Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Majlis Perasmian Pesta Pantai Di Pantai Irama Bachok
- Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana
- Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno
- Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012
- Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia
- Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS
- Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat?
- Malang sungguh Perdana Menteri kita
Majlis Perasmian Pesta Pantai Di Pantai Irama Bachok Posted: 05 Jun 2012 05:10 PM PDT |
Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana Posted: 05 Jun 2012 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpandangan negatif pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. "Bagi DPPM, pendirian Majlis Syura Ulamak PAS adalah jelas iaitu perhimpunan ini adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dalam negara ini," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar). Tambahan lagi, ujarnya tidak ada insiden pelanggaran syariat dalam perhimpunan yang dianjurkan itu. Katanya, peserta perhimpunan yang hadir tempoh hari amat beradab dan menjaga tatasusila semasa majlis perhimpunan. Menurutnya, mereka semuanya sepakat menyatakan sistem pilihanraya di Malaysia masih kotor dan dipenuhi dengan unsur penipuan. "Mereka tidak rela membiarkan kemungkaran dalam sistem pilihanraya di negara ini yang memungkinkan ada pihak memenanginya dengan cara yang tidak bermaruah," ujarnya. Bagi DPPM, ujarnya soal perhimpunan tersebut yang dicemari dengan keganasan adalah alasan bagi memburukkan imej Bersih 2.0 dan peserta yang menghadirinya. "Sebenarnya setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 mahupun parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional akan berlangsung dengan aman jika tiada sabotaj atau provokasi," jelasnya. Jelas beliau lagi, PAS telah membuktikan dalam Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dihadiri seramai 100,000 orang berjaya diadakan dengan aman jika tiada provokasi. Tambahnya, perhimpunan Bersih 3.0 akan berlangsung dengan baik dan aman jika tiadanya pihak yang melakukan provokasi melampau sehingga insiden keganasan itu berlaku. Sehubungan itu, katanya DPPM juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berlaku adil dengan turut melihat sama kepada program Himpunan Jutaan Belia anjuran kerajaan Malaysia di Putrajaya baru-baru ini. "Antara artis yang diundang bagi memeriahkan majlis ini adalah kumpulan K-Pop dari Korea. "Soalnya, apakah mesej baik yang boleh difahami dari penganjuran program ini dan bagaimana hukum bagi umat Islam menghadirinya serta hukum bagi penganjurannya," ujarnya. Beliau berkata, dalam keadaan bukti dengan gembar yang jelas memaparkan aksi menjolok mata dari artis-artis tersebut, disambut pula dengan meriah oleh pemimpin-pemimpin negara, Majlis Fatwa Kebangsaan diharapkan tidak membisu seribu bahasa dan menutup mata melihat kemungkaran yang lebih terang di depan mata. |
Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno Posted: 05 Jun 2012 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan. Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka. Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN. Beliau juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita." Ditanya mengapa BN berasa cemas, sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan Rakyat. "Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau. Biarpun serangan BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN tidak mampu mengemudi bahtera negara. Lebih-lebih lagi, katanya Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara. "Pilihan raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan kerosakan. Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau. |
Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 Posted: 05 Jun 2012 05:01 PM PDT |
Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia Posted: 05 Jun 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia," kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Katanya, hal ini dapat dilihat dalam laporan akhbar NST semalam (5 Jun) di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat. Dalam kenyataannya berdasarkan aliran tunainya yang kukuh ia mungkin membida salah satu lesen kasino yang ditawarkan di New York atau di Florida. Ia berdasarkan operasi kasino yang dijalankan oleh Resorts World Genting yang didapati sangat kukuh. Mohd Azmi berkata, dalam laporan NST semalam, berita mengenai cadangan syarikat judi itu berunding dengan pihak kerajaan di Amerika Syarikat sedang diusahakan. Beliau menambah, World Resorts Genting memang terkenal dengan industri judi, malah Singapura sendiri telah mengundangnya untuk membina kasino di negara itu beberapa tahun yang lalu. Katanya, ditambah lagi kini laporan berjudi dalam Kejohanan Bola sepak Negara Eropah (Euro) @012 sudah bermula dan akan melibatkan pertaruhan berjuta ringgit dan Malaysia tidak ketinggalan. "Sindiket pertaruhan setiap perlawanan bolasepak dunia sudah lama bertapak di Malaysia. Hanya semada pertaruhan itu beroperasi secara berlesen atau tidak," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, dianggarkan nilai industri judi di Malaysia mencecah anggaran RM10 bilion setahun. "Soalnya dasar kerajaan yang liberal mengenai judi menyebabkan amalan berjudi sangat berleluasa," katanya lagi. Sehubungan itu, ujarnya Mapim menyatakan pendiriannya bahawa kerajaan sepatutnya mewujudkan polisi yang tegas untuk menghapuskan industri judi secara beransur-ansur kerana implikasi negatif kepada sosial, ekonomi dan keselamatan negara sangat jelas. "Kami percaya bahawa semua kaum dan agama di negara ini menerima hakikat bahawa keburukan judi adalah jauh lebih besar berbanding manfaat," ujarnya. Oleh itu, tegasnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus terus melanjutkan polisi mewujudkan lesen judi untuk mengawal judi haram. Beliau berkata, Mapim menilai bahawa isu lesen judi bola yang pernah dilulus oleh kerajaan dan kemudian ditarik balik dan ditangguh kelulusannya tiga tahun yang lalu menunjukkan kerajaan sendiri tidak tegas dengan menghapus sebuah industri yang mendatangkan kesan buruk kepada negara. "Kami dengan ini menuntut supaya pengeluaran lesen judi dinilai semula dan polisi ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara sifar judi harus menjadi dasar yang diamalkan di Malaysia," ujarnya. |
Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS Posted: 05 Jun 2012 04:57 PM PDT LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno. "Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno. "Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar. Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut. (Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya) Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu. "Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya. Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti. Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka. "Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi. |
Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat? Posted: 05 Jun 2012 04:56 PM PDT SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih di negeri itu melalui program Selangorku Bersih. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang. Namun malang katanya apabila Noh seperti "anjing yang takutkan bayang-bayang" dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa. "Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu. Program Selangorku Bersih pula dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut. Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak. Noh dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan pemeriksaan. Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi menghalang proses demokrasi. Lebih malang katanya, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut. Sedangkan kerajaan negeri telah pun memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu. "Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut. "Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya. |
Malang sungguh Perdana Menteri kita Posted: 05 Jun 2012 04:56 PM PDT KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar. Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut. Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai. Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa. Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd. Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong. Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar "jutaan" belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak. Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis "Saya sayang PM". Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM. PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara. "Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara," ujar Najib di majlis itu. Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0. Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita. Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia. Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik. Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata. Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini." Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan