Pakatan Rakyat |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 19 Jul 2012 01:54 PM PDT |
Posted: 19 Jul 2012 01:23 PM PDT Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar gembira!Melalui satu mesej di laman mikroblog Twitter milik pelakon utama filem Leftenan Adnan yang kini menyertai PAS awal bulan ini, Hairie Othman, mengatakan bahawa seorang lagi artis akan secara rasmi mengikut jejaknya malam ini. Hairie dalam twitnya kira-kira jam 3 pagi tadi mengatakan:Hairie Othman @hairieothman Esok sorang lagi rakan artis perempuan yang akan menyerahkan borang secara rasmi bersama wadah perjuangan kepada TGNA. Tunggu.. #takbir. Manakala di laman Facebook miliknya pula, Hairie memberi bayangan lebih jelas dengan mengatakan:Esok malam ceramah bersama TGNA dan Dato' Hussam Musa di Nilam Puri.. Istihar rasmi seorang lagi kawan artis perempuan bersama wadah perjuangan. #takbir Selebriti tersebut akan berceramah bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Exco kanan kerajaan negeri Husam Musa di Nilam Puri.Adalah dijangka bahawa selebriti yang dimaksudkan oleh Hairie ialah bekas pelakon drama siri kepolisan Gerak Khas, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan, 34. Abby kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam siri tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan debat yang dimulakannya sendiri.Bagaimanapun, dalam akaun Twitter miliknya, Abby masih tidak memberi sebarang maklum balas tetapi cuma membalas twit pengikutnya bahawa beliau akan hadir malam ini. Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar awa beliau akan hadir malam ini. Sekiranya perkara ini benar, tahniah buat Abby kerana memilih perjuangan Islam tanpa apa-apa paksaan walaupun teruk dihentam dan difitnah blogger Umno kununnya hanya untuk mencari suami di kalangan ahli PAS. ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan