Rabu, 6 Jun 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Blogger Sakmongkol di Rembau 12 Jun 2012

Posted: 06 Jun 2012 01:14 AM PDT


CERAMAH PERDANA
Bersama blogger http://sakmongkol.blogspot.comDato' Ariff Sabri Abd Aziz , bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan, bekas ADUN Pulau Manis, Pekan
Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Chembong, Rembau
Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan
Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022

Ceramah Umum

Posted: 05 Jun 2012 07:39 PM PDT


Jom Ubah

Posted: 05 Jun 2012 07:38 PM PDT


Rapat Rakyat

Posted: 05 Jun 2012 07:38 PM PDT


Semakin menakutkan kes culik

Posted: 05 Jun 2012 04:16 PM PDT


Semakin menakutkan kes culik semakin menjadi-jadi ketika ini yang melibatkan anak gadis di Malaysia.

'Mereka nak jual'

BUTTERWORTH 5 Jun 2012 : "Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima." Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

"Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu," katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.

Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

PATI punca tibi sukar dikawal

Posted: 05 Jun 2012 04:15 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.
Beliau berkata, kebanjiran PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang diselia oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu turut merebak di kalangan penduduk negara ini.
"Melalui pemerhatian IPR, kami lihat faktor PATI yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit ini.
"Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit ini yang boleh dirawat menjadi sukar untuk dicegah," katanya. - BERNAMA



Tiada ulasan:

Pengikut