Isnin, 18 Jun 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 18 Jun 2012 07:09 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya

Posted: 17 Jun 2012 11:43 AM PDT

TANJUNG KARANG, 18 JUN - Hampir 300 penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya yang hadir majlis ceramah Agama yang berlangsung di perkarangan Dewan Orang Ramai Seri Tiram Jaya sempena Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya disini, malam kelmarin.

Karnival turut dihadiri oleh Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, untuk bersama-sama penduduk dikampung mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj Ali Jaafar, Imam Masjid Kampung Seri Tiram Jaya dan bertahlil bersama.

Datuk Seri Hj Noh, yang dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat dan menjadi contoh terbaik kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Ini dapat dilihat apabila beliau turut bersama-sama orang ramai yang hadir menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengajur sejurus selepas majlis ceramah dan tahlil selesai.

Datuk Seri Noh Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia

Posted: 17 Jun 2012 10:00 AM PDT

TANJUNG KARANG, 17 JUN - Lebih 1000 yang hadir di program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia menunjukkan sokongan padu terhadap Datuk Seri Noh.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, disambut oleh semua masyarakat Cina ketika hadir di jamuan makan program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia. Turut hadir di program tersebut YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, disini, malam tadi.

Datuk Seri Noh turut menyampaikan sumbangan RM20 ribu kepada persatuan kebajikan masyarakat di kampung itu bagi menjalankan aktiviti mereka dalam menjaga kebajikan serta menjalankan aktiviti bagi masyarakat Cina disitu.

SJK(C) Tanjung Karang Dapat Perhatian Datuk Seri Noh

Posted: 17 Jun 2012 07:24 AM PDT

TANJUNG KARANG, 17 JUN - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, menyampaikan anugerah pelajar cemerlang PMR, SPM dan UPSR tahun 2011 serta memberi wang bantuan seratus ringgit kepada Ibu Bapa yang mempunyai anak memasuki Tahun Satu pada tahun ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-40 Tahun 2012, yang berlangsung disini, pada Jumaat malam 15 Jun.

Sebelum itu, Datuk Seri Hj Noh dalam ucapanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu kepada tabung PIBG sekolah SJKC Tanjung Karang ini, berdasarkan peningkatan pencapaian cemerlang oleh pelajarnya.

RIDHUAN TEE

Posted: 18 Jun 2012 03:49 AM PDT

RIDHUAN TEE


Agenda ultra kiasu melalui makanan dan hiburan

Posted: 17 Jun 2012 07:21 AM PDT


(Sinar Harian 18 Jun 2012)

Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan, kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.

Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan, telah berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi, kaki katak dan sebagainya dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini. Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.

Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka, berbagai strategi digunakan, termasuk memperalatkan atau memberi nama-nama berbunyi Melayu (Islam), mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia) dan sebagainya. Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan. Pada mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja-pekerja umat Islam sudah hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, kerana semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.

Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak telah dibeli mereka. Mereka masih mengekalkan nama-nama berunsur keMelayuan dan keIslaman untuk menarik pelanggan. Sedangkan makanan yang disaji belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan orang asli, untuk mendapatkan lesen, tanah dan sebagainya. Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu, saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.   

Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadang kala saya merasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat. Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.

Contohnya, kopitiam kopi putih bandar lama, masih ramai orang Islam yang makan di situ tanpa segan silu. Kopi putihnya tidaklah seberapa. Beli sahaja dikedai, minum di rumah bersama keluarga. Bukankah lebih baik? Kebetulan terbaca artikel Dr. Mark Hyman (7 Jan 2011), seorang pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.

Kita selalu mengadu tidak banyak masa untuk memasak. Tetapi penyelidikan di Amerika membuktikan bahawa banyak masa dihabis dengan menonton rancangan memasak daripada memasak  untuk diri sendiri dan keluarga. Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan,  kita sedang mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan tidak tahu memasak. Katanya lagi, I believe the most important and the most powerful tool you have to change your health and the world is your fork.

Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan yang cukup bersama keluarga lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan kekeluargaan lebih akrab. Selain itu, penyelidikan menunjukkan 42 peratus kurang berkemungkinan untuk minum arak, 50 peratus kurang merokok atau mengambil ganja, 66 peratus kurang merokok.

Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk dengan buah-buahan tempatan dan makanan segar  dan mengurang makanan manis dan berlemak.

Makan di rumah sebenarnya amat dituntut oleh Islam, kerana di situ ada keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat itu. Masalahnya kita tidak mahu lihat keberkatan itu. Kita lebih melihat glamour. Kita telah terperangkap dengan agenda ultra kiasu. Akhirnya hati menjadi hitam.

Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam. Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was. Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain. Ini tidak, saudara sendiri, entah ke mana. Bab orang lain begitu beriya-iya. Siapa yang salah sebenarnya? Kita juga. Kita tidak mempercayai sesama sendiri. Kita lebih mempercayai orang lain.

Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu, ramuan yang haram dan sebagainya. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa yang melindunginya. Kita akan menyesalkan suatu hari nanti.

Ingatlah, pengusaha makanan ultra kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang Islam. Penternak ayam ultra kiasu sanggup menurunkan harga ayam di bawah paras siling agar penternak ayam Islam mengalami kerugian dan tidak berupaya bersaing. Namun, apabila pengeluaran ayam berlebihan, penternak ayam ultra kiasu sanggup membakar anak-anak ayam hidup-hidup demi untuk mengawal harga.

Hari ini, ultra kiasu melancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC (disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar) dan juga kempen memboikot roti Gardenia. Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu. Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan. Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antara bangsa yang akan berlangsung 16 Jun ini.  Semua sponsor konsert tersebut  terdiri dari syarikat Islam. Yang peliknya event managementnya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam. Persoalan saya, tidak adakah orang Islam professional yang boleh menjadi event management, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu?

bumiyang

Posted: 18 Jun 2012 03:12 AM PDT

Politik Harian

Posted: 18 Jun 2012 03:05 AM PDT

Politik Harian


Haji Hadi Kena Minta Fatwa Tentang 'Dosa' Dari Mat Sabu

Posted: 17 Jun 2012 11:58 PM PDT


Selepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkisah tentang spekulasi pilihanraya pada musim Haji,Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang pula tampil dengan kenyataan yang panjang lebar.

Pada kenyataan yang dihantar pada media petang Sabtu itu beliau antara lain seperti biasa hendak tunjuk bagaimana pakatan pembangkang akan jaga hak rakyat jika duduk di Putrajaya.

Katanya PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.

Haji Hadi juga hendak gambarkan bagaimana jahilnya orang UMNO dan mereka yang membuat kenyataan menentang desakan PAS agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.

Sebelum ini seluruh pimpinan PAS termasuk juga Musyridul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat bersuara senada mahu mereka yang berkepentingan yakni bakal calon dan jentera parti menangguhkan tunai Haji.

Kata Presiden PAS itu parti pimpinannya tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan.

Seperti juga Tuan Ibrahim,kenyataan Haji Hadi diselitkan dengan berbagai hujah keagamaan.Maksudnya kalau tidak dipenuhi tuntutan PAS maka ' berdosa ' seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.

Sebelum pergi lebih jauh rasanya Haji Hadi dan Tuan Ibrahim kena minta fatwa dari Mat Sabu terlebih dahulu apakah ' berdosa' bagi seseorang lelaki menelefon isteri orang untuk bercengkerama mengenai soal seks antara mereka berdua.

Ini merujuk kepada penyebaran rakaman perbualan telefon antara Mat Sabu dengan isteri orang, Normah yang menjadi isu yang cuba dipendam oleh PAS hingga ke hari ini.

Kata orang kalau maruah orang nombor dua dalam parti itu 'amat dicurigai' apa hendak sembang panjang-panjang macam awak itu hulubalang penjaga kesucian Islam.

Ini belum masuk lagi bab dakwaan moral selekeh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diangkat menjadi ' imam' pakatan pembangkang.

PAS dikatakan tidak pernah berani mahu mendesak dicari kebenaran dalam dua isu besar kerana bimbang senario politik pakatan pembangkang akan jadi kelam kabut.

Ada yang bertanya kalau awak itu parti yang memperjuangkan agama seperti digembar gemburkan mengapa bertindak memilih dalam soal mencari kebenaran.

PAS boleh turun padang menyertai Datuk S Ambiga,yang diketahui peguam yang membela orang murtad - konon hendak mencari kebenaran dan kebersihan dalam soal pilihanraya.

Apakah mereka tidak merasa perlu soal maruah dan imej orang nombor dua PAS dan ketua pakatan pembangkang ' bersih' juga.

Makanya Haji Hadi maupun Tuan Ibrahim jangan marah jika ramai yang merasakan desakan agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak diadakan musim Haji semata-mata diselubungi oleh motif politik.

Bagaimana pula tentang nasib ribuan rakyat di Kelantan yang selama PAS memerintah negeri itu lebih 20 tahun terpaksa hidup bergelumang dengan air paip yang kotor.

Apakah ' air bersih' bukan menjadi satu perjuangan Islam bagi PAS.Bukan setahun atau dua tahun tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya.

PAS kini hidup diawang-awangan dibuai mimpi yang dilakarkan oleh Anwar tanpa merasa berbagai hipokrasinya semakin terserlah.

Dalam isu spekulasi PAS pasal pilihanraya di musim Haji....soalnya apakah PAS pasti ia akan diadakan pada musim Haji?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menilai desakan PAS itu tidak wajar berkata...'entah-entah selepas musim Haji pun belum tentu ada pilihanraya'.

Sekalipun tidak perlu disebut kerana ia menjadi hak ekslusif Perdana Menteri menentukan tarikh pilihanraya ....namun ramai yakin soal pilihanraya pada musim Haji tidak akan berbangkit.

Namun PAS melihat ini semua satu peluang untuk mengunakan sentimen keagamaan itu untuk mencetuskan kekeliruan dan rasa marah orangramai pada kerajaan.

Maka seperti juga slogan mengarutnya ' undi PAS masuk syurga' PAS merasa ia sudah berhak meletakan dosa kepada Perdana Menteri kerana tidak ikut kehendaknya.

Hebat PAS...apakah PAS pernah peduli kalau ia tidak ikut tuntutan orang lain?

Apa kata jika nanti betul pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji...apakah PAS hendak mengaku ia berdosa mencetuskan prasangka buruk tidak tentu pasal.

Semua orang tahu PAS mana pernah merasa ia bersalah kerana ia parti bertunjangkan agama.

Atas sebab itu baik Haji Hadi,Tuan Ibrahim dan juga Nik Aziz perlu lebih merenung diri.

Cakap sahaja bab politik dan agama...tetapi apa yang nampak politiknya lebih kedepan.

Mat Sabu tentu tersenyum riang dapat menuduh orang itu dosa dan orang ini dosa.

Normah bagaimana Bang Mat ? Rakaman suara seksi abang Mat itu masih terus popular di Youtube.- Agendadaily

Khairy Jamaluddin - Tarik Sokongan Belia Bandar

Posted: 17 Jun 2012 08:39 PM PDT



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggiatkan usaha untuk menarik sokongan dan keyakinan generasi muda di kawasan bandar supaya mereka dapat bersama-sama untuk menyokong setiap aspirasi kerajaan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha menarik lebih ramai generasi muda di kawasan bandar untuk bersama-sama dengan BN adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memastikan parti itu terus kekal memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, BN tidak mahu lagi menjadi jaguh kampung yang hanya popular dalam kalangan pengundi muda luar bandar tetapi gagal menarik sokongan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

"Selama ini kawasan luar bandar cukup dikenali sebagai kubu kuat BN kerana sokongan mereka kepada BN sentiasa kuat tetapi kita juga mahu generasi muda di kawasan bandar turut sama memberi sokongan padu kepada BN.

"Ia penting kerana kita akan menuju ke arah negara maju yang lebih 70 peratus penduduknya tinggal di kawasan bandar dan sekiranya BN gagal mendapat sokongan mereka, ia akan memberi impak tidak baik kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda PPP di Kelab Golf Kota Permai di sini sini hari ini.

Hadir sama ialah Presiden PPP, Datuk M. Kayveas; Timbalan Presiden PPP, Datuk Maglin De Cruz dan Ketua Pemuda PPP, Harridz Mohan dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN, Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, untuk menjayakan program itu, pihaknya telah melancarkan program BN Youth Volunteers (BNYV) baru-baru ini.

Melalui program itu, katanya, pelbagai aktiviti santai bagi menarik pengundi muda khususnya di kawasan bandar akan diadakan seperti pengedaran risalah penerangan mengenai dasar kerajaan di lokasi yang terdapat ramai orang muda seperti di pasar raya.

"BNYV adalah program sukarela dan ia melibatkan generasi muda yang berminat untuk bersama-sama membantu BN secara sukarela," katanya. -Utusan

Sahabat-Gunung

Posted: 18 Jun 2012 01:39 AM PDT

Sahabat-Gunung


PR Boleh Menang Lepas Imej SPR Dirosakkan

Posted: 17 Jun 2012 08:36 PM PDT


Menuduh Suruhanjaya Pilihanraya tidak telus dan berat sebelah, namun dalam masa yang sama yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi parlimen pada PRU13 ini menggambarkan sikap pemimpin-pemimpin pakatan dikelilingi dengan sikap hipokrit.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit berkata, hakikatnya amalan matlamat menghalalkan cara telah manjadi darah daging mereka

"Kemenangan di 105 kerusi Parlimen sebagaimana yang  dicanangkan tu hanya mungkin menjadi kenyataan jika imej institusi kerajaan persekutuan di mata awam termasuk SPR berjaya dirosak dan dicabuli.

Mereka tahu majoriti rakyat akan tetap mengundi dan memperakui keputusan pilihanraya yang dikeluarkn oleh SPR, walau macammana pun mereka tetap menyalah dan memburukkan SPR," ujarnya mengulas keyakinan Rafizi Ramli bahawa pakatan mampu menang 105 kerusi parlimen baru-baru ini.

Tambahnya, mereka sanggup buat dan kata apa sahaja untuk menang walaupun caranya tidak betul dan mencabuli hak org lain.

"Berkuasa di lima negeri dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat hasil daripada PRU12, sangat-sangat menyeronokkan mereka, apatah lagi apabila dapat menggunakan kuasa yang ada dengan sewenang-wenangnya,

Contohnya, jual harta-harta negeri untuk dapatkan hasil mudah, harta-harta negeri yang diusahakan oleh kerajaan BN terdahulu, bukankah harta-harta itu hakmilik rakyat selangor? Kalau begini cara mengurus negeri, seperti mengurus syarikat perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata," ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor.  

PANEH MIANG

Posted: 18 Jun 2012 01:25 AM PDT

PANEH MIANG


Pas sampai bila-bila pun takkan jadi dominan...

Posted: 17 Jun 2012 08:11 PM PDT

Berikut adalah fakta mengenai Pas yang disorok pemimpin mereka daripada pengetahuan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama;

1. Sejak PRU Pertama 1955, Pas tidak pernah bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoriti mudah. Dan semua harus maklum, untuk sesebuah parti memerintah negara ini, mereka perlu memenangi lebih separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

2. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah PRU-12 pada 2008, jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh Pas secara puratanya ialah 60+ kerusi.

3. Paling tinggi Pas pernah bertanding kerusi parlimen ialah pada PRU-11 tahun 2004 iaitu sebanyak 85 kerusi, tetapi Pas kembali mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada PRU-12 yang lalu dengan hanya 66 kerusi parlimen, semata-mata kerana ingin memberi laluan kepada PkR untuk menambah bilangan kerusi.

4. Khabarnya pada PRU-13 akan datang, Pas sekali lagi akan mengurangkan jumlah kerusi parlimen yang ditandinginya kepada 63 kerusi kerana ingin memberi laluan pula kepada calon Melayu parti DAP.

5. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah yang terbaru PRU-12, DAP sentiasa menambah bilangan kerusi parlimen yang mereka tandingi.

6. Persoalan ramai ialah, jika Pas tidak pernah sekalipun bertanding kerusi parlimen melebihi majoriti mudah, jadi bagaimana Pas boleh menipu kononnya akan  melaksanakan dasar-dasar Islam ala Pas di negara ini?

7. Dan persoalan utama, bagaimana Pas boleh menjadi parti dominan dikalangan Komplot Pembangkang sedangkan kerusi yang PkR tandingi lebih banyak daripada Pas.

8. Di PRU-12, PkR bertanding 97 kerusi parlimen yang menjadikan PkR lebih dominan berbanding Pas walaupun ahli PkR sendiri lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Adakah Pas lebih yakin pada PkR untuk laksanakan dasar-dasar Islam?

9. UMNO pula sejak PRU-4 sentiasa memastikan parti mereka dominan dalam Barisan Nasional dengan bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoiti mudah berbanding parti-parti komponen dalam BN.

Adakah Pas selama ini memang berniat menipu rakyat yang kononnya akan laksana dasar Islam jika berjaya memerintah Malaysia; sedangkan Pas tidak pernah pun bertanding kerusi parlimen lebih darpada majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan, apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam Komplot Pembangkang?

Selamanyalah Pas kekal sebagai BALACI DAP dan PkR.

Taipingmali (tm)

Posted: 18 Jun 2012 01:12 AM PDT

Taipingmali (tm)


Demo oleh pengusaha lori pasir di RR Tapah.

Posted: 17 Jun 2012 10:16 PM PDT

Pagi tadi, lebih 300 buah lori 18 - 22 tayar yang berat muatan 60 hingga 70 tan telah mengadakan satu demonstrasi terancang bagi membantah usaha kerajaan negeri Perak tidak membenarkan mereka mengangkut keluar pasir dari Perak ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan negeri lain.

Pejabat Tanah dan Galian dalam surat edarannya bertarikh 5 Jun 2012 hanya membenarkan lori 4 hingga 14 tayar( 4 doket) sahaja untuk kerja-kerja pengangkutan.

Demo terancang ini dilakukan oleh beberapa syarikat pengusaha pasir dari Lembah Kelang.

Menurut pekeliling tersebut , mesyuarat kerajaan pada 23 Mei 2012 telah memutuskan seperti berikut:-

1. Menghadkan penggunaan lori 14 tayar bagi mengangkut batuan pasir dan mineral lain (pasir silika)

2. Jabatan Mineral dan Geosains diminta membuat kajian berhubung jumlah deposit bahan batuan (pasir lombong) dan bahan mineral (pasir silika) yang ada di negeri Perak dan

3. Masalah penerokaan haram diatas tanah kerajaan yang diluluskan permit 4C, hendaklah diselesaikan oleh pegawai tanah dan sekiranya gagal, pegawai tanah perlu menyediakan kertas mesyuarat bagi mendapatkan pertimbangan syarat.

Semasa membuat tinjauan demo terancang tadi didapati salah seorang taiko besar sedang berbual dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Pejabat Tanah dan Galian Perak.

Mereka menuntut agar menteri besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry membantu mereka. Ada antara mereka melaungkan slogan rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pakatan Haram nak jadi Spy Mat Bond

Posted: 17 Jun 2012 09:51 AM PDT


Allah maha kaya. niat buruk pakatan haram tidak menjadi. Berita ini agak mengejutkan juga lah, ia berlaku  dalam program "Janji ditepati" di ADTEC di Kamunting Raya Taiping. Menjadi sedikit gempar apabila sebuah helikopter RC telah jatuh dalam kawasan perhimpunan TPM.

Menurut rakan yang pergi ke majlis tersebut menceritakan helikopter yang lengkap dengan kamera perakam video telah jatuh dan tidak ada sesiapapun yang mengaku pemiliknya. Difaham heli RC tersebut telah diambil oleh pihak polis untuk siasatan.

Sah lah bahawa pihak pakatan haram adalah pemilik heli RC tersebut yang bertujuan untuk membuat tinjauan  tentang kehadiran orang ramai.

Allah maha kaya , niat jahat mereka tidak kesampaian. Kalau berani kenapa tidak datang ambil atau pergi tuntut di balai polis.

Dalam blog Pas mereka tukar tajuk seolah-olah pihak Umno yang menggunakan heli RC untuk membuat rakaman gambar.

Kini helikopter mini yang membawa kamera untuk rakam program pula jatuh berkecai…
Ini petanda UMNO memang nak jatuh. Kehadiran TPM umun tadi hanya 70ribu saja…. Apa barang 70ribu kalau disediakan beratus bas…himpunan hijau kat Bagan Serai semalam telah mengatasi kehadiran program UMNO.

Pakatan Haram risau benar nampaknya, hehehehe..

sekupangdua

Posted: 17 Jun 2012 11:41 PM PDT

sekupangdua


LIPUTAN PENUH SEMASA CERAMAH YB ZULKIFLI NORDIN

Posted: 17 Jun 2012 09:14 PM PDT



KAN TEMAN DAH CAKAP, KALAU DEMA BUAT CERAMAH CACI MAKI, FITNAH, CARUT, HINA DAN MACAM-MACAM LAGI... BOLEH LER PULAK, TAPI BILA ADA PEMBONGKARAN YANG BENAR TETIBA PULAK DEMA YANG KECUT DAN TAKUT, KALAU DAH MACAM NI NAMPAK SANGAT NO BALLS...

Belantan

Posted: 17 Jun 2012 11:40 PM PDT

Belantan


Nasihat Kepada MB Khalid, Jangan Gadai Masa Depan Belia?

Posted: 17 Jun 2012 07:13 PM PDT




Desakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat adalah tepat kerana kepimpinan beliau dilihat telah mengkhianati rakyat terutama berkaitan isu pendidikan.

Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Negeri Selangor, Mohd Zaini Taha berkata, Abdul Khalid sepatutnya bersuara dan mempertahankan agenda pendidikan bukannya mengkhianatinya demi kepentingan politik mereka.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dilihat hanya mementingkan projek komersial daripada pendidikan rakyat terutama luar bandar.

"Tindakan Kerajaan Negeri cuba merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, menolak pembinaan Kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah dan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dilihat sebagai tindakan kurang bijak kerana membunuh masa depan anak bangsa sendiri.

"Selama ini badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan badan gabungan belia banyak mendiamkan diri, tetapi jangan cabar kami untuk bersikap biadap dalam mempertahankan nasib masa depan golongan belia," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh Sabtu lalu yang menyifatkan dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mohd Zaini berharap, golongan belia perlu membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan Kerajaan Negeri yang tepat yang memperjuangkan nasib mereka pada pilihan raya umum akan datang kerana masa depan belia bergantung di tangan mereka.



"Andai tersalah membuat pertimbangan dan tindakan, sudah pasti akan merugikan masa depan golongan belia.

"Selaku pemimpin belia dan masa depan sudah pastinya kami tidak sanggup melihat masa depan anak bangsa kami dicabuli sesuka hati oleh petualang bangsa demi kepentingan politik peribadi," katanya.

Sementara itu Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, tindakan Kerajaan Negeri mempolitikkan isu pendidikan di negeri ini membuktikan penganiayaan kepada rakyat sekali gus bertentangan dengan konsep Negara Berkebajikan.

"Kami yakin, semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan mana-mana pihak mengaut keuntungan peribadi, malah alasan yang diberikan sekadar untuk mengaburi rakyat.

"Ini membuktikan Kerajaan Selangor tidak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana hendak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan," katanya.

Dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) katanya, terbukti telah membuka pekung 'membuka pekung' pakatan pembangkang di mana mereka beluam benar-benar bersedia untuk melaksanakan pendidikan percuma seperti yang dilaungkan sebelum ini.

"Ia jelas memperlihatkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang hanya membuat janji dan omong-omong kosong kerana gagal merealisasikan pendidikan percuma," katanya.-SH

Suara Politik
Taminsari

Krisis air Selangor : Realiti atau retorik MB Khalid?

Posted: 17 Jun 2012 07:08 AM PDT



Penduduk di Lembah Klang terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung kepada 33 loji rawatan yang beroperasi untuk membekalkan air di ketiga-tiga kawasan ini. Dalam konteks ini, peranan yang perlu dimainkan oleh pengendali loji rawatan air seperti Puncak Niaga, Splash dan Konsortium Abass menjadi semakin mencabar bagi memastikan pengeluaran loji-loji mereka mencukupi untuk membekalkan air kepada 7 juta pengguna. Kebanyakan loji rawatan air utama yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuknya.

Misalnya loji rawatan air Sungai Langat yang reka bentuk kapasitinya adalah 386 juta liter sehari (JLH) beroperasi 447.42 JLH iaitu melebihi 15.9 peratus (%) daripada keupayaan sebenarnya. Demikian juga dengan loji rawatan air Sungai Semenyih yang kapasiti reka bentuknya 546 JLH telah beroperasi pada tahap 665.92 JLH iaitu melebihi 22%.

Semua ini berikutan pertambahan permintaan air yang meningkat pada kadar 3.5% setiap tahun. Jika keadaan ini berterusan tanpa penaiktarafan atau penyelenggaraan yang rapi, dikhuatiri loji-loji ini akan mengalami tekanan akibat beban pengeluaran dan boleh menyebabkan ia rosak pada peringkat-peringkat tertentu dan seterusnya mengakibatkan bekalan air terputus.

Pertambahan jumlah penduduk, pembangunan kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian baru dan sebagainya banyak menyumbang ke arah itu. Situasi ini jelas menunjukkan jumlah bekalan air bersih yang semakin banyak diperlukan untuk menampung keperluan yang meningkat ini.

Dalam hal ini, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan bekalan air kepada pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Syabas sudah pasti berhadapan tekanan yang bukan sedikit untuk mencapai tahap perkhidmatannya yang terbaik kepada pengguna disebabkan kekangan tersebut.

Hari ini, jumlah permintaan air terawat adalah sebanyak 4,219 JLH atau hampir sama dengan jumlah yang mampu dibekalkan, iaitu 4,326 JLH. Ini menjadikan kapasiti rezab hanya pada kadar 2.47%. Dengan pembangunan yang telah dijangkakan, kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan air pada 2014 tidak dapat dinafikan.


Senario ini membawa kepada keadaan di mana sesetengah kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami kekurangan bekalan air bersih terutamanya apabila berlaku sebarang gangguan kepada bekalan ataupun semasa penggunaan puncak.

Beberapa kawasan dikenal pasti sebagai kawasan water stress terutama yang terletak di lokasi berpenduduk padat. Walaupun bekalan air disalurkan ke kawasan ini dengan kapasiti sedia ada sepenuhnya, tetapi keseluruhannya digunakan bagi memenuhi permintaan harian.

Walaupun kebanyakan loji rawatan beroperasi melepasi kapasiti reka bentuknya, tetapi masih ada loji rawatan yang beroperasi di bawah kapasiti sebenar. Sebagai contoh, loji rawatan air Sungai Rasa yang berkapasiti 250 JLH hanya beroperasi ditahap pengeluaran 138.71 JLH sahaja. Walaupun pengeluaran loji ini boleh dipertingkatkan namun loji rawatan ini tidak dapat membantu membekalkan air ke kawasan water stress disebabkan tiada jajaran paip untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan tersebut.

Ironinya, loji rawatan air Sungai Rasa ini terletak di utara Selangor sementelahan kebanyakan kawasan water stress terletak di kawasan Lembah Klang dan selatan Selangor. Justeru sistem rangkaian agihan paip perlu dinaik taraf. Pun begitu kelulusan pihak berkuasa perlu ada untuk kerja kerja ini dilakukan oleh pembekal air, terutama sekali apabila Perbelanjaan Modal (CAPEX) masih dibekukan sehingga kini.

Kesan kepada pembangunan

Kita sedia maklum bahawa negara sedang menjalani proses transformasi di mana usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan Malaysia mengalami arus pembangunan mapan dan terancang. Namun usaha-usaha ke arah pembangunan secara fizikal, termasuk penarikan pelaburan asing hingga ke arah memastikan tahap kehidupan yang berkualiti tidak akan terkesan jika kemudahan sepenting air tidak boleh disediakan.

Berdasarkan tiga faktor utama yang dinyatakan, kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa krisis bekalan air boleh berlaku malah kesannya telah dirasai di Lembah Klang. Awal tahun ini satu gelombang krisis air peringkat pertama melibatkan empat daerah telah berlaku melibatkan Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan sebahagian Petaling sehingga beberapa hari akibat penyusutan kolam-kolam perkhidmatan dalam tempuh yang singkat akibat kadar penggunaan tinggi.


Dalam situasi tersebut walaupun loji-loji rawatan telah meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum, namun peningkatan paras kolam amat perlahan. Situasi ini telah memberikan kesan secara langsung terhadap projek projek pembangunan baru. Akibat senario tersebut, dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012, sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan oleh Syabas berikutan bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia ada.

Pada masa ini kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur, Petaling dan Klang sering menghadapi masalah kekurangan air atau tekanan rendah kerana kawasan-kawasan ini dibanjiri industri dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.

Bayangkan sekiranya situasi ini berterusan sudah pasti segala perancangan pembangunan akan terencat dan memberi implikasi bukan sedikit kepada sosioekonomi di negara ini. Apatah lagi Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan hab ekonomi negara ini. Apa yang dikhuatiri pengguna yang terpaksa berdepan dengan masalah ini sekiranya tiada tindakan proaktif diambil.

Bila situasi ini terjadi, apakah negara ini masih gah sebagai destinasi pelaburan terulung? Apakah kualiti hidup yang diuar-uarkan masih relevan dan realiti? Apakah Malaysia yang mempunyai pelbagai pencapaian di pentas dunia masih tergapai-gapai mengendalikan isu keperluan asas?

Selepas gelombang pertama krisis dirasai pada awal tahun ini, gelombang kedua krisis bekalan air di kawasan-kawasan yang tersenarai telahpun berlaku dan ini boleh lebih memudaratkan jika projek projek pembangunan di kawasan-kawasan tersebut diteruskan. Maka tindakan tidak meluluskan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut merupakan satu tindakan perlu untuk memastikan bekalan air yang berterusan.

Langkah penyelesaian

Mengatasi situasi seperti ini memerlukan komitmen semua pihak dan masing-masing perlu memainkan peranan dengan berkesan. Ia berbalik kepada pengurusan bekalan air secara pendekatan holistik. Sumber air perlu dikawal daripada pencemaran selain memastikan ia mencukupi tanpa bergantung semata-mata kepada faktor cuaca.


Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Lembaga Urus Air Selangor, pengendali loji dan Syabas semata-mata. Lebih daripada itu ialah sikap orang ramai yang perlu menjaga sungai daripada pencemaran. Ini penting untuk menjamin kelangsungannya.

Selain itu peningkatan kapasiti pengeluaran air terawat perlu dilakukan dengan menaik taraf segala infrastruktur pembekalan air termasuk loji loji rawatan dan sistem agihan iaitu jajaran paip dan connectivity.

Penambahan loji rawatan adalah antara usaha berkesan yang perlu disegerakan termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua yang masih tertangguh pembinaannya. Semua usaha usaha ini melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa sama ada Kerajaan Pusat mahupun negeri.

Dalam konteks ini, penyelesaian segera isu isu yang masih tertangguh termasuk penstrukturan semula industri air di Selangor wajar diberi perhatian serius. Sehingga persefahaman dan persetujuan di antara kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat dicapai dan dimuktamadkan, situasi pembekalan air di negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya dikhuatiri akan terus terbelenggu.

Justeru, sempena dengan hari air sedunia yang disambut diseluruh dunia baru-baru ini, kita berharap satu titik pertemuan yang positif dapat capai antara kedua-dua pihak bagi memastikan masalah yang membelenggu industri bekalan air ini dapat dirungkai.

Apa yang penting, teras paling utama terhadap usaha ini perlu difokuskan kepada hak manusia terhadap air bersih dan kesinambungan kehidupan berkualiti. Sebagaimana air dilihat sebagai penyambung kehidupan, begitulah juga usaha untuk mengekalkannya.

Suara Politik
Taminsari

Isu Air Selangor : MB Khalid Semakin Panik - Tuduh Pusat Langgar Undang-Undang Pulak?

Posted: 17 Jun 2012 01:12 AM PDT




Setelah Forum Air Selangor dilihat gagal mencari 'jalan penyelesaian' baru-baru ini, bagi menutup kegagalan tersebut Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan pula campur tangan Kerajaan Persekutuan yang menidakkan kuasa Kerajaan Negeri dalam menangani isu air yang berterusan.

Khalid berkata, tindakan itu dianggap sebagai melanggar undang-undang yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sendiri pada 2006. Menurutnya, hak pengurusan air adalah di bawah kuasa sepenuhnya Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

"Saya rasa Kerajaan Persekutuan tidak boleh untuk tidak melaksanakannya. Ini kerana dalam perlembagaan, air di bawah kuasa negeri tetapi pelaksanaan adalah persefahaman kedua kerajaan.

"Kita juga sudah membuat persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya berharap mereka tidak culas dalam melaksanakannya memandangkan kedua kerajaan perlu melaksanakannya demi kepentingan rakyat.

"Jika sekiranya mereka masih mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri semata-mata atas dasar politik, kita tunggu sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Ini kerana saya percaya kuasa kehakiman rakyat akan membuktikan siapa lebih berhak mentadbir negeri ini," katanya disini semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Kerajaan PKR Selangor hanya pandai berforum tetapi gagal menyelesaikan isu bekalan air.

Kenyataan ini juga dibuat berikutan Forum Air Selangor yang dikatakan berat sebelah kerana hanya dihadiri Exco kerajaan negeri, ahli-ahli Parlimen dari PR selain wakil media dan dan segelintir orang awam sahaja.

Kelmarin, Khalid menyifatkan forum bersama orang awam tanpa melibatkan wakil Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dianggap lebih relevan kepada rakyat untuk membuat pilihan lebih murah bagi mendapatkan bekalan air bersih, selain projek penyaluran air Pahang menerusi pembinaan Loji Rawatan Langat 2.

Katanya, Syabas tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dalam forum dengan alasan utama mereka ada sebutan kes di mahkamah selain sementara Kerajaan Negeri kecewa apabila kementerian berkaitan juga gagal datang ke forum sama yang dianjurkan sebelum ini.



Menteri Besar Selangor nampak begitu bimbang dengan kos pembinaan loji Langat 2 yang dikatakan mencecah RM12 billion. Kenapa perlu beliau bimbang sedangkan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, untuk kebaikan rakyat Selangor juga.

Sekiranya beliau bimbang tarif air akan naik, penulis mahu bertanya, adakah ia tercatat dalam perjanjian konsesi sekiranya Syabas membeli air terawat dari Loji Langat 2, maka harga air boleh dinaikkan sesuka hati?

Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air.

Walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.

Sehingga kini, MB Khalid masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.



Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum! Isu air di Selangor dilihat semakin kritikal. Apa yang dikesalkan ialah, MB Khalid seolah-olah buat tidak tahu mengenai masalah air tersebut!

Pada Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa lepas, tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa. Fikir-fikirkanlah..!!!

Suara Politik
Taminsari


Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Jun 2012 11:39 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Mesti Tengok : Pandangan Bernas Datuk Mustapha Taib Tentang #SeminarFiqhTaatiPemimpin 2012 cc @NajibRazak

Posted: 17 Jun 2012 06:06 PM PDT

Video ini kupasan lengkap perjalanan tiga hari Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin yang berakhir semalam oleh Datuk Mustapha Taib tokoh agama terkenal dari Kelantan. Anakanda beliau seorang Ustaz Akram Al Hafiz lulusan Jordan juga turut hadir sama seminar bersama isterinya.


Datuk Mustapha yang turut hadir sebagai peserta telah memberi pandangan tentang program yang julung kali diadakan di Asia menurut beliau, dan ia wajar diperluaskan termasuk di negara yang sedang bergolak akibat wujudnya hasutan menentang kerajaan yang dilarang keras oleh Islam.


Lebih menarik isu fiqh mentaati pemimpin ini telah dicetuskan oleh beliau sejak sekian lama, dan kerana itu beliau menyokong sepenuhnya penganjuran seminar ini yang dihadiri hampir 2 ribu peserta dari luar dan dalam negara.


Sebarkan video ini kerana ia mampu memberi pandangan yang boleh merubah persepsi setengah pihak yang mempercayai bahawa Kerajaan kita perlu ditentang atas alasan bukan negara Islam, sekular dan sebagainya.


Terima kasih Datuk Mustapha atas kesudian memberi ulasan semalam sejurus selesai seminar yang dimaksudkan.


Meskipun beberapa kali mencuba muatnaik video sejak semalam menghunakan line YES 4G namun hanya pagi ini sahaja (menggunakan line Unifi di rumah) ia dapat dilaksanakan. Saiz lebih 700 MB menyukarkan line biasa untuk memuatnaik video ini.


It sahaja,sekian terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia @NajibRazak Sempena Peristiwa Israk Dan Mikraj

Posted: 17 Jun 2012 01:00 AM PDT



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,
1.         Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.
2.         Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
3.         Sebaiknya, selain kita mengagumi peristiwa ini secara harfiah, adalah lebih afdal kiranya kita menjadikannya pedoman bagi mendepani cabaran semasa umat hari ini. Sebagaimana para nabi telah disatukan untuk berimamkan Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, demikianlah kita perlu bersatu untuk mempertahan serta menegakkan agama Islam.
4.         Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini.
5.         Menyaksikan apa yang berlaku di luar negara, kita seharusnya bersyukur dengan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ini semua memerlukan dukungan dan peranan semua pihak. Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah  dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dalam Indeks Keamanan Global. Justeru, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran negara yang aman dan selamat.
6.         Sesungguhnya, institusi masjid yang menjadi teras di dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj ini telah mengingatkan umat Islam dengan ikatan erat mereka dengan Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Dunia menyaksikan, bagaimana Malaysia terus istiqamah dengan pendirian kita menentang kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel di Palestin tanpa berdolak-dalik.
7.        Akhirul kalam, saya dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama mengiktibari Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-peristiwa-israk-dan-mikraj/


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Ranking Terbaru Blogger Pro Kerajaan cc @NajibRazak

Posted: 17 Jun 2012 12:33 AM PDT











SUMBER BLOG KLXPRESS.

TERIMA KASIH



Ulasan : Blog Panglima agak menurun selepas ketinggalan kerana pulang ke kampung selama 5 hari. Kesempatan berehat dan bersama keluarga bercuti di Kelantan, sebelumnya di Cherating dalam perjalanan balik, digunakan sepenuhnya untuk mengganti masa yang telah terkurang kerana kesibukan menghadiri program saban minggu. 

Namun bab ranking tidak penting sangat kepada hamba kerana mesej menerangkan kebenaran lebih besar sebenarnya. Lebih-lebih lagi hamba sendiri tidak menggunakan gambar seksi dan porno untuk menarik pembaca ke sini menyukarkan lagi hits yang tinggi. 

Kejayaan blogger atau facebooker atau twitterian ialah apabila dapat menerangkan perkara sebenar samada isu politik atau isu agama, kepada rakyat dengan jelas dan berhikmah bukan sebaliknya. Selain itu mereka juga dapat menzahirkan sisi sebenar Perdana Menteri dan sekelian Menteri yang ada agar tidak diburukkan oleh kata nista dan fitnah yang dilemparkan.


Ucapan Ds Jamil Khir Penutup #SeminarFiqhAntarabangsa2012 Sebentar Tadi @NajibRazak

Posted: 17 Jun 2012 12:06 AM PDT




Ulama sedang menikmati jamuan makan tengah hari.

sebentar lagi video komen dan cadangan Datuk Mustafa Taib akan dikeluarkan.

The Unspinners

Posted: 17 Jun 2012 11:37 PM PDT

The Unspinners


Brg Jen hilang enjin F5E masuk PKR, Calun Tg Malim

Posted: 17 Jun 2012 09:00 PM PDT

RM500 juta dari IPP Segari masyuk poket Anwar?

Posted: 17 Jun 2012 05:25 PM PDT

LGBT tak layak jadi pemimpin

Posted: 17 Jun 2012 07:33 AM PDT

Rodziah Batu 3 baru sibuk dirikan Pusat Khidmat?

Posted: 17 Jun 2012 05:00 AM PDT

Azmin yang terdiam, BBM "threesome" berapa gerangan??

Posted: 17 Jun 2012 01:25 AM PDT

oyabun

Posted: 17 Jun 2012 11:21 PM PDT

oyabun


Adakah Forum Air Selangor Forum Syok Sendiri Tanpa Syabas?

Posted: 17 Jun 2012 09:57 AM PDT




Kerajaan negeri Selangor menganjurkan Forum Air Selangor minggu lepas bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang situasi air di negeri ini berikutan perbalahan media yang tidak berkesudahan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dan operator air di negeri ini.

Dalam kenyataan MB Selangor sebelum forum tersebut mengatakan bahawa pihak Syabas akan dijemput jika ianya relevan. Satu kenyataan yang sungguh pelik kerana selaku pemain utama dalam industri air di negeri Selangor, MB masih tidak jelas sama ada Syabas mahupun syarikat yang merawat air itu relevan atau tidak khususnya untuk membincangkan isu air.

Di mana rasionalnya kenyataan tersebut? Kalau mereka yang terlibat dalam industri air tidak ada dalam forum sepenting ini, di mana kewibawaan dan kredibiliti forum tersebut?

Atau lebih kepada forum syok sendiri supaya mendapat publisiti murahan untuk mengaburi mata rakyat Selangor. Apa bezanya forum ini dengan kenyataan media yang selalu dibuat oleh MB jika ia bukan terbuka untuk berbincang dan membahaskan maklumat tepat berhubung isu ini? Sekali lagi MB bermain politik dalam isu ini kerana mengelirukan rakyat Selangor dan pengguna.

Forum tersebut juga dikatakan akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis kekurangan bekalan air secara menyeluruh. Bukankah penyelesaian terbaik adalah dengan menjemput kesemua operator air yang terlibat kerana mereka mempunyai data dan maklumat lengkap berkenaan status pembekalan dan permintaan air terkini.

Dengan cara ini, forum yang diadakan menjadi seimbang kerana semua pihak yang terlibat lebih memahami bidang tugas mereka dan dalam masa yang sama akan turut memberikan buah fikiran untuk menangani isu ini dengan lebih berkesan.



Forum ini juga sepatutnya menjadi satu platform untuk mencari penyelesaian jangka panjang, dan segala data dan maklumat yang diperoleh dari pihak yang terlibat dijadikan rujukan kerajaan negeri dalam merangka pembangunan mampan sebagaimana yang diuar- uarkan mereka.

Tambahan pula, negeri Selangor, khususnya peserta forum ini rata-rata merupakan ketua industri di Selangor dan mereka yang terlibat dalam industri besar, dan sederhana, maka wajarlah jika maklumat yang disampaikan itu mempunyai kredibiliti dan tepat.

Kerajaan negeri tidak sepatutnya menolak kewibawaan pihak yang bernaung di bawah industri pembekalan air kerana jika mereka disisihkan, forum yang dibincangkan hanya berat sebelah kepada satu perkara sahaja.

Harap penganjur forum dan kerajaan negeri bersikap neutral jika ingin benar-benar menyelesaikan isu bekalan air di Selangor dan sekali gus mengelakkan krisis bekalan air benar-benar terjadi.

Namun apa yang berlaku adalah tiada keputusan kukuh yang diumumkan semasa forum tersebut selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa. Fikir-fikirkanlah..!!!

Wasabi Oyabun

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Jun 2012 11:04 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN

Posted: 17 Jun 2012 09:43 PM PDT

DI SINGAPURA = MEREKA KURSUSKAN BELIA PAP HADAPI PRU13 MALAYSIA
DI MALAYSIA = DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0 
Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama Diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. Mereka adalah seperti yang berikut:
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil Duta negara tersebut dan menghantar Nota Bantahan.

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan Singapura. Campurtangan secara terang-terang yang dilakukan oleh para Diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan Dap. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan Singapura.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, Singapura akan kata macam-macam. Singapura akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan PAP di atas sedang mengkursus sukarelawan PAP untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-gambar-persediaan-singapura.html

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika Diplomat-Diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Wikileaks : Gambar Persediaan Singapura Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia.

Posted: 17 Jun 2012 08:11 PM PDT

Minggu lepas MyMassa dedahkan persediaan warga Singapura untuk membuat kacau semasa PRU ke-13 di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-persediaan-warga.html).


Kali ini MyMassa tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.

Klik pada imej untuk besarkannya































*Mohon sebarkan maklumat dan gambar ini. Kita cam muka-muka 'tentera upahan' DAP yang diimport dari Singapura. Masa PRU kalau jumpa muka-muka ni, telefon polis dan imigresen kerana salah guna permit. Harap PDRM dan Imigresen alert perkara ini.

YB Pas Dan Cerita Kelab Malam

Posted: 17 Jun 2012 07:51 PM PDT

Orang Kampung Dr Dzulkifli Di Rembau Kirim Salam...


Kemas Kini 18/6/2012 : Dengan Bantuan Biasiswa Kerajaan Dr Zulkifli Ahmad berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara kata pupu dia ler, tetapi bukan dalam bidang al-quran dan hadis. Beliau bukanlah ustaz tetapi menyalahgunakan kedudukan untuk bercakap soal Islam. Sebab itulah beliau tidak rasa malu bila bersetuju orang Kafir Harbi ker menjadi Timbalan Presiden Pas, Naib Presien Pas ker hata Presiden Pas. Inilah pemikiran logik dia. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/02/jawatan-timbalan-presiden-untuk-bela-bukan-islam/ Walaupun Nik Aziz membantah, Haron Taib dan Ketua Pemuda Pas membantah, YB Pas satu ne tetap jugak nak Orang Kapir Harbi dibolehkan menjadi Timbalan Presiden Pas.

Artikel asal - Perjalanan mymassa ke Rembau untuk melihat-lihat pandangan orang-orang kampung kepada parti UMNO dan Pas. Dipendekkan cerita, kami bertemu sebuah rumah yang di sekelilingnya adalah juga rumah-rumah keluarga yang rapat.

Tetiba tersembur nama Dr Dzulkifli Ahmad, Wakil Rakyat Pas kawasan Kuala Selangor.

Kata mak cik itu, Dr. Dzulkifli itu lupa daratan. Dulu masa kecil kamilah yang menjaganya, makan minumnya, maklumlah bapa dia kerja Polis di Singapura. Jadi, kamilah yang menjaga makan minum sekolahnya. Sekarang ne, bila dah jadi YB dah lupa daratan, kalau raya datang kampung ne bukan pernah singgah kat rumah kita orang.

Katanya lagi, Dr. Dzulkifli ne bekas pensyarah di USM. Dia berhenti kerja sebab lambat naik pangkat, so dia marah dengan kerajaan.

Sebab itu, pada tahun 2004 dia tanding kat Rembau, tapi kalah. Sebab kami semua keluarga orang UMNO, dia sorang saja Pas.

Arwah bapak dia pencen Polis Singapura.

Sapa kata dia Ustaz, dia bukan Ustaz. Bini dia bekas penyanyi kelab malam.

ohohoho stop...mymassa berhenti di sini sudah masuk terlalu jauh.

Terima kasih orang Rembau....

Kalau pembaca nak cite lanjut pasal Yb Pas yang konon Islamik ne boleh lagi kita sambung, tapi pedas lah macam masakan orang Nogori pedas-pedas...

Selamat berhujung minggu, kepada Dr Dzulkifli ne jengok-jengoklah mak cik yang jaga ko waktu ko kecil dulu tu, waktu bapak ko kerja kat Singapura tu...

Macam-macam perangi orang Pas yer...nampak jer Islamik...PRU13 orang Rembau ajak bertanding kat Rembau...


Gurauan Manja Ala PKR

Posted: 17 Jun 2012 05:30 PM PDT


*Cuba teka apa yang Faekah buat sampai ternganga mulut MB Selangor?

Terbaru Di Pasaran : Make Up Ajaib

Posted: 17 Jun 2012 03:54 PM PDT


*Boleh pembaca bagitau MyMassa mana nak dapatkan make up ajaib yang mampu buatkan muka berkilau bak cermin.

Simpulan Bahasa : Malu-malu Kucing

Posted: 17 Jun 2012 11:29 AM PDT

Apakah maksud malu-malu kucing:

A- malu tapi mahu
B- pura-pura malu di hadapan orang
C- malu sambil buat muka comel macam kucing
D- tiada di atas.

Jawapannya adalah.....



Wikileaks: Pertemuan Sulit Anwar Dengan Masyarakat Kristian Di Skudai Semalam

Posted: 17 Jun 2012 07:36 AM PDT

Seperti pertemuan ini, pertemuan kali ini lebih sulit sehingga dirahsiakan dari media.

Maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Anwar Ibrahim telah bertemu dengan masyarakat Kristian di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor.

Selain daripada Anwar Ibrahim, tokoh lain yang ada di situ adalah Dr. Chua Jui Meng. Dalam program tersebut, Anwar Ibrahim telah menfitnah Tun Dr. Mahathir dengan mendakwa dirinya dipecat kerana tidak mhu tandatangan pinjaman yang dibuat oleh Tun. Anwar Ibrahim juga mendakwa Tun Mahathir telah menuduhnya sebagai agen Yahudi dan Kristian.

Anwar juga buat cerita yang SPRM telah memeriksa akaun luar negara di London dan Singapura tapi tiada bukti dan SPRM pula dituduh tidak mengeluarkan kenyataan yang sebenar. Anwar juga telah buat MIND CONDITIONING untuk skandal kewangannya yang terbaru dengan mereka cerita bahawa dia akan dipenjarakan sekali lagi.

Komen MyMassa : 

1. Isu skandal kewangan RM3 billion Anwar Ibrahim telah memberikan kesan kepada dengan dia sendiri terpaksa menjelaskan kepada penyokong tegarnya dan orang Cina yang tidak suka kepada pemimpin korup.

2. Jika Anwar jujur dan tidak mahu berselindung, kenapa program bersama masyarakat Kristian dibuat secara tertutup? Adakah ada janji-janji yang Anwar tidak mahu PAS dan Orang Islam tahu perkara ini! Sepatutnya Anwar mencontohi YAB PM yang bertemu masyarakat Kristian secara terbuka.

3. Nampaknya dendam Anwar Ibrahim dengan Tun Dr. Mahathir tidak pernah padam. Kisah Tun Mahathir nak mintak duit dengan Anwar Ibrahim masih dijaja oleh Anwar sendiri. Dey Anwar, kalau kau dah tuduh Tun Mahathir banyak kroni, kenapa Tun Mahathir tak minta dari kroninya sahaja? Kenapa perlu minta kat Anwar Ibrahim? Nampak sangat tak logik.

4. Kepada Anwar Ibrahim, MyMassa cabar kau bersumpah bahawa Tun Mahathir datang pada kau untuk minta tandatangan buat pinjaman! Kalau setakat dalam ceramah, sesiapa pun boleh tuduh. Bersumpahlah seperti Salahuddin Ayub jika kau di pihak yang benar wahai Anwar Ibrahim!





*MyMassa tak boleh cerita janji yang Anwar Ibrahim tabur kepada masyarakat Kristian kat sini. Menurut sumber tersebut, janji-janji tersebut akan diberitahu secara direct dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri (kalau cakap kat Nik Aziz bukan dia peduli pasal umat Islam).

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Jun 2012 11:02 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Sekali Lagi Peniaga CINA Cuba Sabotaj Bantuan Kerajaan Pada Rakyat...

Posted: 17 Jun 2012 10:00 PM PDT


Kalau dulu, peniaga cina bersepakat memburukan kedai rakyat 1malaysia (kr1m) dengan cara merendah-rendahkan kualiti produk yang di jual di kedai itu, mereka mengupah berberapa orang pemimpin pembangkang seperti nurul izzah, tony puak dan dzulkifly menyebarkan cerita fitnah kononnya susu yang di jual di kedai kr1m ada virus e-coli, taun dan hiv dan pelbagai cerita mengarut sampaikan mereka meminta rakyat memboikot kedai kr1m dan pergi ke pasaraya milik cina kononnya kualiti barangan yang di jual di kedai cina lebih berkualiti.

Kini peniaga cina buat perangai lagi, skim yang di buat oleh kerajaan untuk membantu pemandu dan pemilik teksi mereka cuba sabotaj, skim bantuan tukar tayar 1malaysia (TR1MA) bakal berdepan masaalah kerana secara tiba-tiba peniaga tayar yang di monopoli oleh orang cina menaikan harga tayar jualan mereka secara mendadak.

Kerajaan beri bantuan peruntukan kepada pemandu teksi sebanyak rm 520, harga itu di rasakan sesuai kerana setelah pemantauan harga tayar selama berberapa bulan harga untuk tayar standart rim 13 yang selalu di gunakan oleh teksi berharga rm 130 sebiji siap pasang, makanya kalau 4 biji tayar berjumlah rm 520, jadi  ia di umum oleh kerajaan bantuan kepada pemandu teksi.

Jadi bila peniaga tayar cina tahu, yang kerajaan bagi bantuan kepada pemandu teksi, mereka dengan sengaja naikan harga tayar untuk sabotaj skim bantuan yang kerajaan buat, supaya pemandu teksi marah dengan kerajaan dan peniaga cina pula akan kata, kerajaan yang naikan harga tayar padahal semua orang tahu tayar bukan barang kawalan.

Adakah Nik Ajis Nak Kata Depa Nie Sesat, Kafir Dan Mati Masuk Neraka...???

Posted: 17 Jun 2012 07:00 PM PDT


Empat ulama terkemuka menyatakan bahawa, hukum hudud tak boleh di politikan, dalam erti kata lain, kalau nak buat hudud tu buat je la, jangan bagi alasan tak boleh buat pasal kerajaan pusat tak bagi, padahal kuasa perundangan syariah negeri terletak di atas kuasa pemerintah negeri, lagi satu boleh di simpulkan dengan apa yang 4 orang ulama tu kata, janganlah kata nak buat hukum hudud bila dah dekat pilihanraya, lepas selesai pru, senyap sunyi...

Aku ternanti-nanti juga apa komen dari nik ajis, penentu syurga neraka cawangan pas nak kata, aku yakin dia akan bagi komen macam nie, utusan tak paham bahasa arab atau kenyataan 4 ulama tu di putar belitkan oleh utusan, kalau korang tak caya tengok je la nanti...

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Jun 2012 09:41 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Komen Dato @razaliibrahim Mengenai Tangguh Haji

Posted: 17 Jun 2012 09:30 PM PDT

Media PKR Sabotaj Perhimpunan Hijau PAS di Selangor

Posted: 17 Jun 2012 07:44 PM PDT


Harakahdaily menulis kehadiran "kira-kira" 2,000 orang dalam Himpunan Hijau di Selangor di Jubli Perak, Bangunan SUK, Selangor (baca sini). Benarkah ada 2,000 orang yang hadir?  

Peliknya, media PKR iaitu Selangorku hanya memberikan laporan hanya 1,000 orang sahaja yang hadir dalam Himpunan Hijau di Selangor (baca sini). Gambar di bawah ini adalah laporan Selangorku. 


Apakah kehadiran ini ditulis sedemikian kerana Himpunan Hijau tersebut tidak menjemput sama Khalid Ibrahim dan Azmin Ali? Apa yang pasti kehadiran sebenar adalah lebih sedikit daripada apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily. 

Lihat di bawah ini berapa kuantiti penuh yang boleh dimuatkan dalam Dewan Auditorium, di Bangunan SUK, Selangor.  Dewan yang paling besar boleh pun muat 1,100 orang sahaja. 

Bagaimana pula Harakahdaily boleh laporkan 2,000 orang? Ini bukti Harakahdaily menipu dan Selangorku telah membetulkan penipuan Harakahdaily itu (baca sini). Mahukah Harakahdaily mengaku mereka tersilap dan menuduh Selangorku manipulasikan fakta?




@shukri_rembau Menghina Sultan Johor @HRHJohor2

Posted: 17 Jun 2012 06:00 PM PDT



Selepas Haziq Abdullah Abdul Aziz (Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang) mempertikai  tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun 2012, datang pula seorang lagi pelajar didikan PKR menghina dan mencaci Sultan Johor di Twitter. 




Pelajar terbabit adalah Ahmad Shukri, yang merupakan Setiausaha Media kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia. Anda perhatikanlah ayat-ayat biadap yang digunakan oleh Ahmad Shukri dalam Twitternya di atas. Sebagai seorang pelajar dan seorang yang beragama Islam, percakapan dan apa yang ditulis itu adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

Sudah wajib pelajar ini dihadapkan ke muka pengadilan. Entah apa yang mendorong pelajar ini untuk menjadi sebegitu biadap sekali dalam Twitter terhadap Sultan Johor. Apakah mereka berlaku biadap sebegitu adalah semata-mata untuk membela Nizar? Atau disuruh dan diupah untuk buat tindakan kurang ajar sebegitu? Apa pun negara ini masih ada undang-undang dan tatasusila, pelajar ini perlu diadili atas apa yang telah dilakukannya.

Mahukah Nik Aziz Terima Peringatan Ulama Ini

Posted: 17 Jun 2012 04:00 PM PDT


Video Mak Lampir Bergaduh Dengan Faekah

Posted: 17 Jun 2012 09:27 AM PDT

Gambar Himpunan Hijau Johor Gagal, Target 5,000, Datang 600 Sahaja

Posted: 17 Jun 2012 04:00 AM PDT










Video #TwtupKJ di NZ Curry House

Posted: 17 Jun 2012 02:30 AM PDT

Hadi Awang Gelar Johor "Ekor Cicak"

Posted: 17 Jun 2012 01:00 AM PDT



Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".

Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 

11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.


"Johor akan jadi macam ekor cicak... ekor cicak kita taulah macam mana jika putus...macam tulah juga Johor jika tidak berubah," katanya.

Katanya, sekarang ini sudah banyak negeri, termasuk anggota polis dan tentera yang berubah beri sokongan kepada pakatan pembangkang.

"Ramai telah berubah sekarang ini, termasuk tentera dan polis, tetapi Johor tidak berubah. Ini membuatkan Johor ketinggalan," katanya (baca sini).

Jangan disalahkan pihak media putar belit dan tuduh orang lain pula selepas ini. Hadi Awang perlu akui dan minta maaf secara terbuka kepada rakyat Johor berhubung kenyataan "ekor cicak" ini. 

Video Ini Bukti Anwar Ibrahim Berbohong

Posted: 16 Jun 2012 11:30 PM PDT

Video Pengasas PKR Gelar Anwar Ibrahim Makhluk Asing

Posted: 16 Jun 2012 10:00 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Jun 2012 09:32 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ARTIKEL KHAS UNTUK DAP DAN HAMBA ABDINYA, PAS.

Posted: 17 Jun 2012 08:00 PM PDT

MALAUN PAS. NI AKU BAKAR LINE LAGI !

Posted: 17 Jun 2012 07:00 PM PDT

MALAM NI ZUL NORDIN LAGI. PAS AKAN BUAT KACAU !

Posted: 17 Jun 2012 06:00 PM PDT

AMANAT HJ GAP.

Posted: 17 Jun 2012 05:44 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 17 Jun 2012 09:05 PM PDT

PISAU.NET


Teng Cheng Yow Vs Lim Guan Eng

Posted: 17 Jun 2012 01:00 AM PDT


Apabila Teng Chang Yeow ( TCY) berkata " I have a vision for developing Penang "( NST 10 June 2012),sudah tentunya kenyataan ini menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategist DAP. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan daripada Pengerusi Barisan National Pulau Pinang yang baru saja dilantik oleh Dato Seri Najib. Maknanya Teng telah menawarkan satu lagi " offer" baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai " counter offer "kepada apa yang di tawarkan oleh Kerajaan Guan Eng.


Inilah yang memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP, sebagai Kerajaan Negeri sepatutnya Guan Eng yang membuat offer " that DAP have a vision for developing Penang ". Tetapi ini belum dilakukan oleh Guan Eng Dan DAP kerana itu Teng ( TCY) mengatakan " ...but obviously they have not come up with anything after four years" dan yang lebih parah lagi kata Teng (TCY)" The direction of the state is actually aimless. They don't have any policy or blueprint for Penang". Ini adalah satu pandangan " provokasi" Teng (TCY) dan BN kepada Guan Eng Dan DAP. Berdasarkan itu lah Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa mengunakan strategi " blaming " , dengan menyatakan " everything that has gone wrong for Penang was caused by previous state goverment". Ini satu cara para strategist DAP cuba untuk melarikan diri daripada provokasi yang di buat oleh Teng ( TCY) dan ini juga cara nya para strategist DAP untuk melawan strategi dengan BN dengan mengunakan kaedah membentuk " perception " di minda pengundi Dan rakyat Pulau Pinang.


Tetapi pada kali ini Teng (TCY), lebih bijak dalam melawan strategi provokasi Guan Eng Dan para strategist DAP iaitu mengunakan strategi mencabar Guan Eng melalui " fighting PR policy to policy instead of harpening on the pact failure"( The Malaysia Insider 27/5/2012). Makna nya Teng (TCY) dan BN mahu berperang strategi secara bersemuka Dari depan " face to face ". Bagi Teng (TCY) " his strategy was to extol BN abilities instead of focus on PR weaknesses ..." Teng(TCY) mahu BN tunjukkan kepada pengundi bahawa polisi atau dasar BN sentiasa lebih baik dari PR. Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan satu impak yang tinggi kepada strategi Guan Eng dan para strategist DAP dalam agenda untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Tidak hairan sejak Teng(TCY) dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang , beliau telah di serang oleh DAP untuk mencemarnya seperti katanya " it's shows how concerned they have become with what I want to do for Penang that they are having almost daily press conferences attacking me ". Jelas Guan Eng Dan para strategist DAP telah mengunakan strategi " mencemarkan imej " Teng Dan seterusnya membina persepsi negatif dalam hati pengundi terhadap Teng. Apakah Guan Eng Dan para strategist DAP berjaya ? Ini satu soalan yang tidak mudah untuk mendapatkannya. Tetapi daripada kenyataan Teng yang juga menyedari bahawa " people are now assesing us,how we are going to be better than the PR goverment,what could we offer to them ", Teng boleh memberi satu tamparan hebat kepada DAP terutamanya dalam persaingan untuk mendapat undi majoriti Cina.


Dengan minda " I have a vision for developing Penang" Dan dengan semangat " its a battle that we need to fight with competence,good strategy and detailed war plan ", pastinya Teng dan para strategist BN sudah bersedia untuk berperang dalam PRU 13 dengan Guan Eng dan para strategist DAP dan PR. Ini lah yang pastinya menakutkan Guan Eng, kerana mereka lebih bersedia untuk berperang dengan TanSri Koh daripada Teng (TCY). Kata Teng lagi " No one will go into battle without thinking of winning.Any general who has led a war will have this in mind", makna Teng sudah set kan targetnya iaitu PRU 13, Guan Eng dan DAP boleh ucapan sayonara Pulau Pinang"?. Pada Kali ini Teng telah berjaya Dalam provokasinya kepada Guan Eng dan DAP.

Pulau Pinang Maju Usaha DAP?

Posted: 16 Jun 2012 11:00 PM PDT


Inilah yang dikatakan Lim Guan Eng ketua menteri regim DAP paling celaka dalam sejarah, begitu gilakan populis hinggakan berani berbohong kononnya Pulau Pinang yang diperintah oleh regim DAP tak sampai sepenggal pesat membangun.

Seluruh rakyat dinegara ini terutamanya di Pulau Pinang tahu,Guan Eng hanya cuci kaki angkat baju dan masuk ke negeri ini menumpang kemudian mengaku beliaulah yang membangunkan Pulau Pinang menjadi maju,segala pengorbanan dan kerja membangunkan negeri antara paling kaya di negara dilakukan oleh kerajaan BN lebih 50 tahun.

Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang konsisten antara yang terbaik dinegara ini sejak dari zaman BN. Bayangkan semasa peralihan kuasa,BN meninggalkan wang tunai lebih 880juta,kemudian tak sampai 2 tahun kemudian Guan Eng mengaku diseluruh negara kononnya kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau berjaya mengumpul 1 billion.Sedangkan mereka hanya mampu mengumpul tak lebih dari 50 juta,itupun setelah tak belanja wang untuk pembangunan dan infrastruktur,kemudian menaikkan premium tanah dan cukai pintu.


Kalaulah generasi akan datang tak belajar sejarah,percayalah disekolah nanti diajar bahawa Guan Eng lah yang membina Jambatan Pulau Pinang ...

PULAU PINANG 16 Jun - Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerima hakikat bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan sokongan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan yang diperoleh itu bukan dicapai dalam masa singkat, sebaliknya memakan masa lebih 50 tahun sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Menurutnya, semua itu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat meskipun negeri ini dikuasai pembangkang.

"Ini bukan cakap politik tetapi ini fakta. Mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyatakan kebenaran bahawa Pulau Pinang maju sebab sokongan BN.

"Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kena beri insentif. Siapa yang sokong kalau bukan kerajaan BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 pekerja industri di sini hari ini.

Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat telah melabur dalam jumlah besar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Antaranya, jelas beliau, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Pada perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kemasukan pelabur asing juga membolehkan banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Advanced Micro Devices Export Sdn. Bhd. (AMD) dan Fabtronic Sdn. Bhd. untuk menyediakan latihan kepada para siswazah.-Utusan

Pisau kata " Guan Eng menipu rakyat,yang rajin baca blog nih..pi cerita kat semua orang apek melaka ni kuat pembohong dan kuat makan rasuah"

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 17 Jun 2012 03:25 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Penyanyi Aishah bercakap kosong mengenai politik, ingat bagi ceramah PIBG ke?

Posted: 17 Jun 2012 03:30 PM PDT

Sungguh meloyakan anak tekak bila artis yang baru menyertai PAS, Aishah, menyatakan bahawa ramai golongan bijak pandai di negara ini menyertai PAS, parti kelas ketiga yang berjaya diperbodoh dan "dikeldaikan" oleh DAP dan PKR.

Baru saja menyertai PAS, tapi Aishah yang dipercayai dalam usaha menjadi calon PAS pada Pilhanraya Umum ke-13 (PRU ke-13) itu cuba mencari pengaruh dan memberikan kenyataan tidak berasas yang mencerminkan realiti sebenar.

Aishah cuba memburuk-burukkan UMNO dan membayangkan bahawa PAS juga pandai mentadbir negara dan mengaitkan kononnya ramai cendekiawan yang menyertai parti itu sejak kebelakangan ini.

Tidakkah Aishah tahu bahawa PAS dipenuhi oleh mereka-mereka yang dungu, tidak berpelajaran, tidak bertamadun, berotak udang dan tidak berakal?

Tidakkah Aishah sedar bahawa mereka yang dikatakan bijak pandai di dalam PAS itu hanya pandai bercakap, pandai berceramah, pandai menipu, bijak menabur fitnah dan sangat hebat memutar belitkan Islam demi kepentingan politik mereka?

Sewajarnya, Aishah perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya sebelum menyatakan sesuatu yang jelas tidak masuk akal.

Untuk pengetahuan Aishah, pak-pak lebai PASlah yang begitu "pandai" dan "bijak" sehingga berjaya dimanipulasi untuk tidur di atas jalan raya sambil memegang bendera dan apakah Aishah fikir orang bijak pandai akan berkelakuan seperti itu?

Aishah patutnya tahu tentang kebodohan ahli-ahli PAS yang memegang bendera DAP dan PKR sedangkan sangat jelas bahawa DAP itu sangat anti kepada sebuah kerajaan Islam dan Melayu, manakala PKR pula sangat akrab dengan Zionis Yahud Israel.

Aishah juga patut membuka pemikirannya untuk mengkaji bagaimana dasar perjuangan PAS yang telah "dinodai" oleh DAP dan PKR di dalam negeri-negeri jajahan Pakatan Haram.

Lihat saja di Selangor bagaimana seorang pemimpin PAS yang dipecat dari jawatan Exco dan Parti semata-mata kerana memperjuangkan dasar Islam sebenar dan mempertahankan aqidah umat Islam yang terancam.

Apakah itu insiden itu semua menunjukkan PAS mempunyai cendekiawan, orang bijak dan pandai?

Apakah semua insiden itu menampakkan daya intelektual Islam yang mampu diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh golongan kafir harbi dan agen Yahudi di negara ini?

Saya tidak menafikan bahawa di sepanjang lebih 50 tahun UMNO mentadbir negara bahawa parti keramat itu tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. UMNO bukanlah "maksum" sebagaimana PAS disifatkan.

Namun UMNO sanggup mengaku kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam pentadbirannya demi kepentingan rakyat. UMNO sanggup berubah dan mencipta sebuah negara yang bertamadun serta disegani oleh kawan dan lawan.

Apakah PAS mampu menyaingi pentadbiran UMNO?

Lihat saja apa yang berlaku di Perak. Dalam tempoh kurang setahun, lihatlah bagaimana Nizar "dibonekakan" oleh Nga dan Ngeh sehingga mencetus kemurkaann DYMM Sultan Perak dan menyebabkan rakyat marah padanya.

Lihat pula bagaimana Nik Aziz mentadbir Kelantan yang tidak maju-maju sama ada dari sudut pembangunan sosio-ekonomi mahupun dari sudut kerohanian atau spiritual.

Jika Nik Aziz berjaya, takkanlah hanya ada satu saja Tesco yang dibanggakan sangat oleh Menteri Besar Kelantan itu dan takkanlah ada rumah pelacuran dan maksiat berhampiran dengan pejabatnya di Kota Bharu?

Dan bandingkan pula dengan pentadbiran negeri Melaka yang mampu menjana keuntungan tahunan yang mencecah berbilion ringgit selain beberapa negeri lain seperti Johor dan Perak yang semakin maju dibangunkan oleh kerajaan BN.

Dan lihat pula di negeri Selangor yang semakin merudum dan hampir hancur dikerjakan oleh rejim Khalid Ibrahim yang "dibonekakan" oleh para pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan sebagainya.

Apakah itu yang Aishah maksudkan sebagai PAS mampu dan lebih bijak mentadbir kerajaan berbanding UMNO dan Barisan Nasional? Rasanya Aishah mungkin perlu menjalani rawatan sakit jiwa…

Tiduri hampir 200 orang lelaki, wanita ini tidak mahu dirinya digelar 'pelacur'

Posted: 17 Jun 2012 10:00 AM PDT

Biannca Lake, gambar dua dari kanan, bersama rakam=rakan dari kumpulan Dice ketika adution X Factor
Bekas penari bogel dan penyanyi 'wannabe' ini telah mengaku telah mengadakan hubungan seks dengan lebih dari 177 orang lelaki dan mendakwa 'jauh disudut hati semua wanita di dunia mahu menjadi sepertinya.'

Biannca Lake, 28, yang pernah datang untuk audition rancangan realiti tv X Factor bersama sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka Dice, bagaimanapun menafikan dirinya adalah pelacur dan menganggap orang yang mengkritik beliau itu cemburu dengan apa yang di'capainya'.

Beliau mendedahkan pendapatnya secara spontan berkaitan perkahwinan dan cinta ketika di sebuah rancangan baru TV dan turut berkata beliau tiada niat untuk berkahwinan sebagaimana dilakukan oleh pasangan-pasangan lain di dunia ini.

'Beberapa orang gadis ingat saya adalah pelacur, tetapi jauh disudut hati mereka, mereka mahu menjadi seperti saya,' katanya.

'Ramai gadis seperti saya sebenarnya, tetapi saya lebih berani mendahului mereka. Saya suka seperti ini, "I banged you, I banged your mate last night and I'm banging your mate tonight". Saya seorang yang tidak berperasaan apabila bertemu dengan seseorang.'

Biannca juga mendedahkan kepada The People, beliau telah tiduri ramai lelaki dan hampir 'hilang kiraan'. Beliau juga merasakan apa yang dilakukannya itu tidak salah kerana sentiasa menggunakan kondom.

DM

Harian Metro dikecam kerana 'labelkan' Nazmi Faiz sebagai playboy

Posted: 17 Jun 2012 09:00 AM PDT

Akhbar tabloid harian popular, Harian Metro hari ini dikecam hebat oleh peminat-peminat Nazmi Faiz, pemain tengah Harimau Muda yang sedang meningkat naik sekarang ini.

Semuanya gara-gara akhbar tersebut menyiarkan berita mengenai pemain S.C Beira Mar itu sebagai PLAYBOY untuk tajuk utamanya hari ini.

Walaupun tajuk berita tersebut dilihat agak provokatif, pengisiannya adalah mengenai penafian Nazmi mengenai label yang diberikan kepadanya.

Namun begitu, peminat-peminat pemain tengah Harimau Muda yang berusia 18 tahun ini melihat ianya sebagai ancaman yang cuba menjatuhkan beliau.

Melalui laman Facebook ULTRAS MALAYA & Ultras Negeri-negeri, beberapa orang pengujung mengajak pengikut-pengikut lama tersebut supaya mengecam dan memboikot akhabr tersebut berikutan berita yang disiarkan itu.




Christine Bleakley pujuk hati Lampard sambil berbikini

Posted: 17 Jun 2012 08:00 AM PDT

Christine Bleakley adalah salah seorang WAGS yang popular di Eropah.

Apabila tunangnya, Frank Lampard mendapat tahu beliau tidak terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan England untuk Kejohanan Euro 2012, Christine telah lakukan apa yang selalunya WAGS lain lakukan kepada teman mereka, iaitu bercuti!

Dan sudah pasti untuk bermain pada perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu dengan Ukraine adalah satu perkara yang mustahil, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercuti di Italian Rivera.




Bola sepak? Apa bola bola...Frank kelihatan begitu intim dengan tunangnya Christine
Dengan Christine yang berjemur dengan hanya berbikini kecil, pasangan ini menunjukkan kepada umum bahawa mereka amat mencintai sambil menzahirkannya ditepi kolam mandi berkucupan.
Christine mengenakan bikini yang begitu kecil bagi mengelakkan kesan terlihat selepas berjemur
Berehat-rehat...kedua-duanya kelihatan tidak melepaskan pandangan masing-masing
Namun begitu, Christine tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap minat Frank pada bola sepak, lantas menemani tunangnya itu menonton perlawanan antara England dan Sweeden yang bekesudahan England menang 3-2.
Frank Lampar mengangkat tangan melihatkan aksi rakan-rakannya menentang Sweden




Nazmi minta maaf tumbuk Kapten Qatar

Posted: 17 Jun 2012 07:40 AM PDT

PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.

Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.

Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.

Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

"Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang," jelasnya.

Malaysia tewaskan Qatar 2-0 dalam perlawanan persahabatan ini.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi saingan kelayakan Piala AFC di Myanmar.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 bersama-sama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.

Wanita Kelantan 20 tahun dahulu, jahil agama - Nik Aziz

Posted: 17 Jun 2012 01:45 AM PDT


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am Pas itu berkata larangan itu dibuat ketika Pas baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (Pas) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Bharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam Pas (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam  dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan Pas Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah al-Quran bermula tahun depan.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mempertahan pendiriannya berhubung penangguhan untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum diadakan pada musim haji.

Akhbar hari ini melaporkan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata pilihan raya. - Bernama
posted from Bloggeroid

Nik Aziz pakai pottu dalam kuil? Ayo..yo..yo!

Posted: 17 Jun 2012 12:38 AM PDT


Adeh macam mana nak jawab ... orang India ada gambar Nik Aziz dalam Kuil di Aulong, Taiping siap di Pottu kan (tanda merah di dahi)... Fitnah ? Korang deal lah dengan si Kalai... Dia pun dah pandai persoalkan pasal akidah umat Islam...

Venue : Dataran Kamunting, Taiping, Perak
EVnt : Siri Ceramah Sumpah Keramat TIBAI
Date : 16/6/2012 @ 9.30 pm







Minaq Jinggo

Nizar tiada nilai lagi di sisi PAS, sebab itu strategi PAS di Johor tidak terjejas

Posted: 16 Jun 2012 10:00 PM PDT

JOHOR BAHRU - Peluang Pas dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sesekali terjejas walaupun pembangkang dihimpit isu kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, rakyat Johor mampu membuat keputusan berdasarkan kematangan masing-masing dalam politik sekali gus faham  mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya tidak rasa sama sekali peluang Pas termasuklah PR di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

"Mengenai penentangan terhadap Raja-raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

"Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang PR dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek perumahan Taman Desa Kempas di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Nizar bagi menjernihkan kekalutan yang berlaku, Salahuddin yang akan bertanding kerusi di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyerahkan segalanya kepada pertemuan yang bakal berlaku jika diberikan perkenan oleh baginda.

"Saya serahkan perkara ini kepada beliau (Nizar). Permohonan sudah dibuat, jadi kita tunggulah dulu. Dari segi adab sebagai rakyat, Nizar sudah penuhi dengan memohon menghadap Tuanku.

"Mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada beliau oleh pucuk pimpinan parti pula, kita lihat sama ada beliau berjaya menghadap Tuanku Sultan Johor atau tidak. Selepas itu, kita lihat perkembangan seterusnya," katanya.

Kelmarin, Nizar menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan  nombor pendaftaran WWW 1.

10 kali dinodai lelaki tidak dikenali, gadis ingin ke pangkal jalan

Posted: 16 Jun 2012 09:00 PM PDT

DUNGUN – "Saya ingin kembali ke pangkal jalan, namun siapa yang boleh membimbing saya? Semuanya hendak mengambil kesempatan, saya hanya menjadi mangsa pemuas nafsu
lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu."

Demikian rintih seorang gadis berusia awal 20an yang difahamkan dinodai lebih 10 kali oleh lelaki yang dikenali.

Dia yang hanya mahu dipanggil Nur mengaku mula terjebak setelah ibu dan bapanya yang masing-masing berasal dari Gurun, Kedah serta Dungun bercerai lebih empat tahun lalu.

Kata Nur, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan sedang menuntut di tingkatan empat disalah sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun.

"Sejarah hitam saya bermula ketika berada di rumah ibu bersama bapa saudara.

"Saya tidak sangka bapa saudara sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap saya," katanya.

Kata Nur, sejak kejadian itu, dia trauma. Hidupnya terumbang-ambing dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu.

"Saya kemudian menemui lelaki yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk bergantung, namun pujuk rayunya membuatkan saya sekali lagi terjebak ke lembah hina.

"Sejak itu saya makin berani dan liar," katanya yang berasal dari Kampung Paya Balai Besar.




Disebabkan terlalu mengikut nafsu remajanya, dia kemudiannya dibuang sekolah tanpa sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak berhenti sekolah, saya melakukan hubungan seks lebih dari sepuluh kali.

"Saya menjadi semakin liar kerana tiada siapa yang ingin membimbing saya, ibu bapa saya bercerai malah semua lelaki yang mengenali saya pula mengambil kesempatan di atas kelemahan saya," katanya selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan seorang kaki dadah yang bekerja sebagai pemasang jubin di sebuah rumah dekat sini.

Akibat terlalu tertekan, Nur juga mengambil dadah jenis methampethamine dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya.

"Saya mahu berubah tetapi siapa yang sudi menerima dan membimbing saya yang sudah jauh terpesong ini.

"Saya tidak kuat untuk melakukannya seorang diri, saya perlukan sokongan mereka yang boleh dipercayai," katanya.

Sinar

Neelofa tidak kenal siapa Tengku F, korang nak kena saman ke?

Posted: 16 Jun 2012 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Tengku F yang dimaksudkan itu bukan adik atau kakak saya seperti disebut peminat Nazmi menerusi lawan twitter mereka.

"Setahu saya, tiada ahli keluarga saya menggunakan nama itu dalam twitter atau facebook mereka.

"Informasi itu ternyata tidak sah. Saya tak pernah mendengar nama berkenaan," katanya pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa.

Metro Ahad cuba mendapatkan kepastian daripada Neelofa mengenai hubungan Tengku F bersama Nazmi Faiz yang dikatakan seorang daripada adik-beradik pelakon berkenaan.

Menerusi laman twitter terbabit, beberapa 'pengikut' twitter Nazmi mendakwa, Tengku F adalah keluarga dan adik-beradik kepada pelakon terbabit kerana wajah mereka hampir seiras.

"Saya pasti apa diperkatakan itu sekadar cakap kosong. Jika ada antara mereka mengenali keluarga saya, pasti mereka mengenali kami dan tahu apa yang mereka katakan," katanya.

Selain itu, Neelofa pernah dikaitkan bercinta dengan Nazmi, namun masing-masing menafikan kenyataan itu sebelum ini.

Menurut Neelofa, mungkin kerana wajah kekasih Nazmi menyerupainya, masyarakat tidak dapat membezakan mereka.

"Jika benar wajah gadis itu hampir sama dengan saya, saya pasti ramai akan salah anggap. Mungkin disebabkan perkara itu, saya dan pemain bola terbabit digosipkan, pada hal kami tidak mengenali satu sama lain," katanya.

Murid tahun dua meliwat dalam tandas, sapa mau jawab? @Ambiga_S mau tanggung ka?

Posted: 16 Jun 2012 07:00 PM PDT

Gambar hiasan
KLANG: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hanya dikaitkan dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak pihak kerana dikesan boleh mengancam golongan pelajar sekolah.

Jika gejala ini tidak dipandang serius, ia mungkin menular kepada pelajar kerana wujud laporan daripada pihak sekolah kes di mana murid tahun dua di Petaling Perdana ditangkap kerana meliwat di dalam tandas sekolah, baru-baru ini.

Penolong Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana, Wan Fauziah Wan Abdullah berkata, kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa serta penggunaan Internet tanpa kawalan menjadi pendorong berlakunya gejala ini.

"Empat kes membabitkan pelajar diterima sejak Januari hingga awal Jun lalu dan pihak kami akan memanggil pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.

"Ibu bapa turut dipanggil bagi memastikan perbuatan anak mereka diketahui dan pemantauan berpanjangan boleh dilakukan untuk mengekang perbuatan sama berulang," katanya ketika ditemui pada program Seminar Keibubapaan Isu LGBT, di sini, semalam.





Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sementara itu, Mohd Puad meminta semua pihak, terutama ibu bapa dan guru, memantau gejala LGBT yang ditunjukkan oleh pelajar bagi mencegah ia menjadi fenomena dan gaya hidup masyarakat.

Menurutnya, walaupun perbincangan mengenai LGBT masih taboo di kalangan masyarakat, mereka tidak harus berasa malu membincangkannya isu itu bersama anak kerana ia bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka.

"Kita berharap program seminar seperti ini bukan saja dapat memberi penerangan mengenai gejala LGBT, tetapi kita mahu masyarakat, terutama ibu bapa dan guru, mencegah ia daripada terus menular," katanya.

Nizar urusan Pas dan Johor adalah negeri yang ketinggalan! - Hj Hadi

Posted: 16 Jun 2012 05:40 PM PDT

BATU PAHAT – Pas meminta agar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan parti mereka sendiri dan tidak campur tangan hal berkaitan dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, termasuklah hukuman yang bakal dikenakan ke atas beliau kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap Sultan Johor, SultanIbrahim Sultan Iskandar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa juga hukuman bakal dikenakan terhadap Nizar adalah hak Pas, bukannya hak Umno atau BN menentukannya.

Menurutnya, Pas tidak perlu tunduk kehendak Umno dan BN, begitu juga dengan nasihat yang diberikan.

"Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ada beri pandangan berkaitan dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap Nizar, tetapi itu kata-kata dia, hukuman yang bakal dikenakan adalah hak kita.

"Ini parti kita, dia patut serah pada kita menentukannya dan kita juga tidak perlu sesekali dengar nasihat dia (Ahmad Maslan)," katanya pada Jamuan Rakyat Sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dataran Pas Tongkang Pechah, semalam.Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Pas akan uruskan partinya sendiri untuk jadi lebih kuat dan sistematik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyatakan, rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.

"Johor akan jadi macam ekor cicak... ekor cicak kita taulah macam mana jika putus...macam tulah juga Johor jika tidak berubah," katanya.

Katanya, sekarang ini sudah banyak negeri, termasuk anggota polis dan tentera yang berubah beri sokongan kepada pakatan pembangkang.

"Ramai telah berubah sekarang ini, termasuk tentera dan polis, tetapi Johor tidak berubah. Ini membuatkan Johor ketinggalan," katanya.
posted from Bloggeroid

Euro 2012 - (Video Jaringan) Rep Czech turut layak ke pusingan kalah mati

Posted: 16 Jun 2012 04:37 PM PDT

REPUBLIK Czech menempah tiket slot suku akhir dengan menumpaskan tuan rumah bersama Poland 1-0 dalam aksi perlawanan terakhir saingan Kumpulan A kejohanan Euro 2012 di Stadium Municipal, Wroclaw.

Babak pertama perlawanan, meskipun hujan turun dengan renyai, ia tidak menghalang kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang pantas dan agresif.
 
Robert Lewandowski hampir meletakkan Poland di depan pada minit kesembilan. Namun percubaannya tersasar.

Poland menyerang dengan begitu bertubi-tubi ke gawang Czech untuk memburu gol di bumi sendiri.
 
Kad kuning pertama yang dilayangkan oleh pengadil kepada pemain Czech, David Limbersky kerana mengasari pemain Poland.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun penyudah mereka tumpul. Kedudukan kekal sehingga waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Czech mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan melalui penyerang, Petr Jirasek pada minit ke-72 meresahkan Poland

Poland yang terdesak untuk memburu gol gagal melaksanakannya selepas mengasak Czech bermati-matian pada minit terakhir permainan.

Tuah tidak memihak mereka dan jelas mengecewakan para penyokong di bumi sendiri serta gagal layak ke suku akhir.

Keputusan ini jelas mengembirakan jurulatih Czech, Michal Bilek dan bersedia untuk perlawanan suku akhir selepas mengumpul enam mata maksimum dalam kumpulan ini.

Sebelum ini, dalam aksi pembukaan dan perlawanan kedua kumpulan, Czech tewas 4-1 di tangan Rusia dan bangkit menewaskan Greece 2-1.

Poland menghasilkan seri dalam dua perlawanan berturut-turut dengan Greece dan Rusia dengan jaringan yang sama, 1-1.

Euro 2012 - (Video Jaringan) Greece atasi Rusia 1-0, mara ke pusingan kalah mati

Posted: 16 Jun 2012 04:31 PM PDT


GREECE mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit untuk menebus kekecewaan dengan menumpaskan Rusia 1-0 dalam aksi penuh mendebarkan, sekali gus layak meneruskan saingan di peringkat suku akhir Euro 2012.

Juara edisi 2004 ini, yang berdepan dengan situasi 'hidup mati' apabila gagal mengutip tiga mata dalam dua perlawanan sebelum ini, nyata kembali 'bernyawa' apabila jaringan Giorgos Karagounis pada minit ke-47 berjaya membolosi gawang lawan untuk mencatat kemenangan pertama.

Sebaliknya, Rusia yang sudah selangkah kaki menuju ke suku akhir dan hanya memerlukan satu mata untuk menyempurnakan misi mereka, gagal dikutip oleh anak didik Dick Advocaat.

Akhirnya Rusia terpaksa berputih mata.


Pada babak awal permainan yang dilihat sedikit hambar apabila kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan sering melakukan beberapa serangan, namun berjaya dikekang benteng pasukan masing-masing.

Bagaimanapun, Greece yang bersemangat untuk membuktikan kemampuan setelah dikritik hebat berjaya menjaringkan gol kemenangan sekali gus menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir.

Bersambung babak kedua, Rusia yang tersentak dengan jaringan awal Greece, cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun tiada berkesudahan.

Sebaliknya, peluang yang terbuka luas kepada Rusia untuk menyekat kemaraan Greece gagal dilaksanakan dengan baik apabila semua percubaan yang dilakukan tersasar.

Kegagalan Rusia jelas mengecewakan peminat setia mereka apabila gagal menghargai peluang yang ada.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Rusia dan Greece terikat seri 1-1 pada perlawanan tahun lepas.

Pada pertemuan suku akhir yang akan berlangsung 22 Jun ini, Greece dijadualkan akan bertemu naib johan Kumpulan B.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 17 Jun 2012 03:21 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PKR SEDANG JUAL STOK PENGHABISAN....

Posted: 16 Jun 2012 07:07 PM PDT

Pemimpin, pendokong dan penyokong parti bukan merupakan majoriti rakyat, sebaliknya mereka merupakan kumpulan paling minoriti di negara ini. Mereka-mereka ini dilihat dominan kerana merekalah golongan yang paling banyak bercakap dan turun padang.

Jika kita minta semua pemimpin, pendokong dan penyokong parti masing-masing bercuti dari bercakap dan tidak turun padang selama 3 hari pun sudah cukup untuk membuktikan negara ini akan aman, harmoni dan masing-masing rakyat hanya dilihat sibuk menguruskan hal keluarga, perniagaan dan kerjaya mereka.

Yang bikin "pona", "bendang" dan "ribut" dalam negara ini adalah orang politik, samada dari parti pemerintah mahu pun pembangkang. Tapi hakikatnya, golongan ini sebenarnya bersifat minoriti. Buktinya, dari 3 juta ahli UMNO berapa ratus ribu saja yang menjadi aktivis dan pendokong parti? Dari hampir sejuta ahli PAS, berapa ratus ribu yang aktif? Dari hampir sejuta ahli PKR, berapa puluh ribu saja yang bikin ribut?

Yang selain dari itu walaupun mereka adalah ahli atau penyokong parti, tapi mereka harus kita letakkan di dalam kategori sebagai rakyat biasa yang lain. Golongan ini mungkin ibubapa, abang, adik atau kakak kita. Mereka bukan aktivis dan mungkin tak ambil pusing pun pasal politik. 

Senario ini macam senario antara pengguna dan peruncit/peniaga. Peruncit/peniaga di dalam rumah kita mungkin 1 atau 2 orang. Ahli keluarga peruncit itu bukan peruncit, dan mereka tergolong dalam kategori pengguna. Mereka ini merupakan majoriti.

Kumpulan majoriti rakyat biasa ini menonton dan menilai ragam dan karenah golongan aktivis politik.

Golongan majoriti inilah sebenarnya yang bakal menentukan nasib golongan politik dan parti mana akan membentuk sesebuah kerajaan.
 
Matlamat akhirnya golongan ini ialah mereka mahukan nikmat dan pembelaan terhadap kehidupan mereka. Siapa yang boleh dipercayai untuk mereka mendapat pembelaan dan nikmat kehidupan, maka bagi mereka parti itulah yang akan menjadi pilihan mereka. 

Golongan ini akan beli barangan berdasarkan keperluan mereka dan pastinya yang lebih murah. Tidak semestinya mereka mesti beli di kedai saudara mereka. Kalau di kedai saudara mereka lebih mahal dan tidak sesuai dengan keperluan, mereka tidak akan beli. Mereka bertindak secara silent.

Kecenderungan golongan silent majority ini adalah kepada siapa yang berupaya menyediakan nikmat kehidupan, kestabilan politik, pembelaan dan lebih dipercayai sebagai pentadbir kerajaan. Pilihan mereka bukan berdasarkan asabiah parti. Mereka asabiah kepada keperluan mereka sendiri.

Parti mana yang mampu mengisi kecenderungan dan keperluan golongan silent majoriti ini, maka parti itulah yang bakal menjadi kerajaan memerintah.

Hiruk-pikuk politik yang ada hari ini adalah hiruk-pikuk ciptaan kalangan minoriti. Mereka adalah kalangan penjual produk iaitu parti mereka. Kalau penjual produk politik ini gagal mewakili aspirasi golongan silent majoriti, mereka tidak akan disokong. 

Kalau penjual politik ini melakukan promosi secara berlebih-lebihan dan produk pula tidak serupa bikin, silent majoriti selalunya akan menolak mereka. Jika penjual produk politik ini mempromosi produk mereka dengan cara memburukkan produk politik lawan dengan pelbagai fitnah dan pembohongan, silent majoriti selalunya akan lebih benci lagi.

Penulis rasa, hari-hari mendatang bakal memalangkan nasib para penjual produk tiruan dan promoter yang selalu menjual dengan fakta yang bohong dan fitnah.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 17 Jun 2012 03:08 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Khairy Mahu Satu Penggal Lagi Jadi Ketua Pemuda UMNO

Posted: 16 Jun 2012 10:30 PM PDT

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau memerlukan satu penggal lagi untuk memimpin sayap parti itu sebelum berfikir untuk bertanding bagi jawatan lain dalam parti.

Beliau berkata, tugas membawa transformasi kepada Pemuda tidak cukup hanya satu penggal.

"Saya perlu satu lagi penggal untuk transformasi pada Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN). Kita tak nak persoal tentang Naib Presiden lagi atau apa-apa. Saya cuma akan duduk di Pemuda Umno.

"Sebab saya rasa kalau betul-betul dapat membuat perubahan pada Pemuda, bukan setakat program, tetapi mentaliti dan budaya yang ada dalam Pemuda Umno dan BN.

"Kalau orang tanya, adakah saya berjaya sebagai ketua pemuda, saya akan jawab baru 50 peratus... dari segi budaya, sikap dan mentaliti masih lagi belum mencapai kejayaan 100 peratus," katanya.

Khairy menegaskan demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sesi pertemuan ahli Parlimen Rembau itu dengan pengikut Twitternya malam tadi di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Dalam sesi pertemuan yang dihadiri kira-kira 50 orang itu, Khairy juga ditanya mengenai kemungkinan bertanding di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menjawab pertanyaan itu, Khairy berkata, beliau akan tetap bertanding di Rembau kerana tidak mahu menjadi calon 'payung terjun'.

"Kepala Batas mahukan calon tempatan. Saya bukan orang Kepala Batas. Saya kahwin dengan anak orang Kepala Batas," kata Khairy ketawa sambil menambah, adalah tidak adil sekiranya beliau bertanding di kawasan yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

Jelasnya, untuk bertanding di sesebuah kawasan, adalah lebih elok sekiranya orang tempatan dan yang telah bekerja lama di tempat itu untuk bertanding.

"Kalau ada permintaan untuk ke tempat lain, saya rela tak bertanding. Bagi saya tak adil. Saya tak ada kena mengena dengan tempat lain. Mereka ada orang tempatan, orang lama yang buat kerja di situ. Saya tak nak ada calon payung terjun. Punca kita kalah di sesetengah tempat ialah ada calon payung terjun ini," kata Khairy.

Sementara itu, pada sesi kira-kira selama 1 jam 40 minit itu, Khairy turut ditanya mengenai hubungannya yang dikatakan rapat dan menyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan nada tegas dan menyeloroh, Khairy berkata, beliau sehingga hari ini tidak pernah menyukai Ketua Pembangkang itu.

Katanya lagi, beliau tidak pernah sekalipun mencium tangan Anwar sebaliknya, katanya, terdapat pemimpin lain dalam Umno yang pernah mencium tangan penasihat PKR itu sehingga ke tahap 'telan cincin'.

"Saya tak pernah ubah pendirian saya tentang Permatang Pauh (Anwar). Dari dulu sampai sekarang saya tak suka Datuk Seri Anwar. Kalau ada orang cakap saya dulu sokong Anwar, tunjuk bukti.

"Ramai kata saya sokong Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar sampai tahap nak telan cincin. Ada ramai pemimpin Umno lain termasuk yang ada di kabinet yang pernah 'telan cincin' Anwar Ibrahim.

"Kalau nak kata yang sokong Anwar Ibrahim tu, ramai pemimpin senior dalam Umno yang banyak sokong Anwar dulu... Ada pemimpin Umno yang masih lagi dalam kepimpinan tertinggi Umno yang pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan dia," tegas Khairy disambut tepukan hadirin.

Malaysiakini

Tok Wan

Posted: 17 Jun 2012 03:06 PM PDT

Tok Wan


Gambar PM @NajibRazak dengan Ulama Dunia

Posted: 17 Jun 2012 06:12 AM PDT

 

Apa komen cucu semua ? Disogok ke ulama ini ? Tidak mungkin mereka disogok kecuali yang cintakan dunia. Tok fikir cukuplah kita menfitnah ulama kerana umara yang beriman akan mendampingi ulama dan mengangkat mereka di tempat yang sesuai selain mendengar nasihat yang mereka berikan. Tok setuju diadakan lebih kerap persidangan seperti ini.


Cucu Tok Selampit

Posted: 17 Jun 2012 01:42 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kelakuan Munafikun Pimpinan PAS - Nasi Bungkus Hanya Untuk Menunjuk-Nunjuk

Posted: 16 Jun 2012 07:35 PM PDT





Rasulullah saw. bersabda maksudnya:

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi)

Published with Blogger-droid v2.0.4

THE FLYING KICK

Posted: 17 Jun 2012 01:39 PM PDT

THE FLYING KICK


KETUA AMK SIK AJAK PENDUDUK SELAMA KEDAH MATI SYAHID MENENTANG KERAJAAN!!!

Posted: 17 Jun 2012 06:30 AM PDT

ANWAR KEMBALI BERCERITA TENTANG MELAYU!!!

Posted: 17 Jun 2012 05:23 AM PDT

NAJIB AKAN BAGI BR1M KEDUA!!!

Posted: 17 Jun 2012 03:10 AM PDT

JAUH LAGI KE PILIHANRAYA?

Posted: 17 Jun 2012 02:19 AM PDT

ANWAR SEMAKIN RESAH!

Posted: 17 Jun 2012 12:20 AM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 17 Jun 2012 01:36 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Hanya bermula tahun 2012 wanita Kelantan tahu Aurat: Nik Aziz

Posted: 17 Jun 2012 07:12 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am PAS itu berkata larangan itu dibuat ketika PAS baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Baharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam PAS (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan PAS Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah Al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran bermula tahun depan.. BERNAMA

Pembangkang kambing hitamkan SPR: Muhyiddin

Posted: 17 Jun 2012 04:05 AM PDT

Pakatan pembangkang sengaja melemparkan tuduhan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak betul dan dilaksanakan secara penipuan kerana mereka tahu kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) kini mendapat sokongan penuh 'Gelombang Biru' untuk memimpin kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata 'gelombang' itu kini dirasai rakyat di seluruh negara, dan yang lebih penting, negeri yang dikuasai pembangkang.

"Di Pulau Pinang, sudah ada kesedaran di kalangan pengundi Cina,mereka mulai tidak ada pilihan parti yang lebih baik selain BN... orang Kelantan (pula) sudah bersemangat dengan 'gelombang merah'," katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di kuala Kurau, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau tahu ada kawasan yang dikuasai BN menjadi sasaran pembangkang untuk menabur 'janji alpa', memberi 'bintang' dan 'matahari jatuh ke riba' kerana pilihan raya semakin hampir.

Beliau berkata kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan ingin mengambil alih kepimpinan kerajaan, turut terjejas apabila masih gagal menafikan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Katanya, kredibiliti Anwar juga semakin dipersoal apabila gagal menafikan tuduhan memiliki 20 akaun di luar negara berjumlah RM3 bilion.

Selain itu, Muhyiddin berkata anggota dan penyokong BN perlu ingat kedudukan kerusi dalam pilihan raya adalah penting kerana kekalahan atau kekurangannya boleh menyebabkan BN tidak dapat membentuk kerajaan atau menguasai dua pertiga Dewan Negeri atau Parlimen.

"Dalam pilihan raya, kerusi itu penting, BN pernah kalah dan menang. Kita tidak dapat peroleh dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini membuktikan pilihan raya kita adil dan tidak ada penipuan," katanya.

Ummi Hafilda simpan 20 akaun Azmin dan Anwar

Posted: 16 Jun 2012 11:09 PM PDT

  1. ANWAR IBRAHIM dikaitkan dengan 20 akaun, apabila bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad membuat akaun bersumpah pada 26 Oktober 1999 dengan menyatakan bahawa akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.
  2. Namun selepas kes tersebut disiasat oleh BPR (sebelum bertukar nama kepada SPRM), kes tersebut DICATIT 'KEMAS UNTUK DISIMPAN" ertinya kes boleh disiasat semula jika ada BUKTI-BUKTI BARU.
  3. Walaupun kes 20 akaun yang membabitkan Anwar sudah berlalu 13 tahun lalu, namun sejak akhir-akhirnya ini kes tersebut terbangkit semula, ekoran beberapa bukti baru yang bermunculan.
  4. Ekoran daripada bukti-bukti baru itu, maka berbagai pihak mahukan kes tersebut disiasat semula; kerana sehingga kini tiada jawapan pasti mengenai dakwaan itu. 
  5. Adalah perlu untuk rakyat negara ini mengetahui kebenaran daripada akuan bersumpah yang dibuat oleh Abdul Murad, kerana akuan itu mempunyai merit untuk diketahui, memandangkan kedudukan beliau di Bank negara. 
  6. Adalah menjadi tugas SPRM untuk "turn all the stone" yang menyelubungi akaun sepertimana dinyatakan oleh Abdul Murad, kerana ianya membabitkan jumlah wang yang cukup besar. 
  7. Rakyat perlu tahu duduk perkara mengenai akaun itu, kerana ianya membabitkan seseorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
  8. Adalah sungguh bahaya, jika seseorang yang biasa menyalahguna kuasa menerajui negara ini, kerana negara termasuk rakyatnya akan diperjudikan demi kepentingan peribadi.
  9. Sebagai catatan yang perlu dipaparkan semula mengenai Anwar Ibrahim adalah:- 
  • Menggunakan kedudukannya mengarahkan polis berhubung laporan Dr Ristina Majid dan Ummi kepada Tun Dr Mahathir berkaitan salah laku seksnya. 
  • Menipu rakyat Malaysia pada tahun 2008, bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan, kerana 30 MP BN bersedia melompat pada 16 September, 2008. 
  • Menggunakan Nama SPB Agong, kononnya baginda perkenaan Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri k-6.
  •  Menabur fitnah, kononnya Najib terlibat pembunuhan Model Mongolia-Altanyua.

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 17 Jun 2012 01:33 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Rakyat Kedah mengamuk lagi kepada Pas Kedah!! #TukarKedah

Posted: 17 Jun 2012 01:12 AM PDT








Semalam berlangsungnya satu demonstrasi yang diadakan di Dataran Putra Pekan Kuala Nerang menuntut Kerajaan Pas agar tidak melakukan penindasan terhadap peniaga peniaga serta isu pembalakkan di Hutan Simpan Bernilai Tinggi Tasik Pedu..

Antara yang terlibat dalam demonstrasi ini ialah Pemuda Umno, Majlis Belia Daerah, Belia 4B padang Terap serta Masyarakat Bumiputera Siam..Mereka juga menuntut agar cukai kepada peniaga tidak dinaikkan..

Gambar dan artikel di ambil dari MTK



McTheory:
rakyat Kedah tak bodoh lagi!!

EKSKLUSIF!! Gambar Puluhan Ribu di Himpunan Hijau Pas di Sagil, Johor!! #HimpunanHijau

Posted: 16 Jun 2012 07:23 PM PDT

Semalam berlangsungnya Himpunan Hijau di Sagil, Parit 3, Dun Ledang, Johor. Himpunan Hijau yang menurunkan Presiden Pas dan Naib Presiden Din Pudu. Pas target dalam himpunan kali ni hadirin mungkin melebihi 4 ribu orang. Namun apa yang terjadi, anda boleh lihat gambar dibawah!

Para penceramah

Jalan agak lengang dan tak jem pun..

Biasa mesti ada derma PRU.. ini WAJIB

Jumlah hadirin tidak memuaskan

nampak penuh ek?? tunggu satt..

ramai nyaa...
laaaa... kosong banyak lagi rupanya.. he he..

Janji manis dan calon PRU ke 13
Sedih betul Mc melihat himpunan Pas kali ini. Mc menganggarkan paling ramai pun hanya dalam 600 orang. Itu pun banyak yang diimport dari luar. Malah Pas sendiri akui, ramai orang  luar yang datang dari penduduk tempatan. Ada rombongan dari Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Mc rasalah.. penduduk tempatan yang hadir semalam tidak lebih dari 100 orang sahaja. Sebab yang angkutnya banyak, yang tidak diangkut mestilah jumlahnya sedikit sahaja.

Video dan keterangan yang lain akan Mc update kelak!!

McTheory:
Pas kata nak tawan Johor? Nak tanya balik.. boleh ke? he he..

Tiada ulasan:

Pengikut