Selasa, 10 Julai 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bicara Selebriti : 18hb Julai 2012

Posted: 09 Jul 2012 07:35 PM PDT

Himpunan Oren 2012

Posted: 09 Jul 2012 07:34 PM PDT

MOU Antara MPKB-BRI Dengan S S Microbial

Posted: 09 Jul 2012 07:29 PM PDT









Majlis menandatangani perjanjian pembangunan pusat kitar semula dan kompos antara MPKB-BRI dengan SS MICROBIAL telah disaksi oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan.

Rindu Ramadhan

Posted: 09 Jul 2012 06:53 PM PDT


Ceramah Terkini 15hb Julai 2012

Posted: 09 Jul 2012 06:52 PM PDT

Fikirkan...

Posted: 09 Jul 2012 06:27 PM PDT

DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu

Posted: 09 Jul 2012 06:24 PM PDT


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.

Bagaimanapun, beliau hanya berkata "karut semua tu".

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.

"Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja," ujarnya.

Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.

Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.

Moral: Najib umpama ‘menepuk air di dulang’

Posted: 09 Jul 2012 05:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa pemimpin yang ingin menjadi Perdana menteri Malaysia mesti bebas daripada belenggu masalah moral umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

"Kata-kata beliau itu sendiri sebenarnya membuktikan bahawa beliaulah orang yang paling tidak layak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebenarnya," kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, Najib tanpa rasa malu dan bersalah menuding kesalahan kepada orang lain dan berasakan hanya beliau sahajalah yang tiada masalah moral.

Sedangkan, ujarnya seluruh Malaysia dan dunia tahu pelbagai isu moral yang sedang terpalit di badannya, ianya bukan sahaja terhadap dirinya sahaja tetapi turut melibatkan isterinya juga.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Najib seharusnya membersihkan dahulu isu-isu dan skandal-skandal yang sedang dihadapinya.

Ujarnya, umum mengetahui bagaimana Najib terpalit dengan isu pembunuhan Altantuya dan yang terkini skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan diri beliau sendiri.

"Ketidaklayakan Najib sebagai seorang Perdana Menteri turut dipersoalkan apabila isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut sama terpalit dalam isu pembelian cincin RM24 juta," katanya.

Menurut Kamaruzaman, nyatalah Najib kini menjadi liabiti bukan sahaja kepada Umno BN tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

"Ianya turut ditambah dengan penglibatan isterinya, Rosmah. Namun harus diingat, bukan sahaja Najib yang mempunyai isu dan skandal moral, malahan pemimpin Umno BN memang terkenal dengan pelbagai isu tersebut," ujarnya.

Menurutnya, Malaysia akan punah apabila ditadbir oleh ahli keluarga yang penuh dengan pelbagai skandal dan isu moral.

"Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menolak bukan sahaja Najib, tetapi juga parti Umno BN yang kini  hari kian menjadi beban. Mengundi Umno BN bagaikan mendukung biawak yang hidup," katanya lagi.

DAP90: Politik Najis Umno - Mahfuz

Posted: 09 Jul 2012 05:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

(Keakrapan yang cuba dileraikan Umno)

"Umno terlalu terdesak kerana takut kehilangan kuasa sehingga pendakyah utama parti itu tidak merasa bersalah sedikit pun bermain politik kotor.

"Ini satu lagi politik najis Umno," kata beliau ketika menolak pembohongan Utusan Malaysia kononnya DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) parti itu didakwa oleh akhbar tersebut akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut serta dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan berkata, jumlah 90 kerusi tidak pernah timbul dalam mana-mana perbincangan.

Paling banyak, DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, kata beliau.

Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena menyifatkan pembohongan itu sebagai sebahagian dari politik perkauman Umno.

Ia akibat dari ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi kesedaran semakin ramai rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menolak Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah berputus asa sama sekali untuk mendapatkan undi dari kaum Cina terutamanya, ia kini semakin cemas apabila melihat semakin ramai orang Melayu yang menyokong PR.

"Sudah tentu Umno mendapat laporan bahawa semakin ramai orang Melayu yang sakit hati kepadanya dan tidak sabar-sabar lagi menanti pilihan raya umum untuk mengajar parti itu," kata Mahfuz sambil memberitahu peningkatan sokongan orang-orang Melayu kepada PAS dan PKR semakin konsisten.

"Jumlah kehadiran orang-orang Melayu ke majlis-majlis dan program-program kita semakin bertambah termasuk di Johor.

"Peningkatan keahlian baru PAS contohnya begitu konsisten dan tidak pernah berkurangan," katanya.

Untuk menghadapi keadaan itu, Umno mencipta pelbagai pembohongan untuk menakut-nakutkan orang Melayu kepada PR.

"Umno yang selama ini menggadai dan mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu cuba menggambarkan para pemimpin Melayu dalam PR juga akan menggadai kepentingan orang-orang Melayu seperti yang dilakukannya.

"Pencuri sentiasa menuduh orang lain pun akan mencuri seperti dia,

"Umno yang mengkhianati Melayu tak henti-henti cuba memfitnahkan PR juga akan mengkhianati Melayu seperti yang dilakukannya," kata Mahfuz (gambar).

Dalam perkembangan berkaitan, DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu.

"Karut, karut, karut!" Malaysiakini memetik Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

DAP90: Utusan pembohong - Lim Kit Siang

Posted: 09 Jul 2012 05:10 PM PDT


KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, Utusan Malaysia hari ini sah sebagai "surat khabar pembohong" dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan.

Ini ekoran laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke 13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.

Utusan yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen meliputi 40.5% jumlah kerusi parlimen, manakala PAS dan PKR akan bertanding masing-masing 66 buah kerusi  parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"I merupakan sebuah kempen jahat, anti-nasional dan tidak bertanggungjawab oleh propagandis UMNO semata-mata untuk menyemarakkan lagi kecurigaan  antara kaum bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO tewas dan barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti," kata Kit Siang dalam kenyataannya.

Menurutnya, pada minggu lalu, beliau telah menempelak taktik menakut-nakutkan rakyat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad  sendiri apabila beliau memberi amaran bahawa pengundi Cina merupakan penentu (kingmakers) keputusan pilihan raya umum ke 13.

Orang Melayu dakwa beliau dibahagikan kepada tiga bahagian kecil malah dakwanya lagi bahawa pengundi Cina pula akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

"Saya telah menjelaskan bahawa realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa pengundi Cina tidak akan menjadi penentu berdasarkan aritmetik pilihan raya," jelasnya.

Faktanya, cuma terdapat 34 buah kerusi dari 222 kerusi parlimen yang menempatkan majoriti pengundi Cina.

Malah sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi pengundi Cina, ia cuma sekadar mewakili 15 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

Lagipun, jelasnya, terdapat 55 kerusi parlimen lagi dimana pengundi Cina cuma membentuk 30 hingga 50 peratus pengundi.

Walaupun sekiranya PR mampu untuk memenangi 80 peratus undi masyarakat Cina, ia masih memerlukan antara 35 hingga 40 peratus sokongan dari komuniti lain untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut.

Secara keseluruhan ia bermaksud pengundi Cina hanya membentuk lebih 30 peratus jumlah pengundi di 89 kerusi parlimen, jelas beliau.

Malah sekiranya PR memenangi keseluruhan kerusi ini (yang mana ia memerlukan sokongan majoroti dari komuniti lain), ia hanya akan membentuk 40 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang sebenarnya tidak mencukupi untuk merangkumi majoriti kerusi parlimen.

"Sekarang, propagandis Umno telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum – yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing 66 kerusi.

"Dakwaan ini adalah dakwaan liar dan tidak berasas sama sekali," tegas beliau.

Penentuan kerusi antara parti-parti Pakatan Rakyat juga masih belum selesai sepenuhnya dan DAP pula tidak akan mempertimbangkan untuk bertanding lebih dari 60 kerusi atau kurang dari 28 peratus dari 222 kerusi parlimen.

Walaupun pembohongan yang mengatakan DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen telah ditempelak dan dinafikan sekeras-kerasnya, cerita palsu ini akan dicanang semula oleh propagandis dan pemutarbelit Umno mengunakan helah penipuan yang lain.

Ia bertujuan menakutkan pengundi Melayu dengan dakwaan bahawa DAP akan menjadi parti yang mendominasi berbanding PAS dan PKR, sehingga dakwaan mereka ke tahap memutuskan siapa yang akan menjadi Perdanan Menteri.

Bagi Kit Siang, rtakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama maupun daerah sedang berhadapan dengan ujian besar dalam sejarah negara yang melihat samada mereka  dapat membezakan pembohongan dan kepalsuan sebagai fakta seperti dipaparkan pada "akhbar pembohong" seperti Utusan Malaysia.

"Ia juga merupakan ujian kritikal kepada kita semua samada negara dan demokrasi di Malaysia telah matang apatah lagi ia telahpun melangkau usia lebih separuh abad," tambahnya.

Faktar sebenar mengenai perkara ini ialah adakah hanya kerana dengan perkara tersebut menentukan sokongan majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat, katanya.

"Tetapi apa yang membuatkan saya terfikir dari pembohongan terkini propagandis Umno ini enunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak  dan mereka semakin percaya bahawa Umno-BN boleh ditewaskan melalui peti undi pada pilihan raya umum ke 13 nanti," katanya lagi.

Ini juga, tambahnya, merupakan sebab Najib terus menunda tarikh pilihan raya umum ke 13.

Khairiah, senator wanita ke-7 lantikan PAS Kelantan

Posted: 09 Jul 2012 05:10 PM PDT




KUALA LUMPUR: Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Khairiah Mohamed, 38, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi.

Khairiah dicadangkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) yang lepas.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi kepercayaan penuh dan melantik saya sebagai senator.

"Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini akan saya tunaikan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara," jelasnya kepada pemberita di lobi parlimen.

Beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarganya dan juga Dewan Muslimat PAS negeri yang sentiasa menyokong perjuangannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keyakinan bahawa Khairiah dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Khairiah atas perlantikan sebagai senator, ini merupakan senator yang ketujuh dari muslimat sepanjang PAS memerintah Kelantan.

"Saya yakin dengan pengalaman dan latar belakang beliau miliki, Khairiah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih berkesan kepada dewan dan negara," katanya.

Khairiah sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di MPKB BRI berasal dari Kubang Kerian, kini menetap di Kampung Sabak Pengkalan Chepa.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya.

DAP 90: Utusan cuba takutkan pengundi Melayu

Posted: 09 Jul 2012 05:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan bahawa DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu.

Pendapat itu dikongsi bersama oleh Ahli Dewan Negara daripada Pakatan Rakyat ketika ditemui Harakahdaily pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Menurut Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) yang mewakili Kelantan, isu yang dimainkan itu merupakan isu lama dan ia adalah sebagai usaha sentimen untuk menakutkan rakyat negara ini terutamanya Melayu bahawa negara ini bakal diterajui oleh DAP.

"Ia lebih kepada politik untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti.

"Selain itu juga ia merupakan isu lama yang sentiasa digembar-gemburkan setiap kali tibanya pilihan raya walaupun tiada asasnya tetapi mereka tetap melakukannya," jelasnya.

Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang mewakili Pulau Pinang pula mempersoalkan dari manakah fakta itu diperolehi.

"Kita ingin tahu dari mana fakta tersebut diperolehi dan bagi saya ia adalah satu angka yang luar biasa dan mustahil.

"Kita tidak boleh main politik seperti ini dengan budaya ugut dan menakutkan pengundi dalam keadaan kita berada pada senario politik yang matang," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat perlu lebih berwaspada dalam setiap isu yang ingin dimainkan demi perpaduan kaum negara ini.

Sebelum itu, Utusan Malaysia mendakwa DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding 90 kawasan Parlimen.

Manakala PAS dan PKR pula masing-masing akan bertanding di 66 kawasan Parlimen.

Tumpu pilihan raya, usah layan Hasan Ali

Posted: 09 Jul 2012 05:03 PM PDT


SHAH ALAM: PAS Selangor meminta ahlinya supaya menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayan karenah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali yang telah terpinggir.

Tindakan Dr. Hasan mengadakan cerita kononnya akan diadakan debat di antara beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pada 11 Julai akan datang jelas menunjukkan gerakan Jati semakin hilang pedoman.

Kini Hasan Ali mahu mencari populariti melalui PAS.

Setiausaha PAS Selangor, Mohamad Khairuddin Othman (gambar) berkata PAS Selangor telah bersetuju agar Pesuruhjaya Selangor serta ahlinya tidak melayan karenah Hasan Ali.

"Tumpuan kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Mengapa Dr Hasan Ali mahu berdebat dengan kita? Jati bukan parti politik. Bukankah masalah yang ada di Selangor ini adalah masalah yang ditimbulkan dan ditinggalkan oleh beliau?" soal beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Khairuddin, Hassan telah meninggalkan masalah sewaktu diamanahkan menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dulu ketika mempunyai ruang sebesar-besarnya untuk berjuang.

Tegas Khairuddin lagi, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik dari zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

Sehubungan itu, PAS Selangor bersama-sama dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) memutuskan bersama agar tidak melayan karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana beliau pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan tetapi gagal.

Ada pemimpin Umno seperti Tuan Guru Nik Aziz?

Posted: 09 Jul 2012 04:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Soalnya, adakah pemimpin lain yang bersifat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kalangan Umno BN?" tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor (gambar).

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap rakyat Kelantan taksub kepada kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga menjangkakan BN sukar memerintah Kelantan selagi ada insan bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"DPPM menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad seakan menghina rakyat Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rakyat Kelantan dianggap tidak rasional sehingga sanggup taksub tidak tentu pasal terhadap kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja ucapan daripada beliau.

Hakikatnya, kata Riduan rakyat Kelantan tidak seperti yang ditanggapi oleh Tun Dr Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air.

Beliau berkata Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih.

Jelasnya lagi, rakyat Kelantan sebenarnya amat kasih dan sayang kepada kepemimpinan Tuan Guru yang zuhud, sederhana, amanah, lemah lembut dan warak itu.

Katanya, Tuan Guru adalah ulama yang dalam masa yang sama menjadi pemimpin umat.

"Watak dan keperibadian beliau yang tinggi bukan dibuat-buat, sebaliknya ia adalah watak beliau secara tersendiri yang bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau.

"Tidak terdengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan beliau, mementingkan kroni, mengkayakan beliau dan keluarganya, jauh sekali dari mengambil rasuah," katanya lagi.

Menurut Riduan, rumah yang diduduki Tuan Guru adalah sama sebelum menjadi Menteri Besar sehingga kini, tiada pengawal keselamatan yang menjaga setiap saat rumah beliau itu.

Malah, ujarnya Tuan Guru juga tidak kekok makan minum dan bermesra dengan rakyat di mana sahaja, makan nasi bungkus di gerai atau di kedai biasa, berjalan tanpa pengawal pengiring, dan tidur di mana sahaja beliau ditempatkan.

Kata Riduan lagi, MB Kelantan juga sanggup menginfakkan sebahagian dari pendapatan beliau kepada rakyat dan kerajaan Kelantan.

"Beliau juga tidak menetap di kediaman rasminya dengan memilih kediaman sendirinya. Lebih dari itu, setiap pagi Jumaat beliau memimpin kuliah Ilmu di Kota Bharu sehingga menjadi ikutan ribuan pendengar untuk hadir," katanya.

Dengan kehidupan sedemikian, kata Riduan itulah rakyat menyayangi beliau.

"DPPM meyakini, jika watak Tuan Guru sama seperti pemimpin Umno BN yang lainnya, beliau bukan setakat dicemuh, malah ditolak oleh rakyat Kelantan.

"Andai kata beliau lebih mengutamakan keluarga, sanak saudara, kehidupan beliau yang mewah serta bersifat angkuh terhadap rakyat, sudah lama Kelantan akan bertukar ganti dengan pemimpin lainnya dan PAS pula akan ditolak jauh ke tepi," ujarnya lagi.

Sebaliknya pula, kata beliau jika ada pemimpin Umno yang bersifat sama seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah pasti rakyat akan mengasihi pemimpin tersebut dan akan dijamin untuk terus kekal memerintah negeri atau negara.

Tiada ulasan:

Pengikut