Isnin, 18 Jun 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Belum Bersih

Posted: 26 May 2011 07:42 AM PDT

via PAS Kawasan Bera by Admin Blog PAS Bera on 5/26/11


Perhimpunan BERSIH pada 2007. - Google.

Imbas kembali Sabtu 10 November 2007 di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. "Gelombang Kuning" yang dicetuskan oleh BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) berjaya mengumpulkan lebih 100,000 pencinta demokrasi dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama berarak ke Istana Negara menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang adil.

Empat tuntutan utama NGO tersebut pada ketika itu ialah:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Bagai menjirus air ke daun keladi, mesej yang cuba disampaikan oleh gabungan NGO ini tidak dipedulikan.

Sebagai kesinambungannya, BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia pada 9 Julai 2011 nanti.

"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

BERSIH 2.0 menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Rakyat Malaysia sememangnya prihatin akan perihal keBERSIHan. Pilihan raya juga perlu BERSIH agar perjalanan demokrasi dan pemerintahan negara berjalan dengan adil dan lancar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Jom BERSIH 2.0!

GAMBAR SEKITAR LAWATAN HARIAN PAS PUSAT KE KEDAH (LAWATAN KE LADANG TANAMAN NENAS KEDAH AGRO)

Posted: 20 May 2011 10:06 PM PDT



























Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 11 May 2011 09:10 AM PDT


http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1020.jpgALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini.

Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah.

Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1014.jpgPada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai.

Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_0962.jpgPada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang.

Tiada ulasan:

Pengikut