japanese during the early 1990s due to their misadventure in the U.S coupled with their stock market crash. This resulted in the recalling of funds in the region by Japanese banks.

In the following, we shall provide an account on the few most possible factors for the initiation of the crisis.

  1. Liberalization of the Financial Sector

As from our discussion above due to the credit boom in the international front and the relaxation on foreign capital inflows by the authorities, it led to an increase in the foreign capital inflow. Normally the funds will find its way into either the real economy in terms of loans to businesses or the unproductive stock and property market. Unfortunately during that time the capital inflow are directed towards the stock and property market. The following table shows the percentages of the loans given to the property sector and also the NPL during 1997.

Source : Bank of International Settlement

As can be seen from the above the four countries that are most affected by the crisis also coincide with having the highest NPLs in their respected banking industry.

The following chart is the effect of the Financial Crisis on the respective GDP growth of those countries.

Source : International Monetary Fund (IMF)

2.Fiscal Imbalances

Fiscal imbalances refers to the difference between the negative balance of payment and the ability of a country to pay its debts.

Source : IMF

The above table shows the deterioration of the Exports and Current accounts. The table shows that while the current accounts deficits remains high, the exporting countries at the same time are experiencing a downturn in its export receipts. In South Korea and Thailand, their exports grew the least with only 3.7 and 0.5% respectively. This compared to 30.3 and 23.1% respectively a year earlier. Hence this represents a fiscal imbalance of reducing exports with persistently high current account deficits. In other words eventually export receipts will not be enough to pay for its current account deficits.

Due to the boom in the exports, there is a need of funds to finance its exports industry and other increase economic activity. At the time the liberalization of the Global Financial market provided a perfect avenue to source for external funds. However, eventually such borrowing will widen the current account deficits.

When a country's current account deficits widened coupled with the drop in exports and an overvaluation of the currency due to the inflow of foreign funds, it will attract the attention of currency speculators. Currency speculators will eventually attack the domestic currency and the end result will be currency depreciation.

The governments of the affected economies will try to defend its currency either by increasing the interest rates or using its foreign exchange reserves to prop up the currency. When they increase the interest rates it will eventually bring down the banking sector due to the increase cost of borrowing abroad. Eventually there will be a 'reverse flow of funds' from an inflow to outflow of foreign funds. With such outflow of funds it will result in a credit crunch and coupled with the high interest rate it will eventually bring down the real estate and banking sector.

The relationship between the balance of payment crisis and the banking crisis is much more evident nowadays due to the globalization of the financial industry. The following table shows the frequency of the crisis between banking and balance of payments.

As can be seen from the above table, before 1980 the occurrence of crisis is more biased towards the Balance of Payments. Out of the total of 29 Crisis only 3 are banking crisis. However since the 1980s the total banking crisis rose to 23 out of 73. So we can deduce that somehow the modern day financial crisis may be caused by the relationship of both balance of payments and banking.

In other words a Banking crisis may predate a Balance of payment crisis and vice versa.

Deterioration of Bank Balance Sheets

Since the factors affecting the Crisis are inter-related and when currency speculators sense there is a weak link between the various component of the economy like an over-valued currency, persistent high negative balance of payments and falling exports then there will be an opportunity to make big money by betting on a depreciation of the currency.

During the 1990s era most of the Central Banks in Asean pegged their currencies against the dollar. The short term benefits of such a move are creating a stable environment for the inflow of foreign investments and also no headaches on daily fluctuation of exchange rates. The disadvantage is that Central Banks will have to maintain the peg even at the expense of over-valuing their currencies.

Again when currency speculators found out that the central banks are maintaining an over-valued currency then they will be subjected to a speculative attack. Soon they will flood the market with massive sales of the currency and this will create a condition where supply outstrips demand and eventually the collapse of the currency.

The central bank will first try to counter the move by selling the dollar and buying up the local currency. However with such massive sales of the local currencies by the speculators, central banks will soon used up their holdings of their foreign reserves. Once their foreign reserve is exhausted then currency devaluation will continue. Such a move will always fail because the foreign exchange market is not only unregulated but also it trades about $4 trillion a day. No central banks succeed in defending their currency this way.

Another avenue is to raise the domestic interest rates. By increasing the interest rates it not only helped to prevent further capital outflow but also encourage capital inflow. However such a move will have an effect on the bank's balance sheet because of the higher cost of funds to obtain funds. If left unchecked it will eventually lead to the collapse of the weakened banking sector. If they don't increase the interest rates then they will not be able to maintain the currency peg which will eventually collapse. In other words the Government and Central Banks are in between a rock and a hard place.

So how do Central Banks counter such a situation? In our next article we will explore how the Malaysian Government led by the ten Prime Minister Mahathir Mohamad had used its monetary policy tools to help it stem the onslaught.

SAMM Mahasiswa: Selesaikan Segera Kemelut UNISEL-JNSB

Posted: 14 Aug 2012 08:23 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa menyokong penuh sebarang usaha agar kemelut Universiti Selangor dan Jana Niaga SB diselesaikan dengan kadar segera.

SAMM Mahasiswa beranggapan kemelut yang dihadapi UNISEL dan JNSB sekarang lebih kepada permainan politik pihak tertentu untuk mencari modal politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 khususnya untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku tanpa usaha penyelesaian membuktikan regim terdesak mencari isu di Selangor.

SAMM Mahasiswa tidak mahu hanya kerana pihak regim ingin mendapat kedudukan 'political mileage', mahasiswa UNISEL yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat tindakan bodoh kroni-kroni pihak tertentu mempolitikkan isu pendidikan.

Seharusnya pendidikan menjadi keutamaan tanpa kompromi.

Mengambil contoh iktibar dari tindakan 'flip-flop' kerajaan pusat yang ingin menghapuskan pinjaman biasiswa hanya kepada UNISEL suatu ketika dahulu, perkiraan jumud kerajaan pusat yang bertindak zalim kepada mahasiswa UNISEL hanya kerana ingin mempamerkan kuasa politik.

Akhirnya tindakkan tersebut menemui kegagalan apabila sekatan PTPTN ditarik balik setelah campurtangan kerajaan Selangor yang prihatin terhadap nasib mahasiswa UNISEL.

Harapan SAMM Mahasiswa supaya semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi turut campurtangan dengan bagi menyelesaikan kemelut UNISEL-JNSB dan jaminan penuh harus diberi kepada mahasiswa UNISEL agar mereka tidak akan acap kali menjadi mangsa kerakusan politik regim.

SAMM Mahasiswa juga tidak teragak-agak untuk turun bersama-sama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) bagi mengadakan demonstrasi balas terhadap pihak JNSB yang secara jelas mempolitikan isu ini apabila demontrasi yang diadakan oleh kakitangan JNSB pada jumaat 10 ogos lalu turut disertai oleh Pengerusi Gerakan Pritain Rakyat Selangor(GPRS) yang terdiri daripada Exco pemuda UMNO Malaysia.

Pihak JNSB harus sedar mereka tidak akan beroperasi sekiranya UNISEL tidak wujud.

SAMM memberi amaran kepada semua pihak agar setiap institusi pendidikan harus ditadbir dan diuruskan dengan sewajarnya dan jangan cuba mencari keuntungan daripadanya.

Wan Farel
Penyelaras 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa

Wee Choo Keong

Posted: 15 Aug 2012 03:13 PM PDT

Wee Choo Keong


Re-branding will not turn around MAS

Posted: 14 Aug 2012 09:27 PM PDT

MAS is founded in 1947 as Malayan Airways. on 1st October 1972, it has changed its name to Malaysian Airline System (MAS).  MAS is the nation’s flag carrier which is majority owned by the government of Malaysia.  MAS operates flights at its first base in Kuala Lumpur International Airport, and secondary base in Kota Kinabalu, [...]

Tiada ulasan:

Pengikut