Isnin, 27 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 26 Aug 2012 03:19 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MP dan ADUN JASIN BOLEH BUAT RUJUKAN DI BAWAH INI ?

Posted: 26 Aug 2012 09:03 AM PDT


Analisa Integriti Politik

Kepada MP dan ADUN Jasin boleh semak rekod anda?
Apakah kayu ukur integriti seorang Ahli Politik? Cukupkah sekadar kegiatan di bawah:

1. Bilangan tetamu/pelawat harian ke Pejabat ADUN/Khidmat/Pejabat Rasmi (jika EXCO/MB)?

2. Bilangan mesyuarat rasmi yang dihadiri?@ Mesyuarat tidak rasmi yang gagal hadir?

3. Bilangan Perjumpaan Rasmi dan Sosial yang dihadiri?@ yang hanya hantar wakil?

4. Bilangan buah kampung dan taman dalam kawasan yang telah dilawati?

5. Jumlah peruntukan yang berjaya diagih dan dilunaskan kepada kepentingan, keperluan dan kehendak kawasan?

6. Jumlah peruntukan Persekutuan yang berjaya diagih dan dilunas kepada keperluan hakiki kawasan?

7. Jumlah duit politik "Dana Sumber Politik" yang berjaya dikutip daripada Usahawan, kemudiannya diselewengkan?

8. Jumlah duit peruntukan Kerajaan yang dikemutkan untuk tembolok sendiri dan suku-sakat politiking kufur sendiri?

9. Jumlah kumpulan Kongsi Gelap/Samseng yang menjadi "God Father/Guardian" kepada aktiviti politik?

10. Jumlah pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang menjadi rakan dan sahabat yang bercita-cita memajukan tanahair?

11. Jumlah pegawai-pegawai Kerajaan yang bersekongkol untuk menjahanamkan peruntukan Kerajaan, memanipulasi kuasa, menyeleweng kedudukan dan menggelap amanah rakyat?

12. Bilangan projek-projek "Gajah Putih" yang berjaya diselesaikan?

13. Bilangan/Jumlah pembuatan keputusan tidak bijaksana, sehingga mengorbankan Dasar-Dasar Utama seperti P.3, P.152, dan P.153?

14. Jumlah keputusan untuk korbankan seorang manusia seperti Anwar Ibrahim (hukuman palang) untuk terus mengkecamuk kesantunan Negara, berbanding dengan nilai AMAN dan DAMAI dan kehormatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

15. Pertimbangan program bahawa pemuda di kohort 20-40 tahun (merujuk kepada kekuatan populasi NSDK seramai 456,000) tidak penting kerana mereka ikut-ikut, bila tiba masa mengundi PASTI undi BN?@perincian yang Maha Lemah kerana hingga tarikh ini 30 Julai 2012 tiada kajian spesifik yang dilancarkan oleh mana-mana NGO atau Jabatan berkenaan Integriti Politik Generasi X-Y. Apa ke jadahnya Institut Integriti Malaysia, jika Kerajaan Negeri/Persekutuan begitu lemah tidak melihat kepentingan ini?

16. Kepincangan Wakil Rakyat dalam menganalisa keputusan/pemikiran kerana pengaruh pemikir dan petualang kiri-kanan yang tidak JUJUR? Apakah ini satu hipotesis yang benar...

17. Jurang ekonomi, sosial dan pendidikan masih menjadi rasional perbezaan utama antara ras di Malaysia?

Banyak lagi yang menjadi persoalan dalam kajian Analisa Integriti Politik, yang masih tiada jawapannya. Kedaifan Kerajaan BN ialah takut jika keputusan analisis ini seperti keputusan Kajian Integriti Politik di Kepala Batas, Pulau Pinang tahun 2006, yang menunjukkan kawasan Perdana Menteri pun ketika itu, tidak faham makna Integriti Politik dan Negara. Begitu sekali digebangkan soal Integriti dalam Pokok 1 Malaysia, tertegak IIM di Jalan Duta (katanya), namun kegiatan HANRUH INDOKTRINASI INTEGRITI dianggap tidak penting.

Tamrin bersekongkol dengan individu yang menjatuhkan ayahnya?

Posted: 26 Aug 2012 08:11 AM PDT


Tamrin Memalukan Nama Baik Allahyarham Tun Ghafar


tun ghafar
Siapa tidak kenal dengan Datuk Tamrin Abdul Ghafar, anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang begitu banyak menabur jasanya kepada parti keramat UMNO di sepanjang hayat beliau.

Bila disebut nama Tamrin, sudah tentu ramai "otai-otai" UMNO akan terbayang bapanya yang begitu hebat dan harum namanya meskipun sudah beberapa lama meninggal dunia. Namun, ramai yang mengakui tentang pengorbanan Allahyarham yang sangat dihormati kawan dan lawan.

Hakikatnya, mungkin cerita mengenai Allahyarham Tun Ghafar tidak pernah didengar apatah lagi dikenali oleh golongan muda masa kini.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu mengenai tokoh pejuang bangsa itu kerana beliau hanya sebentar saja menjawat jawatan nombor dua negara itu dan hanya seketika sahaja menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO pada suatu masa dahulu.

Tun Ghafar merupakan seorang yang mula bertatih di dalam politik dari peringkat bawah. Dia orang susah dahulu dan dia menapak setapak demi setapak bersama semangat memperjuangkan nasib anak bangsa, agama dan tanahair.

Namanya begitu harum sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga beliau ditarik ke peringkat pusat oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu yang agak "sukar" untuk mencari seorang Timbalan yang benar-benar secocok dengan corak pentadbirannya.

Akhirnya, Tun Ghafar berjaya berada di puncak ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehinggalah ketika beliau "dijatuhkan" oleh "seseorang" pada 15 Oktober 1993.

Mungkin mereka yang "buta sejarah" tertanya-tanya tentang "seseorang" yang menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar ketika itu. Tahukah anda siapakah gerangannya?

Cuba anda selak di dalam lipatan sejarah politik negara, siapakah "individu" yang berjaya "mencantas" seorang tokoh yang berjiwa rakyat tersebut? Siapa yang "gulingkan" bapa Tamrin Ghafar..?

Saya masih ingat lagi mengenai sebuah cerita benar yang disampaikan oleh salah seorang sahabat Allahyarham, Tan Sri Sanusi Junid, yang memberitahu tentang "rahsia" kejatuhan Tun Ghafar Baba dan angkara siapakah yang membuatkan beliau "rebah tidak bangun-bangun" lagi selepas itu.

Menurut Tan Sri Sanusi, ketika itu ada seorang "anak muda" yang gelojoh gilakan kuasa dan mahukan jawatan yang disandang oleh Tun Ghafar ketika itu. Siapa lagi "anak muda" itu kalau bukan Anwar Ibrahim.

Jadi, Anwar perlu menjatuhkan Tun Ghafar di dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden pada satu Pemilihan parti di Perhimpunan Agung UMNO. Anwar pada ketika itu enggan mengaku mahu bertanding jawatan tersebut, kononnya menghormati kedudukan Tun Ghafar.

Tiba-tiba, Anwar tunjukkan kemunafikan dirinya dengan mengumumkan bahawa dia akan mencabar dan merebut jawatan Tun Ghafar ketika itu. Anwar bawa "team Wawasan", yang kononnya mendapat restu Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nak tahu bagaimana Anwar berkempen?  Dalam satu kejadian di Sabah, seorang pemimpin UMNO Sabah menangis di depan Tun Ghafar mengaku bahawa dia ada menerima "habuan" dari pelobi Anwar yang merupakan seorang "tauke balak"!

Pemimpin UMNO Sabah itu menangis kerana terlalu menghormati Tun Ghafar yang ketika itu hadir bersama Tan Sri Sanusi dan memberitahu bahawa "habuan" tersebut telah menghalangnya untuk memberikan undi kepada Tun Ghafar pada Pemilihan Agung UMNO itu nanti.

Akibat dari "cara kempen paling telus Anwar itu" yang juga disusuli oleh borang-borang "merah jambu" yang berterbangan di PWTC, akhirnya Tun Ghafar terpaksa menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Saya kira, Tamrin mungkin tahu tentang riwayat politik arwah bapanya yang "dibunuh" Anwar sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Atau jika mahu versi yang lebih jelas, dia boleh dapatkan info dari Tan Sri Sanusi sendiri.

Apa yang mengharukan ialah mengenai Tamrin yang kini menyokong individu yang menganiaya dan menzalimi bapanya itu dengan menyertai PAS.

Mungkin Tamrin tidak menyertai PKR kerana dia malas untuk mengadap Anwar, kononnya dia "bencikan" bapa Nurul Izzah itu. Tapi, sedarkah dia bahawa dengan menyertai PAS maka dia telah meletakkan dirinya lebih hina dari apa yang sepatutnya?

Jika dia menyertai PKR, sekurang-kurangnya dia masih mampu untuk menggulingkan Anwar dari pucuk pimpinan parti itu pada pemilihan yang akan datang. Tapi dengan menyertai PAS, tahukah dia bahawa PAS hanyalah berada di tahap "keldai" yang menjadi balaci hina Anwar?

Allahyarham Tun Ghafar begitu terkenal dengan kesetiaannya kepada perjuangan UMNO, demi Islam, bangsa Melayu dan Tanahair, serta beliau tidak pernah mengkhianati parti meskipun dianiaya sebegitu rupa oleh Anwar Ibrahim.

Namun anaknya Tamrin, sanggup mengkhianati perjuangan ayahnya itu? Dan saya fikir, jika rakyat negara ini mengenali ayahnya sebagai perjuang kental bangsa Melayu, Tamrin pula selepas ini akan dikenali sebagai pengkhianat kepada perjuangan bapanya, kan?

Constitutional posers for GE13

Posted: 26 Aug 2012 07:17 AM PDT


Constitutional posers for GE13


Once Parliament is dissolved, a general election need not be held immediately. The Constitution permits a delay of 60 days from the date of dissolution.
A GENERAL election may be around the corner. So we need to brush up on our knowledge of the constitutional principles relating to elections.
No fixed term: Under Article 55(3) of our Constitution, the life of Parliament is stated to be five years from the date of its first meeting. As that date was April 28, 2008, the existing Parliament will automatically dissolve when the sun rises on April 28, 2013.
However, it is constitutionally permissible for the Prime Minister to advise the Yang di-Pertuan Agong to dissolve Parliament before the expiry of its term and thereby to give himself the advantage of choosing the most favourable time for the electoral contest.
This is in contrast with many Commonwealth countries including Britain which have enacted laws to have fixed term legislatures. Malaysia may wish to emulate this wholesome practice.
Early dissolution: Though the King is a constitutional monarch required to act on advice, in the matter of early dissolution, he has been explicitly vested by Article 40(2)(b) with a discretion to accept or reject his PM's counsel. Conventionally, however, he always obliges though in exceptional circumstances he may not do so.
Elections: Once Parliament is dissolved, a general election need not be held immediately. Article 55(4) of the Constitution permits a delay of 60 days from the date of dissolution. This means that contrary to popular expectations of early polls, the next election can be held as late as the last part of June 2013!
One must note, however, that the timing is not for the PM to determine. The nomination date, the date of polling and the campaign period are in the hands of the Election Commission, which must act with independence and impartiality. The present law permits a campaign period of no less than seven days though news has it that for the next election, the EC will permit 10 days.
Interim period: Between the dissolution of one Parliament and the convening of the next, who steers the ship of state? The Constitution is gloriously silent on this important issue. For this reason, the British constitutional convention is adopted that the incumbent PM who called the election continues to remain in office in a caretaker capacity.
Powers of the caretaker PM: Leadership during interim periods poses problems of democratic legitimacy for the caretaker government. This is due to the fact that once Parliament is dissolved, the PM ceases to satisfy the twin requirements of Article 43(2).
These requirements are that the PM must belong to the House of Representatives and he must in the judgment of the King command the confidence of the majority of the members of the House. As the House ceases to exist, the legitimacy rug is pulled from under the PM's feet.
For this reason there is worldwide debate about the need to impose clear curbs on the powers of interim governments.
In Australia, a Caretaker Conven­tion has been drafted to outline that the proper role of such a government is to be a night watchman, to hold the fort, not to initiate radical policies, not to dismiss or appoint new judges or undertake significant economic initiatives.
In India, the President has on several occasions vetoed caretaker governments' measures because exercise of such powers may embarrass the government to be formed.
In the Malaysian case of PP v Mohd Amin Mohd Razali (2002) the court held that Article 40(1), which requires the monarch to act on advice, is not applicable if the advice is rendered by a caretaker government during the dissolution of Parliament.
Hung Parliament: If no single party or coalition emerges with an absolute (50% + 1) parliamentary majority, the new legislature will be referred to as a hung Parliament.
Such parliaments exist and function throughout the world but have never made an appearance in Malaysia at the federal level. Commentators are deeply divided about their demerits or merits.
Appointment of PM: Whatever one's views on hung parliaments may be, it has to be conceded that they create massive problems for the Head of State on a number of issues, among them the critical one of who is to be trusted with the mantle of leadership. Several competing considerations are available.
First is the incumbency rule. If no one secures an absolute majority, the caretaker PM must be given the first chance to form the government.
Second, in Nepal there is a constitutional rule that in a hung Parliament, the first bite of the cherry must be offered to the leader of the largest party.
Third, if a viable coalition or a unity government can be hammered out, it should get the chance to lead the nation.
Fourth, if no coalition can be cobbled together, the Head of State should appoint a "minority government" that is capable of obtaining ad hocsupport to pass the budget and other critical measures.
If the defeated PM asks the King for an immediate "double dissolution", should His Majesty consent? It is submitted that Article 55(4) requires that after one dissolution the new parliament must be convened within 120 days.
The proper course of action would be for Parliament to meet, a vote of no-confidence to be taken and then only the House dissolved for a new election unless an alternative government can be put in place.
Caretaker's tenure: If the ruling party fails at the general election, must the caretaker PM who took the country to the poll resign immediately? In England Gordon Brown refused to step down till he had (unsuccessfully) exhausted efforts to form the government.
If the caretaker PM refuses to step down, can the King dismiss him?
If the formation of a unity or coalition government takes a long time, must the defeated Prime Minster re-main in office till a new PM is appointed? Most amazingly, Belgium went 535 days with a caretaker government because the new government took time to be pieced together.
The permutations of politics are many and more than any other aspect of a nation's political life, general elections throw up issues that test our wisdom to the fullest.
Dr Shad Faruqi is Emeritus Professor of Law at UiTM

SINDROM TAK BOLEH KENA TEGUR.

Posted: 25 Aug 2012 09:37 PM PDT


Apabila Setiausaha Agung UMNO / BN mengatakan bahawa masih terdapat lagi dikalangan kepimpinan UMNO Bahagian yang tidak boleh ditegur ternyata masih ada lagi pemimpin yang belum buat agenda transformasi diri bagi menghadapi arus politik baru. Keengganan mereka untuk tidak berubah sama sekali tidak seiring dengan nasihat Presiden dan Timbalan Presiden agar berubah atau rebah. Sikap ini pastinya akan menyusahkan parti bagi menghadapi PRU 13 yang dilabelkan ibu segala pilihanraya. Begitulah bila dah terlalu lama jadi Ketua Bahagian segala-galanya mahu mememntingkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan parti.

Sindrom tidak boleh diteur dikalangan kepimpinan UMNO dipelbagai peringkat bukannya bende baru. Ianya isu lama dan dikhuatiri akan menjadi "budaya" dalam parti. Cuba bayangkan jika teguran SU Agung sendiri tidak diambil perhatian jika yang menegurnya bukan ahli lagi teruk jadinya. Tsunami 2008 seolah-olah tidak memberikan apa-apa pengajaran berguna kepada pemimpin yang begini. YAB Presiden telah pun menunjukkan contoh kepada semua peringkat pemimpin bagaimana menawan hati rakyat dan pengundi tapi nampaknya contoh tersebut dipandang enteng oleh pemimpin bahagian. Bila ditegur sikit mulalah merajuk malah ada yang merajuk bawa diri kepada pembangkang dan mulalah edisi memburuk-burukkan UMNO/BN.

Terfikir di minda penulis adakah itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada keengganan golongan elit, profrsional dan bijak pandai Melayu sukar mendekati UMNO dan keahlian mereka seringkali dijadikan isu untuk tidak menerima keahlian. Persoalan yang terpancar di sini sampai bila kepimpinan UMNO Bahagian akan bersikap begini ? Hanya masa dan keadaan yang bakal menentukannya. Sekarang ini UMNO Bahagian sedang menlangsungkan mesyuarat bahagian masing-masing bagi yang belum bermesyuarat. Rasanya inilah masa terbaik untuk semua keringkat kepimpinan menjalankan semula muhasabah diri mana yang lebih utama dalam perjuangan parti atau kepentingan diri?

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 26 Aug 2012 11:03 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA

Posted: 25 Aug 2012 12:16 PM PDT


Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah, saya masih diberikan kekuatan untuk mencatatkan sesuatu untuk anda semua.

Bersyukur jugalah kerana Syawal sekali lagi datang menjengah dan kita di Malaysia yang bertuah ini dapat menyambut hari lebaran dengan meriahnya. Jujurnya, jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia, kita di sini sebenarnya jauh lebih bertuah.

Fakta ini tidak ada sesiapa pun yang mampu menafikannya. Saya dan anda sendiri mampu melihat betapa Aidilfitri telah diraikan dengan meriah, harmoni dan penuh dengan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

Jauh daripada itu, rakyat kita juga mewah dengan pelbagai bantuan dan sumbangan, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga orang perseorangan. Ramadan yang baru sahaja kita tinggalkan misalnya telah meninggalkan banyak peristiwa kepada kita.

Selain kita telah mengisinya dengan amal ibadah untuk menikmati ganjaran dan tawaran pahala berlipat kali ganda dari Allah s.w.t, Ramadan juga telah memperlihatkan di negara ini bagaimana umat Islam dan kerajaan tidak "menang tangan" menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Saya sendiri sebagai wakil rakyat yang merasai sendiri keadaan tersebut telah melihat betapa bertuahnya rakyat di negara ini kerana sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan. Sebutkan sahaja di mana ada rakyat yang susah, pasti akan segera dibantu.

Saya sangat teruja sebenarnya untuk menyatakan betapa jika kita semua di negara bertuah ini tidak bersyukur dengan segala nikmat itu, maka tidak tahulah saya untuk berkata apa lagi.

Oleh itu, saya ingin mengajak rakyat agar melihat dan menilai keadaan ini agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merugikan negara dan masa depan mereka.

Ini adalah satu realiti yang harus kita terima dengan hati yang terbuka, siapa pun kita, di mana pun kita berada.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya sangat bertuah.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 26 Aug 2012 07:48 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Sebelum demo,korang kena ingat dulu..

Posted: 25 Aug 2012 10:08 PM PDT

Tatkala korang balik bercuti raya dikampung halaman,tentu korang risau tentang harta benda yang korang tinggalkan..betul tak?bohonglah kalau korang tak risau..korang sedap-sedap beraya kat kampung halaman sipenjenayah pulak pulak bersuka ria dirumah anda..haaaaa...sapa yang merana nanti...korangggg jugak..
Jadinya,sudah pastilah korang mengambil langkah berjaga-jaga serta mengambil langkah yang sewajarnyakan..kunci pintu fengan sebaik mungkin,pasang alat keselamatan dan banyak lagilah kan..dan aku yakin korang mesti maklumkan kat Polis tentang ketidakadaan korang kat rumah dari satu masa hingga ke satu masa..tak gitu..tak ketinggalan juga puak yang anti dengan Polis ni..mereka jugak buat sedemikan..cuma takdelah bila puak ni g balai kata yang dorang ni anti..nak cover line,silap-silap ke dalam..
Haa..tau jugak mereka ni ye untuk mintak bantuan daripada pihak Polis..eeee tak tau malu punya orang..ceh!..tapi Polis ni takdelah pilih bulu..trtap menjalankan tugasan jugak.kerana tanggungjawab dan amanah mereka kepada rakyat demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat..tapi kenapa puak-puak fuckatan ni anti sangat dengan Polis ye?kenapa masih lagi nak berdemo,dahlah berdemo,korang caci mereka lagi..elok-elok mereka nak bercuti bersama keluarga pada malam merdeka itu..dahhhh terpaksa batalkan kerana korang yang tak paham bahasa..jadi aku nasihatkanlah,korang yang nak atau ada niat nak buat demo malam merdeka nanti,toksahlah...baik korang duk rumah aje..korang kena ingat,mereka pun ada anak bini jugak..macam korang juga..nak perjuangkan apa lagi..sistem pengundian kat negara kita ni dah baik dah..kalau tak baik,lima negeri yang korang menang tempoh hari pun aku anggap tak adillah..tapi kenyataannya,kenalah terima..tak gitu..
Ingat ni ; Islam mengatakab bahawa PUTIH itu adalah bersih,hanya puak fuckatan aje yang kata KUNING ITU BERSIH.





Pemuda UMNO Telok Datok

Tiada ulasan:

Pengikut