Rabu, 11 Julai 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 11 Jul 2012 03:19 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:19 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Nasib Baik Disimpan Dalam Kereta...

Posted: 10 Jul 2012 11:00 PM PDT


"Kakak ikut abah keluar kejap , sebentar lagi mereka akan pulang.Masuklah Abang Faeez," Azura menyantuni bakal abang iparnya itu

Saat itu yang berada di rumah hanya mereka sahaja.Mereka pun berbincang - bincang sementara menunggu kepulangan Hamidah.

Seketika, Azurah telah membisikkan kepada Faeez bahwa ia mempunyai perasaan dan keinginan terhadapnya. Dia mengatakan kepada Faeez bahwa ia ingin bercinta dengannya.

"Sekaliii saja sebelum abang menikah dengan kakak saya," pujuk Azurah.

Tergamam Faeez. Dia benar - benar kaget, dan tidak mampu mengucapkan walau sepatah kata pun. Matanya hanya terbeliak dan mulutnya terlopong.

Azurah memandang tajam ke arah Faeez lalu menyambung kata, "Aku akan ke atas ke kamarku, dan jika abang mahu ikutilah aku".

Faeez semakin terpegun dan terpaku saat melihat Azurah pergi menaiki tangga. Ketika sampai di puncak tangga ia melepas celana dalamnya dan melemparkannya ke muka Faeez!

Fullamak! Terkejut biawak Faeez dibuatnya. Dia lantas berdiri sejenak, lalu berlari menuju ke pintu depan. Faeez membuka pintu depan, dan langsung berlari pantas seperti dikejar harimau menuju ke keretanya.

Tiba-tiba suatu kejutan terjadi, seluruh isi rumah itu termasuk tunangnya, Hamidah telah berdiri di luar, dan semua bertepuk tangan!

Dengan tersenyum haru , Pak Osman, bakal bapak mertua Faeez memeluk dan berkata, "Kami sangat senang bahwa kamu telah lulus ujian kecil kami, kamu ternyata laki - laki yang baik dan tidak mudah tergoda oleh pujuk rayu wanita."

Berdebar-debar macam nak terlucut jantung Faeez ketika itu sambil dalam hatinya dia berkata, "Nasib baik aku simpan kondom dalam kereta!"

Korang Berani Buat Kerja Ini?

Posted: 10 Jul 2012 04:33 PM PDT

Korang sanggup tak buat kerja macam orang ini buat? Kalau aku, korang upah banyak mana pun aku tak berani.Memang aku jenis penakut, aku terpaksa akui.Tambah pula ini bukan bidang aku.

Tulis blog pun aku tidak seberani macam Uncleseekers tu....Nak komen blog kawan-kawan pun aku berasa takut-takut - tak macam dulu-dulu kerana skang ni aku dah ajar diri aku untuk menghormati perbezaan pendapat dan meraikan kawan-kawan.

Ha! ini yang aku nak korang lihat dan cabar korang - berani tak buat kerja macam orang dalam gambar ini?

Lihatlah betapa beraninya pekerja ini melaksanakan kerja-kerja pada ketinggian yang yang sebegini. Tidak ada apa-apa pakaian keselamatan pun! Silap langkah boleh terjerebus junam ke bawah...Tabiklah sama diaorang nih!

Halamak, selamba aja orang tu menghayun langkahnya.Tengoklah papan laluan itu bukannya berpaku. Lebarnya pun tak seberapa mana... Dah tu pula terletak agak begitu jarang .... korang sanggup ke lalui dengan membawa benda berat macam tu atas kepala? Mak OOii...'tobat lahum' kata Mat Sabu!

Biaqpila

Posted: 11 Jul 2012 03:12 PM PDT

Sekumpulan 31 orang ditangkap polis kira-kira jam 4 petang ini (semalam) di depan Pejabat Menteri Besar Pahang dalam bantahan 'Occupy' sejak 1 tengahari tadi(semalam).

Tiga belas lelaki, 12 perempuan dan enam orang kanak-kanak ditahan selepas enggan berganjak selagi tidak mendapat tarikh dan masa untuk bertemu Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menyelesaikan masalah berkenaan tanah, gerai dan rumah di Cameron Highland.

Kumpulan itu dibawa ke sebuah balai polis di Kuantan, kata setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) cawangan Cameron Highland, Suresh Kumar, seorang daripada mereka yang ditahan.

"Kami ditahan selepas kami bertegas akan hanya bersurai selepas mendapat tarikh untuk bertemu menteri besar Pahang," katanya.

Menurut Suresh lagi, mereka sedang mengusahakan kehadiran peguam untuk membantu mereka pada masa ini.

NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan segeranya memberitahu antara masalah yang dihadapi kumpulan itu adalah masih tidak diberikan lesen operasi sementara (TOL) walaupun telah berkebun selama 40 tahun, tanah dirampas, permohonan tanah tidak diluluskan, perobohan kedai milik seorang ibu tunggal dan kedai dipaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

NONEMasalah-masalah tersebut juga masih belum diselesaikan walaupun mereka telah menghantar 17 surat kepada pejabat daerah Cameron, bertemu mereka sebanyak tujuh kali, menghantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan bertemu sebanyak dua kali, serta menghantar empat pucuk surat ke pejabat perdana menteri dan bertemu pegawainya sebanyak dua kali.

Kumpulan itu sebelum ini pernah merancang untuk berhimpun di Putrajaya bagi menuntut perkara yang sama tetapi membatalkannya selepas Adnan Yaakob dikatakan bersetuju bertemu mereka untuk berbincang.

Sehingga jam 8 malam ini (semalam), semua yang ditahan sudah selesai memberi keterangan kepada pegawai polis, kata Suresh Kumar.

Mereka kini bagaimanapun masih belum dibebaskan kerana polis masih menunggu arahan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Sementara itu, Bernama melaporkan ACP Mohd Jasmani berkata mereka ditahan pada jam 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.
   
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.
   
"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk.
   
Jasmani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun serta enam kanak-kanak 4 hingga 16 tahun.
   
Katanya seorang daripada mereka dikenali sebagai K. Uttaya, 23, yang dikehendaki polis kerana kes dadah mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya.
   
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan mengadakan perhimpunan haram.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut