Politik Harian Posted: 27 Aug 2012 03:46 AM PDT 85 Peratus Janji Pembangkang Tidak Ditunaikan Posted: 27 Aug 2012 01:02 AM PDT Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12. Johor Bahru: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat. "Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan. Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya. Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza. "Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu. "Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi. #Petikan Utusan Malaysia | |
RIDHUAN TEE Posted: 27 Aug 2012 03:31 AM PDT Jangan terlalu defensif bila dikritik Posted: 26 Aug 2012 04:55 PM PDT (Sinar Harian, 27 Ogos 2012)
Wartawan Malaysianinsider, Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel saya mengenai gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah yang meloyakan. Saya tidak hairan dengan sikap anti Islamnya. Malah memotivasikan saya untuk menyambung kembali isu ini. Biar dia tahu langit tinggi rendah.
Artikel saya hanya mahu menyedarkan umat Islam tentang Kristianisasi. Pihak Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam. Saya tidak menafikan hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya. Tetapi dalam konteks Malaysia, pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu di Pulau Pinang. Benar, ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Saya ucapkan terima kasih usaha golongan Kristian membantu. Bantuan tersebut janganlah ada udang di sebalik batu.
Saudari Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga negara Islam yang lain. Agama Islam dilindungi perlembagaan. Walaupun umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekehkan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.
Di Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi lakukan dengan ikhlas.
Mengikut kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan, wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian ini, hati mereka mudah terpaut. "Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka" (Zahir Zainudin,1.7.2007).
Maka tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam, kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian barat. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan. Bagaimana dengan kita?
Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada yang menghemburkan kata-kata, "tak kerja lainkah selain meminta sedekah"? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.
Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan missionari Kristian
Kita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.
Sepanjang kajian saya, dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang 'bergelar' dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu saya masih mencari jawapan?
Saya bersetuju dengan saranan Shaharul Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi "tuan" di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang sama.
Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini. Selaku 'mualaf', beberapa kali telah saya nyatakan karenah birokrasi dan menganggap wang zakat itu kepunyaan bapak kita, hendaklah dielakkan. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Jangan sampai ada orang mencemuh "nama saja Islam, tetapi cara menguruskannya langsung tidak Islamik". Kadangkala saya merasa malu apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.
Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.
Senyuman ketika memungut zakat, hendaklah diterjemahkan dalam konteks mengagihkannya, Saban hari saya menerima panggilan telefon dan sms daripada mualaf yang memerlukan bantuan. Apakah cukup sekadar memberi bantuan sekali, kemudian dibiarkan bergelandangan? Jika mereka perlu bantuan seumur hidup sekalipun, apakah salah kita membantunya? Saya amat bimbang birokrasi, kesilapan atau keangkuhan kita bakal memalukan Ketua Agama Negara/Negeri yang terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Apatah lagi hari ini kita sudah ada kaunter pandu laju. Syabas!
| |
tunku Posted: 27 Aug 2012 03:22 AM PDT MANSOR SHOULD JUST QUIT PKR AS HE HAS BEEN PUBLICLY SHAMED BY GUAN ENG Posted: 27 Aug 2012 12:56 AM PDT It is no secret now that in Penang, PKR plays second fiddle to DAP, so is PAS and as such, both PKR and PAS cannot go shouting they are on equal footing with DAP or they are equal partners in the political equation in Penang. The press conference last week conducted by Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman, in the presence of Chief Minister Lim Guan Eng, reflected or visibly showed Mansor's subservience to Guan Eng. Mansor was put in a corner to answer or explain his own action and words written in a minutes of a official or unofficial meeting that rundown Guan Eng. Guan Eng's presence in the press conference was to show that he is 'the boss' and no one should run him down in anyway or else he would put the person in shame, just like what he did to Mansor. Mansor has to call for a press conference, in the presence of Guan Eng and explain or deny those words he had spoken that rundown Guan Eng, an act a leader would not wish to do because this would shame him. People would perceive he is scared of his boss and that he would not be trusted by his own men when he begins to deny or slithe around the words to protect himself from being taken action against. He would be seen as cowed by Guan Eng, fear of Guan Eng's wrath and the press conference itself had truly tear Mansor's dignity to pieces as he wrangled his way to escape Guan Eng's wrath. Given the fact that Mansor had been shamed during the press conference and his dignity as a leader in PKR have been torn to pieces, it is better for him to just get out of the party and clears himself. People with pride would not subject himself to be 'morally abused' so much so Mansor has lost respect from his own party members – behind Guan Eng he is hero but in front he is just a mouse – such is the perception of party members and the public towards him now. Mansor has lost his credibility and dignity…he is just a pawn in the political game of big names in PKR and DAP – and by staying on he only makes himself a fool. PKR de factor chief Anwar Ibrahim did not come to his aid and the way things go, Anwar would not stand by his side and may not even proposed his name as candidate in the coming general election. Mansor's action in the meeting which minutes was leaked revealed the biggest problem in Pakatan Rakyat – the division between racial lines – that see DAP dominance and low-class PKR alliance. tunku : it is open secret that dap is the big boss in pakatan. no one dare to tell them off. pkr and pas indeed bow to them. dap can do whatever they like in pakatan but not pkr and pas. | |
bumiyang Posted: 27 Aug 2012 03:18 AM PDT |
PANEH MIANG Posted: 27 Aug 2012 01:38 AM PDT Muhyiddin Kaki Sembang... Posted: 26 Aug 2012 08:22 PM PDT Umat Islam Perlu Ambil Bahagian dalam Pembangunan Ekonomi pesan Muhyiddin Yassin. Kenyataan berasas dan mulia. Namun, realitinya ialah:
1. Sebutkan mana satu institusi kewangan dan perbankan Malaysia yang mengota Janji untuk bantu usahawan Muslim di Malaysia?
2. Apakah Lembaga Zakat Negeri yang ada dan Baitul Mal menyambut faham yang sama?
3. Berapa ramaikah usahawan Muslim yang berjaya dibantu oleh sektor kewangan Negara?
4. Usahawan Muslim di Malaysia masih memerlukan sokongan kewangan yang besar daripada Pengurus Kewangan Berlesen, apakah Janji Di Tepati?
5. Siapakah boleh beri jawapan lebih berasas, mengapa "kemut" sangat sektor perbankan dan kewangan berlesen hendak beri pinjaman keusahawanan kepada umat Islam?
6. 80% Pegawai Pengawal Pinjaman ialah orang Melayu-Islam, tapi kebanyakannya suka Makan Duit Haram, sanggup bergelumang dengan Perkara Haram, Tiada Integriti bahasa orang kampung sekarang?
7. Apabila ada peluang Direct-Nego, maka, yang pasti dapat ialah Dewata Qadin Ahli Politik, walaupun projek itu akan jahanam, tak kiralah siapa pun dia. Lagi syok dia pakai baju Tun ke, Tan Sri ke?
8. Adakah diadakan Kajian Persekitaran berapa ramai usahawan Melayu di bawah umur 40 tahun dapat bantuan kewangan sebaiknya, dalam bentuk Geran, Pinjaman Mudah, Pinjaman Berjangka, Pinjaman Secara Factoring sebagainya?
9. Apakah maknanya jika banker Melayu lebih sudu dari kuah? Boleh nak beri pinjaman, tapi kau beri aku makan dulu boleh...makan duit kau, betina, golf, arak, judi, shopping, joli katak di luar negara, bayar housing loan, bayar installment kereta, tukar rim, laptop rosak, kereta anak accident sebagainya...! Banyak skrip-skrip BIADAB pengawal kewangan ini kalau nak luluskan PINJAMAN...apakah Muhyiddin sedar bab ini?
10. Paling seronok, di akhir persoalan semuanya, Mesti orang bertanya..kalau 1 hingga 9 ini, berlaku kenapa tiada laporan SPRM? Siapa nak jawab? Apakah dengan membuat laporan SPRM boleh selesai dalam masa 24 jam? Usahawan ini perlu bisnes, untuk cover isirumah dan mungkin pekerja? Ada yang terpaksa suap lebih 1000 perut, andai 1000x2 maka ada 2000 perut berpayung dengan hasil usahawan ini. Sesungguhnya lingkaran kepentingan bisnes bukan dalam gandaan 2, ianya akan berganda 4 setiap satu bisnes. Dan dari 4 akan berganda 16. Sistem ini telah dikaji oleh Al-Khindi dalam ilmu statistiknya, sebab itulah Hukum Pengkamiran penting.
Sukalah Pak Sedaro menegaskan Malaysia ingin melihat wujudnya Tsumani Usahawan Muda Melayu Islam seramai 100,000 orang dalam masa 2 tahun, maka, semak semula semua bentuk piagam pinjaman dan pembiayaan di sektor bank dan kewangan. Mungkin Perbendaharaan (dengan kredibiliti Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru, Dr. Irwan Serigar Abdullah - PTD secara lantikan (kaedah-kaedah perjawatan awam) sejak 1984) kena buat Sistem Flying Squad Usahawan Muda iaitu Perbendaharaan sebagai Debentur dan Penjamin Usahawan, duit yang diguna akhirnya boleh menerbitkan pulangan kerja dan ekonomi sebanyak 15 kali ganda setiap kitaran pinjaman (tak mustahil)!?
| |
Taipingmali (tm) Posted: 27 Aug 2012 01:36 AM PDT Ust Azhar 'youtube' Idrus kawin baru bini no 3 Posted: 26 Aug 2012 11:42 AM PDT | Dulu dia kata dalam setahun dia habiskan RM7000 untuk insuran dan road tax untuk dua kereta, nampaknya dengan Ferrari F360 atau F430 atau F460 road tax saja dah cecah RM 10 ribu, itu belum kira insuran dan ansuran bulanan bank. Bila sebut pinjaman bank ia berlandaskan hukum apa pula, Perbankan Islam atau konvensional? |
| Melayu Makan Babi Di Pulau Pinang kena serang sakit jantung Posted: 26 Aug 2012 08:15 AM PDT Ini adalah video di mana pak harun yang mengaku makan babi di serang sakit jantung dekat padang kota,Pak harun yang terkejut dengan pendedahan pemuda barisan nasional pulau pinang .beliau yang rasa tertekan apabila dirinya berjaya di tipu oleh puak puak DAP kini terlantar di hospital pulau pinang...saksikan video yang dramatis ini...sekian. http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/08/pak-harun-melayu-makan-babi-di-serang.html | Selesai Segera Masalah Jeti Terbiar Dan Pulau Mentagor Posted: 26 Aug 2012 07:55 AM PDT Kerajaan negeri mahu masalah jeti awam di Sungai Pinang Kechil, Pulau Pangkor yang terbiar hampir 10 tahun lalu diambil tindakan segera, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut bagi mencari jalan untuk memastikan kedua-dua projek itu tidak berterusan dalam keadaan terbiar. "Kita akan fikir sama ada jeti awam itu mahu diserahkan kepada Perbadanan Pertanian Negeri Perak ataupun Persatuan Nelayan Pangkor untuk dibangunkan semula," katanya. Beliau berharap masalah itu dapat ditangani segera dan usaha tersebut diharap mampu menukarkan jeti itu dari kawasan yang terbiar kepada pusat perhentian nelayan serta kegunaan lain. Sementara itu, Kong berkata, pihaknya melalui Jabatan Laut telah mengarahkan pegawainya meninjau kesesuaian kawasan tersebut samaada untuk dijadikan aktiviti nelayan atau dibangunkan dengan projek bangunan pejabat sahaja. "Pegawai saya sedang berbincang dengan pegawai dari Kementerian Pertanian dan pemohonan nelayan akan dilihat dari segi kegunaan yang bersesuaian," kata beliau. Dalam perkembangan lain, Dr Zambry turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap masalah yang berlaku di marina Pulau Mentagor yang turut mengalami masalah yang sama. Beliau memberitahu, kerajaan Pusat telah membelanjakan RM28 juta untuk membangunkan kawasan tersebut namun dukacita apabila ia terbiar begitu sahaja setelah 10 tahun dibangunkan. "Dalam hal ini saya juga meminta Ahli Parlimen Lumut membantu kerajaan negeri dan cadangan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi supaya pulau itu dapat diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya. Jelasnya, keadaan pulau yang terbiar itu bukan sahaja mengecewakan malah turut mengundang bahaya kepada kapal serta bot yang menggunakan perairan tersebut. "Ponton yang telah terputus dari tali telah hanyut di tengah laut malah ada yang tersadai di tepi pantai dan ini menimbulkan bahaya kepada laluan kapal serta bot yang lalu di sekitar Pangkor dan kawasan perairan antarabangsa Selat Melaka," jelasnya. Berhubung masalah itu, Kong berkata, sebelum ini satu tender bagi menyewa marina tersebut telah dibuat kepada mana-mana pihak yang berminat. Walaubagaimanapun, disebabkan timbulnya masalah status tanah, pihaknya sedang mengkaji semula keputusan samaada marina itu akan terus disewa ataupun dijual kepada pengusaha yang berminat. P erak Today | Cubaan DAP P.Pinang Burukkan Imej BN Dengan Bangkitkan Undang-Undang Antilompat Posted: 26 Aug 2012 07:35 AM PDT MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan. Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional. "Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang. "Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya. | Tazkirah oleh Ustazah Wonge. Posted: 26 Aug 2012 06:46 AM PDT Rajin lah pergi ke surau atau masjid di Selangor kerana ramai ustazah-ustazah comel yang bijak bistari sedang giat memberi ceramah agama. Ustazah di atas sedang menyampai kan ceramah berjudul " Jimak". | MB Rai Aidilfitri Bersama Warga Pangkor Posted: 26 Aug 2012 06:29 AM PDT | PAS : Lebih baik setan yang dikenal daripada malaikat yg tak dikenal. Posted: 26 Aug 2012 06:27 AM PDT | |
Sahabat-Gunung Posted: 27 Aug 2012 01:34 AM PDT Kalau Ibu Sendiri Pun Azmin Tak Hormat Apatah Lagi Orang Lain – Ummi Hafilda Posted: 27 Aug 2012 01:07 AM PDT Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom. Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain, ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.
"Mereka ini anak derhaka. Sanggup memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.
Ini soal maruah keluarga, ini soal masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya. Jika ianya tidak mengugat Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri," ujarnya mengulas kenyataan Azmin yang mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Datuk Najib selain kenyataan jahat dan jijik Azwan dalam twitternya sejak kebelakangan ini.
Tambahnya, kedua-dua abangnya ini dah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim. Jika Azmin dalam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.
"Anak jenis apa Azmin ini? Kenapa pula Azmin dan Azwan nak marahkan TV3, atas laporan yang mereka siarkan baru-baru ini. Mereka hanya melaporkan sahaja. Azwan pula nampaknya sudah terlupa, di mana dia bertapak sebelum ini sebelum menempa nama yang gah dalam industry hiburan tanahair. Dia terlupa, TV3lah yang banyak memberikannya peluang untuk menempa nama selain mengautkan keuntungan. Kini hari-hari dia mengelar TV3 dengan gelaran-gelaran yang jijik dan kotor.
Siapa lebih jijik dan kotor? TV3 yang menyiarkan kisah-kisah masyarakat ataupun mereka (Azmin dan Azwan), anak derhaka yang langsung tidak menjenguk makan-minum dan kebajikan ibu sendirinya. Di mana moral mereka sebagai seorang manusia? Jadi sebelum memburukkan dan menghina orang lain, baik mereka menilai diri mereka sendiri, tanya diri mereka sendiri di manakah kategori yang layak untuk mereka yang derhaka pada ibunya sendiri," ujarnya mengakui Azmin sudah sekian lama tidak menjenguk ibu mereka, Mak Tom.
Sehubungan dengan itu, Ummi menasihatkan orang ramai dan masyarakat agar menilai dulu siapa Azmin ini sebelum terpedaya dengan lagak alim dan baiknya yang hanya berpura-pura sekadar untuk meraih sokongan politik semata-mata.
"Banyak yang ingin saya perkatakan mengenai kedua abang kandung saya ini, namun demi menjaga nama baik keluarga, biar saya pendamkan dulu. Biar masa menentukan, jika mereka terus memperlekehkan dan menghina Mak Tom, saya akan dedahkan lagi kata-kata nista yang mereka lemparkan kepada ibu kandung mereka sendiri," tambahnya lagi. (UMNO-Online) | KP1M Mulakan Misi Bantuan Bantu Masyarakat Rohingya Posted: 26 Aug 2012 11:25 PM PDT Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini melancarkan misi bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/Bangladesh yang akan bertolak pada 31 Ogos ini. Misi ini akan disertai 45 orang sukarelawan yang terdiri daripada doctor-doktor dari hospital kerajaan dan swasta, sukarelawan dan pihak media.
Pengerusinya, Datuk Abd Azeez Rahim berkata, pasukan peninjau akan berlepas malam ini untuk mendapatkan maklumat, situasi keadaan kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar.
"Pasukan peninjau ini akan diketuai Mohd Farid Hassan, naib Pengerusi KP1M bagi tujuan koordinasi serta membuat persiapan pasutan utama pergi ke Bangladesh untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di khemah-khemah pelarian etnik Rohingya. Bantuan yang akan disalurkan adalah makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian.
Saya akan mengetuai sendiri pasukan utama yang dijangka akan berlepas pada 31 Ogos ini bersama 40 sukarelawan lain yang terdiri daripada doctor dan pengamal media. Pasukan ini akan berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bersama bantuan logistic sebanyak 450 tan berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan," ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan Misi misi bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/Bangladesh di Ibu Pejabat KP1M di sini, hari ini.
Tambahnya, bantuan ini akan ke Pelabuhan Cittagong dengan menggunakan kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia, sebaik tiba di Cittagong, pasukan ini akan menggunakan laluan darat ke kem utama di daerah Teknaf yang berada di perbatasan Myanmar.
"Terdapat dua kem utama di bawah naungan UNHCR yang terletak di Kutupalog dan Nayapara, di sempadan Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai 30 ribu orang dan terdapat juga kem-kem penempatan yang tidak diiktiraf di sekitarnya dengan jumlah pelarian seramai 100 ribu orang. Di Myanmar juga terdapat 2 buah kem yang terletak di Maungdaw dan Bathidaung, kedua-dua kem ini juga di bawah naungan UNHCR.
Apa yang akan KP1M akan laksakan di kem-kem tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pengagihan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi dan sebagainya manakala pek makanan pula berisi beras, gula, susu tepung, teh, kopi, biskut, Maggio, minyak masak dan sardine. Air mineral dan pakaian akan turut diagihkan dalam usaha kita meringankan beban pelarian etnik Rohingya ini," tambahnya lagi. | Khalid Ibrahim Memperjudikan Nasib Pelajar Unisel - GAPS Posted: 26 Aug 2012 06:45 PM PDT Shah Alam – Unisel merupakan bukti bagaimana kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ini tidak memberikan keprihatinan dalam soal pendidikan.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, contoh pertama ialah bagaimana Asrama Yayasan Selangor dirobohkan oleh kerajaan negeri.
"Contoh kedua apabila UiTM Selangor yang hendak dibangunkan di Serendah, Hulu Selangor tidak diluluskan oleh kerajaan negeri. Seterusnya polemic dalam Unisel menjadikan nasib pelajar dan mahasiswa Unisel dalam keadaan terumbang-ambing.
Persoalannya kini, MB telah memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak muda yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang dibangunkan dan dibina oleh Barisan Nasional, lebih dari 5 hingga 10 tahun yang lalu. Jadi, adakah ada masa depan untuk anak-anak kita yang belajar di Unisel ini, adakah mereka mampu untuk mencari peluang pekerjaan dengan pelbagai polemik yang melanda, keduanya adakah mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi apabila mereka menamatkan pengajian diploma atau ijazah di Unisel nanti," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
Tambahnya, ini merupakan satu perkara yang menjadi kekeliruan masyarakat dalam keadaan status Unisel, dalam politicking yang keterlaluan dalam Unisel dan dalam keadaan pentadbiran yang dicampur adukkan dalam politik, akhirnya menjadikan Unisel sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang paling bermasalah di Negara kita sekarang.
"MB telah memperjudikan nasib generasi muda yang sedang belajar di Unisel," tambahnya.
| |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 26 Aug 2012 11:40 PM PDT Perjelas HUDUD PAS, Ilmu Akan Jelajah Negara... Posted: 26 Aug 2012 10:00 PM PDT Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan. Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.
"Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.
"Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar," katanya.
Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.
Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama. | Demo Bersih Pada 31 Ogos Nie... Posted: 26 Aug 2012 07:00 PM PDT Penyokong LGBT, sex bebas dan pluralisme agama akan buat perhimpunan bersih pada 31 ogos nie di dataran merdekan, kononnya untuk membantah sambutan merdeka yang kita rai kan setiap tahun, mereka nak buat provokasi terhadap anggota polis dan tentera yang berarak ketika itu. Mungkin mereka akan berbaris di sepanjang jalan-jalan yang di kenal pasti di mana pasukan polis dan tentera berkawat, maki hamun seperti polis rasuah, polis anjing kerajaan dan askar makan gaji buta ayat yang menjadi zikir di mulut-mulut meraka. Apa pun pada aku teruskan lah perhimpunan tu, biar rakyat tengok rupa macam mane gelagat penyokong lgbt, sex bebas dan pluralisme agama merai kan hari merdeka negara kita. | Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Tuanku Sultan Johor... Posted: 26 Aug 2012 05:00 PM PDT Gambar sekitar majlis rumah terbuka DYMM Tuanku Sultan Johor di istana pasir pelangi, johor bahru pada hari raya kedua... gambar ehsan kesultanan johor | |
Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]] Posted: 26 Aug 2012 11:35 PM PDT Oubliez ce des que vous le pouvez Posted: 26 Aug 2012 08:22 AM PDT Mais il ya plus … machine a sous run woolf est une vertu qui porte ses fruits. Dans la grande majorité des cas, cela n’arrive pas du jour au lendemain. Pour la meilleure qualité possible, vous avez besoin pour démarrer avec le jeux gratuits en ligne sans inscription et sans téléchargement en francais le mieux possible et cela vient avec le plus de recommandations. jouer machines a sous gratuit en francais tout le monde bénéficie autant qu’il est difficile de laisser passer machine a sous gratuit les grenouilles sans téléchargement. J’ai regardé l’horloge et je leur ai demandé de donner ce retour. En vertu de ce qui ne gents de détecter les services jeux gratuitsans téléchargement en circulation ? Je me sens comme si j’étais à l’écart de cela. Je n’ai pas besoin de le radier. roulette anglaise sait massage l’ego de la plupart des gens expérimentés. Il existe un large éventail de réactions sur cette hypothèse. Dieu nous aide! Un consommateur indifférent ne serait pas une préoccupation sur jouer poker gratuis sur machine. Vous devez vous rappeler quand vous avez blog keno et vous savez probablement ce que je parle à certains germane option. J’ai eu une longue liste de choses que je désirais, mais, là encore, ce n’était pas si horrible. Cela va changer votre style de vie pour le mieux. Oui, c’est une chose en col blanc et vous comprendrez que vous voulez essayer des trucs nouveaux. J’ai besoin de poulet en donnant l’idée d’être obsolètes. La façon dont je poignée jeux de machines à sous n’est pas la sueur. C’est une précieuse collection de notions poker gratuit en ligne sans inscription francais. Je dois avoir l’air d’être ludique. Il faut travailler encore pour les homologues occupé. Je suis sûr qu’il ya plus de mentionner, mais je vais laisser quelqu’un d’autre mention. Maintenant que c’est le genre de fait, je déteste vraiment. Ne vous inquiétez pas, j’ai l’honnêteté irréprochable. Commençons par regarder machine a sous multi ligne gartuit. D’après ce que la source ne hacks vieux manuels saisir jeux poker joker video gratuit précieux ? C’est une bonne cause. Il touche les connaissances sur poker gratuit sur machines a été récemment suinte. Les spécialistes ici avant savons maintenant que jeu d’argents gratuits concernant. Voici comment arrêter constante inquiétante en ce qui concerne pai gow poker. Enfin j’ai trouvé ma place heureux. Je suppose que j’ai besoin de trouver des jokers qui ont un poker gratuit en francais sans inscription. Je dois donner mauviette sur l’idée d’être déficient. Punks à jeux de machine a sous demo gratuit sans telechargement sont très sensibles en matière de caino gratuit sans telechargement où j’ai découvert ce site très impressionnant cette retrouvé mon exemple. Voici une mine d’or de la sagesse. Je suppose que ce qu’il était bien que vous ne suppose que la plus grande victime serait pourvoyeurs de black jzck flash. Il est difficile de clouer une machines a sous demo gratuites qui efface à une enveloppement de jeux ligne blackjack. Ce n’est pas la plus simple détail à faire dans le monde, mais je n’ai pas besoin de se promener sur et sur ce sujet. Lorsque, au pire je ne pouvais pas demander que la mesure du possible. Où puis-partie Crashers bosse dans l’élite jeu de machine a soue gratuit avec bonus sans telechargement forums ? Je n’ai jamais eu là-dedans. Outsiders chavirer le couvercle en matière de machine a sous sans. Tu te sentiras aussi c’est plus facile à machine asous gratuite avec des 7 respin comme si je n’ai pas de problème avec cela. Lorsque le caoutchouc rencontre la route je voudrais réfléchir à cette du mieux qu’ils peuvent. Ce fut une histoire juteuse. Ils avaient un service rapide. Dans le temps que j’ai passé avec cet air familier je ne pouvais comprendre pourquoi les amateurs de présumer que. C’est ce que vous pourriez faire pour lutter contre cela. Il est machine a sous avallon tellement qu’il confond l’esprit. Permettez-moi de commencer par vous dire que moi, dans la pratique, en quelque sorte d’accord avec cette croyance décrépit. C’est la façon de prendre jeux d argent gratuits avec vous. | |
The Unspinners Posted: 26 Aug 2012 11:35 PM PDT |
Belantan Posted: 26 Aug 2012 11:27 PM PDT PAS dah sesat - Sokong LGBT, Hadi Tempelak Nasharudin! Posted: 26 Aug 2012 06:26 PM PDT Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Nasharudin Mat Isa dan menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu berhubung penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak harus dilayan. Abdul Hadi berkata, kebimbangan Nasharudin itu hanyalah suara kecil dalam parti dan Pas hanya akan mendengar suara daripada pihak yang besar seperti parti politik atau kerajaan, bukannya daripada seorang individu. "Saya mewakili pemimpin-pemimpin Pas merasakan tidak perlu melayan pandangan individu. Saya hanya akan melayan pandangan kerajaan dan pihak-pihak yang kita anggap besar. "Pandangan yang kecil-kecilan ini kita tidak perlu dengar," katanya kepada pemberita pada Program Santai BBQ Bersama Presiden Pas di sini baru-baru ini. Nasharudin meluahkan kebimbangan beliau terhadap penularan gejala LGBT dalam wawancara Mingguan Malaysia dan menyatakan hukuman Allah SWT terhadap perbuatan terkutuk kaum Nabi Lut AS sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh setiap umat Islam. Suara Politik Taminsari | Apakah Nasharudin bakal senasib Hasan Ali? Posted: 26 Aug 2012 07:39 AM PDT Hayat politik bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan parti itu mungkin tidak berpanjangan apabila Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi gambaran bahawa PAS sudah tidak mengambil peduli lagi mengenai beliau. Malah Abdul Hadi ketika ditanya mengenai pendirian PAS berhubung tindak-tanduk Nasharudin berkata, parti itu tidak kisah jika UMNO mahu menggunakan khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebut kerana beliau sudah ditolak ahli akar umbi. Beliau juga seolah-olah memberi gambaran Nasharudin kini sudah tidak penting kepada parti apabila menegaskan, Mesyuarat Lajnah Politik PAS memberi fokus terhadap perkara lebih besar berbanding isu bekas timbalannya itu. Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, kedudukan serta nasib pemimpin itu akan diputuskan Majlis Syura Ulama pada 9 September depan. "Kalau UMNO nak tokoh yang sudah tidak dipilih lagi oleh ahli PAS dalam kepimpinan, kita tiada masalah. Kita tidak bincang isu Nasharudin hari ini kerana beliau bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kita serahkan kepada Majlis Syura Ulama. "Beliau ahli Majlis Syura Ulama dan terpulang kepada majlis syura untuk mengambil apa-apa langkah sewajarnya berhubung beberapa perkara tentang beliau baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali Masa depan politik Nasharudin goyang apabila golongan 'Anwarinas' mempersoalkan gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), baru-baru ini. Lebih menambah kemarahan kelompok 'Anwarinas' apabila bekas Timbalan Presiden PAS tersebut menuntut partinya itu menyatakan pendirian sebenar berhubung penolakan Karpal Singh terhadap penubuhan negara Islam ala PAS dan hukum hudud sambil menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang. Dalam pada itu, Abdul Hadi juga seolah-olah menyifatkan Nasharudin yang lantang bersuara sebagai 'alat UMNO' apabila mendakwa pemimpin PAS atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkritik parti tersebut dipergunakan UMNO. Suara Politik Taminsari | |
APANAMA Posted: 26 Aug 2012 11:24 PM PDT |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 26 Aug 2012 11:24 PM PDT Laporan yang @NikAbdulAziz tidak mahu rakyat Kelantan baca! Posted: 26 Aug 2012 11:01 PM PDT Laporan Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia 2010 dan 2011. Ini tidak termasuk peruntukan khas bekalan air bersih RM 549 juta, wang ihsan petronas RM 41 juta, pembiayaan telaga tiub dan bekalan air luar bandar RM 300 juta lebih. Jelas bahawa Kerajaan Pusat (BN) tidak mendiskriminasi Kelantan...kalau tak puas hati, boleh semak dgn Jabatan Audit Negara... Baru-baru ini ketika berkesempatan beraya di Kelantan, penulis sempat terdengar satu lawak antarabangsa yang cukup kelakar. Katanya setelah 22 tahun memerintah Kelantan, akhirnya Kerajaan PAS berjaya menyiapkan sebuah jambatan flyover merentangi Sungai Kelantan bagi mengatasi masalah kesesakan di jambatan lama. Punyalah sengal puak-puak khawarij hijau ini. Tidakkah mereka tahu yang flyover tersebut merupakan inisiatif UMNO ketika di bawah kepimpinan Tun Lah dahulu?!! Itulah jadinya apabila hidup berfantasikan sorga. Kerja orang lain pun duk mengaku diri sendiri yang buat. Namun, apa yang ingin penulis persoalkan di sini adalah, di manakah janjinya Lebuhraya Rakyat yang dikatakan hendak dibina itu?!! Ketika mahu balik ke KL, penulis dan ribuan lagi rakyat Kelantan terpaksa mengharung 3-4 jam kesesakan lalu lintas sejauh lebih 100KM dari KB ke K. Krai. Bertambah sakit hatinya, dalam kepanasan tersangkut dalam jem tersebut, boleh lagi puak-puak hijau karat ini gantung banner promosi projek Lebuhraya Rakyat itu sepanjang jalan. Namun begitu, PAS tetap tidak malu menabur janji untuk ke Putrajaya pula. Sedangkan selama 22 tahun sebuah negeri pun GAGAL ditadbir urus dengan baik, bagaimana mereka ini semua masih boleh bermimpi untuk memerintah sebuah negara?!! Kalau pun boleh menang, cukupkah kerusi PAS untuk menjadi peneraju Kerajaan Persekutuan yang baru. Kerana kalau mengikut kira-kira logik, kalau pun benar BN akan tumbang, PAS hanya mampu untuk menguasai Kedah, Kelantan dan mungkin Pahang. Selebihnya akan dikuasai oleh DAP/campuran cina PKR. Suka atau tidak, ini realitinya. Jadi kalau PAS hanya mampu menguasai negeri-negeri Melayu yang kurang maju, adakah CINA DAP/PKR yang kaya-raya akan mempunyai belas ehsan untuk menyalurkan bantuan pembangunan sepertimana yang BN berikan selama ini?!! Hanya mereka yang biasa bekerja di bawah tauke-tauke cina kaya yang boleh bagi jawapan yang tepat. Sedangkan ibubapa sendiri pun mereka boleh buang. Inikan pula orang Melayu miskin yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka?!! Jadi PAS fikirlah kembali masak-masak, adakah perjuangan mereka untuk ke Putrajaya itu sebenarnya jihad untuk membunuh diri. Kerana sejarah telah membuktikan PAS selamanya GAGAL menjadi pentadbir dan penguasa Kerajaan yang baik. *Rasa-rasanya jumlah bantuan kewangan tahunan BN kepada Kelantan jauh lebih besar daripada jumlah royalti minyak yang dituntut oleh PAS. Lagi pun, ketika minyak hendak didaratkan di bumi Kelantan pada tahun 2004, mereka juga yang tolak Petronas untuk uruskannya. Kata ada syarikat sendiri. Bila syarikat tersebut lingkup sepertimana Kohilal, sudah tentu Thailand akan menuntut haknya untuk mendaratkan minyak tersebut di bumi mereka setelah kebenaran cari gali diberi dan hasil dibahagi dua. | DR. MUJAHID YUSUF RAWA MENYEBELAHI YB NASHA Posted: 26 Aug 2012 08:30 PM PDT Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
"Tiada Komen," katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
Komen-komen sebegini membayangkan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa juga sependirian dengan YB Nasha, malah komen-komen Haji Hadi dilihat turut menyebelahi YB Nasha. 14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.
Gesaan Nasharuddin ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.
"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.
"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya. | GEMPAR! Ada 'anjing' ceroboh rumah terbuka TUN M?!! Posted: 26 Aug 2012 05:49 PM PDT Benarkah ini anjing HITAM yang dikatakan menceroboh majlis rumah terbuka Tun M di Seri Kembangan tempohari?!! tetapi, kalau tengok daripada gaya tuan punya anjing ini, memang rupa hendak ke majlis rumah terbuka aidilfitri pun. Oh, anjing Anwar Ibrahim rupanya. Ingatkan anjing kurap mana yang terlepas masuk majlis aidilfitri Tun M. Tapi tak sangka pula ya, anjing seekor ini tidak malu pula tunjuk muka dan tertunduk-tunduk mencium tangan Tun M dan isteri beliau. Sampai terbeliak mata Tun Siti Hasmah. Tun M pun nampak macam geli sahaja hendak bersentuhan dengan binatang haram N.Ajis mughallazah ini. Sudah tentu kena samak selepas itu. | HAJI HADI PLAY SAVE Posted: 26 Aug 2012 05:38 PM PDT | SEMAKIN MESRA |
Majlis Syura Pas atau lebih popular kini dikenali sebagai Parti Adat Sosial akan bersidang tidak berapa lama lagi. Dengan keahlian Majlis Syura Parti Adat Sosial yang dianggotai ahli-ahli yang non-ulama yang berpendidikan rendah seperti Mat Sabu dan Mahpuz Omar, parti ini dijangka akan mengambil keputusan drastik memecat YB Nasharudin Mat Isa.
Berita dari Pas Kawasan Bachok memaklumkan bahawa mesyuarat mereka sebulat suara menolak YB Nasharudin di Bachok dan telah menghantar surat kepada Presiden Parti Adat Sosial dan Mursyidul Parti Adat Sosial agar memecat YB Nasharudin Mat Isa.
Mursyidul Am dikatakan sudah bosan dan buang muka kepada YB Nasharudin dan menganggap batang tubuh badan YB Nasha sudah berada di dalam UMNO. Manakala Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang mempunyai hubungan Istimewa dengan YB Nasha mengambil pendekatan "play save" dalam kemelut ini dengan membiarkan Majlis Syura membuat keputusan.
Kesalahan YB Nasha yang menggigit hati Parti Adat Sosial ialah menemani YAB Perdana Menteri Malaysia mengerjakan Umrah baru-baru ini disamping bersama-sama YAB Perdana Menteri bertemu Ulama-Ulama Besar Masjidil Haram Makkah.
Sebaliknya, berdiam diri terhadap ancaman Karpal Singh ke atas Hudud dan Karpal Anti Islam, bukan satu kesalahan kepada Parti Adat Sosial.
Anda bagaimana? | Gambar Rafizi Ramli, Ketua PKR Cabang PONDAN!!!?? Posted: 26 Aug 2012 08:04 AM PDT | Video Khas Menjelang Hari Kemerdekaan, Kenali Parti Komunis Malaya. Posted: 26 Aug 2012 12:37 AM PDT Video yang MyMassa pernah muat naik satu masa dahulu. Khas untuk generasi muda yang tak tahu pasal Komunis dan kekejaman mereka. *Sebar-sebarkan. | |
Kembara Politik Posted: 26 Aug 2012 11:23 PM PDT PAS tak mahu lagi hudud setelah kepala diluku Karpal Posted: 26 Aug 2012 08:32 PM PDT Sumber dipetik dari laman pro pembangkang - Merdeka Review.. PKR dan PAS akhirnya bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud, setelah mengambil kira bantahan keras daripada satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP. Perlaksanaan Hukum Hudud memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti, malah pindaan perlembagaan, maka PAS dan PKR akhirnya bersetuju untuk menghormati pendirian DAP.... ... Demikianlah keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang mengambil masa lebih tiga jam, bermula jam 9 malam tadi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memberi jawapan sedemikian ketika ditanya dalam sidang media yang mengambil masa kira-kira 10 minit, bermula pada 12.20 tengah malam tadi.... ***** Kalau ikut jihad Ambiga dalam Bershit 3.0 sanggup mati syahid rempuh polis. Sanggup tinju polis Islam yang terbabas sebab kereta dia kena serang para pejuang jihad. Kalau ikut jihad Ngeh & Nga di Perak... sanggup mati syahid berguling atas jalan digelek kereta Sultan. Bila berdepan dengan Karpal, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim apa dah jadi. Tengok gambar di atas. Tengok muka Kit Siang dengan tangan penumbuk digenggam letak di mulut! Tengok muka Karpal yang bukan main dongak kepala sombong. Hj Hadi pula? | |
Panglima Perang Cyber Posted: 26 Aug 2012 11:06 PM PDT |
PISAU.NET Posted: 26 Aug 2012 09:35 PM PDT Rupanya Berjuang Untuk Hudud Demi Politik Semata mata... Posted: 26 Aug 2012 06:00 PM PDT Adoi hai..rupanya kempen nakkan negara Islam dan hudud hanyalah gimik politik...kalau begitulah memang sah selama ini politik khawarij PAS memang gampang. Yang bersuara tegakkan prinsip perjuangan sekarang ini sudah dituduh sebagai tidak bijak berpolitik. Maknanya apa saja yang keluar daripada mulut pemimpin atau lebih mesra sebagai ulama politik kesemuanya bohong bohong belaka.. Kesemua dilacurkan oleh puak khawarij nih.. patutlah Karpal berdehem puak ni akan diamkan diri.. Apakan daya,resmi kaldai tunggangan DAP beginilah sikapnya.. apa lagi yang boleh diharapkan daripada khawarij PAS. Nasruddin, Nik Abduh tidak bijak berpolitik - Zulkifli Yaacob KOTA BHARU 26 Ogos - Bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zulkifli Yaacob menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan dan Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai orang yang tidak bijak berpolitik kerana mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pendirian mengenai hudud. Beliau berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang atau mendesak DAP supaya menyatakan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud. "Mereka perlu matang dan bijak berpolitik, jangan terpengaruh dengan media massa yang hendak melaga-lagakan pakatan, perlu selari dengan kepimpinan Presiden parti dan serah kepada Jawatankuasa Pas Pusat. "Pada pendapat saya, sekarang bukan masanya untuk mendesak DAP berbincang pasal hudud, yang penting kita mendapat kuasa di Putrajaya, soal hudud akan terlaksana bila kita mendapat kuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-utusan
Pisau kata "Nik Aziz pertikai syurga neraka hak mutlak tuhan" | Nik Aziz,Anwar dan Hadi Lebih Hina Daripada Mahathir di Mekah Posted: 26 Aug 2012 06:00 AM PDT Kenapa bukan Anwar,Hadi atau pun wali selipar Nik Aziz sebaliknya seorang mantan Presiden Umno di sanjung tinggi oleh masyarakat Asia Barat? Kenapa warga Mekah dan Madinah tidak sanjung Anwar,Hadi atau pun wali selipar Nik Aziz?Kenapa warga Palestin tidak sanjung Anwar,Hadi atau pun wali selipar Nik Aziz? Kisah menarik mengenai Tun Mahathir ini diceritakan sendiri oleh Tuan Timbalan Pengarah JPN Kedah ketika beliau menunaikan umrah.
Beliau teruja kerana setiap kali memaklumkan datang dari Malaysia kepada jemaah dari negara Timur Tengah, jemaah Arab akan terus menyebut nama Tun Dr Mahathir..
Yang paling hebat ialah, mereka akan terus menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan Tun Mahahthir.. Kejadian ini berlaku beberapa kali semasa beliau berada Mekah dan Madinah.
Malah semasa di Raudah, beliau mendapat keistimewaan khas dari polis Arab Saudi apabila menyebut nama MALAYSIA, dan polis Arab tadi terus menyebut nama TUN DR MAHATHIR, lantas membantu beliau bersolat di Raudah dengan mudah..
SUBHANALLAH.., nama Tun Mahathir telah lama harum di Tanah Suci, Mekah dan Madinah.
Masyarakat Islam seluruh dunia menyanjung sumbangannya kepada negara mereka dan mereka tahu berterima kasih serta bersyukur kepada Allah SWT disamping mendoakan beliau di hadapan Kaabah dengan spontan..
Adakah pemimpin lain yang masih hidup di dunia menerima penghargaan sebegini dari bangsa lain..?
Tun Mahathir adalah hanyalah insan kerdil dari negara yang kecil.., namun jasa dan baktinya kepada Islam amat besar diakhir zaman yang sungguh mencabar.
Bukan sahaja Yahudi Zionis sangat membenci beliau dan ada Yahudi yang menganggap beliau merupakan bahaya kedua terbesar selepas Osama Ladin, bahkan beliau juga dibenci oleh musuh-musuh politik yang iri hati melihat kejayaan yang dibawanya terutama kepada dunia Islam.
Beliau 'Anugerah Istimewa' untuk negara kita, Negarawan yang sangat berjasa bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga kepada kebanyakan umat Islam di seluruh dunia...
Malangnya ramai dikalangan umat Islam di Malaysia (khasnya) yang tidak mahu berterima kasih serta menghargai setiap apa kebaikkan yang telah diberikan.. Pisau kata "siapa sebenarnya pejuang Islam? habaq mai" | Dari Seluruh Warga Keadilan Pondan Posted: 26 Aug 2012 04:11 AM PDT Pisau kata " ucapan hari raya dari pondan tua dan anak ikannya.." | Bersih Jahat Vs Bersih Baik. Posted: 26 Aug 2012 12:00 AM PDT Banjingan haprak pakatan akan turun membuat kacau semasa hari kemerdekaan yang ke 55 ,kata mereka akan sabotaj perarakan hari kemerdekaan dan provoke anggota keselamatan. Alangkah baiknya mereka ini turun dengan bersenjatakan penyapu,penyodok,plastik sampah.Sekurang kurangnya puak ni membersihkan Kuala Lumpur. Pisau kata " boleh ker beruk bertukar jadi manusia?" | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 26 Aug 2012 09:28 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 26 Aug 2012 09:20 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 26 Aug 2012 03:24 PM PDT (Gambar) Apa perasaan anda apabila disuap aiskrim oleh wanita tanpa baju? Posted: 26 Aug 2012 02:33 PM PDT Aiskrim? Wanita? Ah...sudah, macam cerita politik tempatan aja nih..
Upss..bukan ya, kisahnya berlaku di Taiwan. Kami sebenarnya pelik dengan aktiviti-aktiviti ekspo dan pameran yang sering diadakan di wilayah-wilayah Taiwan ini. Pelik melihat aktiviti sampingan di ekspo itu lebih menarik perhatian pengujung dari produk asal yang mahu dipamerkan.
Banyak sudah yang berlaku di sana, seperti pameran barang dapur, tetapi dihadiri oleh perempuan jelita, pameran kereta, model-modelnya hampir bertelanjang...dan kali ini pameran perabut selama lima hari di Dewan Pameran Perdagangan dan Industri Wuhu di Bandar Taipei Baru.
Pihak penganjurnya telah pun mengupah dua orang wanita cantik untuk menarik perhatian pengujung yang hadir. Apa yang menarik mengenai dua orang wanita ini, mereka ditugaskan untuk menyuap aiskrim kononnnya mengurangkan kepanasan musim panas yang melanda. Tidak hanya menyuap, malah aksi kedua-dua wanita ini turut menjadi perhatian apabila kedua-duanya hanya memakai bra sambil pinggang dililit dengan kain jarang tanpa seluar.
Entahlah, pelanggan mahu disuap atau mahu lihat barangan perabot sekarang ni? | (Gambar) Peha Wayne Rooney koyak...mungkin berehat sebulan Posted: 26 Aug 2012 08:34 AM PDT Aksi perlawanan antara Manchester United dan Fulham semalam menyaksikan kemenangan telah berpihak kepada pasukan The Red Devil. Walau bagaimanapun, Wayne Rooney yang masuk menggantikan Shinji Kagawa telah mengalami kecederaan yang teruk dibahagian pehanya. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami luka yang agak dalam tetapi membenarkan beliau keluar dari hospital setelah menerima beberapa jahitan. Rooney dijangka terlepas beberapa perlawanan liga dan juga antarabangsa setelah dinasihatkan doktor supaya berehat selama sebulan.
| (Video) Sungguh seksi wanita mangsa kemalangan ini... Posted: 26 Aug 2012 08:01 AM PDT Pada pukul 1:30 pagi, 25 Ogos di Najing, seorang gadis berpakaian seksi dan memakai kasut tumit tinggi, memanjat keluar dari keretanya yang terbalik di sebelah jalan tanpa cedera sambil ketawa dan berkata pada kamera, "ini adalah kali keempat berlaku dalam masa dua tahun."
Gadis tersebut yang baru berusia 17 tahun hanya mahu dikenali sebagai Xu berkata, beliau sedang memecut dan mahu memotong sebuah teksi, tetapi dengan tiba-tiba, teksi tersebut menukar laluan. Bagi mengelakkan dari berlanggar dengan teksi tersebut, beliau membelok keretanya hingga terbalik.
Xu menambah, beliau telah belajar kemahiran memandu ketika belajar di Amerika Syarikat dan telah mempunyai 3 hingga 4 tahun pengalaman memandu. Beliau juga telah terlibat dengan kemalangan seperti itu dalam masa dua tahun berturut-turut tanpa kecederaan.
"Dua kemalangan berlaku di US. Satu daripadanya kerana saya sedang memecut 260 km/j dan satu lagi kerana saya tertidur ketika memandu," kata gadis seksi tersebut kepada wartawan tanpa rasa bersalah.
Dan di China, sebagai salah satu lagi koleksi kemalangan beliau, keretanya telah terbalik ketika dalam kelajuan melebihi 240 km/j.
Xu tidak mabuk ketika diuji. Tetapi polis trafik terpaksa menahannya kerana tidak mempunya lesen memandu dari China kerana lesen memandu US tidak sah digunakan di situ. Beliau ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut. | Hebatnya Ustaz Nasha, Presiden dengan Mursyidul Am PAS tak berani sentuh! Posted: 26 Aug 2012 07:01 AM PDT Nampaknya bukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat saja yang takut pada bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, tapi Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang pun takut juga untuk mengambil tindakan terhadap bekas orang paling kanannya itu.
Rentetan dari kenyataan pedas Nasharuddin terhadap PAS yang mahu partinya itu keluar dari gabungan pembangkang di dalam Pakatan Haram tempohari, ramai di kalangan para pemimpin PAS yang melompat marah padanya.
Namun, di dalam riuh rendah meluahkan perasaan marah terhadap tokoh pro-ulama itu, pemimpin tertinggi PAS "tahap dewa pelangi sakti", Nik Aziz tidak berani pun mengarahkan supaya bekas pemimpin nombor dua PAS itu dipecat dari "agama" pimpinannya.
Malah, Nik Aziz terpaksa pula menafikan laporan portal "talibarut" pro-pembangkang, Malaysiakini, yang melaporkan kononnya dia mahu Nasharuddin dipecat.
Terkini, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS menyerahkan soal nasib Nasharuddin kepada Majlis Syura PAS memandangkan bekas Timbalannya itu bukan terdiri dari AJK PAS atau terlibat di dalam biro politik parti itu.
Malah katanya, Nasharuddin hanyalah salah seorang AJK Majlis Syura dan dia akan membiarkan majlis berkenaan untuk memutuskan tentang Nasharuddin serta "ketajaman lidahnya" yang hampir memancung PAS!
Nampaknya, dari peringkat akar umbi ahli PAS di bawah, hinggalah ke peringkat tertinggi parti itu, tiada seorang pun dari mereka yang berani untuk "menyentuh" dan mengambil tindakan tegas terhadap Nasharuddin yang menghiris jantung parti itu baru-baru ini.
Maka dengan itu, maka bolehlah ditafsirkan bahawa sehingga kini PAS belum mampu menafikan kebenaran kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS itu. Kalau mereka menyalak pun, yang kedengaran hanyalah bunyi salakan kosong tidak bermakna.
Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini, dia kononnya mahu menyindir UMNO yang dikatakan seolah-olah tidak mempunyai tokoh agama dan terpaksa "meminjam" tokoh PAS untuk bersama-sama ke Makkah di dalam sebuah program ulama di sana.
Pada saya, ini bukan soal UMNO tidak punya tokoh agama untuk diketengahkan dan sekiranya disenaraikan barisan ulama Islam sebenar yang menyokong usaha kerajaan BN terhadap Islam, rasanya bilangannya sudah tentu melebihi seluruh kepimpinan politik PAS di seluruh negara.
Penyertaan Nasharuddin di program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan keterbukaan pemimpin nombor satu negara itu terhadap mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan Islam sepertinya.
Pada saya, penglibatan Najib – Nasharuddin di ijtima' ulama di Arab Saudi itu membayangkan bahawa Perdana Menteri tidak pernah meletakkan sebarang sempadan, termasuk kekangan fahaman politik di dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini, malah juga di peringkat dunia.
Justeru itu, mungkin Hadi tersinggung melihat Nasharuddin di bawa Najib ke Makkah berbanding dirinya yang lebih berkedudukan di dalam PAS.
Nasharuddin adalah calon Timbalan Presiden PAS yang tewas sedangkan dia adalah Presiden yang menang tanpa bertanding! Tapi kenapa pula Nasharuddin yang diraikan dan diajak Najib di dalam sebuah program Islam yang bertaraf dunia?
Saya yakin bahawa PAS tidak akan berani mengambil tindakan terhadap Nasharuddin sehinggalah PRU ke-13 selesai nanti.
Cukuplah PAS menerima kesengsaraan akibat kehilangan dan diserang teruk bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali, yang dipecat "Anwar melalui Azmin". PAS tidak bersedia menerima kesan kehilangan Nasharuddin pula.
PAS mungkin sedar, sekiranya Nasharuddin dipecat dari parti itu, berkemungkinan besar ramai di kalangan ahli dan penyokong mereka yang akan meninggalkan PAS, serta golongan umat Islam atas pagar pula akan lebih jelas melihat parti mereka yang begitu lemah diperkudakan DAP.
Kalau nak tengok Nasharuddin dipecat dari PAS, rasanya kita boleh tunggu saat itu selepas PRU ke-13 nanti. Rasanya PAS sudah tidak ada "telur" untuk berhadapan dengan seorang tokoh pro-ulamanya yang menyatakan kebenaran setelah bertaut dengan DAP…kan?
| Ketololan PAS: Yang Lawan Hudud Disanjung, Yang Pertahan Dibuang Posted: 26 Aug 2012 06:01 AM PDT BUDAK-BUDAK PAS tidak akan menyebut secara terus terang bahawa Nasharudin Mat Isa, ditentang kerana mempertahankan hudud. Budak-budak PAS hanya akan sebut Nasharudin dibuang kerana kononnya bekerjasama dengan UMNO berikutan tersiarnya gambar-gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikat yang sebenarnya, Nasharudin akan dibuang dari PAS kerana merosakkan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dengan mengecam Karpal Singh sebagai ati Islam dan anti hudud. Sama seperti Hasan Ali yang dibuang dari PAS kerana mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dari dimurtadkan Kristian yang disokong DAP.
Dalam merealisasikan hal ini, pertimbangan biasa digunakan – tidak peduli berapa lama pun pemimpin itu berjuang mempertahankan PAS, sekali saja dia dilihat 'senada' dengan UMNO, maka dia perlu disingkirkan.
Ini logik budak-budak PAS, ilmu yang dipelopori oleh Timbalan Presidennya yang baru aka pejuang komunis, Mat Sabu.
Yang budak-budak ini tidak sedar, mereka sedang diperalatkan. Sudah tentulah PAS tidak akan jelaskan hakikat sebenar kenapa Nasharudin perlu dibuang kerana itu hanya akan menampakkan kemunafikan mereka sendiri yang tamak dengan wang dan kuasa.
Selama hari ini, PAS bernafas dengan duit derma yang dikutip dalam ceramah, berapa sangat boleh dapat? Bertahun-tahun kutip derma pun, kewangan parti tersebut tidaklah sehebat mana, setakat Hadi nak tambah bini baru bolehlah.
Kewangan PAS lebih lebat bila boleh menubuhkan kerajaan dan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain. Ini lebih menguntungkan dibanding dengan kutip derma, maka itu apa saja yang menghalang kerjasama ini perlulah dihapuskan dari PAS, macam Nasharudin dan Hasan Ali.
Ya, semua ini tentang duit, tentang kuasa. Dua perkara yang selama ini sering dituduh kepada UMNO tapi kuasa tuhan mengembalikan semula tuduhan ini kepada mereka, tapi dengan lebih teruk lagi sebab ianya benar-benar berlaku!!
Kutip derma tetap diteruskan kerana taknak nampak sangat dah banyak duit. Itu yang penting bawak golongan artis (yang tidak laku) masuk menyertai parti tersebut. Bukan apa, jadi pelaris, apatah lagi pemimpin yang dulu popular kerana ceramah dah sibuk kira duit di atas. Siapa nak kutip duit dibawah? Golongan tak berapa nak artis inilah. Sebab itu Karpal Singh dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu penting dan perlu dipertahankan dibanding dengan Nasharudin.
Soal Nasharudin kononnya bekerjasama dalam diam dengan UMNO ini alasan saja untuk tipu ahli-ahli biasa dibawah. Buktinya, kalau gambar berdua di Mekah itu bukti yang cukup kukuh nak mengatakan wujud kerjasama dalam diam antara Nasharudin dan UMNO, kenapa Hadi peluk Najib tak diangkat menjadi isu untuk menyingkirkan Hadi? Sebab orang PAS tahu, berpeluk-peluk sesama pemimpin ini bukan isu yang terlalu besar, apatah lagi bila digambarkan bersama. Tak luak pun jumlah kutipan derma PAS kalau ada pemimpin berpeluk atau bergambar dengan mana-mana pemimpin UMNO.
Tapi kalau kondem dan hentam Karpal Singh (sebut DAP, sebut Pakatan Rakyat), itu serupa masuk pasir dalam kantung derma PAS ooo..musti buang itu olang…
| Apa yang anda boleh lakukan dengan 50 iPad sekaligus? Tonton video hebat ini! Posted: 26 Aug 2012 05:01 AM PDT Kita semua sedia maklum bahawa iPad merupakan peralatan yang amat canggih untuk menonton filem atau video kegemaran masing-masing, tetapi cuba bayangkan pula apa akan terjadi jika 50 iPad dan Mini Flash Mob digabungkan sekali? Inilah yang bakal terjadi di Asia's First Ever Human iPad Theater! Menampilkan dari K-Pop celebriti hinggalah Disney termasuk juga Drama-drama kegemaran anda dan banyak lagi. Astro On-The-Go akan menampilkan kejutan kepada penggunanya dengan 50-iPad Theatre yang bakal muncul serata KL! Semuanya dalam bentuk Mini Flash Mob. Anda mahu lihat bagaimana ianya berlaku dengan begitu hebat? Tonton video tersebut di SINI dan hayati kehebatan mereka-mereka yang terlibat! Anda kenal step mereka? Hebat sekali, jangan lupa kongsikan video berkenaan dengan kawan-kawan anda! The Human iPad Theatre by #AstroOnTheGo sounds pretty cool, check out this video if you didn't catch them in person! | Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA Posted: 26 Aug 2012 03:01 AM PDT REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini hari ini.
Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.
"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Katanya, sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.
"Mereka perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS," katanya.
Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama | Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf Posted: 26 Aug 2012 02:27 AM PDT | Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia. |
SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu. Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu. Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut. "Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu. Namun begitu, timbul persoalan di kalangan pengikut yang mengikuti fanpage itu. Antaranya mempersoalkan siapa dalang yang memuat naik poster berkenaan serta perkembangan siasatan polis. Pengikut, Nur Miba mempersoalkan laporan polis yang dibuat Ketua gerakan itu, Khairy Jamaluddin selain ingin tahu siapa admin yang dikeluarkan dari fanpage Pemuda Umno tersebut. "Ye ye je KJ cakap akaun palsu. Rupanya akaun betul la nih... siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye. Siapa admin yg kena remove tu? Cepat dedahkan siapa... memburukkan imej Pemuda Umno. Kami mahu admin dedahkan siapa dalang," katanya. Menurut seorang lagi pengikut yang menggunakan nama Ezad Hafidz: "Mula-mula kantoi, tak mengaku ini page Umno. Pastu kantoi lagi, minta maaf dan buang admin pulak. soalan aku, siapa admin yang dibuang tu? Ye ke admin tu dibuang?" Permintaan maaf yang dibuat kira-kira jam 10 malam itu turut menerima reaksi positif apabila ada peminat yang menerima permintaan maaf tersebut. Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Muammar Ghadafi menulis:"Aku secara individunya mampu menerimalah dan tindakan ini wajar dipuji walaupun terlambat dan bila jadi isu besar baru bertindak." Mohd Afzan pula berkata: "Saya sebagai rakyat Malaysia menerima permintaan maaf anda." Semalam Khairy memberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu gerakan itu. Beberapa hari lalu pula Khairy menyahut cabaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. Isnin lalu, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee. Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor. Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." | Artis wanita tempatan kantoi beli 'sex toys' di Chow Kit Posted: 26 Aug 2012 12:25 AM PDT | Gambat hiasan |
TERKEJUT besar Gayah baru-baru ini apabila diberitahu mengenai tindakan dua artis wanita popular serta penuh kontroversi ini dilihat membeli alat seks lelaki di Chow Kit, dua bulan lalu. Sebenarnya sudah lama Gayah nak kongsi cerita ni tapi memandangkan bulan puasa, Gayah simpan dulu, lagipun Gayah cuba nak selidik dulu kenapa mereka membeli peralatan itu. Seorang daripada mereka sudah berumah tangga dengan bekas suami selebriti la juga, manakala seorang lagi masih belum berpunya (kalau ada teman lelaki itu Gayah tak tahulah). Penjual barangan itu sendiri bagai tidak percaya apabila kereta mewah singgah di meja kecil jualannya dan meminta alat kelamin berkuasa bateri itu daripadanya. Menurutnya, kerana teruja dengan kenderaan itu, dia ingin mengetahui siapa pemiliknya dan alangkah terkejut apabila pemandunya membuka cermin dan meminta alat berkenaan yang dijual pada harga RM120. Yang menarik, artis berkenaan terus membelinya tanpa membuat penawaran, sedangkan barangan berkenaan boleh dibeli dengan harga RM50, menyebabkan peniaga terbabit senyum lebar. Gayah difahamkan, ketika dihampiri pelakon berkenaan, si peniaga berpura-pura bercakap dalam loghat Indonesia kerana mahu menjaga air muka selebriti itu, sedangkan dalam hatinya membuak-buak inginkan tandatangannya. "Apa tidak, saya mengikuti perkembangannya sejak dia mula terbabit dalam bidang seni hinggalah dia dilanda kontroversi dan selepas dia berkahwin pun saya tetap minat kepadanya kerana dia cantik," katanya. Seminggu selepas itu, katanya, seorang lagi pelakon wanita singgah di 'gerainya' dan membeli barang yang sama. Kali ini si pembeli berkenaan sempat meminta kurang, menyebabkan ia dijual pada harga RM100. "Saya mengenalinya kerana dia sering bergambar seksi, malah saya menegurnya kerana pernah melihatnya dalam majalah dan dia tersipu-sipu sejurus meminta kurang dan tindakan itu menyebabkan dia tidak mahu menunggu lama," katanya. Yang Gayah hairan, apa motif mereka mendapatkan barangan itu namun kita bersangka baik, mungkin mereka membeli untuk dihadiahkan kepada rakan atau membelinya bagi pihak orang lain. Gayahgebu@Metro | 'Adik beradik' dicekup khalwat sekatil dalam hotel Posted: 25 Aug 2012 08:01 PM PDT PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.
Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.
Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.
Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.
Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.
Sinar Harian | Kesihatan MB Kedah makin merosot tetapi cuba dinafikan? Posted: 25 Aug 2012 07:31 PM PDT ALOR SETAR - Ketidakhadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis-majlis rasmi sejak penghujung Ramadan, termasuk majlis raya bersama anak muda Kedah, Rabu lalu menimbulkan pelbagai spekulasi, konon beliau mengalami masalah kesihatan serius.
Spekulasi bertambah kencang apabila semalam, kelibat Azizan tidak kelihatan pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Hanya isteri Menteri Besar, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah bersama ahli keluarga dan barisan Exco Kerajaan Negeri menyambut ketibaan tetamu yang hadir. Manakala Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah hadir mewakili Menteri Besar pada majlis itu.
Mengulas perkara itu, Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar, berkata, Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan.
"Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya. Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, Azizan mengalami alahan ubat selepas itu menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis 'Jom Anak Muda, Raya Dengan MB', Rabu lalu, di Seri Mentaloon.
"Azizan hadir pada Rumah Terbuka Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, Khamis lalu bertemu penduduk setempat dan beliau bercadang bertemu media, semalam, namun masih tidak sihat sepenuhnya," katanya.
Amiruddin berkata, buat masa ini, Azizan berehat di rumahnya dan dinasihatkan doktor supaya tidak menyertai aktiviti luar.
"Azizan dijangka berehat sehingga Selasa depan, dan jika sihat akan mempengerusikan mesyuarat Exco minggu depan. Rakyat tidak perlu bimbang kerana keadaan Azizan tidak serius," katanya.
Menurutnya, sepanjang Azizan bercuti sakit, urusan pentadbiran negeri berjalan lancar | Angkasawan pertama, Neil Amstrong meninggal dunia Posted: 25 Aug 2012 07:01 PM PDT WASHINGTON - Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.
Mendiang berusia 82 tahun.
Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.
Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.
Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.
Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.
November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.
Armstrong dan rakannya, Edwin 'Buzz' menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins
Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.
Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.
Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.
Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8, hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan.
Perjalanan kedua pada Julai 1969, bersama Aldrin dan Collins, mengambil masa empat hari untuk tiba di destinasi.
Collins menyifatkan telah kehilangan seorang pengendali pesawat yang terbaik.
"Saya merasai kehilangan dia," katanya. | Akta 114A: Suhakam mahu ia dipinda atau mansuhkan terus Posted: 25 Aug 2012 06:01 PM PDT SHAH ALAM - Suhakam menggesa kerajaan meminda ataupun memansuhkan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012, yang kontroversi atas alasan ia melanggar prinsip hak asasi manusia. Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, peruntukan yang baru itu, yang diperkenalkan berkuat kuasa 31 Julai lalu juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Katanya, Suhakam ingin mengulangi pendirian bahawa walaupun ia mengakui akan pentingnya keselamatan negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan, ia juga berpendapat bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan mesti dikaji semula ataupun dimansuhkan demi melindungi dan menghormati kebebasan asas dan hak asasi manusia untuk bersuara dan tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. "Suhakam berharap untuk terlibat dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan yang lain dalam mengkaji semula akta serta dalam penggubalan mana-mana undang-undang baru," kata dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin. Kata beliau, walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A boleh dipatahkan, seseorang yang dianggap bersalah mungkin tidak mempunyai masa, sumber, dan khususnya, kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran Internet untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut. "Berbeza pula dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan tertuduh kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pembekal khidmat rangkaian dan pembekal Internet) untuk mengemukakan keterangan, dan mempunyai kepakaran teknikal dan sumber untuk membantu siasatan atau pendakwaan," kata beliau. Oleh itu, jelas Hasmy, walaupun boleh dikatakan bahawa Seksyen 114A tidak mengubah keseluruhan beban bukti, sepertimana dalam kes-kes jenayah, ia terletak pada pendakwaan dan dalam tindakan sivil, terletak pada plaintif, dari segi praktikal, ia mungkin mempunyai kesan dalam mengubah beban tersebut kepada yang tertuduh ataupun defendan, mengikut mana yang berkenaan, sekali gus melanggar prinsip asas undang-undang. "Sama pentingnya juga Seksyen 114A mungkin mempunyai potensi dan kesan negatif yang menghalang daripada bersuara, menyebar dan berkongsi idea, berita dan maklumat, yang mana menjadi tanda pasti persekitaran Internet, sekali gus menghad dan mempengaruhi kebebasan bersuara – satu ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya. "Ia harus juga ditekankan bahawa hak bersuara tidak sepatutnya dihadkan oleh kaedah atau cara tidak langsung, seperti penyalahgunaan kawalan kerajaan atau swasta ke atas akhbar bercetak, frekuensi penyiaran radio, atau peralatan yang digunakan dalam penyebaran maklumat, atau dengan apa-apa cara lain yang cenderung untuk menghalang komunikasi dan peredaran idea dan pendapat," katana lagi. Hasmy juga berkata, walaupun diperakui keperluan untuk menangani jenayah siber dan untuk mengesahkan tentangan terhadap ancaman keselamatan negara, namun sebarang kuasa atau langkah-langkah mengehadkan hak mestilah mengikut norma-norma hak asasi manusia. Perkara itu katanya, harus tertakluk kepada syarat-syarat ketat tertentu seperti berikut: - bahawa penghadan hak individu mesti dikenakan semata-mata bagi maksud melindungi matlamat yang sah (iaitu keselamatan negara, hak atau reputasi orang lain, kesihatan awam atau moral) yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa
- bahawa penghadan hak mestilah benar-benar perlu bagi melindungi matlamat yang sah
- bahawa pengehadan hak mestilah berkadar dengan perlindungan matlamat yang sah
- bahawa mesti ada perlindungan yang mencukupi supaya dapat mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa Hasmy berkata, syarat-syarat itu adalah penting bagi membantu untuk mencari keseimbangan secara adil antara kepentingan awam
- kebimbangan terhadap keselamatan negara, dan kebebasan asas seseorang individu.
| Remaja diperk0sa dan dicabul berhari-hari setelah diberi dadah Posted: 25 Aug 2012 04:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Seorang lelaki yang telah merogol dan mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun setelah memberinya dadah dan alkohol dipenjara 8 tahun.
Rawad Bastawi didapati bersalah mencabul remaja bawah umur berhari-hari di sebuah alamat di Whitehawk, Brighton.
Lelaki berusia 31 tahun ini berjaya mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selama dua minggu perbicaraan berlangsung tetapi pihak juri telah mengambil keputusan menghukumnya dipenjara pada hari ini di mahkamah.
Bastawi yang tidak mempunyai alamat tetap telah ditahan pada Januari tahun ini dan didakwa atas kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun. | Rawad Bastawi |
Beliau juga dituduh memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun dan mencabul seorang remaja perempuan, 16, tetapi tidak cukup bukti untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Detektif Ed Downes telah mengetahui penyiasatan ini dan berkata: "Bastawi adalah seorang individu yang jijik dan teruk apabila mencabul kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh mangsa yang bermain dengannya berhari-hari apabila diberikan alkohol dan kanabis."
"Keadilan telah ditegakkan untuk mangsa-mangsa yang lain," katanya.
| |
Kita MESTI Selamatkan Melayu Posted: 26 Aug 2012 03:05 PM PDT Malam Raya Anak Dara Ahli Parlimen Kuala Pengat Buat Hal Mabuk Di Zouk KL Posted: 25 Aug 2012 05:19 PM PDT Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat/Pembangkang wajar diberi perhatian serius.
Kata beliau, 'banyak yang akan musnah jika Pakatan Pembangkang memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'.
Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.
Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.
Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.
Ini menjadikan Tun M sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.
Hari ini, Pakatan Pembangkang menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4,000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.
Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?
Tidak mustahil bahawa Pakatan Pembangkang berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.
Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.
Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.
Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.
Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis Pakatan Pembangkang.
Walaupun Pakatan Rakyat kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.
Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.
Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.
Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya. Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai....
Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.
Justeru, sepertimana pesan Tun Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.
Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada Pakatan Pembangkang....
Apa yang Pakatan Pembangkang janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka....!!
| |
KEPAL NASI KEPAL BERAS Posted: 26 Aug 2012 03:05 PM PDT HJ HADI TERUS TERANG...TAK MAU JADI MUNAFIK LAGI... Posted: 26 Aug 2012 05:27 AM PDT "Sadoqollahulazim". Watammat kalimaturob..
"Itulah salam akhir perjuangan PAS yang selama ini tidak habis-habis menyatakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Barang siapa yang menyokong PAS bermakna menyokong Islam. Sesiapa yang menolak PAS, bermakna menolak Islam".
Hj Hadi telah membayangkan segalanya melalui jawaban dolak dalihnya. Langsung tidak berani respon dengan kritikan Karpal. Hadi juga langsung tak berani komen kenyataan Anwar yang menolak hudud atas alasan tiada dalam agenda bersama pakatan.
Hadi hanya berani kata "DAP hanya kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan PAS menyokong demokrasi"
"Sah dan sahih!!". Bagi PAS demokrasi dijunjung, Islam dikendong. Demi menjaga kepentingan demokrasi dan DAP, Islam di tangan terpaksa dicampak begitu saja
Jadi apa yang boleh kita kata lagi? Segalanya sudah jelas. Jika tanpa perjuangan menegakkan hudud dan negara Islam, apa lagi yang boleh membezakan di antara perjuangan PAS dan UMNO?
Sudah pasti ada. Sekurang-kurangnya UMNO tidak bertindak munafik. UMNO berterus terang menyebut hudud belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Bagi UMNO masih banyak keperluan amal Islami yang lebih penting dari hudud yang masih ada ruang untuk dilaksana dan diperjuangkan. Islam bukan berkisar sekadar hudud semata. Itu pendirian UMNO.
Tapi PAS sudah lepas cakap. Temberang PAS, "semua boleh dan semua mahu dilaksanakan". Sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS bermakna tolak Islam. Inilah Islam "kepala bapak" ciptaan PAS.
Hampir 60 tahun PAS meludah UMNO. Akhirnya PAS terpaksa telan dan jilat segala kahak dan ludahnya yang berselupat pada batang tubuh UMNO. | |
Kedah Ke KL - MctHeory Posted: 26 Aug 2012 01:26 PM PDT HOT!! Penjaga Gol Sensasi Malaysia, Khairul Fahmi APEX, Kemalangan?!! Posted: 26 Aug 2012 11:21 AM PDT | kereta Apex.. |
Semalam Mc mendapat berita mengatakan penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilaporkan cedera dalam satu kemalangan membabitkan kereta mewah milik beliau. Kemalangan dilaporkan berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan tengah malam kelmarin. Belum dapat dipastikan tahap kecederaan beliau. Namun Mc doakan beliau selamat dalam kemalangan tersebut. Jangan pula ada cerita lain disebalik kemalangan tersebut. Biasa la kita rakyat Malaysia ni, banyak cerita dongeng yang akan keluar bila ada sesuatu perkara yang berlaku. heh.. Apa pun Apex, Malaysia masih memerlukan ko beraksi untuk memartabatkan dunia bola sepak. Bab sosial ko tu, ikut suka ko la... jangan melampau sangat sudah.. apa pun, doakan ko selamat, itu paling penting bro.. McTheory:Tengok kereta macam tak teruk.. | HOT!! Gadis Di Rogol Hanya Memakai Pakaian Dalam Ketika Minta Tolong!! Posted: 26 Aug 2012 08:14 AM PDT SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi. Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught. Menurut sumbet, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin. "Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu. "Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya. Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan. | TUDIAA!! Penyokong Sanggup Potong 'ANU' Kalau Pasukan Kedah Layak Suku Akhir Piala Malaysia!! Posted: 26 Aug 2012 05:37 AM PDT Tudiaa.. sampai macam tu sekali penghinaan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah. Sampai ada penyokong yang sanggup Potong 'ANU' nya sendiri kalau pasukan Kedah layak masuk ke suku akhir! Kalau dah sampai macam tu sekali, maknanya memang dah putus harapan la. Mana ada orang yang berani mempertaruhkan 'ANU'nya kalau dia tak yakin. Lagi satu, ia satu penghinaan besar terhadap pasukan Bola Sepak Kedah. Sejak Pas memerintah Kedah, pengurusan pasukan bola sepak telah dipolitikan oleh kerajaan negeri. Ramai tokoh-tokoh lama telah disingkirkan dan digantikan dengan orang baru yang sememangnya dari parti Pas. Kalau yang digantikan tu pandai buat kerja takpa la jugak. Mereka hanya pandai bercakap dari bertindak. Cakap berapi-api, namun tindakan 'nothing' kosong! Habuk pun tarak. Akhirnya yang jadi mangsa ialah Pasukan Bola Sepak Kedah. Sudah la tersingkir ke Liga Perdana, dalam pertandingan Piala Malaysia ni pula, Kedah hanya kalah berturut-turut tanpa melawan, dengan pasukan-pasukan bawahan pun Kedah dibelasah teruk. Akibatnya penyokong menunjukkan kemarahan, dengan membaling mercun kedalam padang pada perlawanan Kedah menentang ATM. Menyebabkan dua penyokong telah ditangkap atas kesalahan tersebut. Jika keadaan sebegini berterusan, Mc rasa, perkara lain yang lebih teruk akan terjadi. Penyokong dah bosan dengan sikap acuh tak acuh pihak pengurusan. Pemain import yang dipilih pun bermasalah dan lembik.. mengabihkan duit rakyat saja!! Kalau pilih pemain import pun gagal, apa lagi nak diharapkan jaga pasukan bola!! puihh! Mc sekalu blogger dan peminat sukan nombor satu negeri Kedah ni pun turut berasa kecewa. Sampai bila la kita nak tengok pasukan bola sepak Kedah kita jadi macam ni. Sampai tukar kerajaan negeri kot? he he.. mungkin.. mungkin.. he he.. McTheory:Nak tukar pengurusan, kena tukar kerajaan negeri.. baru bolehh!! | PANASS!! Siapa Pembunuh Altantuya Sebenar? Posted: 26 Aug 2012 02:13 AM PDT Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda. Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya. Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda. Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia. Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya? Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku. Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia. Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut. Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh.. | GEMPAR!! Pas Terkedu, Anwar Juga Tolak Hudud!! Posted: 25 Aug 2012 11:13 PM PDT Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini. Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan. Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP. Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003. "kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira," katanya. Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini. Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik. Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam. Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg 'makan gaji' seperti beliau Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal. Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung. Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang. "jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju," Tegasnya.. Utusan Malaysia | PANASS!! Apakah Tun Dr Mahathir kata UMNO itu Syaitan?? Posted: 25 Aug 2012 08:13 PM PDT
Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, 'banyak yang akan musnah jika PR memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'.
Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.
Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.
Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.
Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.
Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?
Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.
Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.
Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.
Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.
Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.
Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.
Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.
Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.
Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR. Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka. | PANASS!! Nik Aziz Akan Terima Pelawaan Hukum Hudud UMNO + PAS?? #HududTipuPas Posted: 25 Aug 2012 06:13 PM PDT Jika benar Nik Aziz lebih pentingkan Islam dan hukum hudud, Mc percaya beliau akan terima tawaran baik dari Ustaz Fathul ni. Namun jikalau hudud yang diperjuangkan Nik Aziz tu hanya untuk tujuan politik dan cerita dongeng Pas. Nik Aziz pasti akan tolak segalanya mentah-mentah. Rasanya pembaca semua dah kenal Nik Aziz, belum pun beliau bukak mulut, rasanya kita dah tahu jawapan yang Nik Aziz akan bagi nanti. heh.. SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini. Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya. "Kalau mahu ia dilaksanakan, kita duduk berbincang bersama-sama. Saya mempelawa Nik Aziz dan Pas bincang bersama-sama mengenai masalah pelaksanaan hukum tersebut. "Banyak masalah dihadapi untuk melaksanakan hukum itu, antaranya ialah Pas hanya meletakkan masalah pelaksanaan hukum hudud di negara ini kepada Umno, Umno sendiri melihat ada halangan untuk melaksanakannya kerana masyarakat majmuk," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Nik Aziz agar Umno membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil. Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai. Fathul Bari berkata, hudud tidak boleh mempunyai versi kerana untuk laksanakan hukum hudud perlu berdasarkan hukum Islam yang sebenar. "Saya menyangkal kenyataan beliau untuk membentangkan hudud versi Umno, saya tidak setuju. Sekiranya hukum hudud mempunyai versi Umno atau Pas bermakna hukum itu dilaksanakan berdasarkan parti politik," katanya. - Sinar McTheory: Apa pula permainan dia lepas ni.. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 26 Aug 2012 01:13 PM PDT Sadis! Gambar Orang Buta Diperalatkan Oleh BERSIH Posted: 26 Aug 2012 07:54 AM PDT Melihatkan gambar di atas yang diambil dari Pasar Borong Selayang oleh rakan baik CTS, menyebabkan lidah kelu untuk bersuara. Kesian Pakcik ini. Orang buta pun sanggup dipergunakan oleh juak-juak BERSIH dalam menjayakan agenda mereka. Mungkin ada yang berkata, mungkin baju tersebut adalah sedekah dari orang yang terlibat dengan BERSIH. Mungkin ya dan mungkin tidak. Melihatkan lebai yang dipakai oleh Pakcik tersebut berwarna hijau putih memungkinkan beliau seorang ahli PAS.
Mana juak-juak BERSIH yang mengaku bersaudara sehidup semati? Mana pengikut Ambiga dan Tok Janggut yang kononnya bekerjasama antara satu sama lain, bersatu melawan kerajaan yang zalim? Mana pergi perjuangan nasib Rakyat? Mana perginya Ambiga? Mana perginya Thambi yang bukakan penghadang masuk kawasan FRU? Di dalam Pakcik ini menyambut Hari Lebaran, mana pertongan yang dihulurkan? Habis madu sepah dibuang. Selepas beliau dipergunakan untuk mencapai agenda BERSIH, beliau dibuang begitu sahaja. CTS tidak menghina Pakcik ini di atas kekurangannya. CTS marahkan orang yang mempergunakan beliau. Itu sahaja! | Eli Wong Dan Sivarasa Pun Buat Rumah Terbuka Aidil Fitri? Posted: 26 Aug 2012 03:37 AM PDT Gambar di atas adalah gambar Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan oleh EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Sivarasa Rasiah. Majlis berkenaan diadakan di Taman Ehsan, Kepong. Hendak lebih tepat lokasinya adalah di perkarangan Masjid Al Faizin Desa Jaya. Tak kisahlah kalau kaum-kaum lain ingin menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Kitakan 1Malaysia. Cuma yang tidak enaknya apabila Rumah Terbuka yang dianjurkan disusuli dengan ceramah-ceramah politik. Kehadiran? Adalah dalam seratus ribu lebih terutama orang-orang Melayu Islam!
Cukuplah sepanjang tahun kita berpolitik. Takkanlah perayaan yang disambut setahun sekali di bulan yang mulia ini pun kita hendak sulami dengan agenda politik kepartian? Puluhan ribu datang ke majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti yang dianjurkan oleh DS Najib Razak, TS Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain. Adakah terdapat ceramah berunsur politik di sana? Published with Blogger-droid v2.0.6 | |
Apa Yang Tersirat Posted: 26 Aug 2012 01:11 PM PDT Anwar galak lompat parti-Sementara Karpal dan Lim Guan Eng membantah Posted: 26 Aug 2012 04:56 AM PDT KITA menilai parti berasaskan dasar parti itu. PKR pimpinan Anwar menggalakan lompat parti-sementara Karpal Singh dan Lim Guan Eng daripada DAP membantah tindakan itu.
Masih segar lagi dalam ingatan, bagaimana Anwar menjaja suatu cerita sebelum 16 September,2008, kononnya kerajaan BN akan tumbang menjelang sambutan Hari Malaysia, kerana 31 MP BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.
Pada 29 Julai lalu, Anwar berjaya mempengaruhi dua MP daripada Sabah-Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing untuk melompat daripada BN kepada parti Pembangkang.
Sementara itu, BN hanya bersandar kepada Perkara 10(1) Perlembangaan Persekutuan, bahawa adalah satu kebebasan berpersatuan kepada setiap individu.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh pada 6 Februari,2009, kerana tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar daripada parti mereka dan mengistiharkan sebagai ADUN Bebas, namun hingga kini, pihak BN belum menerima mereka sebagai ahli.
Melihat kepada dasar parti yang di Pakatan Rakyat- sungguh nyata bahawa parti DAP, PKR dan PAS mempunyai haluan masing-masing. Mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukannya untuk kemakmuran negara.
Misalnya masalah Hudud-dasar DAP dan PAS bagaikan langit dan bumi, demikian juga isu lompat parti-antara DAP dan PKR bertolak belakang.
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan koleksi kepada SETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU; dan inilah dasar mereka.
Bagaimana kah mengurus negara dengan dasar itu? rakyat kena bijak menilai, jangan kerana termakan gimik politik Pakatan, maka berstuju untuk mengubah kerajaan atas dasar cuba-cuba.
Yakinlah tindakan cuba-cuba boleh menjahanamkan negara. Semua perancangan yang membabitkan masa dan wang ringgit untuk menjadikan negara, negara maju pada tahun 2020 akan terbantut dan berkecai.
Negara boleh maju kalau ada kestabilan politik dan keamanan. Dua faktor ini ada pada negara ini, atas sebab itu, walaupun berbagai krisis melanda dunia, negara kita tidak menerima tempiasnya.
Bukti bahawa keadaan aman damai, apabila semua rakyat bebas bergerak kemana-mana round the clock tanpa apa-apa ganguan yang serius. Sambutan hari kebesaran agama seperti Hari Raya, Hari Natal dan sebagainya berlangsung secara aman damai. Malah pada hari-hari itu memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mempererat hubungan.
Bayangkan dasar kerajaan yang ada tiba-tiba bertukar kepada SETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU; dengan ungkapan itu saja terbayang bagaimana onak-onak dalam hati bersemi, menunggu untuk meletup. Dasar ini, tidak akan kemana-mana, lambat laun akan terdedah dan memporak perandakan negara. Akibatnya rakyatlah yang menderita. | Dasar Air Percuma Tidak Bijak, Bukan Bersifat Lestari - Ahli Akademik Posted: 25 Aug 2012 11:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.
Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.
"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.
Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran bahawa Malaysia tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga.
"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya.
Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.
Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di sini.
"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) pra bayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita," katanya.
Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.
"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.
Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."
"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.
Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.
"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.
"Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar," katanya.
Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai. - BERNAMA | |
THE FLYING KICK Posted: 26 Aug 2012 01:03 PM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan